Monday, April 9, 2018

.Padah Tak Baca Slip Exam Betul-Betul.

Lima tahun sudah, aku dapat panggilan kedua untuk exam PTD. Masa panggilan yang pertama, aku memang tak pergi sebab masa tu tengah mengandungkan Noah so faham-faham jelah bila pregnant tu jadi malas yakmat, jadi memang tidaklah nak buat revision segala, fikir nak tido je. Haha. Mak aku membebel, sampai raya haji tak habis dia bebel sebab aku tak gi exam. Kikiki.

Jadi masa dapat panggilan yang kedua ni, mak aku dah warning siap-siap jangan sampai tak pergi kali ni. Sebagai seorang anak yang patuh, aku pun pergi jugaklah exam ni walaupun takde hati sangat. Masa tu aku ingat lagi, hari Sabtu. Aku tak tau nak expect soalan apa yang keluar. Ada lah baca sikit-sikit pasal Pelan Transformasi Kerajaan, tengok senarai Menteri-Menteri Kabinet, belek-belek surat khabar tengok isu-isu semasa etc. Selebihnya aku confident untuk menggunakan pengetahuan yang ada. Cewah.

Aku sampai awal lah jugak sebab takut sesat pulak, jalan nak pi sini pun agak-agak tau je (masa ni mana ada Waze bagai). Bila sampai kat parking aku tak terus turun. Aku telefon mak aku dulu (mintak restu beb), pastu baru aku jalan masuk kat dalam Dewan Besar sekolah. Cuak weh sebab tengok calon-calon ramai pastu muka memasing semua macam cukup persediaan je.

Aku terus jalan pi duduk row paling depan, mengadap muka pengawas exam tu. Haha. Pastu aku pun keluarkanlah stationeries, siap-siap isi borang kehadiran etc. Baru je nak start baca doa, pengawas tu pun announce:

“Pastikan calon-calon berada di pusat peperiksaan yang betul ye. Di sini pusat peperiksaan adalah Dewan Besar.”

Dua kali dia ulang announcement tu. Tetiba aku jadi was-was, aku pun check slip aku pastu tanya pengawas tu.

“Puan, pusat peperiksaan saya betulkan?”
“Eh, awak punya pusat ni kat bilik kelas. Aras 2.”

Alamakkkk. Padah tak baca slip betul-betul, padan muka sendiri. Masa tu lagi 10 minit nak start exam. Terus kemas balik stationeries dan lari pi arah kelas.

Nama je Aras 2 wehh, rupanya tingkat yang ketiga! Memang semput, berpeluh aku naik tangga. Apa lagi menjajar aku cari tempat duduk kosong, terus tulis slip kehadiran bagai. Calon-calon dalam kelas tu tengok aku, kesian agaknya diaorang dengan budak yang baru sampai ni.Kalut semacam. Seriously masa tu tangan aku dah sejuk, sebab aku rasa macam tak cukup masa nanti nak jawab sebab aku masih lagi hitamkan butiran borang OMR! Gabra, nak nagis tapi macam kena control muka. Haha.

Tapi lepas je habis jawab soalan kertas pertama, aku rasa aku mampu tersenyum sebab aku rasa aku boleh pass (konfiden gila!). Haha. Masuk je paper kedua aku dah mengucap. Ya Allah soalan ala-ala matematik walaupun takde kalkulus sin kos tan bagai tapi aku ni memang ada love-hate relationship dengan math daripada sekolah rendah! Kikiki. Aku benci gila math tak tau nak cakap. Pastu bila aku bukak je kertas soalan tu tengok soalan suruh teka-teka bentuk, kena pakai logik akal terus aku be like okay dah tau dah, paper ni akan buat aku gagal. Sebab aku ni more to rasional akal, logic aku memang kurang. Hahaha. Lagi haru, tak boleh pakai kalkulator pulak tu. Wehh aku ni dah la kerja bank, nak kira 1+0 pun pakai kalkulator. Ini nak suro aku kira manual, memang nangesssss T_T

As expected, memang kejang jari-jari aku buat calculation manual (sebab campur cuak pastu jari semua dah sejuk. Huhu). Tapi aku berjaya jawab semua soalan walau ada dua tiga soalan aku dadu je. Instinct untuk pass memang ke laut dah. Rasa macam dah takmo jawab esei-esi pasni sebab tau akan gagal. Tapi aku terbayang mak & ayah aku. At least kalau aku gagal exam kali ni, aku gagal dengan bermaruah (dan bergaya :P), aku kena habiskan jugak. Rasa frust jawab paper tadi aku dah campak jejauh. Shuhhhhhh

Untuk esei BM & BI tu takdelah masalah sangat pada aku sebab aku ni memang suka menulis (Thank you korang masih gigih baca hingga ke perenggan ni. Hihi). Kalau tak silap, untuk soalan esei BM tu aku pilih tentang inisiatif yang kerajaan telah buat untuk rakyat. Pastu untuk soalan esei BI aku rasa soalan dia aku pilih bagaimana cara mewujudkan persekitaran tempat kerja yang kondusif. Dengan pengetahuan yang ada dan grammar yang yang entah betul ke tidak (last buat esei time uni), aku tulis jelah apa yang patut. Tapi aku rasa puas lepas jawab soalan esei. Masa dah keluar dari kelas tu, dah tak peduli dah pasal calon lain aku terus balik.

Aku telefon mak aku. Bila mak aku tanya boleh jawab ke tidak exam tadi, laju je aku jawab bolehhhhhh. Tapi selebihnya aku tawakal. Ada rezeki nak pass adalah. Aku cakap kat diri sendiri, kalau aku gagal kali ni pun, aku masih boleh cuba (tepuk bahu sendiri). Aku ada terdengar masa calon-calon lain berbual katanya dah tak terkira dah bilangan diaorang pergi exam. Mak aiiii, macam ni sekali orang nak kerja PTD ni? Gila tak putus asa wehh. Kalau aku memang tidaklah kot nak cuba lebih dari 3 kali. Lagi-lagi mengenangkan nak kena jawab soalan matematik tu. No no! Masa ni seriously aku tak tau PTD ni keje apa sebenarnya, mak aku cuma cakap ala keje yang boleh jadi DO tu. Hahaha.

Paling benci time nak cek result, berdebor yakmat. Alhamdulillah aku pass dan tunggu panggilan interview pulak. Time aku ni takde PAC. Lepas pass exam, terus interview. Mak aku lah yang paling happy sekali bila tau aku pass exam. Tinggal satu stage lagi katanya. Thank you mak doakan kakak. Doa maklah yang bawak kakak jadi seperti hari ini 

Dengarnya tak lama lagi dah nak Sesi Interview PTD. Ada beberapa kawan aku tanya tips interview, tak tau nak bagi tips apa sebenarnya. Tapi nanti akan dicuba jugaklah tulis based on experience sendiri. Hehehe. Thank you korang baca sampai habis. Gigih uolls! Muahciked. hehe

Tuesday, January 23, 2018

.Very Long Hiatus and.........

Hai.
Sorry for the very long hiatus.
Can’t believe that I didn’t write for 2 years! Haha. Berdebu blog wehh.

I dunno whether I still have that blogging mojo.
But I guess I should find one. Kah!
I hope this year will be a great year.
More challenges (*Superwoman mode*)and interesting things and moments to come! Yeayyy!

And....just want to introduce to you a “new character” in this blog—Nate!

Who’s he? *cough* ehem *cough* ehem
Well, u’ll hear lot of stories about him from time to time! Hahaha

Till then!

XoXo