Showing posts with label Friends Were There. Show all posts
Showing posts with label Friends Were There. Show all posts

Wednesday, June 15, 2011

.Aku dan Bestfriend (Part 2)


Assalamaualaikum.

Cewah, macam sequel filem je, nak ada part-part. Oleh kerana dah ada yang tanya, bila aku nak update pasal cerita aku dan best friend ni, jadi aku cuba la sambung, setakat mana yang mampu. Maklumlah orang mengandung tak boleh menaip banyak sangat, cepat letih. (Takde kena mengena pun! :P)

Sambung cerita masa kitaorang Darjah 6 Mawar tu kan. Bila sama-sama jadi pengawas, duduk pun meja dekat-dekat. Lepas tu yang bestnya aku dengan best friend aku ni, pelajar yang ditugaskan untuk mengetuai nyanyian lagu Negaraku, lagu bangsa Johor, lagu sekolah dan lagu Wawasan 2020 (ketika itu harus nyanyi).

Kira macam lead vocal lah. Jadi, aku dan best friend dengan sorang lagi budak ni yang suara dia memang sedap kalau menyanyi (nasyid terutamanya), sentiasa akan berbaris paling hadapan di kalangan pelajar lain. Kadang-kadang bila time salah seorang kena tugasan naikkan bendera, barulah tempat tu akan diganti dengan penyanyi wildcard. Cewah.

Setiap kali waktu rehat, aku dengan best friend aku, dengan seorang lagi kawan kitaorang (yang mana mak ayah kitaorang pun saling berkawan), akan rehat sama-sama dan sibuk beratur kat kantin dalam barisan untuk membeli makanan cikgu. Eksyen, makanan murid-murid takmau beli, nak makan makanan cikgu.

Bukan sebab kitaorang bertiga semua mak ayahnya cikgu, jadi kita nak beli makanan cikgu. Tapi tu la kadang-kadang makanan yang dimasak untuk jual kat budak-budak tu tak berapa menyelerakan. Contohnya macam mee goreng ada rasa kapur, tawar, macam goreng dengan kicap dan taugeh je. Tapi memang kena lah dengan harganya, 50 sen sepinggan. Takkan nak letak ayam, udang bagai kan, mau bungkus makcik kantin tu.

Ala lagipun makanan cikgu bukan mahal sangat. Kitaorang selalunya berkongsi duit. Lagipun menunya hari-hari tukar, dan sedap pulak tu.



Contohnya Nasi Ayam, masa tu tahun 1998, baru macam RM2.50, kongsi tiga orang bayar, baru berapa kan. Pastu kalau teringin nak minum air botol (eksyen takmau beli sirap bodoh), pun kongsi duit jugak. Kira apa yang masuk mulut kitaorang tu sama lah hampir setiap hari. Lagipun bagus apa, masak kecik dah mengamalkan amalan susah-senang sama-sama :)

Kalau kita makan cokelat, awak pun dapat makan. Kalau kita minum air jarang je, awak pun minum air jarang kan. Kira apa yang penting bekerjasama lah! :)

Cuma bila time waktu balik sekolah je, masing-masing terpisah. Best friend aku balik naik van sekolah, aku pulak naik basikal (aku naik basikal since darjah 4). Tapi takpe, nanti waktu malam jumpa lagi masa kelas tambahan. Hehe.

Ok nanti sambung lagi. Waktu lunch dah habis.

bai.

Wednesday, April 27, 2011

.Aku dan Best Friend (Part 1).

Dalam dunia ni, setiap orang mesti ada at least sorang best friend kan. Best friend ni bukan je setakat nama kawan baik, tapi kawan yang memang kenal hati budi kau, yang tahu karenah perangai kau dan sentiasa memahami emosi dan pemikiran kau.


Dan aku juga ada seorang best friend dalam dunia ni, aku kira memang kawan terbaik pernah aku ada, dan aku harap aku akan kekal berkawan dengan dia sampai syurga nanti.

Aku kenal best friend aku ni sejak umur aku 5 tahun. Masa tu masih zaman pakai baju tadika kotak-kotak merah putih, kain biru gelap, rambut kadang-kadang bertocang, kadang-kadang ikat ekor kuda, ikut mood nak pergi tadika hari tu. Bayangkan berapa lama dah kitaorang berkawan? 20 tahun kauuu!

Tapi aku tak satu tadika dengan dia. Dia tadika lagi satu, aku tadika lagi satu. Tapi masih dalam kawasan yang sama. Sebenarnya aku pun tak perasan sangat dia masa kecik-kecik dulu. Cuma aku rasa aku jumpa dia masa hari penyampaian hadiah besar-besaran yang diadakan di sebuah dewan komuniti di kampung kitaorang.

Sampai lah dah masuk darjah satu, masa tu aku dengan dia sama-sama dalam kelas 1 Kenanga. Tapi aku pun masih tak berapa dok rapat dengan dia kut. Atas sebab-sebab tertentu, aku sempat duduk dalam 1 Kenanga tu cuma untuk penggal pertama je. Lepas tu aku pindah sekolah dekat kampung mak aku untuk satu penggal, sampai habis darjah satu.

Oh lupa aku nak bagitau, best friend aku ni duduk dekat je dengan rumah aku. Kalau naik motor dalam 10 minit dah boleh sampai dah. Mak dan ayah dia pun sama-sama cikgu macam mak dan ayah aku jugak, jadi kami sama-sama anak cikgu – jadi didikan yag diterima pun lebih kuranglah kan.

Bila dah masuk darjah 2, aku balik semula ke sekolah asal. Kali ni aku tukar kelas, masuk 2 Cempaka. Kelas kedua terpandai kononnya (tapi sebab aku budak baru, dia campak je aku kat situ, tak tengok result periksa pun). Best friend aku masa tu kat dalam kelas 2 Kenanga. Dia memang budak pandai, dan comel jugak!

Jadi oleh kerana tak sekelas, jadi nak kata rapat sangat tu tidaklah, tapi selalu gak ber ‘hoi’ ‘hai’ bila jumpa waktu rehat kat luar kelas atau kat kantin. Lagipun kakak-kakak kami pun satu sekolah dengan kami, dan mereka pun satu kelas. Bagus kan? ;)

Zaman kanak-kanak berlalu begitu pantas, aku tetap jugak dalam kelas 2 Cempaka, 3 Cempaka dan 4 Cempaka. Bukan aku ni bodoh ke hape, tapi masa tu sistem pengasingan kelas mengikut keputusan peperiksaan belum ada, jadi kalau kau dapat nombor satu memanjang pun dan gred kau lebih baik dari budak-budak kelas depan, kau stay jelah duduk kelas kau.

Masa darjah 4 ni, aku dengan best friend aku dan beberapa orang rakan lagi terpilih untuk menyertai kumpulan nasyid yang akan membuat persembahan sempena pembukaan Masjid Jamek Besar Batu Pahat. Masa tu perasmian oleh Almarhum Sultan Johor. Gila gigih hari-hari berlatih nasyid, lepas tu menjelang persembahan selama dua malam berturut-turut, pakai baju kurung biru dengan merah, dengan makeup yang direlakan jelah apa yang orang tenyeh kat muka. Kelakar :p Tapi pengalaman menakjubkan gitu.

Sampai lah waktu darjah 5, aku akhirnya berjaya menempatkan diri dalam kelas pertama, bersama-sama best friend aku. Masa tu nama kelas dah ditukar. Kelas paling pandai bukan Kenanga lagi, tapi dah tukar jadi kelas Mawar. Kelas Kenanga jadi kelas untuk budak-budak yang teruk sikit result diaorang, kelas paling last, konon-konon bila diaorang pakai nama Kenanga, aura kerajinan dan kegeniusan itu akan menyerap dalam diri diaorang. Haha.

Macam biasa, bila dah satu kelas, banyak share benda lah. Kadang-kadang tiru kerja rumah dia, sama-sama rasa kena rotan dengan cikgu kelas yang mengajar Bahasa Melayu yang asyik naik angina je waktu dia mengandung, kena tengking-tengking dan takutkan rotan cikgu Agama yang siap suruh buat “Buku Solat” semata-mata nak pastikan kami semua solat penuh lima waktu.

Sampai lah darjah 6, aku dengan bestfriend aku masih lagi dalam kelas yang sama, kelas 6 Mawar. Masa tu kitaorang sama-sama dapat jadi pengawas. Jadi bila jadual bertugas pengawas disusun, kadang-kadang kitaorang main tipu letak tempat bertugas sama-sama. Hehe.


Bersambung….



(Irwan dah nak sampai, nak siap-siap nak balik dah)

Tuesday, June 1, 2010

.Pre-Honeymoon.

Sawade ka!! Tiba-tiba mood bercakap dalam bahasa Thai datang, sebab petang ni ada class. Ok sila direct pada tajuk yang macam gempak dan mendatangkan kontroversi dan konsiprasi kan, ok konspirasi takde kena mengena.
.
Tunggu, tunggu don't get me wrong, memang aku nak cerita about my pre-honeymoon, walaupun aku tak kahwin lagi, tapi bukanlah seperti yang anda bayangkan okey. Tiada langsung unsur SX atau PL. Ini untuk tontonan umum. Tiada kemungkaran berlaku.
.
Ini cuma lah trip satu hari ke Cameron Highlands, tanpa membabitkan acara bermalam di sana. Alah, pergi Cameron pun nak kecoh, lain lah pergi Disneyland ke Hollywood ke kan. Ehh sukahati lah, bagus apa Cuti-cuti Malaysia.
.
Oh ya, keizinan ibu bapa juga sudah diperolehi okey. Aku dengan Irwan tak plan pun, tiba-tiba je decide nak pergi. Irwan cakap dah boring kat KL, rasa macam nak menghirup udara segar pulak, ala-ala back to nature lah konon kan. hehee.
.
Ok, cerita bermula kat sini. Layanlah gambar-gambar dengan teliti yang tak seberapa ini. *aku capture guna handphone camera je*
.
supaya tak mengantuk di perjalanan.
.
Oh nampak tak muka yang sangat excited nak mulakan trip.
.

Terlalu bosan meredah jammed di highway berdekatan Rawang akibat sebuah lori treler betul ke aku eja treler yang terbalik masuk longkang, padahal tak menganggu lalu-lintas pun. Rakyat Malaysia biasalah, sangat prihatin untuk melihat kemalangan. Ehh tetiba je membebel kat sini.
.
Lega bila dah nampak signboard ni. Signboard ni dah lama tau, rasanya masa aku pergi tahun 1994 dah ada dah.
.
Nampak tak traffic-jammed mengahala ke Tanah Rata. Tu belum kira berapa biji bas rombongan cik kiah lagi, lagi lah sesak kau.
.

Ini dia destinasi pertama, ke kebun kaktus dan bunga. Nama penuh kebun ni aku tak ingat pulak.
.
Oke, aku pun sibuk nak enterframe jugak. haruss!
.

Irwan bersama kaktus-kaktus yang sangat cuteee!
.


Nampak kan kesegaran kaktus kat sini, dengan warna yang sangat natural.
.
Irwan sedang membelek kaktus, tapi tak beli pun. We both tak suka berkebun dan membela pokok, tapi menyokong Go Green! ;)
.

Mesti nak ada muka bersama, lagi ;)
.
Lepas melawat kebun kaktus tu, kitaorang pergi makan. Aku dengan Irwan excited nak rasa Sate Cameron Highlands, sekali dapat sate minyak tanah daa. Sorry gambar tak dapat tunjuk, nanti kena saman pulak.
.
Then kitaorang pergi pasar malam pulak, walaupun masa tu baru pukul 430 petang! Gila awal kan. Matahari pun ada lagi, tapi tak panas. Angin siap bertiup-tiup, oh romantiknya! ;)
I beli payung strawberi lagi, saja nak melengkapkan koleksi payung i. Oh ya, buah tangan untuk ibu dan ibu mertua juga tak lupa. hehe.
.
Aku teringin nak makan. Strwaberry Chocolate. 3 batang 5ringgit. Dan sedap sangat!
.

Antara gorengan yang pelik yang takde kat KL. Sayur Kimchan goreng dan Cendawan Batang halus goreng. 3 ringgit satu plastik. Sedap juga ;)
.

Irwan @ Tea Ranch. Kami singgah sewaktu perjalanan pulang.
.
Masih lagi nak enterframe.
.

Dan lagi gambar kami berdua. Asyik-asyik pose yang sama, nak buat camna tripod takde, takkan nak suruh tourist lain amikkan pulak. huhu~
.
Sampai je KL, rasa penat sangat. Dan harus tidur sebab esoknya nak balik kampung pulak. Mak aku suruh balik, attend majlis kahwin my best friend dari sekolah tadika.
.
.
Selamat Pengantin Baru Ita & Ijam ;)
.
.
Tak lama lagi turn kitaorang pulak, tak sabar nih. Gatal betul :p hehehe.

Tuesday, April 6, 2010

.Thanks God It's Friday!.

Ok i tau belum Friday, baru Tuesday kan. I just nak cerita pasal birthday celebration colleague i, Kak Ita yang kitaorang celebrate kat TGI Friday. (I baru tau TGIF to maksudnya Thank God It's Friday, tu pun my sis Betty bagitau)
.
Okey kali ni i tak sempat nak amik gambar makanan sebab kitaorang pergi waktu lunch hour, so waktu pun singkat ingat nak makan je sebab perut dah lapar.
.
I cuma tertarik cara birhtday celebration kat sini. Macam meriah gitu. Lepas makan-makan kitaorang pun request a birthday cake untuk Kak Ita.
So beberapa orang staff TGIF datang, bersama birthday cake dan sudah ready untuk nyanyian lagu.
.
Opss, before nyanyian lagu birthday, birthday girl kena bagi ucapan pakai botol sos. Nasib bukan besday i, malu jugak oi.hehe.
.
Mula-mula diaorang suruh kak Ita diri atas kerusi, bagi speech. Mak aih, mau tak malu. Jangan haraplah nak diri kan. So bagi speech kat bawah je.
.
Korang boleh pilih tiga jenis lagu birthday; Normal song, Special song and Backward Song.
Kitaorang pilih Backward Song, so memang nak dengar sangat orang nyanyi terbalik.
.
and yang kitaorang dapat ini.
.
Inilah dia backward song ala TGI Friday. kah kah kah gelak sakan kitaorang. Ingat nyanyi lagu terbalik, rupanya diaorang nyanyi membelakangkan kitaorang. Oke, backward lah tu kan ;)
.
.
Sampai office je, continue the celebration dengan cake Blackforest Cheese from Secret Recipe. Ini resipi baru katanya dan memanglah sangat yummmyyy!
.
Setiap kali besday colleague, mesti ada cake. Mesti makin gemuk diriku T_T

Wednesday, March 17, 2010

.I'm in Wonderland.

Last Sunday, i pergi menonton Alice In Wonderland 3D. Thanks to my sister, Betty and kakak Seth yang rajin meneman i tengok movie ni ;)


Sebenarnya, kitaorang taknak tengok version 3D sebab after reviewed ada yang cakap version 3D tak berapa terang. Masa i book tu memang macam dah nak surrender sebab boleh kata semua cinema full-booked. Ehh semua orang nak tengok filem ni, takde ke yang nak tengok Rempit V3: Samseng Jalanan tu. Akhirnya, ada rezeki jugak.Fuh!


Kitaorang dapat booked kat Times Square. I book satu pukul250 pm, satu lagi pukul630pm. I memang confirm i book untuk version yang bukan 3D. Masa collect tiket yang pukul630 tu, harga dia RM16. So masa akak i tanya, i confirm jawab tu bukan 3D version. Sekali tengok tiket, version 3D daaa!

The film is awesome. Pada i lah. Tapi kalau pada orang yang memang benci untuk memikirkan benda-benda fantasi dan sentiasa berfikiran logik, confirm akan cakap tak best dan issyyy membazir je tengok filem macam ni. So u go and judge sendiri ok.

I memang nak puji kalau filem mat saleh, teknologi memang canggih dan nampak nyata real. Ehh i rasa macam i pulak di alam wonderland tu tau. I bukan tak sokong filem Melayu, i tengok apa filem-filem Melayu yang berKUALITI. Yang mana filem-filem remeh tu i malas nak tengok. Beli DVD sudah.

Macam biasa Johnny Depp memang cemerlang bila berlakon watak yang diberikan. Sentiasa cemerlang! Oh I Love You lah Johnny Depp! I suka semua watak dalam filem ni, but si gemuk bulat Humpty-Dumpty tak keluar pulak ;(

Apa pun i bagi 4 bintang daripada 5. Yang penting panggung full!

Spec 3D ni bukan free. Kalau rosak atau patah, ganti RM200 oi!

So apa lagi, pergi tengok cepat. Haip!

Thursday, February 25, 2010

.Rock Hard at Hard Rock.

Kali ni i nak cerita pasal farewell seorang daripada colleague yang kitaorang buat kat Hard Rock Cafe. Dah lama farewell ni, end of january ari tu, tapi i tak sempat nak story. How's was that? Really awesome! Dari makanan, environment and entertainment memang thumbs up. Ok, let's rock bebeh!

Ini entree on that dinner. Yang dalam mangkuk tu popiah, then di sekeliling pinggan tu (Dari kiri: Calamari rings, yang bercengkerang macam oyster+cheese and chicken wing) 4 bintang!

Ini adalah menu dipanggil "Hawaian Chicken". Boleh tahan sedapnya.


Ini apa yang bos i makan. Rib Black Pepper Steak. Nampak macam sedap!


Ahha! This is what i had for dinner. Mash Potatoes. Sangat sedap! You all nampak macam sikit, tapi i rasa 8x mash potato KFC. Sesuai lah dengan harga nya oi.


Ini Salmon Steak. Diaorang cakap 5 star! Sedap.

Okey, i tipu i bukan makan mash potato je. Ini baru main course nya, Twisted Mac Cheese with toasted bread. Sedaaaaaaap sangat! ;)


During this farewell, ada i punya colleague yang vegetarian. So diaorang semua makan Vegeterian Burger. I macam pelik how vegeterian burger looks like. Rupanya daging burger tu digantikan dengan kekacang pelbagai jenis yang dibentuk macam daging burger sebenar. So, looks like burger but the taste doesn't. At least dapat feel macam makan burger kan? :D


Ini wet tissue, compliments from hard Rock.


We all before all the main courses sampai. Semua sudah lapar masa ni.

I dengan kak yati. Known each other since 2003.


Nak elak boring punya pasal sebab tunggu makanan tak sampai, so berposing lagi lah kan.


My bos menyampaikan gift & farewell card pada colleague i, Sandy.

Sandy bersama gift yang kami hadiahkan. Itu adalah kerongsang baju kebaya yang sangat cantik. Before farewell, dia tempah beberapa pasang baju kebaya. Teringin nak pakai katanya. So kitaorang decide hadiahkan kerongsang ni, at least useful right?


Kak Ita & Kak Rina yang memang selalu excited! ;)

Gambar atas permintaan Ganesh. Ha ha kena dajal i buat tanduk. hehe.
*Sayang, u jangan jeles dengan gambar controversy ni pulak eh :P

Semua muka sangaat sangat happy kat Hard Rock. Peace yaoo!


We're Singapore team!! Sekarang sudah tinggal tiga orang saja.
What can i say about Hard Rock is, kalau u all bukan kategori open-person, senang cakap alim or dan sewaktunya, dinasihatkan tak payah lah datang Hard Rock sebab you all tau je lah suasana nya macamana kan. So u go and judge by yourself. Tapi pada i, memang rock untuk hang out! Errr cuma harga je tak boleh tahan! :P

Tuesday, January 12, 2010

.Budaya Sihat Yang Perlu Diamalkan Di Tempat Kerja.


Selamat tengahari semua! :)

Malas aku nak membebel panjang-panjang. Aku cuma nak cerita salah satu budaya bagus yang harus diamalkan di ofis-ofis. Ofis aku amalkan ni.

Okey macam ni, ofis aku menganjurkan (macam skema je word ni) acara pertuakaran hadiah atau lebih mesra disebut Exchange Gift. So pada 08/01/2010 haritu, acara kemuncak ini telah berlangsung. Acara ni dianjurkan sekaligus dengan majlis harijadi Big Boss aku dan seorang lagi staff kat department aku. Menariknya, kitaorang semua tak tahu siapa yang kitaorang dapat, dan kitaorang tak tahu siapa yang dapat kitaorang.

Kira masa cabut undian nama tu, secret-lah. Kitaorang cuma dapat nombor yang tulis sama ada M atau F (Male/Female). Contoh, macam aku dapat 29F. So aku dapat untuk orang ke 29 dan perempuan! Entah sape lah yang bertuah tu kan.he he.


Serius, takde satu klu pun yang dapat membantu beb. So beli la hadiah yang selamat, kang kalau aku beli hadiah yang gila-gila macam bra n panties ke, mana tau salah saiz?! Kang naya je orang yang dapat tu. Hadiah haruslah bernilai sekurang-kurangnya MYR 30. Okeylah kan, setiap orang gaji ribu-ribu. Setakat 30 hengget tu apa sangatlah. Amboi Najihah, macam awak tu banyak duit sangat je! keh keh.
Tak mau cita banyak, layan gambar-gambar di bawah:


Longgokan hadiah-hadiah. Hadiah aku yang mana satu?
(Clue: Yang paling besar, yang warna merah) Yang sebelah kanan sekali tu lah! :P



Hadiah untuk big boss aku. Auwwwwwwwwwww! :P
Ini hadiah aku yang punya. I wonder who's giving this.
(At last, tau jugak sape yang bagi!)

Ini kek besday bos aku. Specially made dari Ummi's Oven.
Bos aku peminat Liverpool. Sama macam Irwan. Cit! :P

Ini pulak kek besday Kak Yatie yang share besday date dengan bos aku.

Saja gedik gambar dengan hadiah.
(Thanks to Matthew tolong ambilkan pix i)

Ok majlis dah start, besday girl pakaikan rosset pada big boss aku. hehe.

Boss sedang memotong kek. Excited dia tengok cake tu tau!

My department secretary yang perempuan berbaju biru ini.
The man behind is my head unit. Sporting dia nih! ;)

What's The Boss got?
Bapak Elmo dan anak Elmo yang boleh mengeluarkan muzik kalau dipicit tangannya.
Cute sungguh. he he he.

Ini dia orang yang bagi boss aku hadiah.

Upacara penyampaian hadiah. Lama tak merasa sejak sekolah rendah dulu. huhu.

bad bersama hadiah yang dimenangi. Satu set you!!

Aku dengan besday girl. We're known each other since 2003 beb.

Me and Jane. Rakan bergosip aku :)

This is what i have got. I suka sangat. Sangat praktikal hadiah ni kan?

Logo ni di tampal di sekeliling kek boss aku. Ada banyak logo kelab bola sepak lain. Aku rembat dulu MU, yeah! ;) *muka puas hati*
.
.
.
Story end.
.
Nah, aku hadiahkan lagi satu gambar untuk korang. Nak gelak silakan.

*Di sisi suku dari saiz pelamin sebenar. Ini waktu kahwin my sister besties, Puan Nadia :)

.
.
.
.
ps: Sekarang asal petang je hujan. Dingin.