Showing posts with label IrwaNajihaH. Show all posts
Showing posts with label IrwaNajihaH. Show all posts

Thursday, November 24, 2011

.Berkongsi Perasaan & Pengalaman.

Tinggal beberapa hari lagi je, sebelum aku melahirkan si kaki kecil ni. Jadi sebelum aku bye-bye pulang ke kampung halaman, aku nak cerita serba-sedikit pengalaman aku sewaktu mengandung. Walaupun pengalaman aku tidaklah seberapa, al-maklumlah pengalaman pertama kan, tapi apa salahnya, sharing is caring kot ;)

Macamana aku tahu aku pregnant, aku dah cerita dulu kan. Masa tu Tuhan je yang tahu betapa gembiranya aku, syukur tak terhingga. Yelah, takut jugak kalau aku tak mampu nak bagi zuriat pada Irwan. Aku mengaku, lima bulan 'kosong' memang buat aku rasa sedikit tertekan dan bimbang. Memanglah mulut cakap buat-buat cool, tapi dalam hati kegusaran melanda. Macamana kalau aku memang bermasalah untuk bagi zuriat? Memang masa sebelum kahwin kitaorang ada berbincang, Irwan cakap boleh ambil anak angkat, tapi anak angkat mana nak sama dengan anak daripada benih sendiri, daripada darah daging kita sendiri kan.

Nanti di penghujungnya, mesti suami akan rasa nak ada anak sendiri, ye tak. Lepas tu nanti akan timbullah isu-isu sensitif yang sememangnya akan membuat kaum wanita menjadi down gila lah. Dan aku semestinya tak mahu semua itu berlaku. Takut -_-

Setelah penat membeli tester yang mahal, akhirnya aku beli yang cap Watson je. Murah sikit T_T Bukan apa, tak mahu membazir kalau 'tak menjadi' lagi.

Positif! Alhamdulillah, rezeki Allah bagi. Tapi masih kurang yakin, sebab satu garisan tu samar-samar.

Menggunakan penguji di klinik, garisan pun jelas, memang sah benih menjadi! Syukur.

Masa mula-mula tu, macam rasa lambat bila nak tunggu perut ni membesar, tapi bila banyak benda yang berlaku dari hari ke hari, tau-tau je perut aku dah membulat. Tau-tau je aku dah kena pakai baju saiz L ke XL -_-'

Irwan pulak, sama macam suami-suami lain yang gembira dan tak percaya isteri dia dah pregnant. Tapi reaksi dia takdelah macam dalam drama Melayu tipikal yang asyik-asyik nak peluk isteri dan letak telinga kat perut isteri nak dengar apa yang baby kat dalam perut ni buat. Setakat hadiahkan ciuman ajelah :) Kot iye pun gembira, takkan sampai nak lambung isteri pulakkan :p

Walaupun Irwan tak menunjukkan sangat keterujaan dia, tapi aku tahu dia ambil berat. Dia berusaha untuk cuba berikan yang terbaik untuk aku. Untuk minum susu ibu mengandung tu pun, dia yang suruh. Dia cakap minum susu mahal takpe, janji baby kat dalam sihat dan dapat khasiat. Dia jugaklah yang bangun tengah malam bila aku kejut waktu aku sakit perut ke, kaki terkena simpul biawak ke, dia jugaklah yang sapukan minyak angin semua. Kalau aku sorang-sorang, mesti aku menangis jelah kejenya.

Sepanjang tempoh aku mengandung ni, aku memang berdikari jugaklah, sama macam sebelum aku mengandung. Irwan pun takdelah bagi special treatment macam jalan pimpin tangan, pegang pinggang semua tu. sebab dia tahu isteri dia ni orangnya berdikari, boleh buat semuanya sendiri. Cuma dia selalu pesan, supaya aku berhati-hati, lebih-lebih lagi semasa memandu, sebab aku ni kalau bawak kereta mana reti perlahan, lepas tu kalau jumpa orang-orang sengal yang tengah driving, mesti mulut nak maki dan menyumpah-seranah, which is memang tak baguslah kan untuk orang mengandung untuk mengeluarkan kata-kata yang tak elok. Bukan apa, takut dicontohi anak dalam perut tu nanti. Mintak simpang.

Memang masa mengandung ni, banyak cabarannya. Tapi aku rasa bagus jugak bila aku pregnant, jadikan aku orang yang lebih sabar. Aku ni walaupun cool orangnya, tapi ada jugak sifat hitamnya. Aku orangnya cepat lose temper, cepat nak mengamuk kalau ada benda yang aku tak suka, aku selfish dengan Irwan dan tak memahami situasi dia. Kadang-kadang aku rasa aku ni macam isteri derhaka je, sebab banyak sangat melawan Irwan, banyak sangat sakitkan hati dia. Betul, tak tipu.

Walaupun layanan Irwan macam kesah tak kesah je sepanjang aku pregnant ni, tapi dia tetap sabar dengan perangai aku. Tension jangan cakaplah. Emosi pulak sentiasa tak menentu, sentiasa terganggu. Benda-benda sekecil zarah pun boleh dibuat gaduh. Kadang-kadang benda yang digaduhkan tu benda yang tak masuk akal. Tapi perangnya, macam benda dah tak dapat diselamatkan.

Yelah, aku yang tengah mengandung ni memanglah emosi gila kan, dan Irwan pulak mungkin belum dapat memahami sepenuhnya perangai orang mengandung ni. Nak pujuk memanglah dia fail -_-' Jadi sudahnya bila berlakunya perbalahan, endingnya mesti meleleh air mata aku. Pujuklah diri sendiri T_T Start dari situlah aku mula cakap-cakap dengan si kaki kecil ni. Bila macam tu, baru rasa timbul semangat untuk tak mahu terlalu beremosi. Kesian kat si kaki kecil ni, sebab mummy dia asyik sedih dan menangis. Harap-harap bila dia keluar nanti, takdelah dia ikut perangai aku yang gembeng ni.

Mujur jugaklah aku ni tak banyak karenah nak itu ini masa mengandung, kalau tak aku rasa lagi haru biru dibuatnya. Irwan cakap senang nak jaga aku masa mengandung. Mabuk pun sikit je, takdelah lama sangat, lepas tu semuanya ok. Cuma ada satu benda yang aku kecik hati dengan Irwan (dia tak tahu sampai sekarang ni), aku nak sangat makan Cendol Kader kat TTDI (sebelum ni dah pernah makan dah, tapi nak lagi), aku dah bagitau dia banyak kali, dia cakap nak bawak, tapi sampai sekarang tak bawak T_T

Yang aku rasa paling mencabar masa mengandung ni adalah aku masih maintain buat kerja-kerja rumahtangga sampai sekarang- memasak, mengemas, membasuh, mengemop dan sebagainya lah. Cuma diakhir-akhir ni je aku dah tak masak, sebab aku dah tak larat nak berdiri lama-lama. Irwan ada jugaklah tolong sikit-sikit buat kerja, itupun bila time aku betul-betul letih dan tak larat lah. Kalau tak, aku buat semua macam biasa. sebab dia tau isteri dia ni kan Superwoman, waktu mengandung tak manja macam wanita lain, kononnya lah -_-

Tapi memang tak pun. Ada sesetengah perempuan, start je mengandung, maknanya dia dapatlah lesen nak perintah suami buat itu ini. kerja dia cuma menjaga kandungannya sahaja. Suami pulak memang of course lah sayangkan isteri tu, dengan rela hati membantu isteri, siap suruh duduk je, jangan buat kerja berat-berat semua. Syurga kan?

Aku pulak, kerja apa yang aku tak buat. Semua aku buat, sampaikan masa rumah aku takde air, aku masih lagi angkut air dengan kedua-dua tangan memegang botol 5 liter. Bayangkan. Sampai ada satu masa tu kan, akibat aku terlalu lasak membuat kerja, ada lah sikit bleeding berlaku. Masa tu di awal kandungan. Takut jugak lah kalau jadi apa-apa. Alhamdulillah, Allah selamatkan semuanya. Lepas tu, aku selamba je sambung buat kerja-kerja macam asal.

Itu belum kira alahan-alahan yang dihadapi masa mengandung. Lagi lah menambahkan paras tekanan dalam diri. Aku bersyukur sebab aku takdelah menagalami alahan-alahan teruk yang boleh menjejaskan sistem badan aku. Cuma sepanjang mengandung ni, kulit aku jadi rosak, sensitif dan jerawat tumbuh melata T_T Kalau tengok semula gambar-gambar perkahwinan aku, rasa macam down pulak -_- Kira aku ni, bukan kategori perempuan yang cantik bila mengandung. Tapi aku cuba optimis, muka boleh dicantikkan semula ye tak. Biar muka aku tak comel dah, tapi baby aku nanti comel :) InsyaAllah!

Lepas tu, aku kena penyakit keputihan yang aku kira agak teruk jugaklah. Kalau yang perempuan masih tak tahu apa itu keputihan, pi Google sendiri eh. Memang tak selesa bila dapat penyakit ni. Sedangkan sebelum mengandung aku takde pun mengalami keputihan ni. Lepas tu, di akhir-akhir pregnancy, masuk bulan ke 8 sampailah sekarang ni, badan aku kena gatal-gatal. Gatal-gatal ni jenis yang merenyam punya, yang kalau kau garu tu macam tak puas dan asyik nak menggaru je sampailah luka kat tempat yang gatal tu. Hasilnya, habislah badan dah ditumbuhi parut-parut segar T_T

Menurut doktor, itu normal untuk sesetengah wanita mengandung, memang akan mengalami kegatalan kronik bila masuk bulan ke-7,8 dan 9. Tapi jika pada awal trimester kehamilan, korang mengalami gatal-gatal yang kronik ni, itu ada something wrong dengan badan korang, jadi pergilah berjumpa doktor dengan segera ya.

Bila perut makin membesar, badan pun makin rasa panas. Memang tak selesa habis. Nak tidur tu jangan cakaplah macamana tak selesanya. Mujur jelah tak mampu nak pasang aircond, kalau tak dah pasang dah walaupun hakikatnya aku tak suka pakai aircond bila tido. Kalau boleh nak tidur bertelanjang je. Serius panas, aku tak tipu. Sebab badan aku ni selalunya tak tahan sejuk sangat. Kalau balik rumah mak bapak aku pun, aku lagi suka guna kipas daripada aircond (macamana nak duduk oversea ni -_-)

Tapi itulah pahit manisnya bergelar perempuan mengandung ni. Sebenarnya kadang-kadang kita lupa yang kita ni diberi keistimewaan oleh Allah. Yelah, bukan semua wanita dalam dunia ni dapat rasa nikmat mengandung. Ada yang tak bernasib baik tu, mencuba bertahun-tahun masih juga belum dikurniakan rezeki. Aku sendiri pun, bila ada waktunya aku bersendirian, bila aku muhasabah balik diri aku, aku rasa kadang-kadang aku ni tak bersyukur orangnya.

Aku terlupa yang aku dikelilingi oleh mereka-mereka yang sayangkan aku. Dan walaupun perangai Irwan yang kadang-kadang kurang prihatin, tapi aku bersyukur sebab Allah bagi aku suami yang sanggup melayan karenah aku, yang sabar dengan sikap aku yang tak menentu. Sebab Irwan bukan jenis lelaki yang suka tinggi suara tak tentu pasal, yang suka naik tangan dan sebagainya. Aku tak tahulah kalau dapat suami yang panas baran, ada pelempang melekat kat muka kot -_-'

Pesan aku pada kaum bapa, kalau isteri mengandung tu seeloknya jagalah emosi dia, bukan lama pun, 9 bulan je kan. Lagipun, bukannya selalu isteri-isteri anda tu mengandung. Kalau nak harapkan hari-hari lain isteri tu dapat layanan istimewa, memang tak lah kan. Bila isteri mengandung, itulah saat paling istimewa dalam hidup seorang wanita. Bukanlah diminta untuk dilayan macam permaisuri, tapi cuba berikan yang terbaik dan faham emosi mereka. Ok guys? :)

Ohh tak sedar dah panjang pulak aku bercerita. Tak kisahlah korang nak baca ke tak, yang penting aku dapat kongsikan pengalaman aku. Manalah tahu dapat membantu korang-korang yang akan menjalani proses ni akan datang nanti kan :)

Memandangkan esok aku dah nak balik kampung, jadi kalau kat kampung tu biasanya aku ni jadi malas sikit nak update apa-apa. Jadi di kesempatan ni, aku nak minta ampun maaf pada semua pembaca blog aku jikalau ada entri-entri dan bahasa yang aku gunakan menyinggung perasaan korang semua. Kadang-kadang aku ni tulis ikut sedap mulut je.

Yelah, aku pun tak tahu bila masanya aku nak melahirkan kan. Aku harap korang semua maafkan aku, dan dengan rasa rendah dirinya aku minta tolong doakan aku selamat menjalani proses kelahiran nanti.

InsyaAllah, panjang umur aku tulis lagi :)

Kegemukan yang drastik. 85kg++. Terbaikkkk! :D


Thursday, November 3, 2011

.Ole-Ole Dari Jauh.

Hello! Hello! :)

Seronok sangat sebab Irwan dah balik. Alhamdulillah, hari Selasa hari tu dia selamat mendarat di KLIA. Aku check schedule arrival dia, sepatutnya dia landing jam 07:00. So aku pun pukul 06:30 baru terkedek-kedek keluar dari rumah, lepas tu siap singgah Mc'D dulu untuk beli breakfast, then barulah ke KLIA.

Expecting aku, biasanya flight ni akan lewat setengah jam, tak pun paling awal 15 minit lewat. Sekali tu, dalam aku dok pecut 100kmj, dalam kul 06:58 Irwan call. Hah? Takkan dah sampai kot?

Heyyyy dia betul-betul dah sampai lah! Masa tu aku pulak baru nak masuk simpang KLIA. Apa lagi, terus pecut ke 130kmj gak lah dalam pada mengandung ni. Bahaya kan T_T

Rupanya flight dia dah landing pukul 06:35 lagi. Awal lah pulak kan. Tak kisah lah awal ke tak kan, yang penting bila tengok Irwan dah tunggukat gate 6, dan back in one-piece, dah syukur alhamdulillah :)

Untuk isteri dia yang tercinta ni, ada jugaklah dia beli ole-ole sikit. Mari lihat.hehe.

Apakah yang ada dalam beg ini?


jeng--jeng..jeng..

Ada satu kotak yang siap berbalut lagi. Hehe. Tapi aku dah boleh agak apa benda ni.

Tadaaaaaaaaaaa! Bertambah lagi koleksi perfume aku :) Thank you sayang!! :) First time untuk aku experience dengan brand Burberry, tak sure suit tak dengan aku, but the smell quite sportive dan aku agak boleh pakai unisex kot. Oklah kot kalau untuk outdoor activity :)

Dan ini adalah signature cup bagi Argentina. Irwan cakap ada banyak type. yang dibuat dari kaki kuda pun ada. Tapi yang ni dibuat daripada tempurung kelapa.


Souvenir lain, macam biasalah Fridge Magnet memang wajib aku kirim. Dan adalah barang hiasan lain. Kat sana barang mahal. Tahun depan dia pergi lagi, jadi siapa-siapa nak kirim kena kirim dengan duit lah, tak boleh kirim dengan air liur je. Hehehe.

Tapi serius, jersi bola AFA yang original Made in Argentina tu memang cun. tahun depan aku nak suro dia beli untuk Muhammad N pulak! :)

Monday, October 31, 2011

.Genap Setahun.

29 Oktober 2010, 10:10pm
.
Syukur Alhamdulillah, genap setahun usia alam rumahtangga aku dengan Irwan. Terasa kejap benar setahun berlalu. Rasa macam baru semalam berdebar-debar menanti diijabkabul. Macam baru semalam bertungkus-lumus membuat persiapan raja sehari. Macam baru semalam pergi honeymoon. Dan semuanya lah, macam baru berlaku semalam.

Setahun yang aku dan Irwan tempuhi dengan penuh adventurous. Setahun yang penuh dengan cabaran, halangan, suka-duka, tangisan, senyuman dan semua segenap perasaan yang terbit.

Dalam setahun inilah, baru mahu kenali identiti, personaliti dan tabiat masing-masing. Bila sudah duduk sebumbung, tidur sekatil, baru tahu diri masing-masing. Dan aku kira itu semua pembelajaran yang sangat menyeronokkan untuk dipelajari :)

Aku bersyukur sangat sangat pada Maha Pencipta, kerana dijodohkan aku dengan orang yang aku sayang dan cinta. Walau ada onak duri dalam hubungan ini, ada ranjau yang berliku, tapi alhamdulillah semua dapat diredahi dengan sejiwa, seia sekata.

Memasuki tahun kedua, hidup aku dan Irwan akan bertukar, dengan kehadiran si kaki kecil ini tidak lama lagi. Semoga ikatan yang kami bina kekal dirahmati dan dipelihara Yang Maha Esa.Amin!

Dan aku berazam, mahu menjadi isteri yang terbaik untuk Irwan dan mummy yang sempurna untuk Muhammad N nanti :)


To you my dearest;
Thanks for all your loves.
I'm very gratitude to God to have a life & soul-partner just like you.
I wish our relationship will be last till the end.
I love you so much!!



p/s: I'm so touched, when seeing Irwan has do lot of changes. Dia dah pandai tulis love words, dedicate love songs :) Sweet!! :)

Friday, October 21, 2011

.Cerita Birthday & Si Kaki Kecil.

Assalamualaikum.

Kalau Jumaat minggu lepas sibuk menghitung hari untuk birthday sendiri :P Kali ni nak cerita sikit pasal birthday aku tahun ni.

Macam yang aku bagitahu hari tu, birthday tahun ni aku sambut kat kampung, memandangkan Irwan jauh di benua sana -_- Alhamdulillah, kenduri doa selamat untuk aku melahirkan nanti berjalan dengan lancar. Atas permintaan aku, mak aku buat sekali dengan doa kesyukuran sempena hari lahir aku. Yelah daripada buat birthday party, baik buat doa selamat kan :)

Atas permintaan aku juga, mak aku buatkan aku bubur putih-bubur merah. Tak tau lah korang pernah dengar tak, tapi rupa dia macam ni.

Bubur merah tu beras yang dimasak dengan gula merah kalau tak silap. Yang putih tu pulak dimasak dengan santan. Bubur merah memang lebih banyak daripada bubur putih semasa dihidangkan.

Selalunya kalau kita berhajat, masa kenduri atau hari-hari biasa masaklah bubur ni dan jamu orang makan, dan sebelum makan baca selawat dan niatkan dalam hati hajat kita tu.

Dan yang paling buat aku terharu, mak aku tempahkan birthday kek untuk aku. Sayang mak!!! :)

Ini Blueberry Cheese Cake yang super sedap!! Serius tak tipu. Aku bukan penggemar cheese cake. Mula-mula macam tak mau makan, sebab dah confirm mesti muak punya nanti.

Tapi bila dah makan, memang sedap kot. Tak muak langsung dan banyak jugaklah aku makan. Baby kat dalam perut pun suka cheese cake ni :P

Walauapapun aku nak ucapkan terima kasih khususnya pada mak ayah aku yang buatkan kenduri untuk aku. Semoga semuanya dirahmati Allah.

Dan pada kawan-kawan yang wish birthday aku haritu, aku appreciate sangat. Thanks tau! Hadiah tak penting, yang lebih penting adalah ingatan korang :)

Tapi kalau hadiah daripada orang tersayang tu haruslah penting kan :P :)

Macam biasa dari tahun lepas, Irwan jadi orang pertama yang wish birthday aku. Dan ucapan birthday yang dia tulis kat FB aku, buat aku touching:

"Each year your birthday reminds me that i really want to say im very glad and happy i know you and i always think of you and our baby each time of my day. Happy birthday isteriku. : )"

InsyaAllah, seiring dengan usia, aku akan cuba menjadi isteri yang terbaik dan ibu yang sempurna pada zuriat dia. Amin.
.
.
Tinggalkan cerita birthday, mari aku tunjuk gambar si kaki kecil yang aku dah janji nak tunjuk dulu.

Ini gambar scan waktu minggu ke-28. Yang aku tanda bintang tu, itu otak dia. Dan yang bertanda segitiga tu adalah jantung dia :)

Ini yang paling latest, gambar minggu ke-32, aku check minggu lepas.


Mulai minggu lepas, aku dah mula daftar dekat hospital yang aku nak bersalin tu (sebenarnya agak lambat lah, tapi nasib baik diterima lagi). Gynae aku yang dekat hospital ni namanya Dr. Chew. Kalau jumpa kali pertama nampak macam sarcastic, tapi sebenarnya dia ok.

Dia sangat concern untuk kita yang baru pertama kali ada baby ni, jadi dia nak kita faham betul-betul apa yang dia terangkan. Aku rasa seronok masa buat check-up tu :)

Baiklah, ini ringkasan sepanjang 32 minggu aku menjaga si kaki kecil ni:

  • Masa mula-mula aku ingat baby aku ni tak normal, sebab bila perut aku makin membesar aku noticed dia kurang tendang. Baru aku tau sebab baby dah makin besar, ruang makin sempit, jadi dia dah kurang tendang. Tapi still ada movement lah, dan itu normal.
  • Aku rasa baby aku ni faham apa mummy dia cakap, dan aku harap dia menjadi anak yang baik nanti. Sebab bila aku cakap-cakap dengan dia, dia mesti tendang-tendang, kira dia faham lah tu kan :)
  • Baby aku tak suka makan kari (sama macam daddy dia), especially kari mamak, sebab bila aku makan je, mesti aku sakit perut dan cirit-birit serta muntah.
  • Berat badan aku dah makin kurang meningkat. Setakat minggu lepas sudah 81.5kg sahaja. Pertambahan berat dari minggu ke-28 ke hinggu minggu ke-32 cuma 600g sahaja.
  • Berat baby yang semakin meningkat sekarang ni. Sehingga minggu lepas sudah 1.886kg.
  • Sekarang gusi aku kerap berdarah lagi-lagi bila gosok gigi, pedih ulu hati memang setiap hari dan sekarang ni kesukaran untuk bernafas bila malam-malam. Mula-mula aku macam takut jugak, tapi bila baca rujukan, rupanya itu simptom biasa untuk ibu mengandung -_-
  • Bila perut makin membesar, badan pun rasa makin panas. Memang tak boleh tidur kalau takde kipas/aircond, confirm berpeluh. Bila berpeluh pulak, nanti kulit aku jadi gatal-gatal.
  • Selera makan aku tidak sedasyhat dulu. Sekarang aku dah tak ambil makanan berat untuk malam, makan roti, biskut dan minum susu dah cukup :)
  • Aku masih memandu ke tempat kerja, macam biasa. Kalau ikutkan tak berapa larat, especially bila waktu jammed, kejap-kejap kena tekan minyak dan brek, senak sikit perut ni. Tapi digagahkan diri jugak. Harap-harap Allah pelihara segalanya.
Rasanya tu je kot. Hari dah makin gelap, tanda hujan lebat akan melanda Kuala Lumpur lagi, seperti petang-petang sebelumnya.

Hujung minggu aku ni aku spend masa sendiri aja lah kat rumah. Irwan pun belum balik kan. Mungkin aku habiskan masa untuk mengemas rumah, cewah.

Tuesday, October 18, 2011

.Kurang Dua Minggu Lagi.


I'm trying to not counting the days, I know he'll be back very soon.
*miss you like hell*
:)

Monday, October 17, 2011

.Sedetik Lebih.

Khasnya untuk suamiku di benua sebelah sana;


Cuma mahu you tahu yang I sayang you sangat,
dan untuk selamanya.

Terima kasih untuk kasih sayang yang mencurah,
yang tidak terbelah.

Terima kasih untuk rindu yang menggebu,
sentiasa selalu.

Semoga segalanya kekal dipelihara Tuhan,
dan ditambahkan lagi kebahagiaan.

Amin.

Wednesday, October 12, 2011

.Dear Daddy.

Assalamualaikum.

Dear Daddy,
Hari ni dah masuk hari ke-4 daddy pergi outstation. Baru sekali baby dapat dengar suara daddy. Mummy kata tak boleh cakap dengan daddy selalu sebab nak call mahal kan. Takpelah, dapat tengok daddy update gambar-gambar and story daddy kat FB pun dah kira okey.

Daddy tahu tak, walau dah empat hari daddy pergi, tapi mummy still sedih. Lepas je balik dari hantar daddy kat KLIA tu kan, mummy dah start nangis semula. Nasib baik malam tu tok mak & tok ayah tido rumah temankan mummy, terpaksalah mummy cover line. Mummy buat-buat tabah and tak kesah kononnya daddy dah terbang.

Esoknya pagi-pagi tok ayah dengan tok mak dah balik Batu Pahat, sebabnya tok ayah ada mesyuarat tengahari tu. Tok ayah pun tak berapa sihat, dia asyik batuk-batuk je. Tapi diaorang datang jugak nak hantar daddy sebab diaorang cakap risau daddy nak pergi jauh. Bagus jugak diaorang datang, at least ada la orang temankan mummy malam tu kan.

Bila tok mak & tok ayah balik je, mummy dah mula menangis. Mummy cakap dia rindu sangat kat daddy. Dia rasa lain sangat daddy takde. Yelah selalu kan weekend mesti mummy pergi jalan-jalan dengan daddy. Daddy tahu tak, mummy kan dia masuk bilik baju daddy, pastu mummy amik baju Melayu yang daddy selalu pakai tu, dia cium baju daddy. Baby tau mummy rindu sangat kat daddy sebab tu dia macam tu.

Tengahari tu mummy pergi rumah mak long. Mummy ajak mak long pergi Carrefour sebab mummy kata dia nak beli barang sikit, sebab masa daddy takde mummy malas nak keluar rumah, dia nak makan roti and cereal je. Lagipun perut mummy dah makin besar, dah makin penuh, tak boleh makan banyak sangat.

Daddy nak tahu tak, mummy demam dengan batuk tak baik-baik since daddy pergi. Demam rindu kat daddy pun iye kot. Kesian baby tengok mummy, tiap-tiap malam mummy tak boleh tidur sebab batuk kuat sangat, sampai sakit perut mummy. Tapi baby tahu mummy tu kuat, dia tahan sakit sorang-sorang. Baby pun tak nak nakal-nakal dengan mummy sebab kesian nanti kalau mummy sakit takde orang dengan dia.

Mummy selalu cakap dengan baby, taknak baby nakal-nakal masa daddy takde. Mummy cakap daddy pergi kerja, daddy nak cari duit untuk baby. Sebab tu mummy cakap baby kena kuat, kena jadi anak yang baik. Mummy suruh doa supaya daddy balik dengan selamat nanti.

Dear Daddy,
Baby dengan mummy akan tunggu daddy balik. Minggu ni mummy nak balik Batu Pahat dengan mak long sebab tok mak nak buat kenduri doa selamat untuk mummy sempena mummy nak bersalin nanti. At least takdelah mummy boring sangat weekend ni kan.

Mummy cakap dia tulis-tulis kat FB bukan nak bagi daddy risau, mummy cuma nak express perasaan dia rindu sangat kat daddy je. Mummy tu luar je nampak kuat, tapi kat dalam dia fragile habis. Yelah, perut mummy makin besar, dia buat kerja pun cepat je penat, emosi pun asyik terganggu je, sebab tu mummy cepat emosi.

Dulu masa baru-baru kahwin mummy memang tak kesah duduk sorang-sorang sebab mummy dah biasa independent, tapi kali ni mummy sedih sangat sebab pembawakan budak kot. Baby tau, macam-macam yang mummy fikir, especially pasal daddy kat sana, tapi mummy tak tunjuk depan orang.

Malam tadi kan mummy tunjuk gambar kahwin dia dengan daddy. Daddy nampak hensem sangat masa tu, so baby harap bila baby besar nanti jadi hensem macam daddy lah jugak. Lama mummy peluk album tu tau, pastu mummy nangis. Kesian mummy, rindu sangat kat daddy. Mummy cakap dia sayang daddy sangat, sampai akhir hayat. Sayang ribu-ribu lemon mummy cakap.

Oklah daddy, dah panjang sangat ni. Mummy cakap tak boleh tulis panjang-panjang. Nanti kalau daddy terbaca daddy jadi makin risau. Mummy cakap dia tak kesah pun daddy pergi outstation, cuma dia emosi sangat sekarang ni sebab keadaan dia tengah macam ni. Lagipun ni first time daddy gi outstation jauh sejak kahwin kan. Mungkin pasni kalau daddy outstation lagi, mummy dah biasalah kot.

Mummy taknak daddy risau. Dia cakap dia akan jaga diri baik-baik. Mummy pun tak lupa minum susu and makan ubat macam yang daddy pesan. Mummy suruh daddy fokus pada kerja je. Mummy cakap dia mintak maaf sebab buat daddy risau, dia takde niat nak buat daddy risau.

Daddy take care tau kat sana. Jaga kesihatan daddy ok. Baby and mummy doakan daddy selalu sihat dan selamat balik nanti.

Bye daddy!


Always love you;
Baby & Mummy.

Friday, October 7, 2011

.Bermain Dengan Emosi.

Assalamualaikum.

Jumaat datang lagi. Waktu sekarang berlalu betul-betul macam kilat. Haih. Hari ni jugak Bajet 2012 dibentangkan. Aku tidak ambil pusing sangat, bukan tak ambil berat hal negara, tapi sebab aku dapat dengar pun melalui radio online yang didengar daripada PC ni, sambil tu tangan buat kerja. Jadi intipati yang dibentang tu tak dapat didengar dengan jelas butirnya.

Dulu masa belum kerja lain lah, bila balik rumah waktu pembentangan bajet mesti dah standby depan televisyen dengan mak ayah, dah siap buat air teh o dan paling tidak pisang goreng panas mesti ada. Sambil mengunyah sambil dengar bajet. Sekarang dah sibuk bekerja, mana ada masa nak berleisure ada waktu minum petang.

Baiklah, aku bukan nak cerita pasal bajet. Biarlah, aku rasa kerajaan dah membuat pertimbangan yang cukup baik dalam melaksanakan bajet. Bukan senang nak bagi semua lapisan masyarakat puas hati kan. Jadi kalau dapat capai sasar 70% yang puas hati pun dah ok kot. Yang pasti kalau cukai rokok dinaikkan, aku antara yang menyokong :P *harapnya Irwan akan kuranglah merokok nanti kan*

Oh, ini masa pinggang masih bercutting. Sekarang? T_T

Bulan Oktober ni pada aku bulan untuk aku bermain dengan emosi. Perasaan ini betul-betul akan diuji. Bayangkan eh, esok Irwan akan terbang jauh meninggalkan aku dan baby ni. Sejauh mana? Sejauh route ini. Kuala Lumpur - Cape Town - Buenos Aires. Dan hanya akan pulang 3 minggu selepas itu, juga dengan route yang sama.

Bukan tak biasa berjauhan, sebelum ni pun kitaorang mengamalkan pernikahan-jarak-jauh, tapi entahlah mungkin disebabkan 'keadaan semasa' aku yang sedang begini, maka emosi tu cepat benar sentap. Yelah, daya pergerakan aku pulak semakin lemah, perut makin membulat, badan pula semakin berat, hendak buat apa-apa cepat pulak mengah.

Lagi-lagi pulak sejak kebelakangan ni aku asyik kena Braxton Hicks je. Adalah sudah 3 kali macam tu. Sakitnya? Boleh tahan. Tak tergambar dengan kata-kata. Sakit untuk beranak aku tak mau bayangkan, lebih daripada itu kot T_T

Dalam tempoh masa aku menjadi 'isteri tinggal' ni, ada dua tarikh penting dalam hidup aku. Satu tarikh adalah hari kelahiran aku, dan satu lagi adalah hari ulangtahun pertama kami! Hah, bertambahlah rasa sekejapnya setahun kan. Macam-macam dugaan dan cabaran sepanjang tempoh tu tahu. Bukan senang menuju ke arah perkahwinan setahun ni.

Nampaknya tiadalah celebration, tiadalah candle light dinner. Surprise flower lagilah tak ada. Tak apalah, dah dituliskan begini kan.

Aku cuma harapkan Irwan pergi dan pulang dengan selamat, itu sudah memadai untuk aku. Bukan apa, persediaan untuk menyambut si kaki kecil ni pun belum lengkap lagi. Perancangannya selepas dia balik baru pulun habis untuk beli itu ini.

Hari makin gelap, hujan kat luar tu masih belum mahu berhenti. Aku nak balik dulu. Malam ni kitaorang nak pergi tengok wayang, at least berdating lah sebelum dia 'terbang' kan :)

Tak dapat aku bayangkan, macamana kat KLIA esok. Rasanya perlu aku standby banyak tisu. Maklumlah aku kan wanita yang bersifat air, maka air mata tu murah sangat untuk tumpah!

Last but not least, untuk suami yang dicintai:




p/s: Mak ayah aku pun datang esok, nak hantar menantu 'terbang' katanya :)

Thursday, September 29, 2011

.Minggu 29.

Assalamualaikum.

Seminggu lebih dah tak update. Al-maklum, kesibukan tugas menjadi kekangan. Just nak update perkembangan aku sepanjang 29 minggu kehamilan. Wahhh sekejapnya masa berlalu. Lagi 11 minggu je untuk melahirkan (insyaAllah!), aku berdoa semuanya berjalan dengan sangat-sangat lancar. Amin!

Haa kandungan aku lebih kurang macam ni lah rupanya. Yang mana kepala baby tu dah mula turun - dan sebab itu jugaklah aku asyik ulang-alik ke tandas lebih kerap. Jadi kalau tengah-tengah malam tu, kalau aku rasa malas nak bangun, aku akan kurangkan minum pada waktu malam. Kalau tak, tido memang lah tak nyenyak asyik dok berjaga malam pergi kencing.



Alhamdulillah, hari tu masa aku pergi check-up, semuanya ok - maksudnya baby aku bersaiz normal, berat pun normal - baru 1.2kg (baru 1.2kg? berat aku punya lah naik sampai 20kg kot! tu berat part mana lah tu kan), dan aku juga bebas daripada hepatitis, darah tinggi dan diabetes - Syukur sangat sebab aku melantak macam-macam, semua benda nak dimasukkan dalam perut T_T

Mood aku? Biasalah kadang-kadang swing. Ada masa sensitif tak tentu pasal. Kalau dilayankan je perasaan ni, memang asyik kerja nak menangis jelah jawabnya. Padahal benda takde apa-apa pun, saja nak emo sendiri. Haih~

Cuma Irwan cakap kat aku, sejak aku pregnant ni, sikap aku dah tak berapa interesting macam dulu - maksudnya kalau dijadikan teman berbual tak berapa best gitu. Dia siap cakap, kalau masa mula-mula kenal dulu sikap aku macam ni, tak jadi dia nak couple dengan aku. hahaha. But aku admit, aku sekarang seorang yang forgetful, membosankan dan mendatar -_- Biasalah bila pregnant ni, benda-benda tak dijangka yang berlaku kan. Unpredictable action and feelings tu sudah jadi perkara lumrah.

Esok aku cuti. Sebab minggu ni aku nak pindah rumah. Ke sarang yang lebih baik, lebih kurang lah kot. Tapi satu apa aku tak kemas lagi. Tak larat wehh, balik kerja dah pukul berapa, masa yang ada waktu malam memang diallocate kan untuk merehatkan badan jelah. Jadi esok kena pulun habis lah kemas barang, sebab hari Sabtu lori tinggal datang untuk angkut semua barang je.

Walaupun aku tengah sarat ni, tapi aku cuba untuk tidak menyusahkan Irwan. Kesian dia balik kerja dah la lambat, cecah pukul 10 malam setiap hari, kalau semua nak harapkan dia kemas, mau putus urat dia kan. Mana yang boleh aku buat selagi mampu, aku buat lah. Tak boleh nak manja sangat kan :)

Habis je minggu ni, maksudnya lagi seminggu Irwan akan pergi outstation. Aku macamana? Jangan cakaplah, tahan jelah sedih ni. Kalau nangis guling-guling pun dia tetap kena pergi jugak. Redha jelah beb.

Hari ni genap 11 bulan kitaorang kahwin, sekejap sangat masa berlalu kan. Sekarang berdua, tak lama lagi bertiga pulak. Aku balik dulu lah, nak pergi celebrate monthanisary, dinner katanya :)


Tuesday, September 20, 2011

.Undescribed Feeling.

Hai.

Sebenarnya perut tengah kenyang. Mata pun boleh tahan ngantuknya. Kalau buat kerja pun kira tak berapa produktif lah.

Aku sihat. Semalam aku pergi check-up, diam tak diam sudah 7 bulan dah perut aku membesar ;) Maksudnya kira-kira lagi 2 bulan, insyaAllah jika diizinkan Tuhan, aku akan melahirkan. rasa takut ada, cuak ada, tak boleh bayangkan lah keadaan masa tu nanti. *post-poned tak payah bayangkan*

Nanti esok aku cerita pasal check-up, dan upload sekali imej scan tu :)

Kitaorang akan pindah ke rumah baru hujung bulan ni, tapi satu apa pun tak kemas lagi. Aku lagi la, mood tengah malas memanjang, nak sentuh apa-apa pun jadi malas.

Makin perut besar, makin lah malas tau nak buat apa-apa. Hari yang sama kitaorang pindah tu, malamnya pulak Irwan dah nak pergi outstation. 3 minggu pulak tu, bila dia balik je tau-tau aku dah 8 bulan :(  Kalau dekat takpe, ini terpisah sehingga kira-kira 15,966.80 kilometer. Time zone pun beza -11 jam. Kalau naik flight tu, makan masa 1 hari jugaklah.

Hmmm entah kenapa, aku macam sedih bila nak kena tinggal. Aku tau dia pergi sebab kerja, tapi entahlah. Perasaan yang sukar diterjemah. Mesti aku nangis gila-gila lah nanti. Dah la sekarang ni air mata memang murah kot T_T

Nak Skype, laptop takde, handphone tak support T_T  Nak emel? Esoknya baru dapat reply. Nak call confirm tak boleh selalu. Tulis surat? Dia balik Malaysia baru dapat reply kot.

Tahan jelah perasaan ni. Oh hati, sila lah menjadi kuat.

Monday, August 22, 2011

.Kisah Bulan Madu.

Assalamualaikum.

Dam dam dum bunyi mercun. Minggu depan dah raya hoyeah! Raya dah dekat, tapi aku tak mau cerita pasal raya dulu, aku nak cerita pasal honeymoon kitaorang. Cewah. Patutnya cerita pasal raya lah kan, ini cerita pasal bulan madu pulak. Ini semua sebab aku baru lepas baca kisah bulan madu Atie lah ni, jadi tiba-tiba je macam bersemangat nak cerita jugak :P

Biasalah aku kan, kena ada pembakar semangat baru boleh mula cerita, kalau tak, alamatnya sampai aku deliver baby, masih terbeku lah cerita honeymoon ni. Masa tu nak cerita pun dah basi. huhu.

Cerita mula bila sebelum kahwin kitaorang memang dah merancang untuk honeymoon trip ni. Yelah, pengantin baru mestilah ada honeymoon kan, at least kalau orang tanya pergi honeymoon tak, sekurang-kurangnya adalah jawapan yang boleh dibagi.

Jadi, aku dengan Irwan pun mula memikirkan destinasi yang menarik untuk dilawati dan yang boleh menaikkan mood berbulan madu. Orang cakap, pergi tempat-tempat yang ada pantai baru seronok. Boleh mandi-manda sama-sama sambil main simbah-simbah air dalam laut kan :p

Ada beberapa destinasi yang bermain di fikiran. Mula-mula kitaorang rancang nak pergi Pulau Sipadan, tapi Irwan cakap, pergi jauh sikitlah sebab kononnya itu masih dalam Malaysia. Amboi, nak keluar Malaysia gak tu! Ok cancel. Destinasi kedua yang dipertimbangkan, Bali. Tapi Irwan cakap Bali bahaya lah, takut ada kes bom-bom lah T_T Cancel lagi. At last, setelah berbincang dan menepati bajet honeymoon yang ada, here we go, Phuket!!

Kebetulan aku pun dah pass kelas Thai language, jadi inilah masanya nak praktikkan apa yang dipelajari kan. Secara jujurnya, honeymoon ni aku yang sponsor, sebab yelah nak book tiket dengan hotel mestilah sebelum kahwin, baru dapat harga berpatutan. Kalau book on the spot, tak pergi lah jawabnya -_-

Aku pun faham keadaan kewangan Irwan, yang masa tu tengah pulun kumpul duit untuk kahwin kitaorang. Jadi, bekerjasamalah kan. Susah-senang sama-sama, baru nikmat alam perkahwinan :) Nasib baiklah duit elaun aku masa outstation ke Singapore dulu tu masyuk jugak, jadi cukuplah untuk beli barang-barang kahwin dan pergi honeymoon.

Aku book tiket flight dan hotel bulan Ogos, honeymoon kitaorang bulan 11, 2 hari lepas tarikh kahwin. Tak menyempat nak pergi kan. Bukan apa, masa tu mood pengantin baru masih ada kan :p Aku takdelah amik pakej honeymoon, kitaorang pergi free and easy je, lagi senang dan lagi murah.

Tiket pergi balik dari LCCT ke Phuket untuk dua orang masa tu kalau tak silap aku MYR549.00. Hotel kitaorang book untuk 3 malam, kira honeymoon trip 4 hari 3 malam lah. Hotel pun aku bukan book honeymoon suite, hotel biasa je. Janji boleh tidur, dan yang paling penting ia dekat dengan pantai.

Setelah meneliti harga, aku book kat Phuttasa Residence, Phuket. Dari hotel ni nak berjalan ke pantai Patong cuma kira-kira 200m je. Harga pun boleh tahan, satu malam kira-kira RM120 je kalau tak silap. Kalau ikutkan hati, aku nak book backpackers's lodge je, murah sikit. Tapi nanti takde mood honeymoon pulak kan. Cewahh. Hotel aku tu, walaupun tak mahal, tapi yang penting kemudahan untuk berinternet amat mudah. Kira lepas penat jalan-jalan, balik hotel je terus online kat lobby :)

Pantai yang famous kat Phuket ni adalah pantai Patong, dan memang menjadi tumpuan tourist lah. Siapa pergi Phuket tapi tak tau Patong beach tu kat mana, memang nak kena bantai. Pantai lain yang terkenal macam Karon Beach, Kamala Beach, Cape Panwa dan yang lain-lain sila Google sendiri ya :D So korang boleh pilih lah nak duduk hotel yang dekat dengan pantai mana.

Sebelum aku bercerita dengan lebih lanjut, mari layan gambar dulu.

Tengah tunggu waktu untuk check-in. Kitaorang bawak 2 luggage je. Yang besar tu aku punya, yang kecik Irwan punya. Biasalah perempuan, banyak self-essentials yang perlu dibawa. hehe.

Irwan haruslah merokok dulu sebelum naik flight. Kalau tak, tak senang duduk nanti ;p


Nampak tak masa ni peha aku masih kecik jugaklah. Sekarang saiznya sekali ganda daripada tu.

After luggage checked-in, tunggu masa untuk depart. Boring gila tunggu, apa lagi, sibuk posing jelah kan.

Memang flight kitaorang dipenuhi dengan foreigner je. Dan hanya kitaorang berdua orang Melayu. Seat kepala merah maksudnya hot seat, iaitu kira seat priority.

Sebenarnya aku book untuk seat biasa, tapi staf AirAsia yang bermurah hati tu cakap "You both honeymooners ya? I'll give the hot seat lah."

Dan yang paling best tu, luggage kitaorang terlebih dari weight limit (aku beli 20 kg je, bajet luggage tak berat sangat), dan dia waive je charges tu :) Thank you AirAsia!

Mata merah menunjukkan tak cukup tidur. haha. Pengantin baru mana cukup tidoq kan :P :D

Oh mana boleh gambar aku takde kan :D

Masa booking flight tu, aku book untuk makanan sekali, sebab flight kitaorang petang dah nak ke malam, jadi nikmatilah Nasi Lemak Pak Nasser yang quite sedap jugaklah. Cukuplah untuk alas perut.

Masih tidak cukup? Ini semua kerja Irwan, dia nak makan pizza lah, nak Krispy Kreme Donut lah, macam budak-budak -_- Aku tumpang sekaki lah.heheh.

.

Kitaorang sampai Phuket malam, masa tu dah pukul 9. Jadi agak kepenatan. Malam tu Irwan ajak round-round aku pun dah tak larat. Simpan tenaga untuk esok sajalah.

Muka pagi di Phuket. Inai masih merah di tangan you!

Oleh sebab kitaorang macam lost sikit mula-mula tu, tak tau nak pergi breakfast kat mana, kitaorang pergi je ke Burger King.

Walaupun tiada logo Halal (kat sini memang susah nak jumpa kedai berlogo halal), tapi kitaorang bertawakkal jelah makan breakfast tu, janji tiada isi kandungan babi dalam tu.
Dia punya kentang sedap gila, kat Malaysia aku tak jumpa pulak kentang macam ni.
.
.
Dah penat eh korang baca? Aku nak sambung pulak, sebab kalau aku buat Part 2, alamatnya lepas bersalin nantilah baru ada.

Masa touch down je kat Phuket, dekat airport tu kitaorang terus naik van airport transfer ke hotel. Nama pun free and easy honeymoon, jadi semuanya tempah satu-satu lah.

Kemudian, driver tu berhenti dekat satu tempat travel agency, kat situ dia promote lah pakej bagai-bagai, nak menjelajah pulau ke, melawat kawasan perusahaan ke, macam-macam lagi lah. Harga pun boleh tahan jugak -_-

Oleh kerana ada kekangan bajet (tak expect harganya agak mahal), kitaorang cuma beli pakej untuk pergi ke Phuket Fantasea je. Kira tempat ni antara tarikan utama di Phuket lah. Kalau tak pergi memang rugilah orang cakap. Nasib baik tokey travel agency tu orang Malaysia, jadi dia bagi harga tiket untuk pasaran Malaysia. Kalau tak lagi mahal. Harga untuk seorang adalah RM190. Nak tahu leboh lanjut pasal Phuket Fantasea, Google lah ye :P

Masuk hari kedua, lepas sarapan kat Burger King tu, kitaorang mula memikirkan cara macamana nak meronda-ronda di sekitar Patong dan bandar Phuket. Yelah, mentang-mentang honeymoon, takkan nak memerap dalam bilik je kan. Jadi kitaorang pun sewa lah motor. Nak sewa kereta mahal, minyak lagi -_-
Kitaorang sewa motor Honda Click, untuk satu hari harga sewa 250 baht. Kitaorang sewa untuk 3 hari.

Puas jugaklah meronda naik motor. Kira romantik jugaklah, dapat peluk sambil naik motor :P dah kahwin boleh lah kan :) Mula-mula macam susah jugak bila naik motor, tapi tak tau stesen minyak kat mana. Tapi jangan risau, sebab kat sini banyak gerai yang jual petrol, cuma harganya agak mahal sikit.

Selain daripada kitaorang pergi Phuket Fantasea, acara wajib bila sudah ke pantai ialah bermandi-manda dan main jet ski. Kat sini nak main jet ski agak mahal pada aku, seorang 1500 Baht untuk setengah jam (ke 20minit eh?tak ingat dah). Tapi sebab dua-dua tak pernah main, pejam mata jelah masa bayar tu T_T

Kalau korang jalan-jalan tepi pantai, banyak khidmat urutan badan dan kaki disediakan, harga kira-kira 250 hingga 400 baht. Kalau rasa nak buat rambut simpul-simpul halus dan dipasangkan dengan klip rambut warna-warni dihujungnya macam macam nigger tu, harganya kira-kira 250 baht je.

Bila dah kat pantai, tak nak kalah kitaorang nak bajet macam Foreigner, dengan baju pantai, dengan spec hitam, siap sewa kerusi pantai dengan payung tu sekali. Harga aku tak ingat, tapi mahal jugaklah, dalam 400 baht kot. Tiada had masa berapa lama kita nak guna.

Yang best tu, bila dah duduk bersandar di kerusi malas, sambil badan disimbahi cahaya matahari sikit (bajet nak tanned kan kulit lah tu, padahal dah memang tanned :P), kalau korang rasa nak minum air kelapa ke, makan aiskrim ke, semua diaorang akan bawak datang kat kita.

Cuma sediakan duit jelah. Harga agak mahal, kira termasuk upah diaorang jalan kaki ke hulu ke hilir pantai lah. Bayangkan Cornetto je dah 40 Baht. Air kelapa pun 45 Baht, pergh kopak duit.

Bila dah penat-penat meronda, apa lagi haruslah ke rumah urut kan untuk mendapatkan urutan kaki. Harga agak berpatutan 250 Baht seorang. Irwan memang aku tak benarkan nak urut badan, iskk nanti diurut oleh perempuan Siam, jadi lain pulak. No way eh!

Kitaorang takdelah shopping banyak sangat, beli sikit-sikit je, ada jugak lah cenderahati untuk adik-beradik. Lagipun masa kitaorang pergi tu time peak season, jadi harga agak mahal.

Dan yang paling adventure tentang honeymoon aku adalah apabila flight ke KL yang sepatutnya pukul 9 malam telah delay 12 jam akibat masalah teknikal. Mula-mula dah siap checked-in semua, dah duduk dalam flight, flight pun dah mula nak terbang, tiba-tiba semua kena turun balik, dan checked-out semula luggage masing-masing. 2 jam kitaorang tercanguk kat Phuket Airport sebelum dimaklumkan yang flight hanya akan oke pada esok paginya T_T

Masa tu dah boring gila ah, melepak macam orang gila. Nasib baik ada AirAsia Insured, dia sediakan hotel untuk semua penumpang yang terkandas. Tak pasal tido satu malam lagi, nasib dapat bilik best! Tu dapat bilik dekat jam 2 pagi, dapat tidur kejap je, sebab pukul6 pagi esoknya dah kena gerak ke airport semula sebab flight kitaorang pukul 8 pagi.

Thrill sungguh! Badan penat, esoknya pulak dah nak majlis resepsi kat rumah Irwan. Pengantin tak cukup rehat.huhuh.

Banyak lagi cerita masa honeymoon, tapi nanti jadi terlalu panjang boring pulak nak baca kan. Itulah serba sedikit cerita honeymoon aku. hehe.

Gambar honeymoon kitaorang ada lagi, tapi oleh kerana gambar tersebut aku simpan dalam laptop adik aku, dan sekarang laptop tu telh hilang akibat kecurian, maka gambar-gambar kat atas tu jelah yang dapat ditunjukkan. Sedih T_T

Baiklah, kat bawah ni ada sedikit travel tips aku bagi, kut kut korang nak pergi ke Phuket lepas ni kan :) Baikkan akak, siap bagi tips lagi :p
  1. Jangan pergi Phuket time peak season, memang harga semua benda daripada hotel ke makanan ke pakaian akan dinaikkan. Contohnya kalau bilik standard tu harganya time low season RM80, bila peak season dah jadi RM150. Rugi je.
  2. Jangan risau kalau korang tak pandai cakap Thai, kat Phuket kebanyakannya diaorang pandai English. Aku faham bila diaorang cakap Thai, tapi bila nak cakap balik, macam kelu lidah -_-
  3. Bila sampai dekat airport, pastikan korang cari teksi/kereta sewa yang harganya berpatutan untuk ke hotel korang. Jangan terpedaya dengan promosi-promosi diaorang tu.
  4. Kalau korang nak beli barang kat bazar-bazar diaorang, pastikan korang tawar, jangan terus beli. Kalau diaorang tak faham English, korang tekan je kat kalkulator berapa harga yang korang nak, kalau dia pertimbangkan, korang akan dapatlah harga tu.
  5. Cari hotel/penginapan yang dekat dengan pantai (kalau korang jenis yang suka pantai lah), jadi takdelah membazir pterol untuk bergerak ke sana sini.
  6. Harga petrol kat sini adalah floating. Jadi jimatkan lah petrol atau isi minyak masa harga tengah turun :)
  7. Kalau korang ragu-ragu nak makan (sebab nak cari kedai berlogo halal, especially seafood memang susah), jadi nak selamat pergi je ke convenience store macam 7E ke, Family mart, kat sana dia ada jual instant food yang boleh dipanaskan dan agak sedap macam nasi goreng seafood, pizza dan macam-macam lagi.
  8. Jangan tukar semua duit korang kat Malaysia, pastikan rate bagus baru tukar. Tukar kat Phuket pun okay jugak.
  9. Kalau agak-agak duduk lama, korang sewalah kenderaan (motor, kereta atau van), sebab kalau naik tuk-tuk (macam teksi) memang mahal.
  10. Make sure korang simpan segala resit sewaan dan ingat kat gerai mana yang korang sewa, sebab sepanjang pantai tu ada banyak gerai sewaan kenderaan dan passport salah seorang daripada kita akan disimpan sampailah korang pulangkan balik kenderaan sewa tu. Kitaorang hari tu siap terlupa gerai mana yang kitaorang sewa, sampai 5kali tawaf lah baru jumpa T_T

Ok sekian, nanti sape-sape dah kawin share lah cerita honeymoon korang pulak ye :)

Thursday, June 2, 2011

.Tak Terjangka.

Assalamualaikum.

Err macamana nak mula ni. Cerita bilamana aku tau aku pregnant ;) Ceritanya mula cenggini. Setelah puas bersaspen tiap-tiap bulan samada aku angkat bendera merah atau tak, jadi pada April aritu bendera merah tak muncul-muncul jugak. Tapi aku tetap tak optimis yang aku pregnant walaupun masa tu dah lewat seminggu dari tarikh yang sepatutnya.

Bukan taknak check, tapi sebelum ni pun masa lewat seminggu aku macam teruja gila nak check, then bila beli je pregnancy test sendiri, tiba-tiba tengok satu line. Tak ke kecewa masa tu kan.

Jadi masa akhir bulan Mac, aku celebrate lah birthday Irwan in advance. Kitaorang pergi Bukit Gambang Resort City kat Kuantan. Kira birthday treat lah ni. Ehh aku takde cerita eh pasal aku pergi sana? Ok tu next entry lah ye :D

Takdelah lama sangat kat sana, cuma 2 hari 1 malam je. Kitaorang amik pakej, jadi dapatlah tiket free untuk masuk ke Bukit Gambang Water Park. Ala-ala Sunway Lagoon jugak, tapi ada beberapa permainan yang mencabar dan tempatnya pun takdelah besar sangat. Kira best jugaklah untuk mandi-manda.

Jadi faham-faham jelah bila dah pergi water park kan. Memang syiok habis, main itu ini macam tak ingat dunia. Siap main gelongsor-gelongsor air yang meluncur laju gila bila at the end dia hempaskan kau, fuhh thrill habis lah.

Bila dah puas melencun kan water park, badan pun penat, lepas tu next day nya kitaorang balik KL. Sambung pulak aktiviti shopping (almaklumlah baru dapat bonus :P), habis satu Starhill kitaorang jelajah. Kaki sakit macam nak mampus, tapi takpe bila tengok barang-barang yang di shoppingkan, sejuk hati :P

Balik ke cerita asal, di awal April, masih tak period jugak. Jadi, sekadar untuk menyedapkan hati, aku pergi beli jugaklah pregnancy test. Kali ni aku beli yang murah je (punya lah taknak membazir kan). Sebelum ni aku beli yang dalam RM20. Yang kali ini aku beli yang 6 ringgit lebih je :P

Sekali kan, masa kat ofis aku senyap-senyap pergi tandas, menjalankan misi! Punya lah excited sampai tak sempat nak tunggu balik rumah kan. Time nak tengok kemunculan line-line tu, rasa macam cuak habis. Berpeluh jugaklah dalam tandas tu -_-'

Tiba-tiba aku tengok 2 line muncul! Ya Tuhan! Tapi second line tu macam kabur-kabur. Jadi untuk mintak kepastian, aku pun tanya lah satu amoi ni, aku tunjuk sekali pregnancy tester aku tu, sekali dia cakap

"Congratulations! Ini kira pregnant maa!"

Aku macam, hah? Yeayy! Tapi masih jugak nak argue kenapa line satu lagi tu kabur-kabur. Dia cakap memang macam tu, sebab dia dulu pun masa check keluar result macam aku.

Jadi nak kepastian lagi, aku tunjuk pulak pada Thalia, lagi sorang colleague aku, dengan pengalaman beliau, dia pun turut mengesahkan yang aku akan jadi bakal ibu.

Aku gembira tak? Mestilah, lama tunggu weh.

Perasaan bercampur-baur, rasa macam tak percaya yang Tuhan dengar doa aku dan makbulkannya.

Terima kasih Ya Allah kerana Kau bagi aku merasa nikmat ini. InsyaAllah tidak aku akan lalai dengan perintahMu.



Tunggu sambungan macamana aku surprise kan Irwan bila bagitau aku pregnant! He he.

Tuesday, May 31, 2011

.Benih Menjadi.

Assalamualaikum.

Apa kes blog updated 2 minggu sekali. Hehe. Salahkan perangai malas yang semakin menjadi-jadi. Dulu kalau tak update belog macam panas punggung, sekarang macam lantak pi lah :p

Hehe.

Nampak tak additional new ticker kat atas tu? *wink* *wink*

Yes buddies, I'm 12 weeks plus pregnant! ;) Alhamdulillah.

Sorry guys, bukan tak mo bagitau, cuma rasa taknak kecoh sangat, al-maklumlah sebab masih early stage kan, orang cakap tu taknak lah teruja bebenor, takut benda-benda tak diingini berlaku pulak nanti. Nauzubillah!

Jadi lepas ni jika diizinkan Tuhan kamu-kamu semua akan jadilah uncle dan auntie kan :) hehe.

Nak dengar tak cerita pregnant kitew? Tak mo dengar sudah, aku tak peduli nak cerita gak :P

At first, memang aku expect tak pregnant. Maklumlah setelah hampir 5 bulan berusaha keras (18sx), masih belum juga diizinkan Tuhan untuk berbadan dua. Tambahan pulak tu, kitaorang kan pengantin jarak jauh, jadi kebarangkalian untuk dapat baby tu pun agak kecil lah.

Yelah, usaha pun kurang kan, jumpa pun sebulan sekali, kalau bajet ada lebih, 2 minggu sekali dapatlah jumpa. Jadi proses mencuba tu pun tidak kerap. Kadang-kadang bila time nak proses baby tu, bukan pulak pada waktu subur aku. Untuk pengetahuan korang, orang perempuan bukannya tiap-tiap kali bersama tu confirm subur. Tak macam lelaki, bila time klimaks tu akan ada benih keluar.

Telur orang perempuan hanya akan keluar sekali sahaja sebulan, iaitu pada waktu subur mereka, sebab itu disarankan mengadakan hubungan (kalau ke arah untuk mendapatkan zuriat) pada waktu tersebut. InsyaAllah dengan izin Tuhan akan menjadi.

Dah macam pendidikan seks pulak, bukan apa, saja nak berkongsi ilmu yang ciput je ni. Itu secara saintifik lah, bagaimana persenyawaan tu berlaku. Tapi ada jugak yang berhubungan pada waktu subur, tapi masih tak menjadi, itu kuasa Allah. Yang penting kita kena usaha keras tanpa berputus asa.

Yang mana Tuhan nak uji, bertahun-tahun mencuba pun, masih belum dapat zuriat. Pokok pangkalnya, jangan terlalu stress atau try harder, sebab kalau kita stress atau terlalu mencuba (hari-hari proses baby) pun kadang-kadang tak menjadi jugak. Itu orang-orang yang lebih dulu berpengalaman cakaplah.

Tapi ada jugak betulnya, sebabnya, di awal perkahwinan, aku dengan Irwan memang beria sangat nak ada baby. Yelah siapa tak excited nak jadi mak ayah kan. Irwan lebih-lebih lagi excited nya, sebab dia cakap dia dah tua (alolo sayang, u baru 28tahun lah, tua apenya kan :P), so nak baby cepat. Orang tua-tua cakap, pantang tersentuh jari kaki, mesti nak on (18sx). Tapi masih takde rezeki jugak.

Jadi, sampai satu tahap aku cakap dengan Irwan, suruh relax, dan berusaha je, kalau ada rezeki kita satu hari nanti, insyaAllah Tuhan akan bagi. Percayalah, Allah lebih mengetahui bila waktunya yang sesuai untuk kita dikurniakan zuriat.

Yang penting, jangan mengalah untuk berusaha, sentiasa berdoa, solat hajat dan bertawakkal pada-Nya.

Aku tak pergi scan lagi, nanti minggu ni baru nak scan. Bukan apa, waktu tak mengizinkan, harap-harap keadaan semuanya baik-baik saja. Kawan-kawan tolong doakan yang terbaik ya!

Ok nanti aku sambung detik-detik debaran bila mengetahui aku pregnant. Cewah!! :P

Bai.

Tuesday, April 5, 2011

.Perancangan Masa Hadapan.

Assalamualaikum.

Huish, dah dekat dua minggu aku tak update. Bukan malas, bukan takde idea, cuma masa tak mengizinkan. Entah kenapa tah, sekarang aku macam hilang minat nak main internet. Bila bukak Facebook, tak tahu nak update apa. Bila berTwitter pulak, macam blur nak tweet apa.

Masa aku lebih banyak dihabiskan dengan Irwan, buat kerja-kerja rumah, kalau bukak internet pun, untuk view je. Serius, aku baru rasa 24 jam tak cukup sekarang. Dulu macam banyak waktu senggang. Tapi walaupun sibuk menguruskan rumahtangga, aku enjoy dengan kehidupan sekarang. Yelah, isteri mana yang tak happy kot, bila akhirnya dapat duduk dengan suami setelah tunggu berbulan-bulan kan.

Memang aku happy buat kerja-kerja rumah. tapi aku belum bercadang untuk menjadi surirumah sepenuh masa. Umur 25 tahun hendak berhenti kerja, dan menjadi domestic goddess? Memang tak lah kot. Aku memang berghairah dengan kerja aku sekarang (walaupun kadang-kadang mood capai tahap mendatar), tapi aku enjoy jadi career woman. Rasa cabaran tu lebih sikit kot.

Pagi pergi kerja, balik kerja dah nak siap-siap masak, basuh baju semua. Rasa masa aku terisi kot.Tak dapat aku bayangkan kalau aku jadi surirumah, aku akan buat rutin yang sama, paling tak pun, semua drama-drama televisyen aku hafal jadualnya, lepas tu main internet, lepas tu akan mula cari hobi yang bersesuaian, menjahit manik ke, belajar buat kek ke, ataupun masuk kelas memasak, kalau rajin dan ada modal sikit bolehlah buat online business kan.

Aku tak rasa rutin macam tu sesuai dengan aku. Pada aku cukup kalau aku ambil cuti dua atau tiga hari, paling lama pun seminggu untuk berehat dan duduk rumah. Itu pun kadang-kadang aku dah rasa rimas.

Aku dengan Irwan ada beberapa rancangan pada masa depan. Aku harap target-target tu akan tercapai dan Tuhan akan memudahkan segala usaha ke arah itu. Bukan merancang untuk buat anak, itu aku tak rancang, tapi belum rezeki lagi T_T Ini rancangan untuk menjadikan kehidupan dan pengurusan kewangan kami menjadi lebih teratur.

Oh ya, Irwan dah mula bekerja kat syarikat baru semalam. Aku dah pun banyak kali buat welcoming party to KL untuk dia :) Dia cakap kerja baru dia ni mungkin memerlukan dia outstation, jadi aku kena redha jelah. Aku tak sedia untuk tinggalkan Malaysia apatah lagi meninggalkan keluarga dan kerjaya aku. Kalaupun Irwan dapat tawaran kerja kat oversea, biar dia jelah yang pergi. Biar aku duduk Malaysia je dengan bakal anak-anak aku.

Aku pun ada target jugak dalam kerjaya. Takkan nak puas hati takat ni je kan. InsyaAllah kalau ada rezeki aku nak sambung belajar. Rugi otak aku ni kalau tak gunakan semaksima mungkin kan :)

Harap-harap semuanya akan berjalan lancar. Amin.

Monday, March 21, 2011

.Betul-betul Kahwin.

Assalamaualaikum.

Sempena cuti sekolah ni, banyak sungguh undangan perkahwinan yang aku dapat. Tapi tak semua aku dapat pergi. Aku kan kat KL, tapi kawan-kawan aku yang kawin mostly dekat Johor. So kalau diaorang kawin sama timing dengan aku balik kampung, dapatlah aku pergi.

Sedar tak sedar, dah 4 bulan lebih aku kahwin. 4 bulan lebih bergelar isteri orang. Sekejap sangat masa berlalu macam tak percaya. Bila aku tengok gambar-gambar kahwin, macam baru semalam je majlis tu berlaku :)

Bukanlah tempoh perkahwinan yang boleh dibanggakan, setakat baru kahwin 4 bulan, bukan 4 tahun atau 40 tahun pun kan. Tapi aku cuma nak kongsikan yang banyak benda yang aku dah alami sejak 4 bulan berkahwin ni.

Transformasi hidup aku mula berlaku daripada seorang bujang kepada isteri orang. Oh ya, lupa aku nak bagitau, walaupun berkahwin, aku dan Irwan adalah PJJ (Pengantin Jarak Jauh). Hinggalah ke minggu lepas, baru kami mulakan hidup sebagai suami isteri dengan erti kata sebetulnya. Tinggal sebumbunglah :)

Oh lupa lagi nak bagitau, Irwan dah dapat kerja baru kat sini. Yeayyyy! Alhamdulillah, rezeki senang dapat kerja. Macamana plan kerja aku kat JB tu? Takde rezeki aku. Bukan aku tak mencuba, siap pergi interview lagi, tapi tak berjaya. Mungkin Tuhan sudah takdirkan aku dengan Irwan mulakan hidup di kota metropolitan ni.

Mula-mula aku rasa macam kekok bila tinggal sebumbung. Yelah selama ni kahwin, Irwan datang pun jarang-jarang. Selalu kami jumpa samada kat rumah keluarga aku atau rumah keluarga dia. So bila Irwan ada kat sini, aku rasa macam pelik lah.

Bila masuk rumah, ada orang lain. Macam rasa ada 'stranger' pulak. hehe. Paling obvious bila kita bangun tidur ada orang kat sebelah. Selalu aku tidur peluk Pinky je. Tapi kali ni tuan Pinky ada sebelah :P :D

Lepas tu dalam hati, aku macam wonder macamana aku nak act depan Irwan bila tinggal serumah. Bukan aku pretend nak jadi isteri solehah, cuma tengah cuba biasakan keadaan. Yelah aku ni kan kuat pot-pet, so aku kena bersembang sepanjang masa ke nanti? Atau ada masa aku kena senyap? Kan jadi sunyi pulak kalau dua-dua senyap kan.

But when it comes to the day kita tinggal sebumbung. All those things come naturally. Tak payah fikir banyak, just go with the flow. Dan cuba sebaiknya untuk jadi isteri yang sempurna. Sempurna maksud aku bukan cuma pandai melayan suami di tempat tidur *18sx*, tapi sempurna segalanya (rupa paras tolak tepi) dalam melakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri dalam menguruskan rumahtangga.

Setakat ni, alhamdulillah I can cope with, walaupun aku seorang wanita berkerjaya, tapi masih mampu melakukan tugas dengan baik. Apa yang penting kat sini adalah suami isteri kena bertolak ansur dalam hal rumahtangga ni. Buat masa sekarang Irwan belum start kerja baru dia, jadi dia memang duduk rumah jelah.

Thank to Allah sebab aku dikurniakan seorang suami yang agak ringan tulang, dan tahu bertolak-ansur dalam mebuat kerja-kerja rumah. Contohnya masa aku pergi kerja, Irwan tolong basuhkan baju, sapu sampah dan membersihkan apa yang patut. Dan aku pulak bila balik kerja, akan tanya menu apa yang dia nak makan untuk dinner, dan akan mula prepare untuk masak.

[sekarang aku dah jadi chef :) ]

Nasib baik Irwan jenis tak cerewet dalam bab makanan, dia tak kesah makan apa pun, yang penting SEDAP! Itu keyword paling penting, dan bersyukur jugak sebab aku dikurniakan bakat memasak semulajadi yang mana aku punya tunas rasa boleh digunapakai dengan elok :)

Aku mula-mula takut nak masak untuk Irwan sebab takut kena komplen tak sedap ke, tapi bila dia angkat thumbs-up dan cakap sedaaaaaaaaaaaaaaap, fuhhh! lega kau!

Banyak kali aku tanya, "Yeke? Or nak ambil hati I ni." dan "Eleh mestilah you cakap sedap sebab I wife you.".

Dia cakap, "Tak, serius sedap. Kalau tak sedap I orang pertama akan komplen." :) *kembang hidung :P

Rasa macam puas masak lepas tu dan sekarang aku macam ketagih nak masak. Banyak lagi masakan aku nak cuba. Aku request kat Irwan untuk belikan aku oven or microwave lepas ni. Nanti boleh lah aku start baking! :)

Terima kasih Tuhan bagi aku rasa kemanisan berumahtangga ini, InsyaAllah aku akan cuba menjadi isteri yang terbaik.