Hai. Rasanya dah lama aku tak bagi resei masak kan. Oke kali ni aku nak bagi resepi penyedap tekak iaitu "Butter Prawn (original recipe)". Yang ini ala-ala Chinese style sikit. Ehe sejak pandai masak ni, macam-macam resepi aku cuba :P
Nampak menyelerakan kan? Perghh, memang sedap. Tak tipu! Rugi tak cuba weh. Sila lihat resepi di bawah ini. Resepi aku amik kat sini.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
Udang besar 8 ekor
Kuning telur (dipukul) 2 biji
Cili padi (potong nipis) 4 biji
Daun kari 1 tangkai
Butter 3 sudu besar + 2 sudu besar
Susu cair 1 cawan
Bawang merah (cincang) 1 sudu besar
Bawang putih (cincang) 1 sudu kecil
Minyak masak 1 sudu besar + utk menggoreng udang
Baiklah puan-puan, cara memasak adalah seperti berikut.
Langkah 1 (floss kuning telur)
Panaskan kuali, masukkan 3 sudu butter dan minyak 1 sudu besar (TIPS: minyak boleh mengelak butter menjadi hitam).
Masukkan telur kuning dan sentiasa kacau mengikut bulatan sehingga telur bertukar menjadi kuning keemasan.
Angkat dan tapis.
Langkah 2
Panaskan minyak dan goreng udang sehingga kuning keemasan.
Angkat dan tapis
Langkah 3
Panaskan 2 sudu besar butter, masukkan bawang yang sudah dicincang dan bawang putih yang dicincang.
Masukkan cili padi dan daun kari. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Tuangkan susu cair. (Boleh juga digantikan dengan susu segar)
Goreng sehingga semua rata dan kering
Angkat dan letakkan didalam pinggan.
Hai puan puan, cik kak, cik kak, cik Temah, Cik Bibah, Cik Senah (maaf tak dapat senaraikan semua nama), bertemu lagi dalam rancangan "Mari Mengotorkan Dapur Anda" bersama Chef Najihah, setiap petang Khamis.
Baiklah, oleh kerana saya berpuasa hari ini, maka saya sendiri (sudah meleleh air liur) mahu berkongsi resepi masakan dengan anda semua. Resepi kali ini bukanlah resepi nenek moyang saya, tapi saya cuma ambil dalam gerobok masakan saya kat dapur ni.
Resepi hari ini adalah:
HOMEMADE APPLE CRUMBLE
(resepi ini sesuai untuk hidangan 4 kepala)
baiklah...
Bahan-bahan wajib yang diperlukan adalah:
3 biji epal bersaiz medium
Gula pasir 180g
Mentega atau Marjerin masakan 120g
Tepung Naik sendiri 120g
Bahan-bahan tambahanpula adalah:
3/4 sudu teh kayu manis (cinnamon)
1/2 cawan oatmeal atau cornflakes (dihancurkan)
NOTA MASAKAN:
Apabila epal sudah dikupas dan dihiris, kebiasaannya warna epal yang segar akan menjadi tidak menarik kerana sudah bertukar ‘kecoklatan’ iaitu yang kebiasaan orang sebut karat. Rasa epal tersebut tidak akan berubah, tetapi dalam masakan, ‘rupa’ itu adalah penting. Oleh itu, dinasihatkan agar mengupas dan menghiris epal tersebut last minute.
Untuk membolehkan permukaan crumble Nampak ‘brown and nice’, pastikan sentiasa menjaga timing anda. Jangan sampai hangus dan jadi ‘black and yucksss’ ya!
MARI MULA MEMASAK...
1. Pertama sekali, panaskan oven atau ketuhar anda ke suhu 180 darjah celcius atau 350F
2. Sekarang, mari sediakan campuran 'crumble'. Anda boleh menggunakan tangan, blender elektrik ataupun garfu. (Penggunaan tangan sendiri akan memberi kesan yang lebih dramatik dalam masakan anda he he.)
3. Gaulkan mentega/marjerin dengan tepung dalam mangkuk yang kering menggunakan garfu/tangan sehingga anda mendapat tekstur seperti breadcrumbs. (tidak perlu untuk mendapatkan semua tekstur seperti breadcrumbs, tapi at least dapatlah menyerupai) Proses ini akan memakan masa kira-kira 3 minit.
Nota: Jika anda mahu masukkan oatmeal atau cornflakes, sila masukkan sekarang dan gaulkan sebati.
4. Tambah 120g (bukan kesemua 180g) gula ke dalam campuran tadi dan gaulkan sebati. Ini akan membantu menjadikan campuran anda lebih menyerupai breadcrumbs. Sekarang, campuran crumble anda sudah siap tersedia.
5. Kupas epal dan potong setiap satunya kepada 4 bahagian. Buangkan biji epal seperti yang ditunjukkan. Potong epal suku bahagian. Tidak perlu hiris terlalu nipis, cukup 6 hirisan bagi setiap suku bahagian epal.
6. Letakkan hirisan epal ke dalam mangkuk casserole (lebih baik). Jika anda ingin menambahkan serbuk kayu manis, campurkan sekarang. Pastikan serbuk kayu manis ditabur rata ke seluruh bahagian epal. Taburkan baki 60g gula ke atas epal-epal beserta serbuk kulit kayu manis tadi.
7. Sekarang taburkan/tuangkan campuran crumble yang telah disediakan tadi ke atas epal-epal yang telah digaul dengan gula dan serbuk kayu manis tadi. ratakan permukaan crumble tersebut.
8. Masukkan ke dalam oven yang telah anda panaskan tadi.
TIPS: Letakkan apple crumble di bawah suhu panas 30 hingga 45 saat untuk 'mengcokelatkan' topping crumble. Pastikan anda menjaga timing betul-betul kerana jika terlebih 30 saat akan menjadikan topping crumble anda hangit! :P
9. Apabila crumble siap dimasak, biarkan ia sejuk sekurang-kurangnya untuk 15 minit.
AMARAN: Apple crumble boleh kekal menjadi panas untuk jangka masa 1 jam lebih.
10. Hidangkan bersama ais krim, krim atau kastard.
(Pilihan Chef Najihah, Vanilla Ice Cream)
Eh dah over run ni. Marah produser nanti. Oke, itu saja puan-puan. Senang je kan? Jangan lupa temujanji kita di waktu dan hari yang sama ya! Selamat Mencuba!! :)
(Chef Najihah cabut apron, terus ke kedai beli bahan-bahan kat Pasaraya Ah Huat)