Showing posts with label Glory Glory Red Devils. Show all posts
Showing posts with label Glory Glory Red Devils. Show all posts

Tuesday, July 21, 2009

.Satu Hari Tidak Berblogging, Boleh Menggigil.


isk menggigil aku.
dah 3 hari tak bukak blog. (ini ayat The Husband selalu perli aku bila satu hari aku tak main internet)
aku baru balik dari KL malam tadi. Gile kentang laju bas yang aku naik tu. Dan samseng juga driver nya memandu. (diri sendiri drive samseng tak sedar. kui kui.) bertolak dekat 930 malam, sampai Yong Peng hampir 12 malam. Gile dog lah! Pakcik tu aku rasa dulu hari-hari main Daytona lah.

Aku buat apa gi KL?
eh kan aku dah bgtau kan yang aku pergi intrview semalam (20 haribulan)

Aku tau mesti korang nak tanya...
Camna interview? Cuak tak? Berapa chances nak dapat?

Okey..okey..

Interview macam biasa. Kalau DHL aku cakap "i'm doing good", tapi kali ini, up sikit. (gile yakin wehh) Masa DHL dulu aku tak cuak, tapi kali ni cuak. Selawat tak lepas dari mulut aku masa tunggu giliran (ada 2 calon je, aku dengan sorang perempuan India). Tangan aku mula sejuk macam air batu, padahal takde lah kuat sangat aircond kat situ. Dup dap. Dup dap.

Entah berapa kali aku mesej The Husband bagitahu yang aku cuak. Apesal tah dengan aku ni. Agaknya perasaan cuak ni bawak petanda baik kot (nak sedapkan hati sendirik).

Aku tak mau komen pasal chances, pasal gaji yang bakal di offer, cuma tunggu ajelah panggilan untuk tahu result. Diaorang cakap paling lambat end of this week. Or earlier than that. Badan aku tak sedap masa interview. Demam aku tak baik lagi sebenarnya. So kejap sejuk, kejap hangat. Serius tak best. Apatah lagi memerlukan aku melawan perasaan cuak tak habis-habis ni. Sangat nauseous tau. huk.

Btw, sangat terima kasih pada kawan-kawan yang tak henti wish aku luck. Mudah-mudahan doa korang berkat di bulan Rejab ni. Amin.

:

Semalam pagi, Aix mesej aku, tanya bila aku balik JB, mahu tengok 2nd match MU katanya malam nanti. Dia sudah ada kat Bukit Jalil tengahari tu, boleh tak? Dia ajak aku, but sorry dude, next time MU datang aku pergi. eheh.

Alah result 2-0. MO dengan Macheda score.
MO again?? yeahhhhhhhhh! :)

Aix cakap stadium hambar sikit. Yelah dah 2nd game, lagipun waktu orang keja. Biasalah tu. Cuba MU menentang Liverfool ke, mesti orang berkali-kali panjat Bukit Jalil tuh.


Sayang, sudah mula minat MU kah???:P

:

Pagi ni aku bangun. Badan aku dah kurang panasnya. Kepala pun dah ringan. Tapi adik aku pulak, suhu badan dia sudah melampau panas. Aku lapkan kepala dan badan dia dengan tuala basah. Terus aku call mak, cakap nak bawak dia pergi klinik. Aku kena tunggu ayah balik lah. Lagipun tenggiling aku dah masuk bengkel. So pergerakan agak terhad sekarang ni. huhu~

Kat klinik tu nak tunggu giliran, memang sangat menyabarkan hati je. Nasib baik bukan aku yang demam, kalau tak mesti aku dah tergolek kat klinik tu. huhu.

:

Tadi aku pergi Pejabat Pos. Mahu hidupkan lesen aku yang dah mati 9 haribulan aritu (ini first time aku hidupkan lesen) . hahaha. Oke, cerita ni tak kelakar oke. Bayangkan dekat 10minit aku berdiri tercanguk depan kaunter tu! (setelah no giliran aku dipanggil dan telah menyerahkan dokumen dan bayaran yang patut). Mak aih! Akak ni baru belajar menaip ke ape? Selalunya aku hidupkan lesen mak ayah aku, tak sampai 2 minit pun.

Aku mula toleh kiri kanan. Menghafal servis-servis yang pejabat pos tawarkan. Melihat koleksi-koleksi setem yang dikeluarkan. Menghafal jenis-jenis pos ekspres yang dijual. Muka aku pun sudah berubah perisa. Dan kerani lelaki selang dua kaunter dari aku sudah mula pandang-pandang aku yang melilau matanya sana sini.

Mesti dalam hati dia, "budak ni buat urusan apa jugaklah, lama sangat terpacak kat sini." Ye la weh, bayangkan lah aku berdiri lamanya kalah dengan mamat sebelah aku yang keluarkan duit ASB sampai dua ikat ni.

Tup tup aku panjangkan sikit leher aku, tengok apa ke J yang akak ni buat, rupanya dia buat keja lain. Dia macam tengah settlekan bil apa tah. pffffttt! Pastu bila dia dah tengok kening aku kerut-kerut makin kronik, baru dia buat urusan lesen aku tu. Korang tau? Tak sampai 2 minit pun hah!!

Aku malas nak sound-sound. Sebab badan aku baru nak sihat, buat tambah ion negatif je nanti. Kakak oi, lain kali kalau nak buat keje lain dulu, tak payah lah panggil no giliran saya tu. Menyusahkan orang je. Korang-korang kalau yang keje berurusan dengan pelanggan tu, tolong lah buat keje dengan efisien ok. Jangan buat customer ni macam objek pulak. Sakit hati.

:

Aku nak rehat-rehat jap. Layan Puteri Aurora Beradu kat TV3 (nampak sangat aku takde keje sekarang nih). Sambil tutup semua tingkap dan pintu, pasang aircond. Ahhhhhhhh~ Terapi sungguh. keh keh.


nampak tak muka tengah mencorak masa depan?keh keh.

(kalau gambar ekspresi serius, mesti muka aku cam tenggiling :P)

Saturday, July 18, 2009

.Kalau Penonton Lagi Over Dari Pemain.

Bergegas aku balik dari JB. (lepas tengok adik-adik aku main futsal)
Sampai rumah terus on televisyen.


Oh! Nasib baru first half.
Sanggup tu, sampai baju tak salin. Karipap pun x sempat suap kat mulut.
Argh! Dah 2-0.


Oke salin baju jap.
Gile weh! Walau tidak ke stadium, tapi rasa bahangnya.
Amri Yayah, aku bangga kau orang Melayu.
Jadik legend ko pasni.
Tak lah jatuh sangat air muka Malaysia.
3-2 beb akhirnya! *bangga

Ape-ape pun. Glory Glory Man Utd! :)
MO7 sudah tunjuk taring-kah? ^.^


Sape-sape tak minat football, abaikan aje entri ni.




Apai, rugi ko tak tengok match ni. keh keh.


Monday, July 6, 2009

.Itu Cuma Satu Propaganda.


CR7 no more.
MO more now.

but still...

Glory glory MU!


"you'll never walk alone". itu cuma propaganda. eheh :P
.

.

2 HARI saja lagi!!
Sabar ye najihah! :)

ttfn. muaahxs~


Wednesday, June 17, 2009

.You'll Never Walk Alone.


Jangan salah sangka ya!!!

Saya masih penyokong tegar MU dan kipas-susah-mati CR7.
Itu sampai bila-bila.

Jadi, apa hal saya tampal logo ni?

Bukan apa, mahu tunjukkan sokongan saya pada Irwan. Hehe~
Kan ke motto Liverfool (ops!) ini "You'll Never Walk Alone".

Jadi kamu tak sorang-sorang kalau mahu tonton ESPN nanti. hehe.
Plus, tak perlu salah seorang tunggu luar Old Trafford atau Anfield nanti :)


Tapi gaduh tetap gaduh okay? :P lalala~

Sunday, May 31, 2009

.Wardrobe 1: Mengaku Salah.

yuhuuuuuuuuuuuuu! Baru pulang. Banyak cerita mahu kongsi. Ini ceritanya sejak Khamis lalu. Sila selongkar almari saya satu persatu.
.

.

Khamis, 28 Mei



Ye..ye..aku tahu, MU kalah. 2-0. Takde la malu sangat. Tak kesah. MU dah biasa juara. Bagi can Barca. Kepada yang bukan penyokong Barca, terima kasih. Aku tahu korang MU haters sebenarnya. Kah kah. Ada tu bukan kaki bola, poser je lebih! :P

Nampak tu, sanggup aku sengkang mata untuk heret Irwan pegi MC'D. Demi MU punya pasal. huhu~ Thanx sayang. :) *rokok tu bukan saya punya ye.Harap maklum.

Weh..tak puas hati sebenarnya! Rasa ni kuasa Tuhan. Cuba kalau MU menang malam tadi. Tak pasal je Irwan kena balik jalan kaki. Ha ha~ Kitaorang deal sebelum game. Tuhan kesiankan kamu malam ni sayang. eheh~

Wednesday, May 27, 2009

.Siapa Gigit Jari Kaki Sendiri.

Malam ini..



mari tengok Barca tersungkur.
Tak ramai Barca supporters, tapi ramai MU haters.
Kita tengok sape gigit jari kaki sendiri.

Glory! Glory! MU! yeah~
.
.

Dah..aku mau pegi gaduh dgn bf aku. Dia jeles Liverpool tak masuk final. Terpaksa la sokong Barca. He he~

.Udara JB Lebih Nyaman kot.

Selamat Pagi semua! :)
Saya amat-amat ceria hari ini.
Walau amat-amat malas mahu bangun. *hari-hari malas sebenarnya.

Apa mahu buat hari ini? Kejap aku fikir.
PSM sudah 80% siap. Mungkin hanya tunggu anggukan supervisor sahaja samada dia setuju atau tak apa yang aku buat. Harap-harap peratus terus naik 100% lah.

Macam biasa, aku akan dapat mesej selamat pagi mandatori dari dia. Dan seperti selalu, ubat pelali disertakan sekali. Aku mungkin tidak boleh bertahan tanpa ubat dari dia ini.
.
.
Cerita Aku dan Cik Rama-rama hari ini.



Fikir-fikir mahu pegi lunch di mana? Cadangan pertama Sabarina:
"Makan kat Meranti lah".
"Tak mau lah, aku tak berapa suka." aku protes.
"Arked K9 ajelah". Cadangan ke-2.
"Kalo camtu, ko gi makan sendirik jelah, tapau untuk aku." ha ha.

Cerewet aku bila sampai bab makan. Memilih. Kalau tempat tak sedap aku tak mau makan. So apa lagi, ke Restoran Pak Ali lah jawabnya. Sampai abang tukang bancuh air tu sudah cam muka aku ni. Lantaklah! Yang penting aku dapat makan cendawan goreng hari-hari. huk huk.
.
.
Dia risau aku keluar makan. Jangan risau eh kamu, saya tidak nakal. Kalau kamu masih tak percaya yang saya sudah macam orang gila tersenyum-senyum pasal kamu, kamu boleh tanya pengawal kecik ini. Saya takde rasuah dia langsung! he he~ :)


Saya sedang tengok kamu. Saya tau kamu tengah serabut sekarang. Saya tahu kamu belum makan. Tengok Sabarina, dia tengok sape lah tu. Jeng jeng jeng! :P
.
.
Aku singgah RMC lagi. Bengang!!! Dah 20 hari lebih, tapi cek aku tak siap-siap. Aku dah tak mau menyumpah, buat tambah dosa je. Malas dah nak fikir pasal cek tu. Kalau rasa nak bagi, bagi jelah pakcik. Kalau tak saya halalkan pakcik tak bayar claim saya. Padahal otak serabut tengah buat kira-kira mahu pegi interview ni. Tensen la camni. Cool gha, cool. Nanti muka cepat kedut, ingat tuh :)
.
.
Lepas makan ngantuk. Arini aku rasa nak pegi gym lah. Lama tak hentak-hentak kaki atas treadmill. Lama tak sakitkan peha kayuh basikal. Lama tak ajar lengan aku angkat besi-besi pemberat. Tapi hari mahu hujan. Mendung. Angin tiup-tiup. Sudahnya, aku gym atas katil. ha ha. Aku cair tengok Sabarina tidur. Aku sudah jangkit. Dekat pukul7 baru bangun. Itu pun nasib baik dia mesej. Kalo tak mesti terbabas sampai esok. huhu~
.
.
Masa makan malam.

Aku: "Dik, ko nak makan tak?"
Sab: "Nak. Rasa nak makan burger kat Sri Putri."
Aku: "Ok, aku ikut je".
Sab: "Eh, tapi makan burger tak kenyang. Makan nasik lah."
Aku: "Ok, aku ikut je."

siap-siap. Ke Stulang akhirnya.

Aku: "Dik, aku nak pergi Stulang. Ko tak kesahkan?"
Sab: "Ok, aku ikut je."

.
.
Hello, kamu di mana? Masih di ofis kah? Rupanya kamu sudah balik. Baru je nak ajak makan sama. Aku cakap kat dia, aku mahu datang rumah dia. Aku tau dia tak percaya. Tunggu jelah nanti. Tahu jelah aku, kalau aku kata mahu buat satu benda, aku akan usahakan sampai dapat.




Aku hantar Sabarina balik. Terus aku pergi jumpa dia. Konon nak berdikari, cari sendiri nombor rumah dengan jalan dia. Bajet aku macam terer sangat nak redah Bandar Putra tu. Takpe, takpe aku akan cuba cari sampai dapat. Sudahnya, dekat setengah jam aku pusing-pusing dalam pelbagai jenis jalan yang bernama burung yang buat aku keliru. Sudahnya, dia telefon. Aku mengalah. Tak mampu mahu main pusing-pusing lagi. Aku tunggu kat Petronas aje. Lepas ni aku janji, memang aku tak lupa jalan rumah dia! Sekurang-kurangnya hari ini aku belajar cara mengingat arah dengan betul.
.
.
Sampai kat Petronas, dia parking kereta, mahu naik kereta aku.

"I duduk belakang eh?" dia tanya aku.
"Eh?? Nape pulak." tidak faham.
"I duduk belakang eh?" dia tanya lagi.
"Ewah ewah, u ingat i driver ke". aku jawab main-main.

Hoho! baru aku faham. Lambat pickup! dush. Bukan ke ko punya seat depan kereta tu pakai baju M.U cik ghA oi. lol. Kan aku dengan dia musuh ketat bila bab bola sepak. Maaflah sayang, harap kamu tak dapat alergi masa naik kereta saya tadi. he he.
.
.
Memang dia terkejut aku datang. Dia tak expect aku akan datang. Saya akan buat apa saja untuk kamu tahu. Walau saya sibuk macamana sekalipun, masa untuk kamu tetap ada. Aku lega, isu nombor antara aku dengan dia sudah selesai. Aku tidak mahu ada lagi akar-akar kecurigaan antara kami. Tidak mahu ada lagi ranting-ranting gelisah yang tumbuh. Nanti boleh jadi penyakit. Tidak mahu aku.

Thanks for tonight dear. Saya janji, lepas ini saya bawak kamu ke mana saja.

Dan sekarang, saya rasa saya mahu carik keja kat Johor ajelah. Sini udara lebih nyaman rasanya. He he. ;)



ps: tidak sabar mahu gaduh sama kamu. Final Liga Juara-juara. eheh~