Tuesday, June 8, 2010
.Penangan Si Babi.
Aku dah pergi klinik dah, ubat semua dah telan, tapi masih tak sembuh. Muka aku kemerahan macam baru lepas berjemur kat pantai. Tekak jangan cerita, sakit habis. Memang mood untuk attend kenduri kahwin weekend lepas takde, tapi aku cuba jugak gelak-gelak sikit.
Berbalik pada tajuk, semalam after had some tears waktu mengucapkan selamat jalan dan have a safety journey back to MEL to my beloved sister, aku balik semula ke KL. Mak ayah dan adik-adik aku terus balik Johor sebab malam nanti diaorang nak pergi ke Terengganu. Maklumlah musim cuti sekolah dan msuim mencandat sotong kan. Sedih tak dapat ikut. sob.sob
Tau tak, bila dah sampai KL baru aku sedar aku tak bawak kunci rumah. Housemate aku pulak balik Ipoh. Takkan aku nak drive pergi Ipoh semata-mata nak ambil kunci rumah pulak kan? Tak larat weh. Nak tak nak terpaksalah panggil budak maintenance untuk pecahkan mangga dan tombol pintu rumah aku tu. Dah melayang duit akibat kebodohan sendiri.
Oke, berbalik kepada tajuk semula, dari tadi tak balik-balik ke tajuk kan. heee~ Ok sampai je kat ofis pagi tadi, aku dapat call dari mak aku.
Mak cakap diaorang accident on the way pergi Terengganu pukul 4 pagi tadi. Belum sampai Terengganu lagi, baru kat border Pahang dan Terengganu.
Nak tau accident dengan apa? dengan babi hutan!
Syukur alhamdulillah, semua selamat. Tapi kereta teruk habis! Mak cakap dah tak rupa kereta dah. Bumper pecah, radiator pecah, aircond bocor, automatic cooler pecah. Tah berapa ribu lah tu nak repair. Hancus.
Nasib baik bawak dua kereta (satu kereta adik aku yang drive), so boleh lah pergi workshop carik pomen. Ayah aku tak bawak laju pun, dalam 80kmj je. Adik aku yang drive belakang ayah aku cakap dia nampak babi hutan tu melambung tinggi, dan terpelanting ke tepi jalan. Berdarah-darah babi tu dan kojol akhirnya.
Aku tak dapat bayangkan kalau ayah aku bawak laju, alamatnya...mintak-simpang-malaikat-empat-puluh-empat.
Satu benda yang buat aku wonder, kuat betul badan babi tu? Padahal besar anjing je. Itulah penangan si babi, babi betul babi ni.
p/s: semoga mereka selamat di perjalanan. Amin. Amin.
Wednesday, June 2, 2010
.Break-Up.
.
It was a horrible night. It was a nightmare. I just cannot accept the things that happen. Ditinggalkannya aku cuma kerana bekas kekasih zaman persekolahannya? Cis. Perempuan itu, akan aku ingat nama nya sampai mati. Aku semat siap-siap dalam dada.
You tak ingat kah pada janji-janji you? Bila hubungan ni sudah sampai ke tahap serius, you buat i macam ni. Apa i nak cakap pada mak bapak i? Lagi berapa bulan je tinggal, sebelum kita kahwin kan. You tinggalkan i, i nak kahwin dengan sape? Sampai hati you!
Buat aku rasa paling bodoh bila dia suruh aku bersiap cantik-cantik, mahu bawa aku candle-light dinner katanya, aku dengan penuh keterujaan bersiap sepenuh hati. Sampai je di sebuah restoran terkemuka, dia perkenalkan perempuan itu pada aku.
"Kenalkan, bakal isteri i. Hubungan kita berakhir di sini."
Dengan penuh gentleman-nya di bagitau aku berita sedih tu. Takde rasa bersalah langsung. Perempuan tu pulak tersenyum, tergedik manja, tanda kemenangan. Sadis. Pathetic kan aku?
Tak cukup diseksanya aku dengan adegan mesra dia dan perempuan jahanam tu, di bawanya aku pergi menonton wayang. Cerita entah ke mana, aku entah ke mana. Aku menangis dalam hati, tak mampu keluar air mata aku. Mungkin aku masih tak dapat terima kenyataan.
Dia akhirnya hantar aku pulang. Aku menangis, semua air mata tumpah. Sampai bengkak mata aku sekarang ni.
Sampai hati. Bodoh punya jantan.
Sampai hati. Setan kau.
.
.
Handphone aku bunyi, mungkin ini mesej dari dia, mahu 'mengutip' aku barangkali?
.
Cehh, bunyi alarm la woiii. Bangun pergi kerja. Sekali rupanya mimpi daaaaa. Nasib baik, fuh! ;)
.
.
p/s: Orang cakap, mimpi tu terbalik kan ;) I sayang u tau.
Thursday, September 3, 2009
.Tolong Saya, Jantung Mahu Luruh.
Monday, August 3, 2009
.Aku Pergi Dulu.
.
i'm counting the hours. tick tock. tick tock.
Dalam beberapa jam sahaja lagi, peta KL akan dipijak kembali.
Dan aku akan kembali seperti ke masa dulu-dulu, zaman riang-riang sewaktu menjadi KLien. Tapi kali ini, i'm coming with a big mission, not create an omission. I janji sayang!
Dan aku akan lihat seberapa hectic kah aku nanti bila sudah langkah kaki dalam ofis.
Oh ya! Lagi satu mahu pesan. Jangan lupa tonton filem ini.
.
.
dan ini...
SUPERB!
Kalau korang tak mampu gelak gila-gila, baik pegi buat medical check up, takut ada selsema vavi je. kah kah kah.
.
Barang-barang sudah in dalam luggage. I'm saying goodbye here!
.
.
ps: I'm leaving you here, for a while. And i'll always counting the days, the times that i'll see you again, with the same love, the same lust, the same self. I'm leaving for US, for OURS. Sayonara me love! Me gonna miss you very damn much, The Husband. I love you Love, always have always will.
.
Friday, July 24, 2009
.Bab Hidup Ni, Takde Second Chance tau.
Aku bangun.
Kacamata masih tersangkut kat batang hidung aku yang mancung.
(sempat lagi nak perasan!)
Aku toleh kiri. Toleh kanan.
Bila masa aku tidur bukak lampu?
Kacamata pun tak tanggal.
Tertidur aku rupanya.
Oh! ini mesti gara-gara baca novel cinta malam tadi.
Aku mimpi terjangkit H1N1 semalam.
Badan aku berpeluh-peluh.
Terus aku bangun, amik wudu' untuk solat Subuh yang dah dua hari aku terbabas.
.
.
Tadi terbaca di Blog Saniboey, Yasmin Ahmad koma, tetapi keadaan terbaru beliau sudah stabil.
Get Well soon Yasmin!
Industri perfileman masih perlukan anda.
Tuhan, bangunkan beliau segera. Amin.
Tuesday, July 21, 2009
.Satu Hari Tidak Berblogging, Boleh Menggigil.
isk menggigil aku.
dah 3 hari tak bukak blog. (ini ayat The Husband selalu perli aku bila satu hari aku tak main internet)
aku baru balik dari KL malam tadi. Gile kentang laju bas yang aku naik tu. Dan samseng juga driver nya memandu. (diri sendiri drive samseng tak sedar. kui kui.) bertolak dekat 930 malam, sampai Yong Peng hampir 12 malam. Gile dog lah! Pakcik tu aku rasa dulu hari-hari main Daytona lah.
Aku buat apa gi KL?
eh kan aku dah bgtau kan yang aku pergi intrview semalam (20 haribulan)
Aku tau mesti korang nak tanya...
Camna interview? Cuak tak? Berapa chances nak dapat?
Okey..okey..
Interview macam biasa. Kalau DHL aku cakap "i'm doing good", tapi kali ini, up sikit. (gile yakin wehh) Masa DHL dulu aku tak cuak, tapi kali ni cuak. Selawat tak lepas dari mulut aku masa tunggu giliran (ada 2 calon je, aku dengan sorang perempuan India). Tangan aku mula sejuk macam air batu, padahal takde lah kuat sangat aircond kat situ. Dup dap. Dup dap.
Entah berapa kali aku mesej The Husband bagitahu yang aku cuak. Apesal tah dengan aku ni. Agaknya perasaan cuak ni bawak petanda baik kot (nak sedapkan hati sendirik).
Aku tak mau komen pasal chances, pasal gaji yang bakal di offer, cuma tunggu ajelah panggilan untuk tahu result. Diaorang cakap paling lambat end of this week. Or earlier than that. Badan aku tak sedap masa interview. Demam aku tak baik lagi sebenarnya. So kejap sejuk, kejap hangat. Serius tak best. Apatah lagi memerlukan aku melawan perasaan cuak tak habis-habis ni. Sangat nauseous tau. huk.
Btw, sangat terima kasih pada kawan-kawan yang tak henti wish aku luck. Mudah-mudahan doa korang berkat di bulan Rejab ni. Amin.
:
Semalam pagi, Aix mesej aku, tanya bila aku balik JB, mahu tengok 2nd match MU katanya malam nanti. Dia sudah ada kat Bukit Jalil tengahari tu, boleh tak? Dia ajak aku, but sorry dude, next time MU datang aku pergi. eheh.
Alah result 2-0. MO dengan Macheda score.
MO again?? yeahhhhhhhhh! :)
Aix cakap stadium hambar sikit. Yelah dah 2nd game, lagipun waktu orang keja. Biasalah tu. Cuba MU menentang Liverfool ke, mesti orang berkali-kali panjat Bukit Jalil tuh.
Sayang, sudah mula minat MU kah???:P
:
Pagi ni aku bangun. Badan aku dah kurang panasnya. Kepala pun dah ringan. Tapi adik aku pulak, suhu badan dia sudah melampau panas. Aku lapkan kepala dan badan dia dengan tuala basah. Terus aku call mak, cakap nak bawak dia pergi klinik. Aku kena tunggu ayah balik lah. Lagipun tenggiling aku dah masuk bengkel. So pergerakan agak terhad sekarang ni. huhu~
Kat klinik tu nak tunggu giliran, memang sangat menyabarkan hati je. Nasib baik bukan aku yang demam, kalau tak mesti aku dah tergolek kat klinik tu. huhu.
:
Tadi aku pergi Pejabat Pos. Mahu hidupkan lesen aku yang dah mati 9 haribulan aritu (ini first time aku hidupkan lesen) . hahaha. Oke, cerita ni tak kelakar oke. Bayangkan dekat 10minit aku berdiri tercanguk depan kaunter tu! (setelah no giliran aku dipanggil dan telah menyerahkan dokumen dan bayaran yang patut). Mak aih! Akak ni baru belajar menaip ke ape? Selalunya aku hidupkan lesen mak ayah aku, tak sampai 2 minit pun.
Aku mula toleh kiri kanan. Menghafal servis-servis yang pejabat pos tawarkan. Melihat koleksi-koleksi setem yang dikeluarkan. Menghafal jenis-jenis pos ekspres yang dijual. Muka aku pun sudah berubah perisa. Dan kerani lelaki selang dua kaunter dari aku sudah mula pandang-pandang aku yang melilau matanya sana sini.
Mesti dalam hati dia, "budak ni buat urusan apa jugaklah, lama sangat terpacak kat sini." Ye la weh, bayangkan lah aku berdiri lamanya kalah dengan mamat sebelah aku yang keluarkan duit ASB sampai dua ikat ni.
Tup tup aku panjangkan sikit leher aku, tengok apa ke J yang akak ni buat, rupanya dia buat keja lain. Dia macam tengah settlekan bil apa tah. pffffttt! Pastu bila dia dah tengok kening aku kerut-kerut makin kronik, baru dia buat urusan lesen aku tu. Korang tau? Tak sampai 2 minit pun hah!!
Aku malas nak sound-sound. Sebab badan aku baru nak sihat, buat tambah ion negatif je nanti. Kakak oi, lain kali kalau nak buat keje lain dulu, tak payah lah panggil no giliran saya tu. Menyusahkan orang je. Korang-korang kalau yang keje berurusan dengan pelanggan tu, tolong lah buat keje dengan efisien ok. Jangan buat customer ni macam objek pulak. Sakit hati.
:
Aku nak rehat-rehat jap. Layan Puteri Aurora Beradu kat TV3 (nampak sangat aku takde keje sekarang nih). Sambil tutup semua tingkap dan pintu, pasang aircond. Ahhhhhhhh~ Terapi sungguh. keh keh.

nampak tak muka tengah mencorak masa depan?keh keh.
(kalau gambar ekspresi serius, mesti muka aku cam tenggiling :P)
Wednesday, July 15, 2009
.Lepaskan Satu, Lagi Satu Datang.
Pagi Rabu yang gelap.
(dalam bilik, memang aku tidur bergelap)
The Wife tidur semula after 'sending' The Husband to his workplace.
.
.
Panggilan 1
Dalam keadaan mamai, kira-kira jam 815 pagi.
Kring..kring..kring...
(bunyi telefon sebenar, telefon murah katakan)
"Hello, may i speak to Miss Nur Najihah?" "Yes speaking."
"Hi, I'm xxxxxx from xxxxxxxx Bank"
"Oh yes xxxxxx"
(merujuk aku memang dah cam suara dia, sebab dah 3kali dia call)
"Do you still interested on the position Call Centre Executive that you applied before?"
(merujuk jawatan sebelum ni yang sepatutnya aku diinterview aritu)
"Emm..nope. I've already got job offer from other company"
(padahal takde dapat job pun)
"Oh okay, thanks najihah. bye."
Klik. Gagang diletak. Dalam mata tertutup, aku telan air liur. Betul kah apa aku buat ni?
Terlalu beryakin akan dapat call dari company lagi satu.
.
.
Panggilan 2
Dalam keadaan tiga suku mamai, kira-kira jam 1145 pagi.
"Hello, is this Miss Nur Najihah?"
"Yes speaking."
"Hi, I'm xxxxxxxx from HR Department xxxxxxxx Bank"
"Oh hye xxxxxxxx"
"I'm calling for the interview for the application that you forward to us for CMOD"
(terus segar biji mata! inilah caller yang aku tunggu!)
"Oh ok, yes"
"The interview will be on Monday 24th July, on 2.00 pm. I will sending you the details through your email ya."
"Ok xxxxxxxx, thanks a lot." "Okay, bye"
Klik. Gagang di letak. Tapi, Monday, 24th July?Betul ke aku dengar? Nak percaya Monday ke, or 24th July? Kalay 24th July tu Friday. Tak clear sangat lah conversation tadi.
Terus aku bukak mata, tersenyum-senyum sorang. Mudah-mudahan kali ni rezeki aku. Message dari The Husband sampai, terus aku bagitau dia berita itu. keh keh.
.
.
Aku bukak Firefox. Cek email. Ahah! Ada email dari caller tadi.
Our communication refers, and please find below details for the interview:
Date : 20 July 2009, Monday
Time : be here by 2.00 pm
(session starts at 3.00 pm after completing the forms & set of questionaires)
Venue : Bangunan xxxxxxxxxx, Kuala Lumpur.
Kindly bring along all relevant certificates (original & photocopy), 1pc passport sized photo, 1pc photocopy of NRIC and the latest payslip.
Should you have further inquiries, please call me at below number:
Warm Regards,
xxxxxxxx
.
Oh, Monday, 20th July rupanya! Nasib baik, kalau tak, tak pasal aku melepas interview. ha ha~
Weekend ni turun KL yawwwww! :)

Kawan-kawan, wish me luck. Kalau dapat job tu, nanti kenduri ayam penyet ramai-ramai oke ^.^
Thursday, July 2, 2009
.Tragedi Bilik Asrama UTM: Melawat Tapak Crime Scene.

Hari yang tidak hektik, tapi meletihkan.
Tengok saja muka tidak terurus aku ni,
tapi masih lagi boleh telan pizza.
.
.
Ah, sia-sia je aku konon-konon rahsiakan kes apa yang berlaku pada entri sebelum ni. Bukan apa, sebab aku rasa kes ini kes terlindung, tidak elok dikecohkan selagi tiada kesahihan.
Dan hari ini (merujuk 1 Julai), Nahhhh! Sudah membuak di dada akhbar. Dengan highlight di muka depan SISWI MATI BERSALIN dan dengan header yang bapak besar di muka 9. TRAGEDI DI BILIK ASRAMA UTM. Hahhhh! Rasa macam nak bagi malu nama universiti je. Sebelum ini, kalau ada kes kat universiti lain, "universiti di Pantai Timur" atau "pusat pengajian tinggi di Lembah Kelang". Bila kat UTM je, direct dan bold.
Aku tau berita ni dah masuk paper pun after dapat SMS daripada Sue. Bertanyakan kesahihan hal ini. Juga malam sebelum itu, dapat SMS daripada Amy juga. Tapi masa itu, aku tak pasti keadaan ini lagi. Aku teringatkan Sue, yang memang dah nak daftar, sebab dia mintak tolong cekkan nombor bilik dia dan lia dan rakan-rakan dia yang lain. Ah, nak bagitau ke tak ni. Takut Sue tukar fikiran pulak nanti. haih.
Aku kasitau ayah, mak, along dan Irwan. SMS yang di forward kan: "Beli paper Metro, Kes budak UTM mati, page 9." Dan telefon aku mula dihujani panggilan, macam aku jurucakap kes terbabit. *Biasalah nak tunjukkan mood kecoh dan gempak. haha. Dan ayat mak aku ini, aku ingat dan tidak akan terhakis daripada akal aku.
"Sebab tu mak suruh jaga diri baik-baik. Selisih jadi perkara-perkara macam ni."
- nampak tak kerisauan seorang ibu pada paras 300%?
Di sini, lain pula ceritanya. Aku dan rakan-rakan yang sudah tahu berita cemas mula memikirkan segala kemungkinan, segala kebarangkalian, segala teori dan segala macam kesimpulan - kalah CSI yang korang tengok kat AXN tu!
Dari semalam(30 Jun) lagi, perbincangan mula hangat. Pada siapa yang tidak tahu, memang mungkin tidaklah rasa efeknya sangat. Mujur versi-versi cerita, tidak banyak lari plotnya. Isk, sudahlah. Jangan cerita orang yang sudah tiada.
Pagi tadi, Kasma baru sampai untuk daftar Post-Graduate. Aku, Aya dan Ain yang terpisat-pisat bangun daripada tidur ayam-ayam yang dibuat, lagi sekali bentang tikar, duduk berdiskusi pasal kes ini. Aku cakap kat Kasma: "Jom, nak tengok tak tapak crime scene?." Kasma pandang aku, angkat-angkat kening. Aku toleh balik. Setuju lah tu. Ok jom!! Dengan rambut kusut-masai, dengan aura tidak mandi pagi lagi. haha.
Jeng..jeng..jeng..
Aku nampak, kat foyer TV yang aku selalu tonton slot Akasia, dengan kat ampai baju di Laman U, di rentaskan tali merah-putih, tanda "Sila Jangan Cross" - Tanda tapak Crime Scene-lah. Aku dengan Kasma bertapak, perlahan-lahan, satu-satu, lalu pada lorong bilik terbabit. Suasana pagi agak suram masa tu, macam saja nak tambah efek CSI. huhu. Kasma membontoti aku, aku pulak lagaknya macam Alex dalam CSI Miami yang memang kerjanya untuk deal dengan tapak Crime Scene dulu, untuk dapat kesan-kesan pertama.
Sampai di tapak kejadian. Pintu bilik dibuka luas. Tingkap terkuak luas. Lantai ada kesan geseran basah - mungkin bilik di cuci lagi hari ini. Ada kipas angin berdiri (mode off) dihalakan pada bilik tersebut. Kasma berdiri kat pintu. Entah macamana, aku jengah masuk. Aku tengok, masih ada lagi kesan basah setompok (mungkin kesan darah yang tidak hilang walau sudah dicuci) di atas lantai di bawah kedudukan lampu belajar. Aku langkah lagi dalam, dan.....................aku tutup hidung, mengucap dalam hati. Ada lagi bau! *Hidung aku sumbat sebenarnya, selsema. huk.
Aku terus keluar, tanya Kasma: "Ada bau tak?". Kasma angguk-angguk. "Ada, ada bau lagi lah. Dari sini dah bau." Rupanya dari luar bilik dah bau, tapi sebab hidung aku tersumbat, kena masuk dalam baru boleh hidu. haih~ Kami keluar dari tempat kejadian. Aiseh, ada pekerja-pekerja Pejabat Harta Bina. Terus aku dengan Kasma, jalan menuju ke tempat barang-barang Crime Scene dilonggokkan. Untuk lihat dengan lebih dekat. Semua perabot dikeluarkan. Sesuatu yang menarik perhatian. Kayu papan lapis pengalas katil, ada kesan lagi! Sama seperti di lantai. Dan APAKAH ITU??? Yang berselirat lagi di situ? Ah! Tidak dapat aku zoom kan dekat-dekat. Keupayaan kornea mata aku terbatas.
"Kasma, nampak tak apa aku nampak?".
"Nampak."
"Apa tu? Itu eh....."
"Entahlah, macam je.....tapi takkan tak buang lagi"
Dah, jom balik!!! Tapak kejadian ditinggalkan. Aku istighfar banyak-banyak dalam hati. Dan dua jam selepas itu baru aku mandi. Itupun mak suruh - lepas kena marah sebab masuk ke tempat kejadian. Mandi badi katanya. Dan perbincangan lagi diteruskan.
.
.
Petang sebelumnya (30 Jun). Selepas pulang dari Jusco Bukit Indah.
Aku, Ain, Aya nampak depan pejabat - ada van jenazah, ada kereta keluarga mangsa. Alhamdulillah, jenazah selamat diuruskan, dan mahu dibawa pulang. Barang-barang mangsa ada yang dibalut dengan plastik hitam, dimasukkan semua ke dalam boot kereta. Aku dapatkan penjelasan dari orang-orang pejabat. Berita ini belum keluar akhbar katanya.
.
.
Apa reflek korang semua? Sadis? Sedih? Tragis? Menyayat hati? Fikirlah sendiri apa yang sesuai. Banyak persoalan sebenarnya. Banyak jawapan tidak terungkai. Kisah selanjutnya ada lagi. Tapi aku rasa cukuplah. Rasanya tak perlu nak masuk kolum Metro dua-tiga hari lagi. Buat sang lelaki, muncul-lah. Berani kerana benar, takut kerana salah kan?
Al-fatihah, untuk allahyarhamah. Semoga rohnya dan bayinya ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Amin.
Selamat Pagi seluruh alam :)
Sunday, May 31, 2009
.Wardrobe 2: Hari Kupu-kupu Terbang Di dalam Perut.
Jumaat, 29 Mei.
Serius macam orang sasau aku waktu berkemas. Termenung sana. Termenung sini. Fikir apa mahu bawak. Sabarina pelik tengok aku. Alah, bukan lama aku kat KL. Rasa semua dah pack kot. Tapi ada lagi yang aku tak siapkan. Slide Graduates Self-Presentation selama 3 minit. *ini assignment yang DHL bagi sebelum interview. Malam karang sampai KL aku buat. Sudahnya aku tidur pukul 1 lebih. huhu~
.
.
hohoooooooooo! gile ah. Pukul 530 aku dah bangun. Yela, bayangkan aje aku kena bertolak dari Port Klang ke Cyberjaya. Walau ada highway, tapi aku tak mahu lambat. Hari interview harus tepati masa. Aku tak kira. Memang speeding abis kat highway. Nasib baik aku familiar dengan Cyberjaya, pukul745 sudah sampai DHL. Registration mula pukul830. Aku breakfast dulu kat OldTown. Orang-orang kat situ tengok aku Eksekutif Muda yang konon-konon kerja bidang profesional. Beria dengan kemeja, dengan slack, dengan blazer. Kah kah. Padahal baru nak cuba nasib! :P
Jeng..jeng..jeng..
Aku mula masuk DHL. Dup dap jantung aku. Mujur kaki tak gigil. Bukan apa, persekitaran yang maha high-tech tu buat aku nervous. Mula-mula tengok Pak Guard DHL je dah rasa semacam. Muka Bangla, muka Nepal. Tapi cakap English berhabuk! Tak payah susah-susah nak cakap slang Melayu-Bangla. Kah kah.
Oke, ke kaunter pendaftaran. Aku tengok list nama. Ada 17 orang semuanya. Aku cari nama aku, puhh ada! Lepas tu aku tunggu kat lobi. Terus aku buat kawan. Yela, takkan aku nak jadi kera sumbang kan. Aku tegur sorang budak ni, Raihan. Aku dengan dia je budak perempuan Melayu yang pertaruhkan nasib. Berborak macam aku dah penah satu universiti dengan dia 2 tahun. ha ha~ Aku perhatikan persekitaran kat situ. Berani aku cakap 80% staf DHL bukan dari orang Melayu. Macam-macam bangsa ada. Slovakian, Eurasian, American dan bagi-bagai lagi. Diaorang datang pakai baju sempoi je. Datang kerja pakai jeans, pakai baju macam nak lepak kat MidValley. Rupanya hari Jumaat hari berpakaian kasual bagi DHL. *Best! tak payah skema2.
Okay, sorang penjemput tetamu arahkan calon-calon masuk dalam satu bilik. Macam bilik kuliah. Kira-kira muat untuk 20 orang jelah. Mata aku melilau lihat persekitaran. Mahu buang rasa cemas. Aku kira-kira chances aku untuk dapat kerja ni. Ada 2 orang perempuan Melayu (termasuk aku), 3 orang perempuan India, 1 orang perempuan Cina, 1 orang lelaki India, 1 orang lelaki Melayu dan selebihnya lelaki-lelaki bangsa mata sepet. Cuba kira berapa kebarangkalian aku akan dapat kerja ini? Aku lemah matematik mahu congak.
Mr. Edwin masuk. Dia ni lah yang call aku cakap aku dapat shortlisted untuk interview. Masa tu rasa macam nak lompat keluar dari kereta. *Aku dapat call masa on the way gi bandar. Bayangkan masa aku apply tu, ada 250 lebih orang yang cuba nasib. Sudah disenarai pendek, 17 orang je dipilih. Masuk dalam senarai pendek je sudah Alhamdulillah bagi aku.
Hari temuduga DHL lain dari biasa. Kat sini dipanggil GT Career Day (Graduate Trainee Career Day). Dalam satu hari ni, ada banyak aktiviti yang harus dilakukan mula dari 8.30 pagi sampai 5.00 petang.
Program mula dengan ceramah alu-aluan dari Recruitment Manager, Mr. Marek Orsag. Dia ni orang Prague, Republic Czech. Chumel tau! *sorry sayang, sekadar memuji. he he. Eye contact dia asik tepat kena kat aku je. Aku angguk-angguk je. Buat-buat tidak cemas. Baru aku tahu sikit-sikit apa sebenarnya bisnes DHL ni selain daripada kepakaran mereka menghantar surat-surat dan bungkusan. Rasanya tak payah aku cerita. Korang boleh tengok kat website DHL sendiri.
Lepas tu, ceramah dari Mrs. Manjelah (panggil Mrs. Manju), Manager Service Desk. Lepas tu Mrs. Sylvia pulak cakap, dari pihak Admin. DHL juga sedang mencari seorang Librarian untuk menjaga sumber-sumber yang sangatlah banyak. *Kerjanya bukan macam librarian kat perpustakaan biasa. Ceramah tamat. Aku sudah tidak menguap lagi.
Ini masanya. Graduates Self-Presentation. Kupu-kupu dah mula hentak-hentak sayap dalam perut aku. Biasalah aku, cepat nervous. Nasib baik ok. Lancar je aku cakap. Aku bayangkan panel-panel tu macam lecturer aku je. Untuk slot ini, ada disediakan lampu tau. Ada lampu hijau, lampu merah, lampu kuning. Mula-mula aku pelik, nak buat apa benda alah lampu ni. Macam nak interview AF je. Rupanya itu mewakili timer. Sila bercakap tidak lebih 3 minit ye! Ada sorang budak tu, dia cakap kurang 1 minit je! hoho~
Level berikutnya adalah IT Written Test. Ada 26 soalan kalau aku tak salah. Tapi sume MCQA. Ada banyak bahagian. Bahagian Computer Literacy, Bahagian Linux Knowledge, Bahagian Analytical Thinking, Bahagian Logical Reasoning. Masa ujian 45 minit. Soalan pada aku okey lah. Ada soalan berkaitan nombor yang serupa masa aku buat ujian IQ dalam Facebook. Rasa bahagian computer literacy dan linux tu aku dapat markah penuh. Cuma Analytical Thinking tu je aku tak confident. Bukan ape, malas aku nak fikir kritikal. Boleh aku terlelap jap masa baca soalan tu. Hu hu~ Pening aku baca soalan yang bertanyakan berapa portion essence yang sesuai untuk buat satu campuran minyak wangi yang terbaik. Dahlah aku kalau sebut pasal kimia memang terus loya!
Ujian tamat. Puhhh! Sekarang masa mengisi borang permohonan kerja. Macam kat bawah ni borang dia. Bismillah.

Borang butiran calon pekerja.
Yang kuning itu adalah access card untuk masuk ke semua pintu-pintu kaca.

Muka tak tunjuk nervous langsung. Ha ha~
Lunch hour!!!! Perut aku dah lapar sangat-sangat. Nasib baik lunch sedap. Nasi goreng Cina dengan ayam goreng dengan telur goreng. Aisy! Mr. Marek ni usha meja aku dengan Raihan duduk pulak. Last-last dia ambik lunch, terus duduk semeja dengan aku. Ini peluang baik ni. Mari kita tonjolkan imej sekorporat mungkin! he he~ Budak-budak lain jeles je tengok kitaorang. Macam-macam soalan aku tanya dia. Dari pasal DHL sampai pasal Krismas kat Prague. Tahu jelah aku, peramah mengalahkan wartawan Melodi. Rasa macam borak dengan kawan-kawan je. Bayangkan, dia baru 29 tahun, tapi sudah jadi Manager! Agak-agak umur aku berapa baru boleh dapat title sama macam dia? Kiralah sendiri.

Inilah Mr. Marek Orsag. Aku cakap kat dia, mahu ambil gambar dia mahu post dalam blog. Aku siap pesan, "Please give me your best pose yah!". Dia gelak je. Hu hu.
Lepas lunch hour, Slot Tour Facilities pulak. Acara mari kenali DHL dengan lebih dekat bermula. Perkataan mula-mula sekali keluar dari mulut aku, Marvellous! Rasa macam kita tengah masuk dalam glass globe. Kebanyakan partition dan department dipisahkan guna dinding kaca. Dan sistem sekuriti di sini berada pada paras amat selamat. Kalau kamu-kamu ada dengar rompakan yang berlaku di DHL, masuk surat khabar muka depan, sila bagitahu saya ye. Maksudnya saya silap menilailah.
Bukan nak puji, tapi kalau syarikat international, kemudahan memang kelas atas. Bayangkan DHL ada jakuzinya sendiri di tingkat 4! Mungkin aku yang jakun, tapi ini first time aku dengar sebuah company ada jakuzi sendiri. Lepas tu, ada gymnasium, ada bilik khas untuk beriadah waktu lunch hour. Untuk staf main pool, pingpong dan sukan-sukan lain. DHL juga ada klinik dan travel agencynya sendiri. Ada juga bilik khas yang dipanggil Night Shift Rest Room. Khas untuk mereka yang kerja shift malam yang mahu tidur sebentar. Masa jalan-jalan kat sini, tak payah pelik tengok TV LCD ada kat mana-mana. Kat pantry pun ada! Siap ada sofa, boleh layan ESPN lagi. he he. Rasa cam nak mintak satu tv tu bawak balik rumah je. hu hu~ Cangih..canggih..

Inilah Raihan. Budak UIA. Harap-harap dapat kerja sama-sama. He he.
Oke, level berikutnya adalah Case Study Analysis & Presentation. Calon-calon dibahagikan kepada 2 kumpulan. Group A dan Group B. Aku masuk dalam Group B. Ada 6 orang. Biasalah bila case study, maksudnya kena menyelsaikan satu masalah dan bentangkan di depan panel-panel. Waktu kitaorang discussion tu, panel-panel melilau sambil pegang score sheets tengok cara kitaorang berdiskusi. Tengok cara kitaorang handle situasi yang tegang. Fuhhh! Terpaksa berlakon profesional. Semua untuk markah beb!
Tiba saatnya...
F2F Interview (FaceToFace). Tempoh temuduga setiap calon dianggarkan 30 minit. Calon 1, Calon 2, Calon 3 dan Calon4. Nama sudah dipanggil. Yang selebihnya harus tunggu giliran. Sebab bilik temuduga ada empat sahaja. Masa tu sempat aku mesej Irwan cakap aku tengah tunggu giliran aku. Tiba-tiba Mrs. Manju request dekat Mr. Marek untuk interview satu lagi calon. Maksudnya mahu 5 calon serentak tetapi dalam bilik berlainan. Bila Mr. Marek panggil nama aku, aku tak rasa cuak. Rasa tak sabar-sabar mahu di interview.
Dan aku di interview di pantri sahaja. Mrs. Manju yang interview aku. Memang santai habis. Masa aku ikut dia nak hala ke pantri, berbual macam colleague je. Boleh pulak gitu. Aku pelik. Aku tak nervous. Aku tak menggelatar. Tangan aku tak sejuk. Tak macam masa mula-mula aku interview time aku kerja CIMB dulu. Aku jawab lancar je. Idea macam mencurah turun. Rasa ini tahap speaking aku paling terbaik kot. Ha ha~ *MUET aku band 3 aje. Aku tak pandai English pun Interview tak boring. Penuh dengan senyum dan gelak-gelak. Aku dengan Mrs. Manju boleh gelak-gelak. Dan bila dah nak akhir interview, bukan cerita pasal kerja dah. Cerita pasal benda lain yang tak masuk dalam skop kerja. Boleh pulak gitu! Tak sedar masa dah cecah 20 minit. Aku rasa macam baru 7 minit aku cakap.

Phewwwwwwwwww! Terbang semua kupu-kupu dalam perut tadi. Pukul 3.30 sudah tamat. Lega! Terus aku call Irwan bagitahu aku dah selesai. Aku rasa dia boleh dengar suara aku yang excited, yang lega beban sudah selesai! *hehe thanx sayang layan cakap saya :) Aku sudah buat yang terbaik, kalau aku tak dapat kerja ni, maksudnya bukan rezeki aku. Yang penting aku sudah bagi performance 100%. Jadi tak perlu nak kecewa nanti. Lainlah kalau aku buat ala kadar je. Serah pada takdir. Itu kerja Tuhan yang bagi rezeki. Amin.
Wednesday, April 22, 2009
.Kembali Ke Pangkal Jalan dalam Keadaan Tidak Mendamaikan.
:
Monday, April 20, 2009
.Hari Pertama Peperiksaan Yang Mengarut.
adakalanya perlu kita berjalan terbalik
agar dapat kita lihat, jelasnya dunia
dapat kita pelajari, peliknya manusia
dapat kita rasai, kocaknya bangsa
dapat kita fahami, kacaunya jiwa
.
.
Hah! hari ini, kertas peperiksaan pertama aku muncul. Subjek SCK3113 - Industrial Operation Management. Masa diperuntukkan adalah 2 jam setengah. Mengapa aku tidak kaget mahu hadapi peperiksaan ini walau tahu sang rama-rama riang bertebaran dalam perut aku?
:
Malam - Subuh, sebelum peperiksaan
Aku dan Pae masih boleh riang-ria, bermain dengan buih-buih angin malam. Bagai tiada apa-apa akan berlaku hari ini. Walhal sudah sedia maklum paper hari esok memerlukan penumpuan yang tajam. Teori campuran kira-kira. Kombinasi agak tercanak bagi jiwa aku. Jiwa jadi kacau. Tapi selera makan masih tidak hilang. Kami masih boleh lepak-lepak kat Agus, menikmati Ayam Penyet yang sangat lembut, yang aku kira mampu meregangkan rasa keguasaran tidak selesai mengulangkaji lagi. Okey, pukul12 malam ni kita buat je soalan past year. Kami kira-kira, dah tak sempat mahu menelusi segala bagai ilmu POI. Dah lama kami tak studi sama-sama. Last masa Diploma UTMKL dulu. Dan terus kenangan mengulangkaji subjek Kenegaraan Pn.Jasmin tersegar kembali.
Ingatkan Ali Cafe mampu menjadi penebat. Tapi syaitan biru lebih kuat melambai. Pae terlelap, aku tersengguk. Entah ilmu apa yang masuk dalam otak kitaorang. Rasa sia-sia aja baca. Semangat dikuatkan. Lagu-lagu di laptop dimainkan dengan harapan mantera syaitan biru dapat ditewaskan. Kami agak berjaya. Semangat kembali mengerumuni jiwa. Masing-masing mula menjadi pensyarah sambilan, mengelaborasi segala macam perkara dan istilah seperti Service Blueprint, Bill of Material, CPM, PERT, AOA, AON dan segala bapak istilah.
Juga kami bertelingkah mengenai keaslian keturunan Gambarajah Ishikawa @ Gambarajah Tulang Ikan @ Gambarajah Sebab dan Akibat. Sehingga memaksa Pae mengambil buku QC untuk mendapatkan kesahihan. Sehingga aku keliru, mengapa subjek ini memerlukan rujukan buku yang tidak masuk dalam silibusnya? Aku tangkap ilmu mana yang ada. Sempat belajar CPM dalam masa 15minit saja aku rasa. Memang itu perkara terakhir aku buat, tahu jelah, bila melibatkan nombor dan rajah-rajah, aku memang mengalah awal!
:
DK8, N24 - 9.00 am
Wah! Wah! semua orang bagai tidak sabar-sabar mahu mencurahkan segala hafalan dan formula yang telah siap-siap semat dalam otak.
Peperiksaan bermula.
Hahhhhhhhhhhhhhhhhhh! Ambik kau! Kau baca soalannya betul-betul. Dengan numbering soalan yang memang unik, menjadikan subjek ini sebagai subjek yang amat pleasure untuk dipelajari apatah lagi mahu jawab soalan finalnya.
Kau bayangkan, ada 28 soalan. 20 soalan objektif. 5 soalan jawapan pendek *Kononnya!. 3 soalan esei. Dalam 20 soalan objektif tu, tak de satu pun istilah apa yang aku dengan Pae baca malam tadi keluar! Siot betol! Mampus lah camni! Dari buku mana dia ambil soalan ni?
Okey, jangan kaget sangat. Tengok pulak soalan jawapan pendek. 5 soalan, 20 markah. Mak aih! takde klue langsung! Aku berani sumpah ayat yang dia bagi takde sebijik dalam nota kuliah. Soalan apa ini? Suruh orang main agak-agak. Aku rasa kalau tukang tilik pun, boleh surrender tengok soalan ni.
Baiklah, bertenang, walau jiwa terus berkocak. Tengok soalan esei. Ah, mujurlah soalan 27, 28 menjadi penyelamat. Aku harus bagi kredit pada Pae. Masih segar otak aku mengingatkan bagaimana harus diimplementasikan CPM itu. Istilah ES, EF, LS, ES, Critical Path meluncur laju keluar. Yakin aku aplikasi Forward Pass, Backward Pass cara Milwaukee. Yang bahagian Decision Tree macam takde masalah. Aku paham bagaimana mahu buat keputusan untuk menghasilkan "pets" yang berjiwa.
:
Aku mahu cheritakan emosi-emosi yang terkeluar jelas pada muka setiap calon subjek. tertekan. Kaget. Gelisah. Tak terkeluar Idea. Semua lah, macam orang kena sembelit bila dapat soalan. Aku ambil 5minit, toleh kiri, toleh kanan. Tengok muka kawan-kawan, tengok muka sekuriti guard peperiksaan, cari ilham.
Bismillah, aku cuba yang terbaik.
Paling best, aku dengan Pae selamba main bisik-bisik, bercakap dalam bahasa Pensel, "Psst, soalan nombor ni, nombor ni apa jawapan?". Mujur salah seorang sekuriti guard peperiksaan aku kenal, Kak H. Terasuah acara perbisikan kami. Bila dah nak habis masa, lagi best, bincang bahagian objektif. Aku siap kongsi jawapan aku dengan Pae. Alah, buat apa nak lokek. Hal dunia aje. ahaha~ Masa dah hantar paper, kitaorang tak bangun lagi, siap Kak H bagi green light, "Hah, tiru ajelah cepat, ramai lagi tak hantar lagi" Wah!!!!!!!!!!!
Peperiksaan tamat.
:
Selera makan tidak hilang. Terus aku bawak Pae pergi Asam Pedas Tasek, tempat mula-mula aku jumpa Dia. Pada Dia aku mengadu bagaimana jadahnya exam aku tadi. Aku berserah, teruskan makan, dan tidak mahu sebut-sebut lagi. Hanya menunggu perang seterusnya, 30 haribulan. Special Topic pulak.
Yang pasti, aku mahu pulang balik rumah. Entah esok, lusa, tulat.
PS: mood X.O.X.O kembali hidup :)
Saturday, April 18, 2009
:X.O.X.O
it's coming!
what?
the EXAMS FINALE!
this 20th & 30th will be the day.
the starting monday must be a tough day i guess.
oh shit! it seems that i've to be a struggling chick!
kawan-kawan doakan saya ye! T_T
.
.
as i travel foot by foot
in searching the blissful worship
the day was made for us
as the little red being lucky meeting the helios yellow
and i am glad u truly there, waiting for me
.
.
PS: in the xoxo mood ^.^
Thursday, April 16, 2009
.Rasa Sebak Hari Terakhir, Para Diva Jelmaan.
14/04 /2009 - SELASA
Ini hari terkahir dalam hidup aku sebagai seorang tutor. Hari ini, tugas terakhir aku adalah memberi markah bagi presentasi projek akhir student-student aku. Presentation mula sedikit lewat gara-gara masalah teknikal akibat Lab Assistant aku yang pergi berkursus. Nasib baik ada abang lab lain jadi penyelamat. Presentation diaorang okey. Cuma diaorang masih belum mengerti cara yang betul mahu present di hadapan seorang penilai. Tidak mengapa, mereka masih pelajar tahun 1, lama-lama nanti mereka belajarlah.Miss Najihah bersama suku daripada student nya
(kadang-kadang bangsa mata sepet lagi pandai menghargai)
.
Tugas aku berakkhir, aku kembali menjadi Research Assistant. Dan mula mendakap mood untuk menghambakan diri bagi PSM aku yang tertangguh lagi terbengkalai. Pengalaman jadi tutor banyak matangkan aku. Bukan semua orang dapat rasa apa yang aku buat ni. Rasa sedih, sebak. Aku mintak maaf kalau aku ada tergarang dengan student-student aku. Tapi rasanya takde, sebab aku sporting habis masa mengajar. Aku tidak menggunakan pendekatan diktator seingat aku. Iya, betullah.Seperti sudah dijanjikan, lepas saja aku habis kelas mahu pergi Karaoke dengan Pae & Zura. Demam karaoke tidak boleh berhenti. Kali ini ke Diva Karaoke Village kat Giant Southern City. Aku suka tempat ni. Lepas ni tak pergi lagi lah karaoke jamban tu. Huhu. Baru dapat control voice. Takdelah nyanyi macam nak pecah tekak. Aku dah tak ingat berapa banyak lagu aku nyanyi selama 2 jam tu. Tak agak pulak kita orang sewa bilik deluxe kan. Alah, itu pun sebab bilik standard dah habis. Tak kesah lah, bukan mahal mana pun. Sempat aku baring-baring dalam tu. Haha. Untuk abang pembersihan yang kami jumpa tadi, "tolong lah buat muka elok sikit. Tak payah nak eksyen kalah manager pulak." Menyampah kitaorang tengok.
Dan ketagihan nasi goreng cili padi semalam tak dapat dielakkan. Ke Stulang lagi kami. Kenyang, sedap. Aku rasa lepas ni patut aku ikut Dia jogging 4 kilometer! =)
.
.
P/s: Terkedu aku, final exam 20 april, bukan 26 april. Sudah tiada masa. Talian hayat terputus. Kegembiraan peru dicantas. Ini perjuangan terakhir.Wednesday, April 15, 2009
.Jiwa Kacau Di saat Angin Menghembus.
Argh, aku cuma tidur 2jam? Najihah, kamu bertahanlah. Iya, aku sudah berjanji mahu bawak kawan-kawan aku pergi PC Fair. Tak payah aku nak cerita apa ada kat situ. Macam biasa, berlambakan kedai-kedia menjual tetikus, pemacu ibu jari, computer dan sebagainya. Masih lagi disesakkan dengan para promoter yang menjaja pakej broadband yang sememangya diketahui tahap kelembapannya yang tidak pantas dengan harga yang diuar-uarkan.
Di tengah kekacauan hingar-bingar, hiruk-pikuk jeritan para penjual tegar, setelah selesai membeli, kami mahu pulang. Aku sumpah aku tidak akan lupa mahu selitkan parking tiket dalam baju selepas ini! Mahu tahu? Tiket parking hilang! Zura cakap kena penalty RM 100! Mak aih, tahu tak duit aku cuma ada sepuluh ringgit aje!
Aku bukan kesah kalau kena bayar, tapi aku takde duit sekarang. Aku sudah terfikir, untuk telefon saja dia, untuk talian hayat. Nasib amaun itu dapat diikhtiarkan hasil kumpulan baki-baki duit yang ada di kalangan kami. Aku dengan Efa, meredah kembali kesesakan maha hebat di PC Fair. Untuk menguti kembali harapan jika keajaiban untuk tiket itu muncul ada. Hampa. Sia-sia. Aku betul-betul mahu menangis kali ini. Untuk makcik pembersihan yang aku jumpa, mari saya nasihatkan. “Makcik, budi bahasa budaya kita”.
Talian hayat terputus, dan memang perlu kami menghadap Petugas Kaunter Perkhidmatan Pelanggan. Aku pergi dengan Zura. Ekspresi mula-mula, “mampus aku, muka kakak ni garang siot. Memang melayang lah 100 aku”. Aku silap, kakak itu sangaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat baik. Dia tolong aku dengan cara yang hanya dia tahu, jadinya aku cuma bayar semula harga parking asal, RM 4 aje! Jimat RM 96! Fuh, lega. Aku cakap dengan kakak tu, “Terima Kasih kak, murah rezeki akak hari ini.” Dan aku terus berdoa pada Tuhan, bagilah kesenangan pada kakak itu, sekurang-kurangnya pangkatnya dinaikkan ke. Orang baik, pasti dapat balasan baik. Percayalah.
Dan aku memandu pulang ke rumah, dengan jiwa kacau, dengan mata hanya terbuka separuh, dengan hujan kabus menggila di lebuh raya, dengan kunyahan gula-gula getah sebagai agen penahan mengantuk. Alhamdulillah, selamat.










