Showing posts with label Ramadhan oh Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan oh Ramadhan. Show all posts

Monday, August 8, 2011

.Cerita 8 Ramadhan.

Assalamualaikum.

Syukur, hari ini 8 Ogos bersamaan 8 Ramadhan. Cantiknya tarikh. Maknanya sudah 8 hari umat Islam berpuasa. Tapi aku, baru dapat 3 hari je puasa :( Bukan kekuatan iman tak teguh, tapi atas faktor kesihatan, orang seperti aku dibolehkan berbuka puasa. Tapi tidaklah aku ambil kesempatan sewenang-wenangnya untuk berbuka. Bila keadaan 'memerlukan' barulah aku buka puasa.

Kalau asyik tak puasa je, nanti jenuh la aku nak mengganti T_T

Tahun ni, tahun pertama aku berpuasa sebagai seorang isteri. Alhamdulillah, Allah bagi juga merasa nikmat berpuasa berdua kan. Eh sebenarnya bertiga :P Si kaki comel dalam perut ni pun merasa nikmat Ramadhan, walaupun belum keluar lagi ;)

Perkara pertama yang aku fikirkan bila Ramadhan menjengah adalah apa yang aku nak maak untuk bersahur, dan laratkah aku nak bersengkang mata untuk bangun masak tiap-tiap hari. Wahh cabara sungguh! Maklumlah Irwan ni dia jenis nak kena makan nasi. Kalau masa bujang dulu, sahur ke tidak, bukan aku kesah sangat. Kadang-kadang tak bangun pun sahur. Kalau bangun tu pun minum milo secawan pun dah kira okey. Tapi bila status berubah, cara pun kena la ubah kan.

Dulu kalau balik rumah mak, memang harapan jelah nak tolong masak. Tau-tau je, mak dah terjerit depan pintu bilik kejut suruh bangun makan sahur. Tu pun kadang liat nak bangun sampai mak dah tak kuasa nak kejut, baru terhegeh-hegeh nak bangun. Bagus punya anak dara kan :p

Jadi untuk sahur pada Ramadhan ni, kebiasaannya aku akan bangun pada jam 445 pagi. Sebab waktu imsak kat KL ni 542, jadi sempat lah untuk bersahur. Bukan ke melambatkan waktu sahur tu sunat hukumnya kan :) Sebelum masuk tidur biasanya aku dah masak nasi dulu. Periuk tu akan dibiarkan 'Keep Warm' sampai waktu sahur nanti. Ini untuk langkah berjaga-jaga. Mana tau kalau terlambat bangun, at least nasi dah masak kan. Kalau tak sempat masak lauk, alamat makan dengan kicap jelah -_-

Nasib baik Irwan jenis tak cerewet bab makan. Untuk meringankan beban isteri tercinta ni, dia dah siap-siap belikan makanan dalam tin - macam kari daging, kari ayam dan sardin. Tapi takdelah buta-buta aku tuang terus dalam kuali kan, adalah aku modified sikit ikut citarasa aku, kalau tak rasanya kureng sikit.

Tapi masuk hari ni, sudah 3 hari aku terlajak bangun sahur T_T Kononnya lepas jam bunyi, nak snooze 5 minit, tup tup dah azan Subuh. Nasib lah puasa dengan tidak bersahur. Mujur jugak baby ni kuat semangat semalam, puasa penuh sehari walaupun tak sahur. Bagus anak mummy ni!

Cukuplah cerita pasal sahur. Mari ke acara yang ditunggu-tunggu iaitu acara berbuka puasa. Kadang-kadang aku rasa menunggu waktu buka puasa ni macam nak countdown untuk New Year pulak. hehe. Lagi-lagi kalau buka puas kat luar. Bila makanan dah depan mata, semua orang tertoleh-toleh asik tengok jam countdown lagi berapa minit boleh makan. Kelakar pun ada, macam orang baru puasa first time je kan.

Setakat ni, baru dua kali je kitaorang berbuka kat luar. Itu pun dekat tempat favourite kitaorang. Selebihnya beli kat bazaar ataupun aku beli kat kafe office aku je. Untuk berbuka aku memang belum masak lagi. setakat masak sayur untuk lauk tambahan tu adalah. Tapi untuk masak yang berat-berat, belum lagi. Letih cik oii T_T Dah la kat office tu terhidrat sebab duduk dalam aircond memanjang, bila balik rumah memang terus berehat tunggu waktu buka jelah.

Bazaar yang kitaorang selalu pergi bazaar kat TTDI. Dua kali kitaorang pergi, dua kali tu jugak jumpa ramai artis :) Hari pertama aku pergi, aku jumpa Anding AF, Amran Ismail (sila Google kalau tak kenal) dan Taja Meet Uncle Hussein bersama tunangnya. Mungkin ada lagi tapi aku tak perasan lah agaknya.

Hari kedua aku pergi (Sabtu lepas), kali ni meriah sikit sebab TV9 dan TV3 siap buat shooting dalam kesesakan lautan manusia tu. Antara yang aku jumpa:

  • Azura Zainal (minah yang selalu host rancangan aktiviti lasak tu) bersama teman orang putihnya.
  • Neelofa & Sharifah Shahira (tengah shooting TV9, agaknya untuk rancangan melawat bazaar kut) - Neelofa tu memang cantiklah in person. I admit it. Memang layak lah jadi Juara Dewi Remaja dan no wonder lah Shah Jaszle boleh jatuh cinta! Sharifah Shahira tak tinggi mana, rendah sikit dari aku rasanya.ehe.
  • Aznil, Aril, Akim, Hafiz dan Edry Hashim (Tengah shooting TV3 - rancangan nyanyian untuk raya kot sebab diaorang nyanyi lagu raya). - Pak Nil tu kalau korang tengok peha dia, perghh tak macam orang yang dah beranak dua, macam budak remaja oii. Tapi Pak Nil memang kelas, kasut LV, leather bracelet pun LV! Kesian Pak Nil, siap cair mekap dia di tengah kepanasan tu :D
          Aril dengan Akim tinggi lebih kurang sama. Sama tinggi dengan Irwan je (171 cm kot). Hafiz memang rendah lah. Macam aku je kot tingginya. Tapi rambut kekal kerinting! Aril pulak kulitnya takdelah cerah sangat, sawo matang lah kategorinya. Tapi bak kata Irwan, Akim tu badan dia cantik, jenis tough tapi bukan taough sangat, macam cun-cun jelah, tapi kulit dia licin dan cerah! Bila aku dah tengok Akim secara live, aku rasa tak sesuai benorrrr dia dengan Stacy tu.hehe.

Wahh apa kes mendescribe artis bukan main lagi di bulan puasa ni. Takde faedah langsung :P Bukan apa, bagi korang yang tak pernah jumpa diaorang lagi, at least dapatlah gambaran macamana rupa diaorang sebenar kan.

Baiklah, selamat menyambung puasa! :)

Friday, September 3, 2010

.Indahnya Sungguh Di Hari Raya.

Hai semua. Assalamualaikum. Hari ini sudah hari Jumaat. Kejap je kan dah Jumaat semula? Rasanya baru je membebel Jumaat lepas, ni dah Jumaat semula. Jadi maknanya hari ini hari terakhir aku kerja sebelum aku cabut pulang ke kampung halaman tercinta untuk berhari raya. YEAY!

Kuih raya dah siap? Baju raya dah siap? Kasut raya dah beli? Duit raya dah ready?

Wahh macam cik Kiah kepoh je semua benda nak amik tahu kan. Okay lah oleh sebab awak taknak jawab soalan saya, jadi saya tak kira saya nak cerita jugak persiapan raya saya. Eh kenapa tiba-tiba macam budak baik ber'saya-awak' pulak ni.

Kuih raya saya semua dah siap, semua saya tunjuk je tau. Saya wanita berkerjaya jadi tiada masa nak main-main uli tepung, bancuh adunan dan tunggu tepi oven sampai bunyi tingggggg kuih dah masak, lepas tu susun elok-elok cantik-cantik dalam bekas kuih dan jangan bagi lemau sampai menjelang syawal kelak.

Tahun ini saya beli kuih banyak. Saya beli untuk rumah mak saya dan rumah bakal mak mentua saya. Hati ibu dan hati ibu mertua harus dijaga tau. Lebih-lebih lagi di musim perayaan begini. Saya cuma beli dari Aunty Nani dan beli dari rakan sepejabat je sebab terjamin kualiti biskut mereka. Saya tak beli kat pasaraya atau pasar ramadhan sebab saya tak tahu rasa kuih mereka kena tak dengan tekak saya.

Okay mari ke bab baju pulak. Tahun ini adalah tahun yang saya paling tak kesah pasal baju raya. Sebabnya tahun ni saya sibuk buat persiapan kawin je. Saya dah tak sabar, gatal sangat nak kawin, jadi terpaksalah bertungkus lumus membuat persiapan kawin dengan segera. Gigih betul berusaha berkejar ke sana sini.

Jadi emak saya yang cantik dan baik hati dah belikan saya kain untuk buat baju yang sedondon dengan dia. Nasib dia beli ikut citarasa saya, kalau tak pasti aura emak-emak akan terpancar pada wajah saya masa hari raya nanti -_-'

Lagi nak tunjuk emak saya baik hati, dia siap tolong pergi hantar tempah lagi kat tukang jahit kegemaran saya. Baikkan emak saya. Sayang emak selalu. Emak awak macam mak kita tak? :P

Ok saya tahu banyak sangat kedai tengah sale kasut raya. Tapi lepas je saya akil baligh saya rasa saya tak pernah beli kasut khas untuk beraya. Saya pakai je kasut yang ada ataupun kasut yang saya baru beli sebelum raya. Ala kan raya sekejap je. Lagipun kasut cuma untuk nak pakai masa turun-naik kereta, pastu masuk rumah orang tak pakai kasut.

Membazir kalau beli kasut raya beria-ia nanti kalau pergi raya ramai-ramai kena pijak-pijak je. Nanti terus mood raya saya hilang tau.

Tahun ni tahun kedua saya beraya sebagai orang bekerja. Jadi faham-fahamlah kena hulur duit raya jugak walau tak seberapa T_T  Sampul duit raya saya dapat banyak sangat tahun ini. Yang company saya punya ada, dari kumpulan perbankan lain pun ada.

Emak saya awal-awal dah pesan suruh bawak balik sampul duit raya company saya banyak-banyak. Sebab dia cakap dia malas nak pergi mintak dekat bank nanti penat je beratur lepas tu dapat sikit je.

Esok insyaAllah saya akan pulang ke kampung halaman tercinta. Tak sabar saya nak balik ni. Maklumlah tahun ni tahun terakhir saya beraya sebagai orang bujang :)

Tahun ini saya beraya macam biasa dengan keluarga, cuma berbeza dengan tahun lepas, kakak saya je yang takde. Sebab lepas dia kawin, dia pindah ke negara omputih, jadi dia sibuk nak beraya cara mat saleh, jadi dia tak nak balik ke Malaysia T_T

Dia tak tau yang raya kat Malaysia adalah raya yang paling best di dunia ini :)

Terima kasih awak sebab sudi baca entri kita yang panjang ini. Walaupun awak penat berpuasa awak tak penat baca belog kita ni.

Ehh penat lah cakap 'saya-awak' ni. Jadi dikesempatan ini aku ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN kepada semua pembaca setia blog aku yang kesian tak seberapa ini.

Mohon ampun maaf kalau ada kata-kata kesat yang aku tulis menyakitkan hati atau membuatkan kamu semua tersinggung. Sesungguhnya aku tiada niat untuk menyakiti hati sesiapa.

Selamat bergembira. Ingat tau berhati-hati ketika memandu, jangan suka sangat dengar lagu raya sampai tak sedar meter dah cecah 180km/j!

Okay bai.

Eh lupa, selamat balik kampung. Ingat 120km/j speed trap menanti anda! :)

Bai.



ps: phh ya, bunga api warna-warni pun saya dah beli tau. Gian nak main bunnga api.hehe.

Wednesday, September 1, 2010

.I Lap You!.

Sekurang-kurangnya ada enam perkara yang Irwan tak percaya bila aku cakap masa jumpa hari minggu hari tu. Kurang yakin katanya.

Tapi setelah dibuktikan oleh sumber yang boleh dipercayai (macam Guiness Book of Records atau dia lihat dengan mata kepala dia sendiri), baru dia percaya.

Aku dengan Irwan ada beberapa persamaan, dan juga ada beberapa perbezaan. Tapi aku tak lihat ini sebagai satu masalah komunikasi, tapi sebagai keunikan :)

Terus aku cakap dekat Irwan, YOU MESTI TAK PERCAYA BILA I CAKAP PASAL SATU FAKTA, I PELIK MACAMANA YOU BOLEH PERCAYA NAK KAWIN DENGAN I.  hehe. >.<

Dia cuma jawab, EHH BAB KAWIN TU LAIN, OF COURSE I NAK KAWIN DENGAN YOU JE. *wink.

Persamaan bukan bererti kebahagiaan, perbezaan bukan maksudnya kesengsaraan.

Hidup ini perlu complete each other, baru manis! ;)




ps: makin dah nak hujung puasa, makin aku cepat mengantuk.

Tuesday, August 31, 2010

.M untuk Malaysia, M untuk Merdeka.


Pantasnya masa berlalu, sudah lebih separuh abad kita menyambut hari merdeka / hari kebangsaan / hari kemerdekaan panggilah mana ikut suka pun.

Semalam aku dengan housemate aku, Sofea Jane saja menyibukkan diri keluar pergi jalan TAR. Tak serik lagi tu masa hujung minggu dah bersesak kat situ. Saja je nak melihat gelagat warga ibukota dan warga asing yang tinggal di ibukota membeli untuk persiapan raya.

Bocor jugaklah poket aku walau tak banyak mana. Para peniaga sudah mula berperang harga. Yang jadi masalahnya kita sebagai pengunjung ni, dah rambang mata! Sofea Jane cakap hari ni dia nak pergi lagi sekali, semalam tak puas jalan katanya.

Lepas membeli, kitaorang lepak kat belakang Standard Chartered (kedai kat sini memang Irwan takkan pegi punyalah). Sambil aku hentam roti banjir dengan teh o ais, aku terpandangkan seorang anak Malaysia. Lebih tepat lagi anak Melayu.

Ya, anak Melayu yang menyahut seruan motto hari merdeka tahun ini - 1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI.

Anak Melayu yang masih dalam proses transformasi dirinya dari seorang lelaki kepada seorang perempuan!

Aku tak salahkan budak itu, tapi kenapa dia memilih jalan untuk menjadi bahan gelak tawa orang? Malu bangsa sendiri. tahulah dunia sudah moden, tapi kenapa pemikiran masih dijajah?

Kenapa budak Melayu jadi macam ni? Kenapa rakyat Malaysia jadi macam ni?

Kita merdeka ke kalau masih hipokrit konon-konon tak fasih lagi cakap Melayu tapi hakikatnya hari-hari makan belacan?

Kita merdeka ke kalau masih mengeji hasil karya bangsa sendiri yang kononnya ketinggalan zaman?

Kita merdeka ke kalau masih ada mentaliti yang berkawan dengan orang Melayu ni takde class?

Kita merdeka ke kalau kita bangga mengamalkan cara hidup bangsa asing dan mengetepikan adat kita sendiri?

Kita merdeka ke kalau asyik-asyik membazir duit semata-mata nak show off kita mampu beli barangan berjenama antarabangsa?

Kita merdeka ke kalau makin banyak bayi-bayi dibuang kat tepi jalan?

Kita merdeka ke kalau rumah ibadat sesetengah agama di vandalisma sesuka hati?


Ya, memang kita sudah merdeka 53 tahun.

Hakikatnya kita masih dijajah, dijajah oleh diri sendiri. Ini termasuk aku, masih tewas dengan jajahan nafsu membeli-belah yang tak pernah surut T_T tsk.

Kalau inilah mentalitinya, istilah merdeka cuma pada mulut, cuma pada laungan MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! setiap malam menjelang 31 Ogos. Dan selamanya akan terus begini.


Selamat Hari Lahir Merdeka Malaysia!



ps: Merdeka kali ini aku kerja, sama macam tahun lepas.

Monday, August 30, 2010

.Kepenatan Beli dan Blah.

Hujung minggu lalu adalah minggu yang sangat exhausted. Berkejaran masa aku ke sana ke sini menguruskan hal berkaitan hari ijab kabul aku.

Tapi seronok, sebab Irwan ada sama ;) Jadi benda yang payah pun terasa mudah je nak dilakukan kan.

Tiada istilah shopping raya kali ini, tapi ditukar ke hari membeli-belah untuk hari perkahwinan. Kalau ke Sogo jangan cakaplah, pelbagai ragam, pelbagai manusia dan pelbagai bau ada! Macam nak pengsan kau.

Tengah semua orang bersesak-sesak tu, ada jugak yang sibuk nak berposing ambil gambar konon-konon sibuk membeli handbag. Nak je aku sound OI KAKAK, BOLEH FAHAM TAK ORANG TENGAH RAMAI, JANGANLAH NAK BERPOSING SAKAN PULAK. DATANG HARI LAIN PLEASE! huh~

Mujur semua barang yang di list dapat beli. Bila lolos je ke jalan TAR, mak aih lagi tak boleh blah. Macam lautan manusia. Dengan dugaan cuaca yang panas terik sampai keluar peluh jantan aku. Lepas je dapat barang yang dikehendaki, kitaorang pun blah.

Padahal masa tu baru pukul12.00, tak boleh tahan woo panas. Terus je kitaorang proceed pergi menempah kad ijab kabul.

Malam sambung lagi beli barang, fuhh tak reti penat tu. Bila tengok poket pecah, ok baru insaf jom kita balik.


Ohhh tak sabarnya nak cuti raya minggu depan! Selamat berbuka kawan-kawan! ;)

Friday, August 20, 2010

.Semua Kerja Tuhan.

Kadang-kadang, kita tak perasan, semua yang berlaku ada hikmahnya. Semua yang terjadi adalah kehendak 'pengarah yang di atas'.

Kita sebagai hamba yang dipinjamkan roh untuk seketika, cuma menjadi pelakon pada skrip yang 'DIA' telah tuliskan.

Aku hairan bagaimana sesetengah manusia masih tidak sedar hakikat ini. Aku faham zaman sekarang serba moden, serba canggih, tapi kalau sampai bab agama ada kompromi kah?

Aku bukan nak cakap pasal dosa tak pakai tudung atau dosa tak tutup aurat, tak bukan itu.

Tapi dosa tak percaya Tuhan, tak percaya Allah. Bukankah Allah ada berfirman, semua dosa boleh diampunkan kecuali dosa mensyirikkan Allah?

Hari-hari aku dapat email yang diforward pasal kes budak itu, kes budak ini, yang tindakannya seolah-olah mencabar Tuhan, mencabar hukum Tuhan.

Wehh, tak takut kena laknat ke? Tak takut dapat bala ke? Tuhan, kalau DIA nak tunjukkan kuasa, bila-bila dia boleh tarik nyawa kau, tarik semua nikmat kau. Kalau kau terus mati bila dapat ujian takpe, tapi ini diazab dulu sebelum mati, nauzubillah!

Aku sedih bila tengok banyak sangat bayi kena buang, banyak sangat anak muda yang tak percaya Tuhan.

Aku sebenarnya takut. Takut mahu hidup di bumi sendiri.

Cuba tengok Acheh dulu, tak dapat pengajarankah?

Tolonglah syukur dengan negara kita Malaysia ini yang sedang makmur ini. Jangan sampai Tuhan dah bagi bencana, masa tu baru sibuk nak tadah tangan, tak guna!


Hari ini sudah sepuluh Ramadhan. Semoga kita semua sibuk mengumpul pahala di bulan mulia ini. Selamat berpuasa! :)



ps: hari ini aku sedih, kawan baik aku (dan juga bakal pengapit aku!) yang umurnya sebaya dengan aku bagitau aku yang dia disahkan menghidap penyakit jantung berlubang. Oh Tuhan, tolong sembuhkan dia. Jangan kau uji dia berat begini T_T Beb, kau tabah tau!

Wednesday, August 11, 2010

.SMS Ramadhan.

Sedang aku menonton The Biggest Loser malam tadi, ada satu sms masuk. Oh daripada ayah aku rupanya. Sms berbunyi:

"Perkataan yang cantik - ALLAH,
Lagu yang merdu - Azan,
Novel yang menarik - Al-quran,
Senaman yang baik - Sembahyang,
Diet yang mujarab - Puasa,

Tingkatkan amalan di bulan Ramadhan, banyakkan sembahyang sunat, berdoa bermunajat dan bertaubat, Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-mubarak untuk ANAKKU."

.

Seingat aku ini sms ucapan Ramadhan pertama daripada ayah aku. Rasa terharu dan sebak pulak masa dapat sms semalam. Yelah, ayah aku bukan yang jenis rajin main sms kan. Ini yang buat aku nak balik rumah minggu ni, dapat buka puasa dengan mak & ayah :)


Ohhh baru separuh hari puasa kepala aku dah sakit tau. Sabar jiha, kena tahan tau. Tengah fikir nak bukak puasa apa petang nanti. Apa sedap?




ps: Thanks pada semua rakan-rakan yang sudi hantar sms ucapan Ramadhan pada aku.

pss: Kepada semua pembaca / stalker / pengkomen ".Kita Punya Hal." (dahulu dikenali ~This Is My Wardrobe~), aku ucapkan Selamat Berpuasa, semoga kita semua mendapat keberkatan di bulan yang mulia ini. InsyaAllah ;)