Showing posts with label Wedding Plan On the Go. Show all posts
Showing posts with label Wedding Plan On the Go. Show all posts

Sunday, October 24, 2010

.Mandi Tak Basah, Makan Tak Kenyang, Tapi Tidur Masih Lena.

Heyy! 5 days to go! Tik tok tik tok.

Perasaan?

 Mesti cuak. Mesti nervous. Mesti tak keruan.

Tapi kena banyak bertenang, kalau tak haru-biru dibuatnya. Nasib baik masih boleh tidur nyenyak.

Alhamdulillah, syukur segala persiapan berjalan lancar setakat ni.

Harap-harap semua dipermudahkan sehingga tamat majlis nanti.

Kawan-kawan doakan yang terbaik ya. Kalau siapa-siapa ada tips tu bagi lah eh. Sharing is caring kan? ehe~

Friday, October 22, 2010

.Awak Mr. Right Saya?.

Nampak tak wedding ticker kat atas tu? Lagi 7 hari je. Hari ni pulak hari Jumaat terakhir sebelum aku bergelar isteri pada Jumaat minggu hadapan ;) Rasa gemuruh dan dupdapdupdap je sekarang ni. Okey sila bertenang.

Kenapa ngengada nak letak gambar outdoor masa tunang hari tu. Saja je nak membangkitkan aura perkahwinan. Gatal. Takde, sebenarnya semalam kitaorang punya Monthanisary ke-17. Tapi sebab dua-dua nya sibuk sangat kerja sampai lupa nak wish semalam, so pagi tadi baru aku wish kat Irwan. (Eh aku tak pernah lupa wish sebelum ni tau)

Happy 17th Monthanisary Sayang! Semoga hubungan kita kekal ke akhir hayat dan diberi kebahagiaan berpanjangan. Amin ;)

Okey itu selingan je. Belum sampai ke point yang betul lagi. Sabar ye kawan-kawan.

Baiklah, straight-to-the-point, sebelum korang nak mendirikan rumahtangga apa yang korang perlu buat? Ok betul jawapan awak, mestilah kena ada calonnya. Terpulang macamana cara nak mencari, sekarang banyak medium untuk mencari jodoh, jadi gunakan dengan sebaiknya dan carilah yang sesuai.

Kalau masih ada yang percaya dengan jodoh aturan keluarga atau rakan-rakan, boleh juga minta pertolongan dari mereka.

Oke lepas dah ada calon mestilah kena bercinta-cinta dulu kan. Kononnya nak mengenali hati budi masing-masing kan. Jadi dalam tempoh bercinta tu, bila korang rasa korang nak mendirikan rumah tangga, korang mestilah ada perasaan yang bakal suami (khusus untu perempuan sahaja ya) itu yang terbaik atau lebih senang cakap dialah "Mr. Right" saya.

Bukannya perasaan oh muka dia handsome macam Brad Pitt jadi confirm dia Mr. Right saya tanpa ragu-ragu lagi. Ataupun perasaan oh dia bawak BMW atau Ferrari jadi dia memang betul dia Mr. Right saya. Tak, ini perasaan tulus dari hati, yang ada telepati, bahawa dia memang betul-betul Mr.Right kita. Yang mana bila awak ada perasaan ini, hati awak tak ragu-ragu lagi. Awak cuma akan menyayangi dia seorang sampai hari kiamat.

Eh panjangnya penghuraian, baiklah mari kita tengok ciri-ciri 10 Mr. Right untuk anda pertimbangkan. Aku ambil kat sini.

1. Your friends approve
Oke ciri yang ini agak penting, sebab kalau dia tak boleh bergaul dengan kawan-kawan kita susahlah kan. sebab nanti kalau kita bawak dia pergi majlis kat rumah kawan-kawan, dia jadi kera sumbang.

Kadang-kadang kawan-kawan kita ada instinct untuk tahu samada lelaki itu sesuai untuk kita atau tak. Contohnya masa aku ada kawan dengan lelaki ni, kawan baik aku, Efa cakap macam ada yang tak kena je dengan mamat ni, dia cakap dia tak berapa suka aku kawan dengan budak tu. At the end aku dapat tahu rupanya dia laki orang! Faham tak maksud aku peranan rakan ni macamana.

Tapi bila aku dengan Irwan, kebanyakan kawan-kawan aku mendoakan yang terbaik untuk kami dan mereka suka tengok kitaorang bersama :) ehe~

2. He gets along with your family
Pada aku ini ciri paling utama. Prinsip aku satu, kalau bakal suami aku tak boleh terima keluarga aku, maka tak mungkin aku berkahwin dengan dia.

Sebab tu, daripada dulu lagi bila aku serius dengan seseorang tu, aku akan bawak dia jumpa mak ayah aku, supaya dia dapat menilai keluarga aku macamana. Jadi kalau dia rasa tak serasi, rasa tak boleh masuk dengan family aku, boleh angkat kaki.

Dia nak kahwin dengan kita, mestilah dia kena kahwin dengan family jugak kan?

Irwan dapat sesuaikan diri dengan keluarga aku walaupun pada awalnya dia malu-malu dan rasa kekok. Hehe. Biasalah mula-mula jumpa keluarga mertua mesti nervous kan? ;)

3. He listens to you
Haa yang ni yang perempuan jangan salah anggap. Bukan maksudnya bakal suami anda asyik mendengar cakap anda je sampai hilang ego dia sebagai ketua keluarga.

Maksudnya lelaki ini tahu bertolak ansur dan boleh menerima pendapat anda. Bukannya kita asyik kena dengar cakap dia je. Mana boleh macam tu. Dalam hubungan suami-isteri harus ada toleransi dan komunikasi.

Tapi kan, aku rasa kadang-kadang aku macam jahat dan terlalu pentingkan diri je tau sebab aku selalu nak menang bila cakap dengan Irwan. Mesti nak dengar cakap aku je. Kesian kat Irwan. Dah memang perangai kita macam tu, susah jugak nak ubah.

 Tak baik betul perangai ni, harus dikikis untuk kesejahteraan perhubungan. Tapi sekarang perlahan-perlahan aku ubah sikit. Tolong jangan contohi saya, tak baik betul.huhu~



 4. You share the same values
Ye aku faham yang manusia ni berbeza-beza pemikiran dan caranya. Tapi bila dalam perhubungan, sekurang-kurangnya ada jugak nilai-nilai yang sama yang boleh dikongsi antara kamu berdua.

Takkan korang nak kawin dengan orang yang totally tak boleh masuk dengan diri korang kan? Tak banyak, mesti sikit bakal suami anda tu ada persamaan dengan anda kan.

Macam aku dengan Irwan, memang different. Dia orang sains, aku pulak orang seni. Aku suka benda-benda seni, tapi dia suka benda-benda teknikal. Tapi kami ada persamaan suka tengok bola (walaupun pasukan kami bermusuh), dan ada jugak cara Irwan yang aku setuju dan sebagainya. Contohnya macam cara membesarkan anak etc.

5. He's the type of person you would be friends with
Korang kan kalau cari boyfren atau bakal suami, mesti korang ada instinct sendiri kan yang orang tu sesuai ke tidak dengan korang. Contohnya lah, kalau korang tengok ada mamat nak mengorat kat FB, bila korang tengok profile pics dia, details dia, korang mesti dah boleh nilai samada korang suka ke tak nak kawan dengan orang macam tu. Kalau rasa tak suka, ignore je request dia.hahaha.

Macam aku dengan Irwan, kami berkenalan di Friendster :) Dia yang usha aku dulu.hik hik :P

6. You trust him
Ini paling penting dalam perhubungan, kalau korang rasa korang tak boleh menaruh kepercayaan pada bf/bakal suami korang, iaitu lebih mendengar cakap-cakap orang daripada mempercayai dia, eloklah tinggalkan dia segera. Tak guna korang bersama dia kalau korang sendiri asyik syak dan ragu-ragu pada dia.




Bukan bermakna tak boleh ambil kira pendapat orang lain, tapi kena berhati-hati. Kerana manusia jenis perosak rumahtangga orang makin banyak sekarang ni.

Hubungan aku dan Irwan tidak berjalan lancar di awal musim percintaan. Kerana parasit-parasit banyak disekeliling kami. Mujur Tuhan kuatkan hati aku menjadi hati besi. Kalau aku dengar cakap-cakap orang, alamatnya tak kawin lah aku dengan Irwan. Terima kasih Tuhan :)

7. He makes you feel special
Kalau boyfren korang jenis yang tak pedulikan korang apa yang korang rasa, rasanya dah tak perlu bersama lagi. 

Bagaimana dia membuat anda merasa istimewa, tak semestinya dia kena hantar bunga di pejabat anda, bukakkan pintu kereta anda, tarikkan kerusi di restoran, tak bukan macam tu.

Dia buat korang rasa istimewa tak semestinya dengan material, tetapi dengan perbuatan, perkataan dan body language contohnya.

Contohlah ada kawan boyfren korang tanya masa terserempak dengan anda dekat kedai makan, bila dia bertanyakan boyfren korang "Siapa kat sebelah tu, girlfren ke?", boyfren korang jawab "Tak, ini bakal isteri aku."

Hah! Mesti masa tu hidung terkembang-kembang kan, senyum pun sampai ke telinga kan :)

Apa yang Irwan buat aku rasa istimewa? hehe biar aku je tau :) Karang korang geli pulak kalau aku tulis :p ehehe

8. He talks about the future
Bahagian ini harus berjaga-jaga. kadang-kadang ada lelaki yang asyik mengelak je bila cakap pasal masa depan. Bila sebut pasal kawin, terus lidah terkelu. jadi wanita, apa lagi, cari spare-parts yang baru sebab kedudukan anda belum tentu terjamin okey.hehe.

Oh aku dengan Irwan memang sudah cakap pasal masa depan, nak kawin, nak ada anak masa mula-mula couple. gelojoh betul. haha.

9. You feel secure
Anda rasa selamat bukan sahaja kerana dia mempunyai kerjaya yang baik dan kewangan yang stabil, tetapi anda dapat merasakan yang dia mampu untuk melindungi anda jika ada apa-apa kejadian tak dijangka berlaku.

Wanita sekarang tak akan pilih lelaki yang tahu control macho je, tapi bila disuruh melindungi, terus cabut lari. Kalau boleh cari lelaki yang sanggup tahan keretapi yang hampir nak melanggar anda. Senang cakap, yang sanggup mati untuk anda. Tapi spesis macam ni agak hampir pupus jugak.

Aku pernah tanya soalan kat Irwan, "Agak-agak kalau tiba-tiba ada orang nak tumbuk you, you boleh bertumbuk jugak tak?"

Tahu Irwan jawab apa? "Ehh mestilah takkan i nak diam je, ada ke tanya soalan macam tu." Hahaha~

10. He loves you for you
Yes it is! Dia harus menerima kita seadanya. Segala keburukan dan kebaikan kita. Bukan dia mencintai kita sebab kita macam bekas teman wanita dia ke, atau sebab dia nak bentuk kita menjadi wanita idaman dia.

Mana perangai yang baik, boleh dikekalkan. Tapi mana yang buruk, harus diperbetulkan untuk kesejahteraan hubungan anda jugak :)


Fuhhh panjang gila berjela entri ni. Aku bukan membebel, tapi aku cuma nak kongsi je :) Aku pun tak banyak pengalaman lagi.hehe.

Wallahualam :)

Thursday, September 2, 2010

.Pengumuman Untuk Semua Rakan Blogger, Pembaca Setia, Stalker dan Rakan-rakan Lain.


Penting ni!

Kepada semua yang terbabit seperti di atas, diharapkan dapat  memberi alamat surat menyurat anda untuk tujuan pengeposan kad ehemmm! ;p Bukan kad raya tau!

Itu pun kalau sudi nak datang lah.

Kepada yang sudah bagi, thanks tau.

Terima kasih ;)


Oh ya, lupa. Boleh email kat gha_fz@yahoo.com atau pm je kat inbox fesbuk ya!

Terima kasih.

Monday, August 30, 2010

.Kepenatan Beli dan Blah.

Hujung minggu lalu adalah minggu yang sangat exhausted. Berkejaran masa aku ke sana ke sini menguruskan hal berkaitan hari ijab kabul aku.

Tapi seronok, sebab Irwan ada sama ;) Jadi benda yang payah pun terasa mudah je nak dilakukan kan.

Tiada istilah shopping raya kali ini, tapi ditukar ke hari membeli-belah untuk hari perkahwinan. Kalau ke Sogo jangan cakaplah, pelbagai ragam, pelbagai manusia dan pelbagai bau ada! Macam nak pengsan kau.

Tengah semua orang bersesak-sesak tu, ada jugak yang sibuk nak berposing ambil gambar konon-konon sibuk membeli handbag. Nak je aku sound OI KAKAK, BOLEH FAHAM TAK ORANG TENGAH RAMAI, JANGANLAH NAK BERPOSING SAKAN PULAK. DATANG HARI LAIN PLEASE! huh~

Mujur semua barang yang di list dapat beli. Bila lolos je ke jalan TAR, mak aih lagi tak boleh blah. Macam lautan manusia. Dengan dugaan cuaca yang panas terik sampai keluar peluh jantan aku. Lepas je dapat barang yang dikehendaki, kitaorang pun blah.

Padahal masa tu baru pukul12.00, tak boleh tahan woo panas. Terus je kitaorang proceed pergi menempah kad ijab kabul.

Malam sambung lagi beli barang, fuhh tak reti penat tu. Bila tengok poket pecah, ok baru insaf jom kita balik.


Ohhh tak sabarnya nak cuti raya minggu depan! Selamat berbuka kawan-kawan! ;)

Tuesday, August 10, 2010

.Langkah Pertama.


Langkah satu selesai, alhamdulillah.

Jenuh jugak nak habiskan kursus dua hari ni, maklum je lah penat kerja tak hilang lagi, tup tup kul8 pagi Sabtu dah kena ready untuk dengar ceramah alam perkahwinan. hehe.

Ada 12 slot semuanya. Cuma 2 slot je macam boring sikit penceramahnya. Yang lain semua BEST! Ketawa tak ingat sampai nak berguling-guling kau. Lagi-lagi bab munakahat kan.hehe. *GATAL sungguh.

Bila dapat je sijil, suka mak aih! Kalau tak liat je nak attend kursus ni. Asyik postponed je tarikhnya.

Yuran kursus RM 120. Kalau kat KL cuma RM80 tak silap. Johor mahal sikit sebab kursus 2 hari penuh. Kat KL 1 hari setengah je kalau tak silap.

Memang bagus kalau pergi kursus bersama bakal suami/isteri. Banyak ilmu boleh dapat. Aku rasa kan, macam aku dah tua je masa gi kursus ni. Sebab yang datang tu, muda-muda belaka.

Yang paling best. tak disangka, 'hadiah 'kahwin' pertama dah muncul.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tadaaaaa!

Tak sangka dapat cabutan bertuah! Tapi bukan aku dapat, Irwan yang bertuah!

Dalam 80 orang peserta, hanya 4 je yang bertuah tau.
Berbaloi-baloi pergi kursus 2 hari. Syukur alhamdulillah :)


Sesiapa yang berada di lingkungan daerah Johor Bahru, jika berminat boleh daftar di sini.
Tempat terhad, cepat jangan berlengah lagi!





ps: gambar kat sijil tu, bukan gambar sebenar. tadi bukak paint, syok pulak melukis tiba-tiba.hehe.

Friday, March 12, 2010

.The Engagement Story (Versi Ekslusif).

Hello semua. Sangat lama i tak update kan. Almost a week kan. It's been a month since i'm engaged last 13th February hari tu. So tomorrow genap sangat sebulan kami bertunang. I bawakkan cerita hari pertunangan versi penuh (ekslusif) untuk semua :)

Entri ini sangat dipenuhi dengan gambar-gambar. Sila nikmati/jamahi/hayati semua gambar dan cerita and whatsoever yang ada. *Photographer i pergi Thailand after majlis i, tu yang gambar lambat dapat tu.

Untuk mereka yang bakal bertunang, WAJIB untuk anda baca. hehe.
.

Percirian Majlis Pertunangan Najihah & Irwan:


.

Tarikh: 13 Februari 2010 (Sabtu)


Tempat: Kediaman pihak perempuan


Tema: Baby blue (pihak perempuan), Merah hati & pink (pihak lelaki)


.

Jurugambar: BakriHafizHisham
.


Pakaian: Milik sendiri pengantin perempuan & lelaki.


(Fabrics is French Lace for bride, for groom is Satin. All fabrics from Jakel)
.

Hantaran: 7 dulang (perempuan) berbalas 9 dulang (lelaki).


Semua hantaran adalah idea sendiri & buatan sendiri. Copyright registered.hehe.
.

Pelamin: Idea & Konsep daripada i sendiri.


Thanks to my beloved beloved sister, Betty yang sudi merealisasikan impian i sampai sanggup bersengkang mata untuk siapkan pelamin i :)


.

Solekan: Hasil tangan kakak saya dan saya sendiri.


(Menggunakan MAC, Giorgio Armani & Chanel)





Now we present you our story...(drumroll) jeng..jeng..jeng..






Semua tetamu baru sampai. I tengah kat bilik masa ni, tengah dup dap. Yang baju hijau tu, jurucakap bagi pihak lelaki kalau tak silap. Yang baju kuning tu, jurucakap bagi pihak perempuan (pakcik i).




Nampak tak muka si jantung hati yang sangat nervous. Semua orang nampak ekspresi muka dia masa ni, kecuali i sebab i dalam bilik. hehe.






Ok masa untuk keluar dari tempat persembunyian.hehe. Setelah i duduk di atas pelamin, si jantung hati pun memberikan sejambak bunga. Esoknya kan valentine. Tapi opss kitaorang tak sambut valentine ni. I suka sangat pink roses, sweet bau dia :)







Setelah sesi perbincangan selesai, maka tiba lah ke acara kemuncak, acara menyarungkan cincin oleh bakal ibu mertuaku. hehe~ Dup dap masih ada waktu ni, tapi harus control jelita opss!







Bakal ibu mertuaku menyerahkan 'duit tanda' kepada i. Kalau nak tahu, orang Johor (dan Melaka kalau i tak silap) ada duit tanda iaitu semasa hari pertunangan harus serahkan 1% daripada jumlah sebenar hantaran.


.
Contoh kalau hantaran orang tu RM10,000, kena lah bagi RM100 sebagai tanda. Tapi duit RM100 tu tidak ditolak dari jumlah hantaran tau. Jangan salah faham, so masa hari pernikahan pengantin lelaki masih perlu menghantar RM10,000 bukan RM9,900. Wahh panjang pulak i ceramah kan.




Ok next!





Acara menyarungkan cincin kepada pihak lelaki pulak. Atuk kesayangan i yang menyarungkan cincin. I rasa i nampak tangan Irwan menggigil sikit tau.



Bacaan doa oleh atuk i, semoga majlis berjalan lancar dan hubungan ini berkekalan hendaknya. Amin :)



Upacara bergambar setelah majlis tamat. I dengan Irwan bergambar dengan family sebelah i. All blue you!



My parents and his parents.





I dengan Irwan bersama semua family Irwan. All reds and pinks!



Kitaorang atas pelamin mini ni. hehe.






Harus ada gambar bersama adik-beradik i :)







Adik ipar dan abang ipar sama je gila-gilanya. hehe.





I sempat lagi buat tanduk. Irwan tak tau nih. hehe.


Look at our ring! :) Saja menayang cincin. gediks ahaks!





Ini dia Auntie jiha bersama anak-anak buah dia yang comelss semua.


Ops, ada lagi sorang takde yang paling kecil.




Semua ni cousin sepupu saudara i. Tak lama lagi ada lah yang menjangkit kot. ehehe.



Ini semua makcik-makcik i yang banyak sangat membantu sebelum dan semasa majlis. Thanks aunties!




.


Ok, mari ke bab hantaran pula.


.






Hantaran dari Pihak Perempuan



























.


.




Hantaran daripada Pihak Lelaki


































I bergambar bersama semua barang hantaran.





Ini semua rakan-rakan i yang paling best sudi datang majlis i.



(Dari kiri: Adik pipah, Ain yusop, Fathiyah,I, dan pipah)





Mereka semua my bestest buddies since primary school.



(Dari kanan: Adila, Ita, Fathiyah, Ain Yusop)





Ops! Ini bukan kekasih gelapku apatah lagi mantan kekasih. Ini ex-schoolmate i. Si Shahrir. Sungguh besar dia sekarang dan tough jugak,errr!

Kawan-kawan bergambar dengan i kat pelamin.

.


.



Sekarang kita ke acara bergambar outdoor pulak. Waktu ni matahari terpacak atas kepala kau! Tapi tahan jelah. Itu semua dah tak kisah, yang penting hati sedang berbunga-bunga. hehe.





Saje je posing gedik sambil diperhatikan si jantung hati. hehe.








Antara gambar yang i suka.



Tahu tak palang tu sangat panas. Macam nak melecur jari i.huhu.









I sangat suka gambar hitam putih! Classique dan classy! :)



Menahan kepanasan, ceh macam boleh daun kelapa sawit tu melindungi terik matahari.



Sedang berjalan menuju ke gerbang bahagia. Ehh apahal lah jiwang sangat ayat i ni. iskk.


I sangaaaaat suka gambar ni. Comelss! *Bila dah kecikkan resolution, macam tak berapa nampak muka kitaorang.





Bersama adik-beradik i.



Bersama rakan-rakan yang sporting mengharung panas mentari. You all rocks babe! Sayang korang! :)


.


.


Majlis sehari sudah tamat. Penat memanglah penat, tapi hati sangat gembira dan bahagia. Nak tahu berapa bajet tunang? *Sila e-mail saya secara peribadi kalau nak tips bagaimana nak menjadikan majlis tunang anda meriah tetapi dalam bajet! :P


.




Di sini, i dan Irwan nak ucapkan berbanyak jutaan terima kasih kepada semua ahli keluarga dan rakan-rakan yang sudi menghadiri majlis pertunangan kami yang serba kekurangan ini. Juga kepada kawan-kawan yang tak dapat datang tapi masih mengirimkan sms ucapan tahniah. Thanks buddies! Love you guys!


.




We really appreciate all of your presences, prays and wishes. Doakan hubungan kami kekal sehingga ke jinjang pelamin.


.




Cerita pertunangan kami berakhir di sini. InsyaAllah akan disusuli cerita seterusnya akan datang nanti :) Tungguuuuuuuuu!


.








Jumpa lagi! :)