Wednesday, June 9, 2010
.Jangan Kau Cabar.
I ♥ blog-walking, tapi aku bukan skodeng ataupun stalker.
Banyak blog yang aku tengok, mula luahkan rasa rimas, geram, jelak dengan stalker yang terlampau banyak dan menjadi semakin ganas sekarang ni.
Seseorang yang suka stalking tu, mesti akan cakap, "Kalau kau rimas, apesal nak cerita semua benda kat blog kau. Apesal nak tayang muka boipren atau bakal suami atau suami-sudah-sah kat blog kau? Alah kucing beranak pun nak bising kat blog. Boipren buat surprise pun nak tulis kat blog. Gedik, cari publisti murahan siot!" - antara kata-kata seorang stalker, mungkin.
Penulis blog sebenarnya punya hak nak tulis apa saja. Sebab blog tu blog dia kan. So kalau kamu seorang stalker yang tidak puas hati apa yang empunya blog tulis, apa lagi sila angkat kaki dan buang je link blog terbabit dari senarai favourite kamu. Jangan lah dok simpan lagi link tu, sebab kau akan bukak setiap hari dan kau akan bertambah sakit hati bila ada benda yang kau tak puas hati atau menyampah.
Kadang-kadang boleh dikategorikan seorang stalker ini orang yang psycho. Macam terlalu ganas je kan bunyinya, tapi realiti. Stalker yang baik adalah stalker yang cuma baca, diam, dan teruskan bacaan tanpa membuat serangan peribadi pada empunya blog sebab stalker jenis ini mempunyai akal untuk berfikir sebelum bertindak.
Stalker kurang baik? Selalunya akan mula sakit hati, dan membalas komentar dan akan membuat serangan kepada orang yang dia tidak puas hati samada di rangkaian sosial, rangkaian bualan dan blog-blog kawan yang terdekat. Diaorang takkan berhenti selagi diaorang tak puas hati. Ada je jalan dan idea kejahatan yang timbul dalam otak diaorang. Aku dah banyak sangat jumpa orang macam ni. Gila psycho siot orang macam ni.
Yang jadi masalah dan macam cibainya, kalau kau nak stalking orang, stalking jelah, tapi jangan nak over sampai nak marah-marah empunya blog yang kau sendiri kadang-kadang tak pernah jumpa face-to-face tu. Apatah lagi kau tak tahu peribadi dia macamana. Yang kau sibuk jaki dengan orang lain kenapa? Kau bagus sangat ke asyik nak kritik orang tak tentu pasal?
Aku tau aku ada stalker. Aku bukan artis popular ataupun gadis cantik yang suka merias kuku dan membuat pose comel, tapi ada jugak yang berkenan nak stalking aku. Pelik dowh.
Kawan-kawan aku pun banyak yang dah naik rimas dengan stalker psycho ni.
Macamana nak hentikan? Entahlah, doa jelah biar diaorang dapat hidayah.
Letih lah kalau nak fikir.
Baik aku fikir macamana nak lulus test Thai Language kejap lagi. Lagi bagus!
p/s: doakan aku kawan-kawan ;)
Tuesday, June 8, 2010
.Penangan Si Babi.
Aku dah pergi klinik dah, ubat semua dah telan, tapi masih tak sembuh. Muka aku kemerahan macam baru lepas berjemur kat pantai. Tekak jangan cerita, sakit habis. Memang mood untuk attend kenduri kahwin weekend lepas takde, tapi aku cuba jugak gelak-gelak sikit.
Berbalik pada tajuk, semalam after had some tears waktu mengucapkan selamat jalan dan have a safety journey back to MEL to my beloved sister, aku balik semula ke KL. Mak ayah dan adik-adik aku terus balik Johor sebab malam nanti diaorang nak pergi ke Terengganu. Maklumlah musim cuti sekolah dan msuim mencandat sotong kan. Sedih tak dapat ikut. sob.sob
Tau tak, bila dah sampai KL baru aku sedar aku tak bawak kunci rumah. Housemate aku pulak balik Ipoh. Takkan aku nak drive pergi Ipoh semata-mata nak ambil kunci rumah pulak kan? Tak larat weh. Nak tak nak terpaksalah panggil budak maintenance untuk pecahkan mangga dan tombol pintu rumah aku tu. Dah melayang duit akibat kebodohan sendiri.
Oke, berbalik kepada tajuk semula, dari tadi tak balik-balik ke tajuk kan. heee~ Ok sampai je kat ofis pagi tadi, aku dapat call dari mak aku.
Mak cakap diaorang accident on the way pergi Terengganu pukul 4 pagi tadi. Belum sampai Terengganu lagi, baru kat border Pahang dan Terengganu.
Nak tau accident dengan apa? dengan babi hutan!
Syukur alhamdulillah, semua selamat. Tapi kereta teruk habis! Mak cakap dah tak rupa kereta dah. Bumper pecah, radiator pecah, aircond bocor, automatic cooler pecah. Tah berapa ribu lah tu nak repair. Hancus.
Nasib baik bawak dua kereta (satu kereta adik aku yang drive), so boleh lah pergi workshop carik pomen. Ayah aku tak bawak laju pun, dalam 80kmj je. Adik aku yang drive belakang ayah aku cakap dia nampak babi hutan tu melambung tinggi, dan terpelanting ke tepi jalan. Berdarah-darah babi tu dan kojol akhirnya.
Aku tak dapat bayangkan kalau ayah aku bawak laju, alamatnya...mintak-simpang-malaikat-empat-puluh-empat.
Satu benda yang buat aku wonder, kuat betul badan babi tu? Padahal besar anjing je. Itulah penangan si babi, babi betul babi ni.
p/s: semoga mereka selamat di perjalanan. Amin. Amin.
Thursday, June 3, 2010
.Percaya.
"Setiap yang berlaku ada hikmahnya."
Aku selalu percaya, dan sedang percaya.
p/s: Will facing a big separation this Monday. Goodbye pumpkin!
Wednesday, June 2, 2010
.Break-Up.
.
It was a horrible night. It was a nightmare. I just cannot accept the things that happen. Ditinggalkannya aku cuma kerana bekas kekasih zaman persekolahannya? Cis. Perempuan itu, akan aku ingat nama nya sampai mati. Aku semat siap-siap dalam dada.
You tak ingat kah pada janji-janji you? Bila hubungan ni sudah sampai ke tahap serius, you buat i macam ni. Apa i nak cakap pada mak bapak i? Lagi berapa bulan je tinggal, sebelum kita kahwin kan. You tinggalkan i, i nak kahwin dengan sape? Sampai hati you!
Buat aku rasa paling bodoh bila dia suruh aku bersiap cantik-cantik, mahu bawa aku candle-light dinner katanya, aku dengan penuh keterujaan bersiap sepenuh hati. Sampai je di sebuah restoran terkemuka, dia perkenalkan perempuan itu pada aku.
"Kenalkan, bakal isteri i. Hubungan kita berakhir di sini."
Dengan penuh gentleman-nya di bagitau aku berita sedih tu. Takde rasa bersalah langsung. Perempuan tu pulak tersenyum, tergedik manja, tanda kemenangan. Sadis. Pathetic kan aku?
Tak cukup diseksanya aku dengan adegan mesra dia dan perempuan jahanam tu, di bawanya aku pergi menonton wayang. Cerita entah ke mana, aku entah ke mana. Aku menangis dalam hati, tak mampu keluar air mata aku. Mungkin aku masih tak dapat terima kenyataan.
Dia akhirnya hantar aku pulang. Aku menangis, semua air mata tumpah. Sampai bengkak mata aku sekarang ni.
Sampai hati. Bodoh punya jantan.
Sampai hati. Setan kau.
.
.
Handphone aku bunyi, mungkin ini mesej dari dia, mahu 'mengutip' aku barangkali?
.
Cehh, bunyi alarm la woiii. Bangun pergi kerja. Sekali rupanya mimpi daaaaa. Nasib baik, fuh! ;)
.
.
p/s: Orang cakap, mimpi tu terbalik kan ;) I sayang u tau.
Tuesday, June 1, 2010
.Pre-Honeymoon.
Tunggu, tunggu don't get me wrong, memang aku nak cerita about my pre-honeymoon, walaupun aku tak kahwin lagi, tapi bukanlah seperti yang anda bayangkan okey. Tiada langsung unsur SX atau PL. Ini untuk tontonan umum. Tiada kemungkaran berlaku.
Terlalu bosan meredah jammed di highway berdekatan Rawang akibat sebuah lori treler betul ke aku eja treler yang terbalik masuk longkang, padahal tak menganggu lalu-lintas pun. Rakyat Malaysia biasalah, sangat prihatin untuk melihat kemalangan. Ehh tetiba je membebel kat sini.
Sampai je KL, rasa penat sangat. Dan harus tidur sebab esoknya nak balik kampung pulak. Mak aku suruh balik, attend majlis kahwin my best friend dari sekolah tadika.
















