Wednesday, July 6, 2011
.Jangan Sentuh! Itu Privasi!
Monday, May 16, 2011
.Untuk Mereka Yang Aku Panggil Guru.
Ehem..lama tak menulis. Minta maaf, keadaan kurang mengizinkan. Lagipun cuaca tak begitu baik, dan penyakit datang bertimpa-timpa, jadi bila tengok blog pun rasa macam mual nak update T_T
Hari ini 16 Mei. Semua orang tahu hari ini Hari Guru Satu Malaysia.
Jadi, dengar besar hatinya aku nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru di Malaysia teristimewa buat dua orang cikgu ini yang 25 tahun bersama aku, Cikgu Abas dan Cikgu Latifah :)
Tema hari guru tahun ni adalah "Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara."
Nak tau asal usul perkataan guru? Nah, tengok sini.
Sememangnya guru atau cikgu insan yang istimewa sebab setiap tahun ada hari khas bagi meraikan mereka. Mana ada Hari Jurutera, Hari Doktor (kecuali Hari Jururawat, Hari Polis ada lah), Hari CEO kan. Walaupun jawatan guru tu tak segah mana, gaji tak sebesar mana, tapi jasa yang dicurahkan (bagi cikgu-cikgu yang betul-betul ikhlas mendidiklah) memang sangat besar dan tiada balasannya. Cuma Allah yang balas jasa guru-guru terbaik ini.
Tak kiralah anda cikgu tadika ke, cikgu sekolah rendah ke, cikgu sekolah menengah ke, cikgu sekolah pondok ke, anda tetap mulia kerana dengan hasil titik peluh dan tunjuk anda hari ini lah, maka lahirlah banyak insan-insan cemerlang yang dapat memacu pembangunan negara.
Banyak cerita hari guru yang aku nak kongsi. Kalau sambutan hari guru kat sekolah tadika dengan sekolah rendah aku dah tak berapa ingat, maklumlah urat dah banyak putus, memori pun lemah -_-
Tapi kalau di sekolah menengah banyak ceritanya. Memandangkan aku berekolah asrama daripada Tingkatan 1 sampailah 5, jadi bila sambutan hari guru menjelang je, pasti banyak kerja gotong-royong dilakukan bagi menyambut hari guru.
Semua pelajar dalam tingkatan masing-masing diberi tugas untuk menjayakan hari guru. Ada terlibat bagi acara persembahan, menghias dewan, acara permainan, jamuan, bahagian pengurusan hadiah dan acara-acara lain yang perlu. Yang aku ingat, setiap kelas selalunya akan kutip duit untuk bagi hadiah yang istimewa pada guru kelas terutamanya dan perlu juga membuat sumbangan untuk membeli hadiah kepada guru besar tercinta :D
Yang paling aku ingat masa tingkatan 5, kelas aku bercadang nak bagi hadiah pada semua guru-guru yang mengajar kami. Maklumlah, lepas tu dah tamat sekolah, dah tak jumpa cikgu-cikgu kan, jadi kena lah bagi hadiah sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan.
Jadi sebagai seorang yang kreatif, aku telah ditugaskan untuk bahagian itu, jadi dah kalau aku bertugas bahagian tu, haruslah aku heret kawan sehidup-semati sekali kan untuk menguruskan hal tu. Oleh sebab kitaorang budak-budak lagi, mana ada duit banyak kan, jadi hadiah yang murah dan meninggalkan impak ada sebuah lampu suluh pelita (ada orang panggil lampu ayam) yang berwarna metalik dan berwarna warni, aku jumpa kat kedai 2ringgit kat bandar Segamat,
Lampu tu boleh taruk bateri, lepas tu bila tekan suis 'on', maka akan menyalalah mentolnya. Kitaorang ikat reben, dan tulis kad ucapan dan selitkan kat lampu tu. Murah tapi bermakna :)
Kalau nak cerita kenangan hari guru, sampai esok tak habis. Tapi paling aku tunggu-tunggu adalah persembahan dan nyanyian lagu hari guru. Masa tu rasa bersemangat habislah! he he.
Oleh itu, di kesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada:
- Cikgu tadika aku - Cikgu Tusiah & Cikgu Midah (Ingat lagi kenangan pergi beraya rumah cikgu Tusiah naik bas.)
- Cikgu-cikgu sekolah rendah aku, SK Pintas Puding - Cikgu Normah Borni, Cikgu Zaim, Cikgu Aishah, Cikgu Fadilahm Cikgu Norhayati, Cikgu nasyid kita Cikgu Ra'mah dan cikgu-cikgu lain yang banyak sangat nama aku nak sebut.
- Cikgu-cikgu sekolah menengah, SMK Agama Segamat - Ustazah Che' ku Fathiah, Ustazah Norsalina, Ustazah Saerah, Ustazah Sarmi, Ustaz Nordin, Ustazah Rogayah Sipan dan ramai lagi, oh tak lupa kepada bekas pengetua kesayangan, Ustaz Kamal hassan. HE HE :D
- Pensyarah-pensyarah UTM KL, UTM JB
Aku tinggalkan korang dengan puisi "GURU OH GURU" oleh Usman Awang.
"Berburu ke Padang Datar
dapat rusa belang kaki
berguru kepalang ajar
ibarat bunga kembang tak jadi
Jika hari ini
Seorang perdana menteri berkuasa
Jika hari ini
Seorang raja menaiki takhta
Jika hari ini
Seorang Ulama' yang mulia
Jika hari ini
Seorang peguam menang bicara
Jika hari ini
Seorang penulis terkemuka
Jika hari ini
Siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
dengan lembut sabarnya
mengajar tulis baca."
Nak balik dah, nak kejar Nora Elena. Bye! ;)
Monday, January 4, 2010
.Mengisi Waktu Senggang di Hari Ahad.
Saturday, August 1, 2009
.Orang Lain Bercinta, Kau Pun Sibuk Nak Bercinta.
Kalau kita cakap pasal CINTA, berapa ramai yang akan bunga-bunga hatinya? Berapa ramai yang akan manis-manis senyumnya? Berapa ramai yang kembang-kembang hidungnya?
Tapi berapa ramai pulak yang bengkak-bengkak matanya? Berapa ramai pulak yang birat-birat hatinya? Berapa ramai pulak yang herot-herot senyumnya.
Semua pasal CINTA.
Yakin ke yang kita semua tahu pasal CINTA? Faham makna CINTA? Tahu apa itu CINTA? Ah, mungkin aku terlalu muda mahu kupas persoalan ini. Terlalu mentah mahu bersoal-jawab tentang bab hati ini. Terlalu naif untuk fahami selok-belok hubungan hati.
Dulu masa zaman aku sekolah pakai uniform baju kurung hijau muda, kain hijau gelap, dengan tudung labuh paras pinggan warna serona dengan baju, selalu terdengar ada satu lagu nasyid pasal 'Cinta 5 Perkara' - Cinta Kepada Allah, Cinta Kepada Rasul, Cinta Kepada Ibu Bapa, Cinta Kepada Ummah, Cinta Kepada Kecemerlangan.
Aku bukan ustazah muda yang mahu kupas pasal cinta kepada Allah atau Rasul, aku juga bukan contoh anak mithali mahu cerita pasal cinta kepada ibu bapa, juga aku bukan pemimpin berjiwa kental mahu bercakap cinta pada ummah. Aku bukan juga pakar motivasi pelajaran mahu bersyarah pasal cinta kepada kecemerlangan.
Aku cuma manusia biasa, seorang perempuan yang baru sahaja bernafas selama 8395 hari di atas bumi tumpangan ini, yang dikurniakan satu ketul darah yang menghimpun pelbagai rempah perasaan, yang punya naluri mahu di cinta dan mencinta. Aku perempuan normal, yang ada rasa cinta pada kaum berlawan ion badannya.
Seorang kawan aku berlawanan jantina pernah tanya aku semasa aku berkonversasi bersamanya di laman sembang.
"Kamu pernah jatuh cinta?"
Aku rasa sangat beruntung dia tanya soalan macam tu. Bukan semua orang sesuai mahu ditanyakan soalan begitu tahu. Aku jawab ringkas, "Pernah."
Mahu tahu bila sebenarnya aku kenal cinta? Secara perinci nya aku tidak pasti, tapi aku mula mengenal hubungan antara jantina yang kontra ini sejak umur 6 tahun kalau aku tidak silap. Waktu itu hari Konvokesyen Tadika aku, buat dekat sebuah dewan dan menghimpunkan tadika-tadika yang ada di kawasan tempat tinggal aku. Masa tu, aku dipilih jadi pelajar cemerlang mewakili tadika aku. Lepas turun saja dari tangga, dengan skrol sijil beserta sebuah piala setinggi dua jengkal, aku terus dapatkan mak ayah aku.
Serta-merta, aku ditarik, suruh bergambar dengan seseorang yang juga pakai mortar board yang sama macam aku, dan menerima piala yang sama macam aku. Tahulah aku, pelajar cemerlang juga. Tapi dia lelaki! Aku kenalkah? Rasanya aku tak pernah tengok dia kat tadika aku. Rupanya, anak rakan sejawatan mak ayah aku. Ini mesti kes nak kenen-kenen. Ah, apa saja yang aku tahu masa umur sebegitu. Cuma berdiri tegak, klik. Dua keping gambar di ambil.
Aku ingat lagi muka aku waktu tu. Muka kayu betul. Kening sedikit kerut. Mata tidak fokus pada kamera. Gambar secara paksalah katakan. Sampai aku sekolah menengah, cerita aku bergambar bersama si dotdot itu diperkatakan. Tahu siapa budak lelaki itu? Aku satu kelas dengan dia masa sekolah rendah, dan sampai sekarang jadi kawan aku, cuma dah lama tak jumpa. Nombor telefon pun aku takde. Aku harap-harap dia tak ingat lah yang dia pernah bergambar dengan aku. Jangan tanya aku mana gambar tu. Dah hancur kena makan anai-anai agaknya.
:

ku jatuh, bersama-sama kamu.
*Sila jangan terpengaruh dengan paparan gambar oke :P
:
Kawan aku tanya lagi,
"Dari sudut seorang wanita, apa yang menyebabkan dia jatuh cinta dengan seorang lelaki?"
Gulp! Telan air liur aku sekejap. Killer question nih! Macam jawab soalan esei Bahasa Melayu pulak. Berapa patah perkataan kena jawab ni. Ha? Korang yang sama jantina macam aku, apa jawapan bernas korang?
Kalau mengikut rasa aku yang pernah dan masih bercinta ini, aku pastinya jatuh cinta pada seseorang lelaki itu kerana kualiti yang ada pada dirinya. Kualiti pada aku, bukannya dia ada muka yang sangat mulus macam Hyung Bin, atau duit berkepok-kepok macam jutawan Internet atau mempunyai kemaskulinan tahap delta.
Kualiti pada aku adalah cara dia membawa akal fikiran dia berfikir, cara dia mendekati aku, cara dia bercakap dan berhujah, seorang yang protektif dan menunjukkan diri dia sebagai seorang lelaki (bukan sekadar boleh bagi zuriat tahu).
Aku pecahkan rahsia, aku cukup mudah jatuh cinta pada lelaki yang aku boleh berlawan untuk berhujah. Bukan berhujah merapu tak tentu pasal, cakap guna bahasa-bahasa entahapaapaentah tetapi lelaki yang boleh aku ceritakan semua perkara daripada perihal Paris Hilton sampailah kepada berapa harga satu bateri kereta bagi sebuah Proton Wira! Yang ada isi dalam kepala dia. Yang tidak bimbo. Yang cakap guna kepala otak.
Ini cuma personal preferences aku lah. Mungkin kamu-kamu wahai sahabat sama jantina aku mempunyai pandangan berbeza daripada aku, kan??
:
Soalan seterusnya,
"Apa Ciri-ciri Lelaki Idaman Seorang Wanita?"
Sumpah aku sebolehnya mahu elak soalan ini. Daripada dulu lagi, aku takde ciri-ciri spesifik. Pada aku, siapa yang datang pada aku tu, yang boleh ngam layan kepala, layan perangai aku ni, terima aku seadanya, haa tu kira jejaka idaman lah tu. boleh gitu?
Hah korang, apa ciri-ciri lelaki/perempuan idaman korang?
(yang lelaki, sila jangan cakap anda mahu ciri-ciri macam Megan Fox ke Angelina Jolie ke, aku bantai kang)
Aku nak sambung lagi entri ni. Tapi mood jiwang tak datang sangat.
Sibuk ajelah ngantuk ni. Nanti lah aku taip lagi.
ps: sekarang aku mau packing barang. Esok sampai ahad aku takde. Sibuk dating. Ops!! :D
Tuesday, July 28, 2009
.Saya Cakap Pasal saya-lah.
ahaks! (gelak mesti gedik capslock dulu)
Okey oke, kan saya ni penganggur kan. (tetiba je nak guna saya)
So bila dah takde keje, amat lah rajin nak buat segala macam kuiz mahupun tag.
:
Syarat-syarat :
Jawablah soklan dibawah sesuka hati anda.
Dah jawab, tag lagi orang yea.
1. Apakah yang anda sedang lakukan 30 minit yang lalu?
- Bersama tetikus, mengklik laman-laman yang sudah hampir jemu aku lihat.
2. 2 jam yang lalu?
- Baru terhegeh-hegeh nak mandi :)
3. Minggu lepas?
- Masih bertafakur di rumah sambil melakukan training hoki secara tidak tauliah.
Hectic sungguh!
4. Tiga lagu yang boleh anda dengar berulang-ulang kali?
i) Sempurna - Andra & The Backbone
ii) That's When I Love You - Aslyn
iii) You're Not Alone - MJ
5. 3 binatang yang anda tak suka?
i) Monyet - Please lah, dah penat aku berperang tau. Okey, aku angkat dua tangan sekarang!!
ii) Tikus - Ini lagi satu yang menguji kesabaran aku. T_T
iii) Nyamuk - Oh! Sila buat sendiri boleh tak?
6. 5 fakta tentang anda?
i) hampir pasti tidak akan menggunakan akal di kala waktu Shopping~ what i see is what i bought.. jangan harap saya akan tawaf survey satu bangunan itu dan kembali hanya untuk mendapatkan sehelai baju!
ii) seorang yg teliti, perfectionist dan hygenic~
iii) pasti memerlukan tangan seseorang untuk melintas jalan.
iv) elergi pada figura atau corak berbentuk bulat-bulat..biar saya perincikan: corak bulat2 yang rapat macam kat telur katak, biji terung dan sebagainya...sungguh..rasa merayap kat 1 badan..eiii~
v) 100% perempuan, belum diijabkabulkan, dan masih di bawah jagaan ibu bapa.
7. Tahun depan mungkin anda?
- Menjadi wedding planner paling sibuk kat Malaysia (perasan betul) :)
- Dapat "new baby"? (sila jangan bermimpi lebih-lebih)
8. Saya tak reti sangat…
- menghuru-harakan hidup orang. Bukan kepakaran saya.
- terlalu bersopan-santun macam perempuan Melayu yang dua ratus peratus.
- menampar lalat.
- buat kek lapis Sarawak.
- bawak kereta manual. GAGAL!
9. Saya pandai …
- tidur tanpa henti selama 24 jam
- main futsal, bola padang, pool, badminton, hoki, baseball, bola keranjang, chess dan dam ular.
- melaburkan duit-duit saya secara tidak berhemah.
- bawa kereta melebihi had laju secara melampau.
- hormat orang tua.
10. Kawan saya…
- sangat fabulos, gorgeous, wonderful. Siapa kawan saya, diaorang faham sendiri lah.
11. Saya ada…
- sepuluh ringgit enam puluh lima sen dalam akaun bank. T_T (sangat bankrap)
- seekor tenggiling yang sangat chomel.
- seorang rakan kongsi jiwa.
- dua orang penyuntik semangat.
- tiga orang askar baris hadapan.
- koleksi rakan-rakan yang tidak ternilai.
12. Saya seorang…
- yang gilakan kasut tumit tinggi, handbag dan photography.
- yang tidak ada album nyanyiannya sendiri.
- yang tidak pandai berjimat-cermat.
13. Adik saya…
- seperti yang ada di side bar sebelah. Itu rakan-rakan untuk ber'wrestling'.
14. Saya tak pernah bosan dengan (senaraikan 3)…
- puding jagung.
- kamera dan foto
- teh o suam
15. Bilakah pertama kali bercinta?
- tahun dua ribu empat. Umur mangsa pada ketika itu baru lapan belas tahun.
16. Perkara yang selalu orang tak percaya tentang anda?
- saya tiada pertalian darah langsung dengan Yuna.
(sila jangan menangis lihat statement ini :P)
- "Eh, kamu bukan anak bongsu ya?"
17. Saya rindu…
- The Husband.
- zaman menekan kalkulator.
- zaman baring melentang depan KLCC bersama rakan-rakan menembak saya.
18. Saya tak sabar…
- mahu beli tenggiling baru.
- mahu ke Jakarta akhir tahun ini.
- apabila lihat orang bawak kereta yang syok sendiri. (ini hilang sabar kan?)
19. 5 laman yang anda slalu layari?
- Belog
- Yahoo!
- Laman web rasmi UTM
20. Anda mahu tag?
Kawan-kawan saya yang saya suka membuli mereka. keh keh.
- Elsa Soraya
- Syed Azman
- Sham
- Kemma
- Atie
- Azri Azlan
- Farayha
- Azrn
- Ayenxz
sila tambahkan kerja anda ya :) Mucho Gracias! Luv ya~
Monday, July 27, 2009
.Belasungkawa: Yasmin Ahmad.
Sebutir permata hilang.

Seorang Intelligent Film Maker telah pergi.
Bukan pergi mencari ilham, bukan pergi menembak karya,
Tapi pergi menemui Yang Maha Pencipta.
Aku tahu berita semasa tengah menggosok baju sebelum pergi berjumpa The Husband semalam. Terasa macam kena kejutan elektrik.
Ah, Yasmin Ahmad.
Siapa sangat yang peduli pasal beliau?
Berapa ramai yang skeptikal, pandang sebelah mata karya beliau?
Berapa ramai yang mulut cakap itu cakap ini tentang siapa beliau sebenarnya?
Berapa ramai yang persoalkan, apa hebatnya beliau dalam gelanggang perfileman?
Rasanya baru sahaja aku menonton naskhah terakhir beliau yang legal dipertontonkan di Malaysia, TALENTIME. Dan aku juga pengikut setia filem beliau yang lain - Sepet, Gubra, Mukhsin. Cuma karya Rabun tidak berpeluang aku tonton. Dan aku amat menunggu bilakah kerajaan akan meluluskan tayangan bagi Muallaf? Mungkin lepas Yasmin tiada ni, baru akan ditayangkan agaknya.
Tidak kiralah samada di layar lebar, mahupun versi download ehsan aku ambil dari kawan-kawan atau sekadar VCD murahan yang diplagiat yang banyak dijual di pasar-pasar malam, sedaya upaya akan aku tonton karya beliau. Hatta di ulang tayang di Astro pada musim perayaan sekalipun, masih aku tak jemu. Dan setiap plot yang berjalan, pasti segar, pasti beri impak pada perasaan aku.

Apa dosa filem ini?
Dan bukan sahaja naskhah filem beliau yang menjadi ingatan, koleksi iklan-iklan komersial beliau juga turut beri impak yang besar dalam hidup kita. Tak pernah saksikan karya beliau? Maka amat rugi lah kamu sebagai seorang Malaysian, lebih lagi berbangsa Melayu.
Yasmin bukan sahaja beri kita skrip, tapi beliau bagi kita cinta, bagi kita kesedihan, bagi kita keinsafan, bagi kita moral, bagi kita KEHIDUPAN.
Aku tahu, ramai yang menguap, ramai yang tutup mata separuh, ramai yang penuh tanda soal di kepala sewaktu atau selepas tonton filem-filem beliau. Aku akui, bukan semua orang mampu tonton apa yang beliau persembahkan. Aku sebagai seorang yang ada sedikit seni di jiwa, pasti akan merasa apa yang beliau cuba sampaikan itu, sangat dekat dengan apa yang ada di sekeliling aku. Kalau mata menjadi bengkak, itu perkara biasa.
Kalau mahu tonton filem Yasmin, tak boleh cuma tonton dengan dua biji mata. Tapi pastikan kamu tonton dengan hati yang sudah dibuka luas. Dengan pemikiran yang bebas dari jajahan bahawa filem Melayu itu cuma picisan.
Ya, beliau sering hidangkan kita dengan skrip, jalan cerita yang ampuh. Kerana apa yang beliau ceritakan, datang dari hati, datang dari pemikiran, datang dari pengalaman beliau yang unik, yang kadang-kadang kita-kita tiada benda itu.
Kalau siapa kata orang industri seni itu cuma reti bikin filem merapu, filem syok sendiri, filem tiada ilmiah, kamu silap.
Berapa ramai yang tahu Yasmin memiliki Ijazah Psikologi dari Universiti Newcastle? Tidak perlu beliau menguar-uarkan yang beliau memiliki Ijazah untuk dipandang tinggi, untuk dipandang brilliant. Beliau berkarya bukan atas ukuran wang ringgit, tidak juga mengendahkan adakah filem beliau akan cecah tahap pecah panggung setiap kali waktu tayangan atau berapa banyak koleksi anugerah bakal digondol setiap kali majlis anugerah berlangsung. Kalau namanya Yasmin Ahmad, beliau berkarya atas dasar prinsip beliau. Peduli apa kalau mulut-mulut jahat yang tidak berseni mahu mengata, biarkan.
Sekarang kamu tahu kan berapa sangatlah nilai ijazah kita kalau mahu dibanding dengan apa yang mampu kita sumbangkan, apa yang mampu kita persembahkan untuk mendidik jiwa bangsa dengan jalan yang tersendiri?
Hakikatnya, yang hidup pasti akan pergi. Walau jasad Yasmin tiada lagi, namun hikayat yang beliau tinggalkan akan terus mekar, kekal segar dalam arkib minda kita.
Kalau Amerika sangat berbangga mereka ada Raja Pop Dunia, Michael Jackson.
Malaysia juga sangat berbangga kita ada seorang nasionalis, story teller, film maker, moralis, aktivis seni yang terunggul,
Yasmin Ahmad.
Satu dan tiada ganti. Tiada.
Bersemadi lah Yasmin, dengan tenang. Al-fatihah.
.
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari
kau pergi.. pergi..
sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia
+Aizat - Pergi (OST Talentime)
.
.
ps: Kalau lepas ni, baru sibuk nak bagi gelaran Tan Sri Dr, sudah tak bergunalah. Tu lah orang Malaysia, bila dah tak ada baru sibuk nak menghargai. Masa ada, nak pandang sebelah mata pun tidak mahu. Dunia, dunia.
Wednesday, July 22, 2009
.Kenapa Kita-kita Tulis Belog?.
Kawan-kawan aku (yang tiada blog) ramai tanya aku,
"Kenapa ko blogging?"
Kadang-kadang diaorang tanya,
"Untuk apa orang-orang tulis blog?"
Secara pasifik eh bukan, secara sepesifik, aku pun tak tau jawapan apa maha terbaik boleh aku bagi. Takkan aku nak bagi jawapan klise:
"Sebab boring, sebab tulah tulis blog."
Aku tak suka benda-benda klise oke. Sebagai penghargaan pada mereka-mereka yang mengutarakan soalan, aku jawab dengan selambanya:
"Entah, sebab rasa nak ber'blog' lah."
Diaorang mesti rasa nak tampar je aku bila aku jawab camtu. ha ha. Okey, bagi memuaskan lagi hati diaorang yang panas, aku pun menjawab:
"Sebab dengan ber'blog' kau boleh share semua cerita yang kau ada, tak kira lah cerita berapa ringgit kau beli seluar dalam kau, cerita masa kaki sebelah kiri kau terjatuh dalam longkang, ataupun apa-apa sajalah yang kau boleh respon pada sekeliling contohnya macam kau terserempak dengan Timbalan Menteri yang makan kat Pelita Nasi Kandar berhampiran KLCC yang kau tak mampu ingat namanya."
Hah..panjang sikit jawapan aku. Harap-harap puaskan hati diaorang. Isi utama adalah, sharing. Perkongsian. Kita kongsi perasaan, akal fikiran dan idea-idea (kalau ada) dengan orang-orang sekeliling.
Macam aku, banyak yang aku kongsi. Dan aku tahu, ramai pembaca mode silent dalam blog aku ni. Sebab tau-tau aje, nanti diaorang bagi respon (samada di ym atau sms).
"Eh gha, bila gha pergi tempat tu? Best tak?"
"Eh gha, aku suka baca lovestory ko. Tersengih-sengih aku sorang-sorang, macam love story aku je.hehe"
"Eh gha, adik-adik lelaki gha handsome lah." (merujuk gambar di paparan side tepi) <-- tolonglah jangan diaorang baca blog aku.
Itu antara respon-responnya. Banyak lagi respon yang kadang-kadang masuk akal, kadang-kadang luar kawalan.
The Husband cakap kat aku:
"I tak kisah you nak blogging, i faham you 1 hari tak blogging boleh menggigil. I tau itu dunia you lagi satu, i takkan campur dunia maya you. Selagi tak melanggar etika-etika sebagai seorang The Wife, then it's ok. If ada yang i kena tegur, i akan tegur. I faham your interests dear. "
Thanks God! Bf aku masuk dalam kategori celik IT dan faham apa keperluan hidupan (yelah tu) dan yang menjadi kegilaan pada masa kini. Thanks sayang!
Mak kandung aku pernah sound aku:
"Kurangkanlah blog-blog ni. Semua nak cerita dengan orang termasuklah yang rahsia-rahsia. Nanti hidup terancam tau. Tak de privasi nanti."
Kadang-kadang aku fikir betul jugak. Semua benda nak bagitau orang kan. Tapi boleh kata secara total, apa yang ditulis itu benar. Melainkan ada maklumat yang terpaksa dimanipulasi bagi menjaga keselamatan sejagat.
Kadang-kadang je kita tidak jujur dalam blog. Betul kan? Tengoklah, blog kau berorientasikan apa. Eh, ada lagi yang tanya.
"Apa fungsi blog?"
Aku bagi je jawapan camni.
"Blog ni trend weh. Semua orang ada blog sekarang ni. Penjual rempeyek pun ada blog sekarang ni weh. Itulah fungsi blog. Medium memasarkan produk dan memasarkan diri."
Puas hati? Korang ber'blog' kenapa pulak?
Thursday, July 9, 2009
.Dengan Rasminya Saya Bukan Lagi Student UTM.
hip hip hooooreeeeeeeeeeyyyyyyyyyyy!
mari melompat bintang! (saja nak over excited)

muka senyum buatan tak boleh blah (rasa gembira) bila ingin menamatkan zaman perjuangan bermatian di UTM hari ini sambil gambar diambil oleh kekasih hati yang melayan saje karenah perempuan sorang yang tah pape tah ni (panjang sungguh quotes gambar nih :P)
Thesis sudah aku hantar tadi. yah!
Tinggal nak hantar 1 copy esok untuk penyelia.
Aku rasa dia tak mau kot simpan thesis aku. ha ha.

ha ini lah dia projek penyelidikan yang memang acap kali membuat aku rasa ingin vomit apabila sebut saja nama projek ni. sumpah!
Ni warna thesis fakulti aku, kaler Merun (macam ejaan di Kedai Binding Lily). Aku terlebih contrast ni. eheh.
effort yang aku letakkan tidaklah banyak mana, tapi sekurang-kurangnya aku telah berusaha seboleh mungkin. Dapat lah rasa tak cukup tidur. Dapatlah rasa urat-urat otak terkehel. Dapatlah rasa hati menyumpah-nyumpah hampir tidak ikhlas siapkan psm. ha ha~
satu perbualan bersama teman.
Aku: "Banyak songeh betul psm ni, kadang-kadang rasa tak ikhlas nak buat kan"
Teman: "Ada ke orang ikhlas buat PSM?" - sambil dia tergelak.
- kah kah kah, betul jugak, aku fikir. Teman lagi satu pun setuju.
.
.
Semua sudah selesai. Aku kini bukan lagi pelajar UTM :) (rasa bangga, dan tapi sebak sedikit)
Thanks kawan-kawan yang selalu buat aku bersemangat, korang memang rock!!!! ^.^
Aku teruja nih.
Mau tempuh "ALAM BARU" (word yang ex-lecturer aku cakap)
Nak jugak rasa duit kaler purple tebal dalam wallet.
Mungkin tambahkan lagi 'kad gores' untuk pertingkatkan prestasi seorang kaki shopping?
Kawan-kawan yang bakal hadap benda alah PSM ni, good luckkk! :)
(esp: amy, soraya, fairuz)
Ready lah stok red bull 2-3 kotak ke. Dan tinggalkan lah Megan Fox mahupun "Chuck Bass" itu seketika. Tapi kalau nak buat terapi sekali sekala ok :)
Selamat Tinggal UTM!! ^.^
Thursday, July 2, 2009
.Tragedi Bilik Asrama UTM: Melawat Tapak Crime Scene.

Hari yang tidak hektik, tapi meletihkan.
Tengok saja muka tidak terurus aku ni,
tapi masih lagi boleh telan pizza.
.
.
Ah, sia-sia je aku konon-konon rahsiakan kes apa yang berlaku pada entri sebelum ni. Bukan apa, sebab aku rasa kes ini kes terlindung, tidak elok dikecohkan selagi tiada kesahihan.
Dan hari ini (merujuk 1 Julai), Nahhhh! Sudah membuak di dada akhbar. Dengan highlight di muka depan SISWI MATI BERSALIN dan dengan header yang bapak besar di muka 9. TRAGEDI DI BILIK ASRAMA UTM. Hahhhh! Rasa macam nak bagi malu nama universiti je. Sebelum ini, kalau ada kes kat universiti lain, "universiti di Pantai Timur" atau "pusat pengajian tinggi di Lembah Kelang". Bila kat UTM je, direct dan bold.
Aku tau berita ni dah masuk paper pun after dapat SMS daripada Sue. Bertanyakan kesahihan hal ini. Juga malam sebelum itu, dapat SMS daripada Amy juga. Tapi masa itu, aku tak pasti keadaan ini lagi. Aku teringatkan Sue, yang memang dah nak daftar, sebab dia mintak tolong cekkan nombor bilik dia dan lia dan rakan-rakan dia yang lain. Ah, nak bagitau ke tak ni. Takut Sue tukar fikiran pulak nanti. haih.
Aku kasitau ayah, mak, along dan Irwan. SMS yang di forward kan: "Beli paper Metro, Kes budak UTM mati, page 9." Dan telefon aku mula dihujani panggilan, macam aku jurucakap kes terbabit. *Biasalah nak tunjukkan mood kecoh dan gempak. haha. Dan ayat mak aku ini, aku ingat dan tidak akan terhakis daripada akal aku.
"Sebab tu mak suruh jaga diri baik-baik. Selisih jadi perkara-perkara macam ni."
- nampak tak kerisauan seorang ibu pada paras 300%?
Di sini, lain pula ceritanya. Aku dan rakan-rakan yang sudah tahu berita cemas mula memikirkan segala kemungkinan, segala kebarangkalian, segala teori dan segala macam kesimpulan - kalah CSI yang korang tengok kat AXN tu!
Dari semalam(30 Jun) lagi, perbincangan mula hangat. Pada siapa yang tidak tahu, memang mungkin tidaklah rasa efeknya sangat. Mujur versi-versi cerita, tidak banyak lari plotnya. Isk, sudahlah. Jangan cerita orang yang sudah tiada.
Pagi tadi, Kasma baru sampai untuk daftar Post-Graduate. Aku, Aya dan Ain yang terpisat-pisat bangun daripada tidur ayam-ayam yang dibuat, lagi sekali bentang tikar, duduk berdiskusi pasal kes ini. Aku cakap kat Kasma: "Jom, nak tengok tak tapak crime scene?." Kasma pandang aku, angkat-angkat kening. Aku toleh balik. Setuju lah tu. Ok jom!! Dengan rambut kusut-masai, dengan aura tidak mandi pagi lagi. haha.
Jeng..jeng..jeng..
Aku nampak, kat foyer TV yang aku selalu tonton slot Akasia, dengan kat ampai baju di Laman U, di rentaskan tali merah-putih, tanda "Sila Jangan Cross" - Tanda tapak Crime Scene-lah. Aku dengan Kasma bertapak, perlahan-lahan, satu-satu, lalu pada lorong bilik terbabit. Suasana pagi agak suram masa tu, macam saja nak tambah efek CSI. huhu. Kasma membontoti aku, aku pulak lagaknya macam Alex dalam CSI Miami yang memang kerjanya untuk deal dengan tapak Crime Scene dulu, untuk dapat kesan-kesan pertama.
Sampai di tapak kejadian. Pintu bilik dibuka luas. Tingkap terkuak luas. Lantai ada kesan geseran basah - mungkin bilik di cuci lagi hari ini. Ada kipas angin berdiri (mode off) dihalakan pada bilik tersebut. Kasma berdiri kat pintu. Entah macamana, aku jengah masuk. Aku tengok, masih ada lagi kesan basah setompok (mungkin kesan darah yang tidak hilang walau sudah dicuci) di atas lantai di bawah kedudukan lampu belajar. Aku langkah lagi dalam, dan.....................aku tutup hidung, mengucap dalam hati. Ada lagi bau! *Hidung aku sumbat sebenarnya, selsema. huk.
Aku terus keluar, tanya Kasma: "Ada bau tak?". Kasma angguk-angguk. "Ada, ada bau lagi lah. Dari sini dah bau." Rupanya dari luar bilik dah bau, tapi sebab hidung aku tersumbat, kena masuk dalam baru boleh hidu. haih~ Kami keluar dari tempat kejadian. Aiseh, ada pekerja-pekerja Pejabat Harta Bina. Terus aku dengan Kasma, jalan menuju ke tempat barang-barang Crime Scene dilonggokkan. Untuk lihat dengan lebih dekat. Semua perabot dikeluarkan. Sesuatu yang menarik perhatian. Kayu papan lapis pengalas katil, ada kesan lagi! Sama seperti di lantai. Dan APAKAH ITU??? Yang berselirat lagi di situ? Ah! Tidak dapat aku zoom kan dekat-dekat. Keupayaan kornea mata aku terbatas.
"Kasma, nampak tak apa aku nampak?".
"Nampak."
"Apa tu? Itu eh....."
"Entahlah, macam je.....tapi takkan tak buang lagi"
Dah, jom balik!!! Tapak kejadian ditinggalkan. Aku istighfar banyak-banyak dalam hati. Dan dua jam selepas itu baru aku mandi. Itupun mak suruh - lepas kena marah sebab masuk ke tempat kejadian. Mandi badi katanya. Dan perbincangan lagi diteruskan.
.
.
Petang sebelumnya (30 Jun). Selepas pulang dari Jusco Bukit Indah.
Aku, Ain, Aya nampak depan pejabat - ada van jenazah, ada kereta keluarga mangsa. Alhamdulillah, jenazah selamat diuruskan, dan mahu dibawa pulang. Barang-barang mangsa ada yang dibalut dengan plastik hitam, dimasukkan semua ke dalam boot kereta. Aku dapatkan penjelasan dari orang-orang pejabat. Berita ini belum keluar akhbar katanya.
.
.
Apa reflek korang semua? Sadis? Sedih? Tragis? Menyayat hati? Fikirlah sendiri apa yang sesuai. Banyak persoalan sebenarnya. Banyak jawapan tidak terungkai. Kisah selanjutnya ada lagi. Tapi aku rasa cukuplah. Rasanya tak perlu nak masuk kolum Metro dua-tiga hari lagi. Buat sang lelaki, muncul-lah. Berani kerana benar, takut kerana salah kan?
Al-fatihah, untuk allahyarhamah. Semoga rohnya dan bayinya ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Amin.
Selamat Pagi seluruh alam :)
Wednesday, June 24, 2009
.Less Miserables.
I dreamed a dream in time gone by
When hope was high and life worth living
I dreamed that love would never die
I dreamed that God would be forgiving
+ I Dreamed a Dream
.
.

Beberapa blok waktu kebelakangan ini, hidup aku kucar-kacir. Huru-hara. Haru-biru. Banyak perkara-perkara yang tidak termasuk dalam menu pemikiran aku, terpaksa disumbatkan. Rasa macam batu-bata terhempap atas dahi. aushhhh! Rasa macam lahar berapi mengalir dalam tekak. Rasa macam light-saber ditusuk dalam kerangka otak aku.

Banyak benda yang perlukan aku untuk perah akal ke tahap infiniti. Sampai aku kena fikir dalam-dalam, jejak mana harus aku ikut. Langkah mana patut aku turut. Hatta nak campur satu tambah kosong pun aku kena guna kalkulator. Tidak boleh silap hisab sekarang ini.

Aku rasa mahu jeritttttttttttttttttttttttttttttttt! Biar semua seluruh hamba terjaga. Biar semua binatang dalam belantara terkesima. Biar semua masalah takut nak usha-usha aku lagi. Tapi aku tahu, itu bukan penyelesaian yang genius. Nanti masalah lain pulak datang.

Sehinggakan aku rasa tahap otak aku sedikit tercedera. Terguris. Tapi masih berada pada normal. Aku belum lagi jadi majnun. Aku masih boleh fikir logik dan rasional. Aku masih boleh fikir yang awan itu warnanya biru, dan matahari bukannya warna ungu.

Aku mula berfikir sebagai seorang manusia yang berhati manusia. Bukan berhati besi. Bukan berhati nirrojim. Bukan berhati glasier. Walau kadang-kadang aku samseng, aku mafia, aku keturunan lanun, tapi hati aku masih ada unsur humaniti. Aku mula gabungkan seluruh elemen ciptaan Yang Maha Menciptakan untuk cari titik noktah.
Aku banyakkan fikir logikal. Dan aku perlukan rasionaliti untuk aku pilih jalan. Ini umpama main catur yang jalannya hampir check-mate. Tapi Queen tidak akan mengalah pada serangan askar biskop pihak hitam. Kerana tembok itu masih kukuh. Dan Raja masih mampu aku pagarkan, agar tidak terpancung. Agar tiada sesiapa tercedera dengan permainan lembaran dimensi separa kartun ini.

B.I.N.G.O!
Setelah aku pejam mata dan hidup udara malam dalam-dalam. Aku temui jawapan. Aku jumpa kekuatan. Aku bermimpi penyelesaian. Aku sudah tahu mana punca tali selirat ini. Mana asal masalah haramjadah ini. Mana penyebab kesesakan akal ni.
Aku yakin, segala kekacauan ini akan berakhir. Segala bullshits akan nyah. Aku tidak akan sesekali lari dari gangguan emosi dan mental tahap satu ini. Kerana aku dilahirkan cukup kuat untuk hadapi benda-benda yang aku rasa tak cukup matang untu menyibuk dalam kancah hidup aku.
Ya, aku kan diciptakan sebagai pemenang. Mengapa harus back-off? Ah, si nirrojim ni saja yang suka buat aku bolak-balik.
Sekarang tapak kaki aku hala ke depan. Kejar si Pelangi yang sudah tinggal aku jauh. Aku tidak akan tapak ke belakang lagi, untuk terkial-kial cari abu awan panahan petir.

*wink
Sekarang aku sudah boleh main kenyit mata semula dengan suku hidup aku yang hilang akibat main cak-cak dalam dunia dimensi lain.
Sekarang aku minum air putih pun sudah rasa jernih. Kan aku dah cakap, cinta itu manis kalau tak lupa bawa aspirin :)
Terima Kasih Tuhan untuk ini. Untuk segala apa yang telah Engkau uji. Aku bangun, dan redha untuk semua ini. Aku yakin, Engkau simpankan aku rahmat lagi besar yang sudah Engkau aturkan. Di bawah LangitMU, aku tumpang bertafakur. Di dalam rahmatMU, aku tumpang bernyawa.
Kawan-kawan, kamu semua orang yang sangat sangat wonderful dalam hidup saya, yang selalu tiup aura semangat baasya!. Thanks buddies :)
Aku hembus nafas perlahan-perlahan, aku pergi.
.
.
Dan dalam bisik, aku ungkapkan ini buat kamu.
Yang masih, untuk aku.
愛は何時もララバイ
あなたが弱い時
只心の友と
私を呼んで
Anata kara kurishimi o
Ubaeta sono toki
Watashi nimo ikiteyuku
Yuuki nga waite kuru
Anata to deau made wa
Kodoku na sasurai-bito
Sono te no nukumori o
Kanji sasete
+Kokoro No Tomo
.
.
ps: Betul, dalam payahnya aku buang sesak dada, ada berita yang bagi lega. Itulah rezeki :)
Sunday, June 21, 2009
.Yang Pelik, Yang Aneh, Itu Aku.
Perasan tak?
Dunia ini sebenarnya pelik.
Sebenarnya aneh. Sebenarnya ajaib.
Sebenarnya infiniti.

Irwan cakap aku orangnya berhati besi. Tapi bukan hati batu. Dia cakap aku unik, kadang-kadang dia cakap aku aneh. Macam Stonehage. Puas aku dengan dia perdebatkan malam tadi asal kejadian Stonehage yang muncul entah dari mana, pada zaman tiada teknologi pelbagai pakaran pulak tu.
Cuba tengok, dari mana datangnya batu-batu maha besar tu? Mana konkrit yang dicucuk? Siapa para pemikir yang terlintas mencipta salah satu keajaiban dunia ni? Sungguh, walau angin taufan tiup kencang, walau gempa bumi meletus, tetap tidak terkuis sikit pun benda alah ni. Aku tak pelik batu yang jadi tiang tu, tapi aku pelik batu yang melintang kat atas tu. Hm, siapa nak jawab? Irwan cakap ada rsearch dibuat, tapi persoalan ini tidak terjawab. Entahlah, dan akhirnya jawapan yang paling ideal "Wallahualam".
Macam tu juga aku. Mahu sentiasa kukuh, pada jasad dan rohnya.
.
.
Aku bangga, Tuhan turunkan Irwan untuk aku. Irwan selalu cakap dia tidak sempurna, dia kurang itu, dia tiada ini. Kadang-kadang aku sampai mati akal, mahu jelaskan macamana lagi yang sayang aku pada dia tidak tergegar dan tidak terjejas sikit pun walau orang baling aku batu berapi, walau angin taufan Lautan Pasifik terjah minda.
Dan pasti, hanya ini yang aku mampu cakapkan.
"Sayang, you're just a perfect soul for me. You're gorgeous. I have the whole you and I won't ask more from God for anyone else better."
Yang aku tahu, aku mahu cuba jadi seorang :

Untuk kamu, saya akan cuba bagi yang terbaik walau saya tidak sesempurna mana.
Dan...

Saya memang sayang kamu, dan saya juga tahu kamu sama macam saya kan? :)
Terima Kasih Tuhan, untuk ini.
.
.
PSMafia mode on. Damn.
Wednesday, June 17, 2009
.Aku Masih Boleh Berdiri-lah.

Masih mampu aku bertapak dan senyum.
Dalam sedar, mungkin ada lagi cobaan akan menyerang
Tapi langkah jangan sekat
Terus perang panjat ke langit
Mungkin akan tersungkur, terjatuh sekejap
Ini bukan soal berapa pantas kaki kau pijak
Ini soal berapa lama kau tahan menapak.
.
.
Sekarang aku lebih suka bersikap ignoran, tentang perkara-perkara yang aku rasa efeknya tidak tinggal bekas gigitan pun kat badan aku. Buat apa mahu runsing-runsing fikir benda-benda crap yang sudah timpa kepala aku kan. Emosi pun aku rasa tidak boleh layan sangat, lagi-lagi untuk perkara yang duduknya layak dalam shredder.
Pap! pap! Pap! Aku sudah tampar pipi aku kanan kiri. haha. Aku sudah sedar dunia mana aku pijak sekarang. Seperti mana perbincangan aku dengan Cik Maharani dari Istana Jingga, betul kini zaman kejatuhan kita. Aku setuju kata-kata dia, "Jatuh dari tingkat tinggi lebih sakit." Ya, betul. Tidak aku kata TIDAK untuk ini. Kami rasa macam magic sudah hilang. Tidak macam zaman berguling-guling Diploma Kat UTMKL dulu. Kalau dulu, kau sentuh emas, jadi emas. Tapi sekarang, sentuh emas jadi silver tidak tulen! Skrip ini aku rasa memang sudah tulis kemas-kemas. Aku masih yakin yang setiap apa yang datang ini, ada pelan kebaikan yang tersembunyi.
Apa yang penting!!? Bekerjasama..bekerjasama..Kami datanggg!!!
Bukan, itu Wonderpets. Yang penting, aku happy, dia happy, kita happy :)
.
.
Oke, ini episod jalan-jalan rasa makanan yang ke berapa entah. Aku makan tengahari kat sini tadi. Sudah boleh kira dengan jari-jari tangan kanan-kiri berapa kali aku sudah makan kat sini.
Info:
Lokasi: Asam Pedas Tasik, Tasek Utara.
Meter Kesedapan: 4 bintang
Kali ni aku bawak Cik Atie, Cik Aya, Cik Ain dan Cik Ramaramakecik (memang aku selalu bawak pun) makan kat sini. Jom! Makan jom! Bismillah :P

Atie, ni ikan selar bukan ikan caru :P

Old Time Buddies. Meet. Greet. even Seldom. Still Smile :) hu ha~

Terlalu lapar+excited+lebih lighting :)

Dari sudut merah muda.
(Dari kiri: Cik Ain, Cik Aya, Cik Atie)

Muka sudah kenyang, jadi boleh tunjuk gigi. :D

Tunggu telur dadar sampai, baru boleh makan ye. Sabar ye.

Nampak berapa jari yang diangkat? Air liur mula meleleh lagi. eheh :P
.
.
Sekarang apa yang main-main dalam kepala aku yang bersegi ni? Aku mahu buat sesuatu yang aku rasa dulu aku tidak mampu. Bukan untuk susahkan diri, tapi untuk bagi tutorial pada jiwa aku yang lembik ni. Aku mahu belajar benda-benda yang sebelum ni aku cuma pandang sebelah mata kiri.
Apa aku mahu cuba buat????
Aku mahu tolong budak-budak Melayu untuk jadi pandai. Ini pun selepas aku cakap gitu-gitu dengan Soap pasal bisnes yang dia buat. Aku rasa aku mahu campur tangan. Lagipun ini salah satu pelan perancangan hari tua aku dengan Irwan. Mahu buka taska seni+bijak matematik+bijak IT untuk masa-masa akan datang nanti. InsyaAllah.
Lagi apa aku mahu buat? Aku mahu belajar main gitar. Aku mahu asah suara lagi. Mahu masuk dunia musik indie. Gile ah!!!! :p Berangan betul. Make-up aku tak cukup tebal lah, boleh ke? Mula-mula masuk YouTube dulu lah kan. eheh~
Dan aku akan cuba korek duit kat mana-mana bawah tanah, untuk aku beli D90 sekurang-kurangnya. Aku mahu asah balik bakat fotografi aku yang dah lama terbenam. Aku mahu tengok dunia ini luas-luas. Aku mahu warnakan planet-planet ini indah-indah. Walau bukan untuk tujuan komersil, tapi untuk kepuasan hati aku, sebagai seorang manusia yang dekat dengan seni. Yang tahu nilai artistik.
Mungkin, aku akan mula panjat tangga pusat bahan ilmiah, untuk cari lebih banyak buku-buku pasal politik. Entah kenapa, aku rasa mahu masuk dalam kancah kotor ini. Mahu aku lihat dari sudut geometri berbeza. Mahu pekik kata-kata munasabah yang selama ini tidak terkeluar dari tekak. Mahu cantas kekejian yang sedang berkecamuk dalam jiwa dan nafsu mereka. Tunggu masanya, hal-hal ini kena ada kajian yang bijaksana. Baru boleh survive kan.
Irwan cakap, aku ada talent jadi Hitler. Aku tengah fikir ni :P
Wednesday, April 29, 2009
.Karma Itu Ada, Percaya Saja.
.
.
selepas 30
segalanya tamat
tiada lagi kertas ujian. tiada lagi liquid paper.
tiada lagi pen biru.
.
.
aku tunggu masa. tak sabar.
mahu takluk dunia. mahu terbang.mahu buat apa saja.
boleh kah?
.
.
*God will only test us only if He thinks we will. Trust me.
Friday, April 24, 2009
.Air Yang Dicincang, Mustahil Terputus.
.
.
i am just relieved
everything settled, though in little rough way~
as the ties still knotted, as the bloods still in there
as the respect never gloom, as the love still stuck
all we have to do is smile
even that's hurt, you will know soon
the value of being around your lovies
.
.
i know i can, as i only think only i can. ;)
Monday, April 20, 2009
.I'm Tagged: The Pictures Tells a Thousand Words
Ahah! As requested by my Sister Si Petite, saya akan membayar hutang tag beliau. Saya janji setelah saya jawab final exam.
1. Put your profile picture.
2. Elaborate on it.
Gambar di snap masa aku mula-mula sekali join Bijou Bazaar kat Bangsar. Kalau tidak silap aku, di Jalan Telawi. Seingat aku, ini bulan Jun, masa tu aku masih menjalani Latihan Praktik kat Subang Jaya. First time datang, it's wow! Korang tahu jelah, kalau kat Johor, jarang aku dapat pergi tempat-tempat macam ni. Maksud aku, tempat bersosial, berkongsi gossip-gossip dan aktiviti.
Okeh, pasal gambar ni, sebenarnya aku datang dengan niat asal membeli-belah, tapi sebab aku seorang yang rajin, aku tolong la kakak aku dan rakan-rakannya berjual sekali. Aku saja-saja posing pakaikan baju kat mannequin Sis.Jules. Baju kebaya tu ready made, imported dari Indonesia. Dia punya jahitan superb! Kemas. Dah lah kain dia pure satin. Kitaorang jual RM 150 sahaja okey! Berbaloi tak? huhu~ And I should thanks to Ada and her baby Pentax sebab snap kan gambar ni *Maceh~ ^.^
Kerana gambar ini yang aku letak kat Friendster suatu masa dulu, ramai orang ingat aku adalah seorang pelajar jurusan fesyen, aku seorang pereka fesyen, aku seorang yang pandai menjahit. Nak tergelak aku! Sebabnya, aku pegang jarum pun bengkang-bengkok! hahaha~
:
Ok, then kena letak 1 atau 2 gambar lagi kan. So aku rajin, aku letak 2 keping. Nah, tengok nih.
Gambar kat atas ni aku amik, masa first time aku dapat baby aku. I mean my DSLR. Tahu jelah, dah lama gila aku ngidam nak ada baby sendiri. Masa tu baru je 2 hari. Aku shot gambar ni dari dalam kedai mapley di sebelah Dynasty Hotel, dekat pinggiran Jalan Ipoh. Ramai tak perasan kedai ni aku rasa, kalau foreigner atau pejalan-pejalan kaki, perasan lah.
Pasal gambar ni, aku letak nama dia "Steel of Hope". Gambar ni memang pure monochrome. Aku tak tukar colour atau effect pun. Aku rasa aku impressed buat kali pertamanya dapat shot gambar ni. Walaupun aku tahu gambar ni biasa-biasa je pada para photographer professional. Rasa mesejnya sampai. But kalau sape-sape tak paham, nasib lah.
:
Gambar second ni, amik kat make-up room, Jusco Tebrau. Thanx to Aya yang menjadi photographer. Haha~ (Entri pasal ni aku dah cerita sebelum ni).
3. Why do I choose this pictures??
Gambar 1: Aku sebenarnya memang teringin nak jadik Fashion Designer, in fact gambar ni sesuai dengan tema blog aku. "This Is My Wardrobe" isn't it?
Gambar 2: Sebab gambar ni ada mesej, tak faham mesejnya? Anda tafsir sendiri. Dan sebab gambar ni editless.
Gambar 3: So kenapa aku letak gambar ni? Saja, aku suka. Mengingatkan kembali zaman kegilaan aku dengan Pae masa kat Diploma UTMKL dulu. Zaman meredah KLCC, MidValley, merempit pergi Bukit Bintang.
Dan kerana hari ini lah, baju inilah, menjadikan ianya "Hari Bertuah" aku. Kerana apa? Kerana dot dot dot. Yang penting, satu benih bunga bercambah. Indah =)
4. Next, tag 5 person :
> Elsa Soraya yang mahu present reportnya.
>Intan @ Kechik
> Effa Si Pencinta Setia
> Zura Si Beginner Facebook
> Ayenxz Yang Tengah Sibuk
Buat tau, tak buat siap korang! hehehehe~ :P
Wednesday, April 8, 2009
.I don't Want To Be Brilliant.
"Jika Bulan mampu menjelma di siang hari, Mengapa Matahari tidak menjelma di malam hari?"
Bukanlah mahu aku mempersoalkan kewujudan bilakah perlunya waktu untuk bulan dan matahari itu harus menjelmakan dirinya, walhal jawapannya sudah dimaklumkan Penciptanya. Jika kau lihat dalam-dalam, perihal sepotong ayat yang indulgen aku petik dari sebuah naskhah filem terbijak pernah aku tonton. Ini ceritanya.
(pixs courtesy of Google)
Apa ada pada cerita ini? Pandangan skeptikal sesetengah penonton berbangsa-bangsa sudah tidak pelik lagi. Tapi aku tahu, ada sesuatu mengenai cerita ini menjadikan ianya karya penting untuk aku tonton sebelum aku menutup mata.
Aku nekad, kali ini kalau tidak ada seorang pun mahu menonton bersama-sama aku, aku mahu pergi sorang-sorang! Walau aku pernah mengeluarkan ayat berbaur jaminan bahawa "aku tidak akan dan tidak tegar untuk menonton wayang sendiri!" Tuhan itu tahu niat aku, lalu digerakkannya hati Pae untuk bersama-sama dengan aku menikmati filem itu. Walau aku sudah sedia maklum, bahawa beliau bukanlah seorang pelayan cerita-cerita emosi-melankolik bahasa Melayu! Tiket 645pm dan hari ini "Ladies Day", jadi hanya bayar RM 8 saja ye! Dan cuma ada 17orang memenuhi ruang panggung termasuk kami. Tidak mengapa.
:
Aku menangis menonton filem ini. Serius. 3 kali. Bukan emosi buatan yang aku jelmakan. Tapi datang secara lahiriah dengan semulajadinya. Di mana plotnya sampai mampu aku menangis?
Plot 1
Ketika Melur rehearsal untuk hari ujibakat, sambil bermain piano dan menyanyikan lagu "Angel". Matanya yang penuh kasih terpandangkan Mahesh yang memerhati dengan pandangan seribu keikhlasan walau tidak dapat mendengar bait lagu dan mengungkap kata penghargaan. Kau nampak mata yang berkaca itu? Sayu. Pilu.
(Melur hanya mengetahui bahawa Mahesh itu ciptaan yang 'istimewa')
:
Plot 2
"Saya sembah kaki ibu yang memijak tanah, kalau ibu mahu saya berhenti dari terus berjumpa dengan dia, saya akan berhenti demi ibu. Tapi saya minta ibu tolong ajarkan hati saya untuk melupakan dia, kerana hati saya tidak tahu bagaimana caranya." - Mahesh, ungkapan melalui tangan.
Air mata momen ini, tidak tertafsir.
Susah untuk kita lupakan seseorang, Lagi payah untuk lupakan seseorang yang kita sayang.
:
Plot 3
I GO...
Saat Hafiz tegar menyanyikan lagu ini pada malam Talentime (original voice by Aizat), dengan menyahut pesanan untuk mencubakan yang terbaik sebagaimana permintaan ibunya yang 'pergi' di luar sangkaan beliau. Kalau kamu, mampukah bertindak melawan perasaan kehilangan yang maha hebat? Dan Kahoe akhirnya mengerti, apa lah sangat nilai bezaan 3% berbanding nikmat persahabatan antara budaya yang terunggul.
:
"Let them go. We had ours"
Lampu ditutup. Peperiksaan tamat.
:
Betul kata-kata preview artis dari slot Melodi, dari 5 bintang, mereka bagi 6. Bagi aku, 7 bintang dari 5! Dan tidak salah aku mengikut nasihat mereka untuk membawa tisu yang cukup semasa tayangan. Kalau kamu menonton cerita ini berlandaskan tajuk "Talentime" semata, maka itu yang hanya kamu dapat. Tapi kalau kamu menonton dengan mata, hati, jiwa, dan akal yang celik, kamu dapat lebih dari itu. Cerita sebegini sebenarnya mampu membantu kita ketika menghadapi saat hidup yang disifatkan celaka atau tidak indah.
"When it is Silent, it is Speak. When it is Speak, it is Silent"
Benar. Tidak perlu kata-kata yang banyak jika mahu nikmati kehidupan ini. Hanya diam, dan rasai sekeliling kamu. Aku tidak mahu menjadi manusia terbijak, aku cuma mahu menghargai sisa nikmat dunia yang ada.
Aku mula respek pada perasaan mereka, aku mula hargai kewujudan mereka, aku mula rasakan yang aku tidak mahu mereka pergi, aku mula sedar bahawa aku tidak mampu hidup tanpa adanya mereka. MEREKA. Yang sentiasa dekat dan sayang aku. Yang bila aku jatuh, mereka tidak ketawa. Yang bila aku gembira, mereka turut senyum.
Dan hari ini juga, aku cuba berjalan menikmati kehidupan dengan cara aku, dengan jalan aku, dengan fikiran aku, dengan hati aku.
:
Pae, thanks a lot for today! We had a great lesson for life. The Shisya and whatsoever. Remember, secret is private ^.^
:
*Aku suggest kamu-kamu tonton filem ini. Ini filem Yasmin Ahmad Paling outstanding! See it, feel it.
Thursday, March 26, 2009
"Don't Say It, You'll Ruin It"
Semalam, aku buat kesimpulan. iaitu hari aku berjalan-jalan dan menikmati kehidupan. yeah, live life to the fullest, kata Amy. Apa aku buat semalam? Cadangnya aku ke Pejabat Bendahari untuk bayar saman kad matrik tu, tapi boleh aje pegawai tu cakap saman tu takde lagi dalam sistem. Tak macam lembap lah pulak orang-orang gomen ni buat kerja kan? Lepas tu siap masing-masing keliru dengan aliran tanggungjawab masing-masing! Hello! takkan lah tak pasti lagi sape yang sepatutnya tentukan caj saman. Macam Zul selalu cakap, Kerajaan!
Pastu aku mintak tolong Pae teman aku gi Citibank, hujan di waktu petang mula menggila. Aku stress. Bukan apa, pemandu-pemandu ni asal hujan aje mula lah bawak macam siput buat catwalk! Sudahnya, aku lewat setengah jam untuk jumpa Zul! maaf sangat-sangat, tidak terniat aku.huhu~ Hari ini aku rajin, after hantar Zul, aku terus pergi Kelas Special Topic. Penuh azam mahu datang kelas last! Si Nabil siap mintak tolong sign attendance lagi, sibuk PSM katanya. Aku tau Burger King ya! Rupa-rupanya kelas dah abis last week! Damn! Nasib baik aku call PM Safie tau!
Aku ajak Lisa (bukan nama sebenar) pergi makan. Aku sudah janji sama dia dari Ahad hari tu. Dia teringin mahu makan Cheese Tart. Oleh itu, ke Jusco lah. Malang, tinggal serpihan tepung tart aje. huhu~ Aku ajak dia gi karaoke. Bukan aku tak tahu, suara aku tengah tenat, tapi degil, mau nyanyi gak. Last lepak kat Agus. Aku suka tomyam dia, tapi semak sangat lah! Jadi lambat aku makan tau.
Then, aku keluar dengan Zul. Mau lepak Danga. Aku nak carik cincin cam Pae. Tapi entah malang, kedai tu dah takde agaknya~ pffft! Dan akhirnya malam itu menjadikan destinasi Zul makan malam amat jauh di Singgah Selalu. Haha~ Sabar ajelah!
Selamat siang kamu-kamu semua.
Segar pagi ini,walau yang nyata waktu bersih aku tidur cuma 4 jam sahaja. Ah! aku ada temujanji dengan Dr.Ito jam sepuluh! Bangunlah najihah~
Tengah-tengah aku bergegas nak pergi jumpa Dr. Ito, aku terpandang keratan akhbar BERITA HARIAN ini dekat foyer kolej.









