Tuesday, May 25, 2010

.I Will Love This, Like I Love You.

Present to you my second bambinos! ;)

Inilah dia hadiah advance anniversary.

Thanks darling, you make my wish come true ;)

Nama dia Pinkie. Sebenarnya dia ada anak, tapi i tak sempat amik gambar anak dia. Later i tunjuk okeyh.

At least ada lah kawan i nak tidur malam-malam kan. (instead of tidur dengan bantal busyuk.hehe) My mom cakap, tak takut ke tidur dengan gorilla. haha. Sebab pinky debab sangat kot. I nak angkat pun tak larat, selalu seret je masuk bilik ;)

Inilah pengubat rindu i, kalau i rindu kat Irwan. hehe. Sayang, u jangan jeles okey sebab i peluk Pinkie tiap-tiap malam, ahaks!

Friday, May 21, 2010

.Pertama.

Edisi Satu Tahun.

Happy 1st Anniversary Sayang!

Thank for this precious love. Tak sangka sudah setahun kan? ;)

May this relationship last forever and ever and ever.

Thank God for bring us together.

I Love You So Much,

always have, always will.

.

.

Love,

Your Love.

Thursday, May 20, 2010

.Missed You Like Hell.

19.05.2009

Masih mengingati hari semalam. Indah bukan main. Senyum memanjang, sekali tengok macam orang dah tak betul pun ada. macam orang sewel. Ya, memang aku sudah tidak waras, sudah terkena pelali cinta ;) Waktu ni, siapa yang buat 'taik' dengan aku pun, aku takkan marah, aku akan senyum and let's forget it. Hati senang oii.

Ehh, he asked me for second date, again? Aku apa lagi, Yahooooo! Memang aku tunggu kut. nak ajak dating, segan lah pulak.Takkan perigi nak cari timba, jual mahal sikit beb. ahaks!

We went to salah sebuah restoran ayam penyet yang terkenal di Taman Universiti, Skudai. Makan sambil berborak panjang, macam tak sedar waktu untuk pulang sudah tiba. Lama gak kot duduk kedai tu, sampai meja lain dah bertukar pelanggan. Sebelum kena sound dengan tuan kedai, baik kitaorang blah. Demmit, masa begitu mencemburui ku.

Dua hari keluar bersama, aku belajar beberapa perkara paling berguna; Harus banyak bersabar, jangan bawak kereta laju-laju dan sila pakai tali pinggang keledar ketika memandu, penting sangat.

Oh, fairytale story bersambung lagi. Aku suka dengan penyakit baru aku ;)


Now i really confirm, he feels the same way! ;)

.

20.05.2009

I miss you like hell! Hari ni tak dapat jumpa dia. Iskkk, takkan hari-hari mau jumpa kan. Mesti boring jugak dia tengok muka aku ni kan.

I went to my aunt house, saja sebab boring. Tangan genggam handphone tak lepas. Waiting for him to SMS me. Macam gelisah semacam. Damn it, aku tak suka perasaan dup dap dup dap menunggu SMS ni tau. Nak makan macam tak lalu lah pulak.

Damn. Damn.

Tak lama lepas tu, handphone bunyik. Horeyy!


Things goes well, nampaknya. Macam akan ada berita baik, kot? ;) Jangan berharap, nanti kecundang, menangis kau.

Wednesday, May 19, 2010

.18.05.2009.

This morning, I still sleeping di atas katil yang empuk, setelah kekurangan tidur malam semalam akibat berangan dan bermimpi bukan-bukan, konon nak macam fairytale story, but don't dream-lah!

I heard my phone screaming. That's mean one message is waiting to be read.

Ahhh, siapa yang kacau pagi-pagi ni. Heck, jam sudah dekat pukul 11 lah oii. Banyaklah kau punya pagi-pagi.

OMG! He SMSed me lah!

Can I say that he is actually starting untuk mengorat i? Hehe. Hipotesis sikit punya yakin, tak malu! Aku pun gatal jugak kan. hahah.

Okeyy, i know apa yang dia maksudkan. Sangat pasti. Cakaplah straight-to-the-point nak ajak dating please! ;) Nasib aku memang cepat pickup bab cintan ni. haih~

Hati sudah tidak keruan. Feel like having butterflies in my stomach pun ada jugak. Ehh, macam lah tak pernah pergi dating sebelum ni kan. I tau, tapi kali ni macam lain macam sikit ;) Nervous nak mampus!

Ok fine, i harus tunggu dia habis kerja and he will fetch me di kolej. Mula terfikir nak pakai baju apa, nak make-up macamana, nak pakai kasut apa, nak cakap apa masa first jumpa nanti. Nak kena bagi salam dulu kah? Ok aww macam menakutkan sangat perasaan ni.


.this is what i'm wearing the same day, but on last year.kebetulan.

He give a call on lunch time. He said, "Sure eh kali ni betul orangnya, bukan tipu lagi?"

I replied, "Eii bengong lah you ni, betul i tak tipu, tak caya tengoklah nanti."

Papp. Talian diletakkan.. Ehh terasa ke dia dengan aku. Aku ada salah cakap ke?

When i call him back, rupanya dia terasa i cakap dia "bengong". Dia cakap takde lagi orang cakap dengan dia macam tu. Alamak, lagi bertambah nervous. Haruskah aku cakap terlalu polite seperti perempuan Melayu terakhir. Dahlah aku ni mulut lepas, kuat potpet, mesti ada tersalah cakap nanti.

The time has arrived!!!

He fetch me, and wanted to bring me ke sebuah kedai makan yang dia suka, but the shop closed. And the first date set up di sebuah kedai steamboat. I love suasana yang macam romantik, dengan angin laut yang bertiup manja-manja, lagilah melengkapkan mood first-date kan. Macam paham paham je. ahaks!

Hah! Takde langsung aku cover pertuturan on a first date. Lantak pi lah. Banyak sangat aku pot-pet, sampai tak sedar masa cepat sangat berlalu, tau tau je sudah pukul11 malam. Arghh, tak best nya dah nak kena balik. Gedik!

On that night, all things goes well. Masuk je bilik, aku tersengih-sengih, Sab pun memahami aku sudah terkena virus. Virus makan tak lalu, tidur tak lena.

Aku rasa malam ni sebuah fairytale, akan tercipta. And they live happily ever after, perhaps? Sudah mula tersengih dan berangan lagi.



Dia? Aku confident, he feels the same. Confirm.

Tuesday, May 18, 2010

.17.05.2009.

I just back from Shah Alam. Tired like hell, bila perlu duduk lama-lama dalam bas, sampai panas bontot kau.

Sampai je bilik kolej UTM (yang ketika itu dikongsi bersama Sab), terus on laptop dan terus online ym. Biasalah, berpura-pura tak busy, padahal PSM sedang menunggu.

Ah, I see him, as usual.

Dalam hati cakap nak tegur, tapi realitinya takut. Really scared. (Bila Mengenangkan 'evil' yang dibuat pada waktu silam)

BUZZ! BUZZ!

OMG! He's buzzed me! and the conversations goes well, walaupun macam janggal. Of course, dah lama tak contact each other kot. Almost 2 years!

Nombor telefon bertukar. I'm not expecting anything, as usual. Tapi tetap excited tak boleh tipu! Dalam hati sudah ada taman. *wink

Tiba-tiba...

He SMSed me around 01:00 am. Tak tido lagi kah dia? Kan dia kerja esok. He saying good night few minutes after that.


And i am continuing dreaming, of him perhaps? ;)

Monday, May 17, 2010

.Penceroboh Tak Berapa Handal.

I am very very pissed off!!!
.
Someone has trespassed my e-mail account!
.
I have no idea macamana dia buat, but i dapat notifications that my password have been changed on 16 May around 02.00 am.
.
Apa yang kau nak dengki sangat pasal aku hah? Kain dalam sendiri dah habis jaga ke sampai kau nak sibuk hal orang lain.
.
Keji lah kau. Laknatullah sungguh! Walau aku tak tahu angkara siapa, but sorry aku memang tak redha dan tak maafkan dunia akhirat.
.
Aku tak faham kenapa makin ramai manusia zaman sekarang ni yang busuk hati yang 'jaki' tengok kesenangan dan kebahagiaan orang lain. fakof u!

Friday, May 14, 2010

.Heyyy Facebook, I'm Back!!.

Hai kawan-kawan!
.
Fast update, i just nak bagitau berita baik.
.
I dah boleh main FB semula. best. best. hehe
.
To all my frenz, old friends, pleaseeee add me back okey. Akaun yang lama sila abaikan okeyhhh. Sila search "Najihah Abas" dan akan keluarlah gambar i berbaju purple yang ala-ala-manja gitu, gediknya!
.
Happy Weekend!! ;)

Thursday, May 13, 2010

.Pengalaman Berdating Dengan Artis.

Hello semua! I ada cerita gempak nak cerita ni. Tengok tajuk pun dah gempak kan. Hehe. Oke lah, tak mau melalut panjang just straight to the point.

Last night, i mendapat pengalaman yang sungguh menakjubkan kerana pertama kalinya dalam hidup i dapat berdating dengan seorang artis. Siapa artis tu? Seperti gambar tertera.

Pixs from www.budiey.com

Ini lah dia Fizo Omar. Finalis Hero Remaja kalau tak silap saing dengan Kamal Adli. Drama terbaru yang dia berlakon adalah Bila Musang Berjanggut dalam slot Lagenda tu. Tengah hot dia ni sekarang.

Handsome tak dia? Wahh agak handsome lah jugak. Muka dia jambu dan memang cukup untuk membuatkan ramai gadis-gadis tertawan, tak lupa juga pada wanita golongan kelas atasan.

Nak dipendekkan cerita, setelah temujanji dibuat di sebuah kafe di pusat membeli-belah ternama di Kuala Lumpur, i memang macam excited gila dapat jumpa Fizo untuk first time. Mamat handsome wehh, maunya tak excited. Memang ramai mata-mata yang memerhatikan, auwww rasa bangga gitu! ;)

Fizo ni memang sangaaaat gentleman. Cakap pun sangat teratur. Sampai i jadi malu-malu tau. Silap-silap boleh cair dan jatuh chenta kau! Kami berborak-borak banyak topik and at the end of date, Fizo belikan i seutas jam tangan yang sangat cantik. Dia cakap, next time kalau free boleh jumpa lagi. Oh wow!!! Tak sangkanya akan ada next time. I balik rumah dengan muka yang blushing dan hidung pun sudah kembang-kuncup. *wink *wink gediknya!

Bila i on the way balik rumah, handphone i berbunyi. Ehh, macam kenal je ringtone tu.

OMG! Mimpi rupanya!!!! ;)

Macamana tah i boleh mimpi si Fizo. Padahal i bukan peminat fanatik dia pun. Patutlah I tak sedar i tidur tersenyum-senyum. hehe. Tidur pun lena je ;) Kepada peminat fanatik Fizo, jangan marah ye. Mesti you all pun pernah mimpi dia kan.

Takdenye Fizo tu nak dating dengan i ni. Macam langit dengan bumi. hehe.

ps: Sayang, jangan marah tau. I bebas skandal. I sayang you sorang je, malam ni i mimpi u pulak eh ;)

Wednesday, May 12, 2010

.Great Gifts.

Heyya! I just back from my loooong holiday! 8 hari tak masuk ofis kau! Puas cuti duduk rumah, tapi tak boleh goyang kaki :( Sebab i harus bekerja gigih untuk my sister's wedding. Alhamdulillah semua selamat. Congratz Along dah dapat suami ;) Suka la tuh. hehe.

Hah, balik ofis je macam orang sasau tak tau nak buat apa. Macam lupa nak buat semua benda. Hehe. Teruk betul, baru cuti seminggu, kalau sebulan entah macamana tah. Today, lunch hour tak boleh keluar, ada meeting and after office hour will be in Thai Class. Baguskan, balik ofis semula sudah ada aktiviti :)

Balik dari rumah, Irwan belikan i hadiah 'Anniversary in Advance'. Suka. Suka. Suka. I want it so muchhhh daripada dulu tau. Dapat jugak akhirnya ;) Thanks you darling!! Cayang you!

I miss you a lot baby ;(

.

Bye, ready for Thai Class ;)

Monday, May 3, 2010

.Memerhati Gelagat Anak Adam Di Tengah Kesesakan Malam.

Melalui hujung minggu yang sangat indah.

Pixs from Google.

.

.

Sabtu malam di Danau Kota, aku duduk di atas tembok, sambil menunggu Irwan selesai sesi urutan refleksologinya bersama OKU Penglihatan. Kalau bukan kesakitan kaki yang teramat sangat, jangan haraplah Irwan nak urut di tengah-tengah kesesakan manusia.

.

Macam kesian pulak aku tengok Irwan tahan sakit. Aku tahu sakit ya amat, kalau aku mesti dah terjerit-jerit. Ok, macam biasa di Danau Kota, selain daripada gerai jualan, ada juga booth karaoke yang disediakan untuk pengunjung yang berminat mahu pamerkan bakat terpendam menyanyi mereka.
.
Sambil aku meniup-niup semangat pada Irwan, aku perhatikan seorang demi seorang peserta yang ambil bahagian berkaraoke. Mula-mula sekali juruacara pada malam itu, berkaraoke dan berjoget sakan dengan rakannya yang cuma memakai kemeja dan seluar bermuda sambil bergelek menghayun punggung. Umur lingkungan sebaya dengan pakcik aku, dalam hati aku berkata, "Bagus, tahap keyakinannya sangat tinggi".
.
Ehh bukan senang tau nak berjoget, bergelek depan ratusan penonton. Kalau aku buat macam tu, mahu malu seribu hari agaknya. Aku khusyuk mendengar nyanyian kedua-dua pakcik tu sambil mata melilau memerhati gelagat anak-anak Adam yang melintas depan tempat mengurut.
.
Macam-macam gelagat ada, yang Melayu macam tak sedar diri paling ramai. Bangsa lain aku tak nampak ramai sangat,ah aku bukan kesah pasal bangsa lain, aku cuma kesahkan bangsa Melayu. Apa lah nak jadi budak-budak Melayu zaman sekarang. Unsur kebaratannya makin tebal. Kadang-kadang aku rasa geli tau tengok cara diaorang berpakaian. Ok fine, bukan aku nak cakap aku punya dress-up baik sangat, aku tau aku bukan pandai begaya sangat, orang kampung lah katakan. Tapi aku tau, diaorang ada reason tersendiri mahu berpakaian macam tu.
.
Peserta karaoke seterusnya, tiga orang kanak-kanak perempuan yang aku kira dalam lingkungan umur sebelas tahun. Wahhh berpakaian ala-ala kumpulan penyanyi Ratu. Diaorang nyanyi 3 buah lagu sambil berjoget-joget mempamerkan bakat masing-masing. Difahamkan mereka akan ada membuat persembahan pada pagi esoknya di sebuah sekolah, sebagai memenuhi undangan. Wah, kecil-kecil sudah ada jadual nyanyian yang padat. Bila pulak masanya dia menelaah buku? Mungkin mereka pelajar yang bijak kot yang arif membahagi masa.
.
Pakaian mereka aku tak nak komen. Kalau kecil-kecil dah pandai dress-up macam tu, dah besar nanti macamana? Kalau kejadian merogol atau mencabul kanak-kanak makin meningkat, jangan hanya salahkan perogol. Kanak-kanak zaman sekarang sudah pandai berpakaian menjolok mata, sudah pandai berpakaian mempamerkan tarikan seks mereka. Kan dashyat tu.
.
Irwan cakap kat aku, "Mak bapak diaorang tak kesah ke anak-anak diaorang kecik-kecik dah pakai macam tu?"
.
Aku jawab je " Mak bapak moden, biasalah kan."
.
Ibu bapa moden, atau kurang ilmu?
.
Minta dijauhkan pada bakal zuriat aku. Nauzubillah.
.
.
Sesi mengurut selama setengah jam selesai. Sebelum pulang, kami pekena steamboat kereta tolak tepi jalan untuk alas perut. Letih oo lepas kena urut. Dan kami tinggalkan Danau Kota bersama 1001 lagi gelagat anak Adam.