Monday, February 21, 2011

.Tuah Ayam Nampak Di Kaki.

Assalamualaikum.

Malam tadi selepas selesai solat Isyak, aku macam biasa tercanguk depan televisyen (itu je aktiviti paling best bila duduk sorang-sorang ni) dan layanlah rancangan Mentor 5.

Mentor belum start lagi, tapi paparan uji bakat yang diaorang jalankan untuk mentor-mentor terpilih buat aku gelak pecah perut, dan terus aku rasa baik peserta-peserta ujibakat Mentor yang gagal tu try pulak ujibakat Raja Lawak tahun depan. Kahkahkah.

Mana tidaknya, barulah aku nampak ramai rakyat Malaysia yang telah memalukan diri sendiri secara sukarelanya. Kenapa lah korang nak perbodohkan diri sendiri?

Atau cuma nak cari simpati? Atau saja nak glamour nak masuk tv cit.

Lagi buat aku macam bengang, sebab semua yang ujibakat tu bangsa aku sendiri. Malu dowh bila korang buat gelagat macam tu, satu Malaysia tengok hang!

Sebelum korang pergi ujibakat tu kan, dah puas cermin diri sendiri ke? Atau kat rumah takde cermin? Ok aku faham, mungkin kalau orang-orang macam tu tak pergi ujibakat, nanti tak meriah pulak sesi ujibakat tu kan. Dan stesen televisyen pulak takde modal nak tunjuk scene-scene yang boleh buat rating diaorang naik ye tak?

Tapi come on lah, cermin diri dulu beb sebelum pergi, jangan memalukan diri sendiri dengar perdengarkan suara sumbang korang tu. If you really got the talent, then proceed. Tapi kalau nyanyi pun dah sengau, pitching ke laut, nyanyi terjerit-jerit macam nak pecah pekak dan tak 'mesra' pentas, baik duduk rumah diam-diam je. Praktis mengaji lagi bagus kot.

Atau kalau rasa dah gian sangat nak nyanyi, pergi jelah karaoke jamban atau suruh dulu family korang dengar nyanyian korang tu sebelum pergi ujibakat. Kalau dari 5 orang, 5 orang bagi 5 bintang, barulah pergi kan.

Paling aku tak boleh blah bila tengok scene peserta yang mintak juri duit tambang balik, walau tak berjaya ujibakat, tapi harap orang sponsor tambang balik kau dengan kawan kau. Orang Segamat pulak tu, buat malu orang Johor je. Nasib baik juri baik hati bagi jugak duit, kalau tak kau nak mintak sedekah ke cari duit tambang?

Ada lagi sorang ni pun aku tak boleh blah. Dari Sabak Bernam katanya. Beria nak jadi protege si Noh Hujan. Lepas tu claimed suara dia sedap, ada bakat. Pastu siap bawak 'bodyguard', tengok gaya macam mak nya. Dalam hati aku "bagusnya mak dia ni support habis anak dia nak audition.".

Bila diujibakat oleh Ajai (sebab Noh belum sampai, masih kat airport), Ajai kata NO. Dia tak puas hati dan menidakkan kredibiliti Ajai. Dia cakap kalau Noh yang ujibakat dia, mungkin Noh akan ambil dia. Bila Noh sampai je, dia beria nak suruh Noh dengar dia nyanyi. Yang 'mak' dia tadi siap cakap, "If you say no after dengar dia nyanyi, I'll take it. I puas hati sebab you dah ujibakat dia."

Fine, dan seperti dijangka terkulat-kulat Noh dengar. Suara kau bukan stock yang Noh carilah weh. Kesian si Noh baru je landing, dah kena layan perangai peserta macam tu. huh.

Rupanya si perempuan tadi bukan mak dia, tapi bini dia. Pakaian punya lah over, dah macam Sailormoon aku tengok. Dan macam-macam lagilah ragam peserta-peserta lain. Senang kata banyak yang syok sendiri!

Apa pun guys, semua tu bergantung pada nasib atau tuah kita kan. Kadang-kadang bila kita tengok peserta yang berjaya terpilih tu, suara pun sumbang jugak, takde lah sedap mana, pitching pun ke laut, harap muka je yang boleh jual. Sampai kita wonder ini je ke yang paling terbaik?

Jadi nak salahkan pengujibakat atau peserta tu sendiri?

Semuanya terpulang pada tuah dan rezeki masing-masing. Kalau dah memang rezeki kita, teruk dan susah macamana pun akan jadi rezeki kita jugak kan.

Yang penting jangan putus asa berusaha, berdoa dan bertawakkal pada-Nya :)

Cuma yang aku tahu....


I'm lucky enough to have him beside me ;)

Thursday, February 10, 2011

.Diluah susah, Ditelan payah.

Assalamualaikum.

*Sigh*

Belum apa-apa dah mengeluh. Macamana aku tak mengeluh, bila tersepit dalam dua keputusan. Kadang-kadang sampai tak tahu nak decide macam mana.


Benda macam ni selalu jadi pada aku. Bila aku dah betul-betul agree pada satu benda, then akan datang lagi satu option, yang mana akan membuat aku perlu memilih.

I hate making a decision.

Serius.

Betul-betul tak suka. Bukan maksudnya aku ni lembik atau takde pendirian yang tegas, cuma aku rasa insecure bila aku buat sesuatu keputusan dan keputusan tu akan makan diri aku balik.

Kadang aku terpaksa menyesakkan kepala otak orang lain, minta tolong diaorang fikirkan keputusan yang terbaik untuk aku. Selalunya Irwan yang jadi mangsa -_- Aku ni macam orang takde pendirian kadang-kadang. Sejak bila tah sikap firm hilang dalam diri aku, aku pun tak tau.

*Sigh*

Aku lebih prefer kalau keputusan tu dah ditetapkan, dan datangkan je arahan aku perlu buat ini dan itu, then I should be more happy dengan apa yang telah diarahkan. Cuma perlu start your engine, and go! Ikut je arahan habis cerita, otak pun tak sesak.

Tapi dah nama pun hidup kan. Selagi kita hidup, selagi itulah situasi macam ni akan muncul dalam diri kita. Dan selagi itulah kita perlu membuat keputusan.

Cuma yang paling utama kat sini, perlu gunakan akal dengan sebaiknya, perlu bijak pertimbangkan semua aspek kan.

Hmmm diluah mati emak, ditelan mati bapak.

Semoga Allah permudahkan segalanya. Amin.

Wednesday, February 9, 2011

.Bila Cakap Pasal Setia.

Assalamualaikum.

Kalau tanya setiap orang adakah diaorang jenis yang setia, mesti ramai yang mengangguk, mesti ramai yang angkat tangan mengaku dialah yang paling setia di muka bumi ni.

Padahal sebenarnya dia tak setia pun, buat-buat setia ada lah. Tapi aku mengaku aku seorang yang setia. Setia dalam konteks aku adalah aku tidak pernah dan tidak akan menjalinkan hubungan atau melakukan kecurangan semasa aku sudah ada hubungan dengan seseorang (maksud aku lelaki lah). Kira aku kalau dah sayang, memang setia habislah, macam Chris Medina tu, insyaAllah :)

Boleh dikatakan kebarangkalian aku tidak akan curang adalah seratus peratus. Ek eleh cakap besar, bajet macam kau tak pernah curang. Sumpah, demi Allah aku tak pernah curang dengan pasangan aku. Daripada dulu zaman bercinta sampailah sudah berkahwin ni, cinta aku kekal bersama orang itu sahaja. Kalau nak cari yang lain pun, selepas berpisah baru aku akan ada orang lain.

Dulu masa zaman bercinta monyet, aku memang setia bahkan terlalu setia, sampai tak nampak ada lelaki yang lebih bagus lalu depan mata. Kalau cakap pasal berkorban wang ringgit, itu dah tak terkira dah. Kalau aku mintak balik semua benda dulu, mau tercirit jugak dia nak bayar balik semua.

Apa yang buat aku setia sangat dengan mantan kekasih pun aku tak tau. Mungkin sebab masa tu usia kita muda sangat untuk fahami soal komitmen dan tanggungjawab, jadi bila tengok orang lain ada boipren, eh aku pun mesti ada jugak.

So kalau tiba-tiba clash, mesti rasa macam ketinggalan sebab orang lain ada boipren tapi kita takde. Jadi suka atau tak, stay jelah walau hakikatnya hati dah tawar -_- Senang cakap, terpaksa setia lah.

Tapi aku cuma manusia biasa. Aku pun tahu marah, tahu berfikir lagi. Dah kalau hubungan tu lama-lama tak mendatangkan hasil. Asyik give je, take nya tak ada sangat, apa lagi, blah lah kan. Lagi-lagi kalau lelaki tu tak pandai nak tunjuk sikap menghargai kita setelah kita dah buat macam-macam untuk dia.

Bila dah kahwin ni, aku dah mula faham erti tanggungjawab. Dah boleh baca maksud kesetiaan. Lagipun memang aku jenis yang setia, jadi insyaAllah cinta dan sayang aku akan kekal untuk suami aku begitu. Takde istilah nak cari yang lebih baik, sebab pada aku kalau selagi kita cari yang lebih baik, selagi tu takkan ada yang lebih baik.

Ada jugak orang cakap orang yang setia ni kadang-kadang macam orang bodoh. Ehh itu orang cakap, bukan aku. Sebab diaorang cakap, buat apa nak setia sangat dengan pasangan, lepas tu sanggup buat macam-macam, entah-entah pasangan kita pun sama dua kali lima tak setia jugak.

So baik tak payah setia sangat, jadi marilah kita mencari kekasih gelap untuk buat spare, jadi bila pasangan kita curang kita ada spare kan? kan? Hoii takkan nak berfikir macam tu!!

Kalau semua orang fikir macam tu, siapa nak setia dalam dunia ni? Kalau macam tu ramailah orang hidup dalam skandal hubungan yang tidak sihat.

Bukan tak boleh berkorban, cuma perlu berpada-pada, dan girls especially, bukaklah mata sikit, tak salah untuk berkorban untuk kekasih, tapi kalau kekasih tu tak boleh nak appreciate korang, lebih teruk lagi sampai naik tangan, blah je. InsyaAllah korang akan dapat yang lebih baik lagi.

Satu je aku nasihatkan pada gadis-gadis yang masih single mingle, tolonglah buang niat korang kalau ada yang merancang nak ambil suami orang jadi boipren korang. Tolong jangan jadi peruntuh rumahtangga, berdosa tau.

Dan pada suami/kekasih yang kekal setia, tahniah aku ucapkan sebab berjaya melawan godaan dunia yang maha hebat sekarang ni. :)

Semoga kita semua menjaga hubungan masing-masing agar hidup rukun dan damai. ^_^

So korang rasa zaman sekarang ni, siapa lebih setia? Perempuan ke Lelaki?

Monday, February 7, 2011

.Dua Kali Gembira.

Assalamualaikum.

Mula-mula sekali, nak wish Gong Xi Fa Cai kepada kaum Tiong Hwa di seluruh Malaysia. Semoga tahun Arnab ini membawa lebih kasih sayang dan keharmonian dalam hidup kita semua. Orang cakap tahun Arnab ni tahun untuk berkasih sayang dan bagus untuk membina hubungan :)

Dan sempena tahun Arnab ni, ada dua kegembiraan yang aku nak kongsi.


Yang pertama.

I'm officially being an aunt :) Yeahhh! Suka sangat-sangat sudah jadi makcik. Tahniah pada kakak aku dan suami kerana telah sudah bergelar ibu dan ayah.

Budak comel ni namanya Muhammad Al-Faatih.

Faatih jadi budak baik tau, jangan nakal-nakal okeyyy. Nanti auntie kasik hadiah :)

Turn aku bila pulak? Semoga rezeki cepat lah, mudah-mudahan. Amin!
.
.

Yang kedua.

Menghabiskan masa bercuti bersama suami adalah perkara yang sangat manis sekali.hehe. Mesti lah sebab kitaorang kan PJJ, jad bila jumpa sekali-sekala sebolehnya akan buat aktiviti bersama sebanyak mungkin.

Semoga semua ini akan kekal selamanya, sampai akhir nafas. Amin.




ps: Oh ya, aku dah tengok Khurafat. Tak seram sangat, cuma banyak scene mengejutkan. 8/10 aku bagi, itu untuk jalan cerita yang kemas.