Friday, July 31, 2009

.Here I Come!!!.


Oh my God!


mula merencana - masa nanti.


Sepatutnya aku report masuk kerja 10 Ogos ni as stated in offer letter (baru dapat semalam).

Tapi tadi, orang HR call. Result medical check up aku excellent katanya.

Department aku request kat diaorang suruh aku masuk minggu depan. Apakah?

Takkan Isnin. NO!


Aku mintak Selasa. So, ini Selasa, 4 Ogos saya akan mula jadi wanita berkerjaya.


Alahai. Belum sempat nikmati title 'PENGANGGUR' secara total.
Rasanya aku ni dalam tempoh berehat aje. Tak sampai sebulan abis belajar pun.

ALHAMDULILLAH. Thanks AlMighty, bagi rezeki secepat ini.


So, kena start kemas-kemas sikit-sikit ni. KL i'm cominggggggggggg! :)




ps: pasti rindu kamu ya amat nanti. T_T


Thursday, July 30, 2009

.Surprise #1.



Dia buat lagi dahhhhhhhhhhh!


APA dia?

Tu, perangai chomel dia.


SIAPA dia tu?

The Husband lah :)


KENAPA dengan dia?

Malam tadi, lepas je pening kepala dengan kerja-kerja dia, dia datang rumah. Pergi makan-makan, lepas tu patah balik JB (sebab esok mau kerja semula).

Semata-mata mahu jumpa aku! ehe.

Tiba-tiba dia je dia nak datang. Bukan aku paksa ok.

Mula-mula tak percaya, bila tengok dia sudah terpacak depan rumah, baru aku tampar pipi, eh eh aku tak mimpilah :P


Sangaaaaaaaaaaat chomel apa kamu buat ni sayang. Thanks sangaaaaaat! :) Luv ya!





ps: pesanan tiada kena mengena. Saya sudah buat medical check up.

Wednesday, July 29, 2009

.Syukur Alhamdulillah - Eh, Bukan Iklan Bio Aura Tau.


Weeeeeeeeeeeeeeeehuuuuuuu!

Ehem..ehem..ehemm..(cukup okey)

Hari semalam hari Selasa kan, mula-mula aku ingat mendung. Rupanya keluar pelangi! hehe

Ini entri pasal kajicuaca kah? Oh, lari niat pulak. Takde, sebenarnya nak bagitau pasal ni ha:

Hah, tengok sendiri.
.

.

.

.


Alhamdulillah, syukur. Akan bergraduasi lagi lah aku.
Tapi tengok sesi aku tu, PAGI.

Sudah boleh bayangkan, muka mesti sembab macam beruang panda tak dapat tidur 2 hari. Walau guna teknik mekap canggih camna pun. Aduh. Liat aku nak bangun ni. T_T


Dan..


Yang kedua, pasal ini.


Ingat tak aku pergi interview minggu lepas?

Pukul 6.30 petang semalam aku dapat panggilan.
I'M HIRED!


Syukur, alhamdulilah.


Sekurang-kurangnya, tiada lagi cap PENGANGGUR dekat dahi aku. eheh :P
(Rekod menganggur cuma sebulan dari tarikh meninggalkan UTM, pheuuu!)


Tuhan, terima kasih.
Masih simpankan rezeki untuk aku.





ps: okey, sekarang sedang korek duit tabung, mahu beli apa yang patut.

pss: darl, instinct kamu tepat kali ini :)


Tuesday, July 28, 2009

.Saya Cakap Pasal saya-lah.


ahaks! (gelak mesti gedik capslock dulu)
Okey oke, kan saya ni penganggur kan. (tetiba je nak guna saya)
So bila dah takde keje, amat lah rajin nak buat segala macam kuiz mahupun tag.

:

Syarat-syarat :
Jawablah soklan dibawah sesuka hati anda.
Dah jawab, tag lagi orang yea.


1. Apakah yang anda sedang lakukan 30 minit yang lalu?

- Bersama tetikus, mengklik laman-laman yang sudah hampir jemu aku lihat.

2. 2 jam yang lalu?

- Baru terhegeh-hegeh nak mandi :)


3. Minggu lepas?

- Masih bertafakur di rumah sambil melakukan training hoki secara tidak tauliah.
Hectic sungguh!

4. Tiga lagu yang boleh anda dengar berulang-ulang kali?

i) Sempurna - Andra & The Backbone
ii) That's When I Love You - Aslyn
iii) You're Not Alone - MJ

5. 3 binatang yang anda tak suka?

i) Monyet - Please lah, dah penat aku berperang tau. Okey, aku angkat dua tangan sekarang!!
ii) Tikus - Ini lagi satu yang menguji kesabaran aku. T_T
iii) Nyamuk - Oh! Sila buat sendiri boleh tak?

6. 5 fakta tentang anda?

i) hampir pasti tidak akan menggunakan akal di kala waktu Shopping~ what i see is what i bought.. jangan harap saya akan tawaf survey satu bangunan itu dan kembali hanya untuk mendapatkan sehelai baju!

ii) seorang yg teliti, perfectionist dan hygenic~

iii) pasti memerlukan tangan seseorang untuk melintas jalan.

iv) elergi pada figura atau corak berbentuk bulat-bulat..biar saya perincikan: corak bulat2 yang rapat macam kat telur katak, biji terung dan sebagainya...sungguh..rasa merayap kat 1 badan..eiii~

v) 100% perempuan, belum diijabkabulkan, dan masih di bawah jagaan ibu bapa.


7. Tahun depan mungkin anda?

- Menjadi wedding planner paling sibuk kat Malaysia (perasan betul) :)
- Dapat "new baby"? (sila jangan bermimpi lebih-lebih)

8. Saya tak reti sangat…

- menghuru-harakan hidup orang. Bukan kepakaran saya.
- terlalu bersopan-santun macam perempuan Melayu yang dua ratus peratus.
- menampar lalat.
- buat kek lapis Sarawak.
- bawak kereta manual. GAGAL!


9. Saya pandai …

- tidur tanpa henti selama 24 jam
- main futsal, bola padang, pool, badminton, hoki, baseball, bola keranjang, chess dan dam ular.
- melaburkan duit-duit saya secara tidak berhemah.
- bawa kereta melebihi had laju secara melampau.
- hormat orang tua.

10. Kawan saya…

- sangat fabulos, gorgeous, wonderful. Siapa kawan saya, diaorang faham sendiri lah.

11. Saya ada…

- sepuluh ringgit enam puluh lima sen dalam akaun bank. T_T (sangat bankrap)
- seekor tenggiling yang sangat chomel.
- seorang rakan kongsi jiwa.
- dua orang penyuntik semangat.
- tiga orang askar baris hadapan.
- koleksi rakan-rakan yang tidak ternilai.

12. Saya seorang…

- yang gilakan kasut tumit tinggi, handbag dan photography.
- yang tidak ada album nyanyiannya sendiri.
- yang tidak pandai berjimat-cermat.

13. Adik saya…

- seperti yang ada di side bar sebelah. Itu rakan-rakan untuk ber'wrestling'.

14. Saya tak pernah bosan dengan (senaraikan 3)…

- puding jagung.
- kamera dan foto
- teh o suam

15. Bilakah pertama kali bercinta?

- tahun dua ribu empat. Umur mangsa pada ketika itu baru lapan belas tahun.

16. Perkara yang selalu orang tak percaya tentang anda?

- saya tiada pertalian darah langsung dengan Yuna.
(sila jangan menangis lihat statement ini :P)

- "Eh, kamu bukan anak bongsu ya?"


17. Saya rindu…

- The Husband.

- zaman menekan kalkulator.
- zaman baring melentang depan KLCC bersama rakan-rakan menembak saya.

18. Saya tak sabar…

- mahu beli tenggiling baru.
- mahu ke Jakarta akhir tahun ini.
- apabila lihat orang bawak kereta yang syok sendiri. (ini hilang sabar kan?)

19. 5 laman yang anda slalu layari?

- Facebook
- Belog
- Yahoo!
- Google
- Laman web rasmi UTM


20. Anda mahu tag?

Kawan-kawan saya yang saya suka membuli mereka. keh keh.

- Elsa Soraya
- Syed Azman
- Sham
- Kemma
- Atie
- Azri Azlan
- Farayha
- Azrn
- Ayenxz

sila tambahkan kerja anda ya :) Mucho Gracias! Luv ya~

.Gila Betul!.


Patut tergelak kah?

Ok Patut.

kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah

Lagi?

kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah
kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah

Ok dah.


Ni hah, aku buat kuiz kat Facebook. My future spouse. Tengoklah result dia, gila betul!

Teringat Eima cakap yang kuiz ni perosak rumah tangga orang. ha ha.


Okeh, kenali calon2 my future spouse capslockwth.

1. Hakimi Aiman - Sangat sangat tidak logik. Kawan sama-sama tergolek kat UTMKL ni. gila ke apa.

2. Rauf: mak aih!! Ni ex my besties. N current kawan i punya bf. Jue, i'm sorry. Marah kuiz ni, jangan marah aku.

3. Zulhilmi: ahah! ini lagi lag tidak logik. Baru kenal sem lepas je. Dia dah ada gf woiii. Kang mampus gf dia tibai aku.

4. Zahir: Entah siapa ni. Datang dari mana entah.

5. Are Pez: Ini lagi lah, identiti tidak dapat dikenal pasti. hoho.


hahahaha gelak lah sorang-sorang. Nampak sangat aku takde keje kat umah ni, sampai layan benda-benda alah macam ni. ho ho.


Korang nak try? Try lah. Ada berani??? :P

Monday, July 27, 2009

.Semalam di Bandaraya.



Lepas je dapat tahu berita Yasmin Ahmad sudah ke rahmatullah, aku mula bersiap-siap.
Mahu ke bandaraya, berjumpa The Husband.


.: I love you, and that’s all I really know :.


Agak lama tak jumpa, seminggu kot. (Lama lah sangat kan :P)
Thanks for yesterday darling!

Walau cuma beberapa ratus minit jumpa, saya suka sangat!
Alhamdulillah, syukur Tuhan bagi lagi peluang jumpa kamu.

:

Tapi kan..

Saya amat tak puas hati dengan pegawai JPJ yang mungkin umurnya sebaya saya yang ngada-ngada nak tahan kereta saya masa buat pemeriksaan. Muka saya macam budak sekolah menengah kah yang tiada kartu lesen memandu? Road-tax kereta hidup lagi. Saya pandu ikut had laju.

Bila saya tanya kenapa, dia cakap prosedur. Kalau prosedur, apasal tak tahan semua kereta yang lalu? Entah apa-apa tah! Alah sebenarnya yang tukang tahan tu memang dah usha dari jauh dah. saya dah perasan dah. Mata melilau macam apa. Yang tukang check pun sama. Gatai! Itu Irwan ada kat sebelah tu macam tu. Kalau takde, mau saya kena tahan entah berapa lama tah. Sabar ajelah.

Korang pernah tak kena tahan tak tentu pasal camtu?

:

Eh, eh semalam special tau.
Sebab saya bukan dating dengan Irwan saja, tapi dengan beliau juga


Cikgu Latifah @ PA saya


.: akan bergraduasi, lagi :.


Sekarang kalau pergi mana-mana kena bawak PA, Irwan sudah upah beliau untuk ikat kaki saya. Tak boleh nak kelentong tau :)

.Belasungkawa: Yasmin Ahmad.


Sebutir permata hilang.



Seorang Intelligent Film Maker telah pergi.
Bukan pergi mencari ilham, bukan pergi menembak karya,
Tapi pergi menemui Yang Maha Pencipta.


Aku tahu berita semasa tengah menggosok baju sebelum pergi berjumpa The Husband semalam. Terasa macam kena kejutan elektrik.


Ah, Yasmin Ahmad.
Siapa sangat yang peduli pasal beliau?
Berapa ramai yang skeptikal, pandang sebelah mata karya beliau?
Berapa ramai yang mulut cakap itu cakap ini tentang siapa beliau sebenarnya?
Berapa ramai yang persoalkan, apa hebatnya beliau dalam gelanggang perfileman?


Rasanya baru sahaja aku menonton naskhah terakhir beliau yang legal dipertontonkan di Malaysia, TALENTIME. Dan aku juga pengikut setia filem beliau yang lain - Sepet, Gubra, Mukhsin. Cuma karya Rabun tidak berpeluang aku tonton. Dan aku amat menunggu bilakah kerajaan akan meluluskan tayangan bagi Muallaf? Mungkin lepas Yasmin tiada ni, baru akan ditayangkan agaknya.

Tidak kiralah samada di layar lebar, mahupun versi download ehsan aku ambil dari kawan-kawan atau sekadar VCD murahan yang diplagiat yang banyak dijual di pasar-pasar malam, sedaya upaya akan aku tonton karya beliau. Hatta di ulang tayang di Astro pada musim perayaan sekalipun, masih aku tak jemu. Dan setiap plot yang berjalan, pasti segar, pasti beri impak pada perasaan aku.


Apa dosa filem ini?

Dan bukan sahaja naskhah filem beliau yang menjadi ingatan, koleksi iklan-iklan komersial beliau juga turut beri impak yang besar dalam hidup kita. Tak pernah saksikan karya beliau? Maka amat rugi lah kamu sebagai seorang Malaysian, lebih lagi berbangsa Melayu.

Yasmin bukan sahaja beri kita skrip, tapi beliau bagi kita cinta, bagi kita kesedihan, bagi kita keinsafan, bagi kita moral, bagi kita KEHIDUPAN.

Aku tahu, ramai yang menguap, ramai yang tutup mata separuh, ramai yang penuh tanda soal di kepala sewaktu atau selepas tonton filem-filem beliau. Aku akui, bukan semua orang mampu tonton apa yang beliau persembahkan. Aku sebagai seorang yang ada sedikit seni di jiwa, pasti akan merasa apa yang beliau cuba sampaikan itu, sangat dekat dengan apa yang ada di sekeliling aku. Kalau mata menjadi bengkak, itu perkara biasa.

Kalau mahu tonton filem Yasmin, tak boleh cuma tonton dengan dua biji mata. Tapi pastikan kamu tonton dengan hati yang sudah dibuka luas. Dengan pemikiran yang bebas dari jajahan bahawa filem Melayu itu cuma picisan.


Ya, beliau sering hidangkan kita dengan skrip, jalan cerita yang ampuh. Kerana apa yang beliau ceritakan, datang dari hati, datang dari pemikiran, datang dari pengalaman beliau yang unik, yang kadang-kadang kita-kita tiada benda itu.

Kalau siapa kata orang industri seni itu cuma reti bikin filem merapu, filem syok sendiri, filem tiada ilmiah, kamu silap.

Berapa ramai yang tahu Yasmin memiliki Ijazah Psikologi dari Universiti Newcastle? Tidak perlu beliau menguar-uarkan yang beliau memiliki Ijazah untuk dipandang tinggi, untuk dipandang brilliant. Beliau berkarya bukan atas ukuran wang ringgit, tidak juga mengendahkan adakah filem beliau akan cecah tahap pecah panggung setiap kali waktu tayangan atau berapa banyak koleksi anugerah bakal digondol setiap kali majlis anugerah berlangsung. Kalau namanya Yasmin Ahmad, beliau berkarya atas dasar prinsip beliau. Peduli apa kalau mulut-mulut jahat yang tidak berseni mahu mengata, biarkan.

Sekarang kamu tahu kan berapa sangatlah nilai ijazah kita kalau mahu dibanding dengan apa yang mampu kita sumbangkan, apa yang mampu kita persembahkan untuk mendidik jiwa bangsa dengan jalan yang tersendiri?


Hakikatnya, yang hidup pasti akan pergi. Walau jasad Yasmin tiada lagi, namun hikayat yang beliau tinggalkan akan terus mekar, kekal segar dalam arkib minda kita.


Kalau Amerika sangat berbangga mereka ada Raja Pop Dunia, Michael Jackson.

Malaysia juga sangat berbangga kita ada seorang nasionalis, story teller, film maker, moralis, aktivis seni yang terunggul,

Yasmin Ahmad.


Satu dan tiada ganti. Tiada.

Bersemadi lah Yasmin, dengan tenang. Al-fatihah.

.

Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari
kau pergi.. pergi..
sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia

+Aizat - Pergi (OST Talentime)

.

.

ps: Kalau lepas ni, baru sibuk nak bagi gelaran Tan Sri Dr, sudah tak bergunalah. Tu lah orang Malaysia, bila dah tak ada baru sibuk nak menghargai. Masa ada, nak pandang sebelah mata pun tidak mahu. Dunia, dunia.


Saturday, July 25, 2009

.Oh! Please!.


Dari tiga empat hari lepas, aku sudah cuba tarik nafas dalam-dalam.
Kali ni aku betul-betul hilang sabar.


Tenggiling aku masuk bengkel.

Laptop dah mula demam kura-kura.

Telefon tangan sudah mula buat hal gedik semacam.

Line telefon, lagi tak payah cerita. Macam patut kena maki setiap saat.
(kawan aku yang keje kat ***** cakap, diaorang banyak nak cut cost.
so servis terpaksa di hampehkan sedikit, siot aje kan)



Waktu-waktu macam ni semua sekali cari hal.
Macam rancang-rancang aje.
Bikin aku stress yang amat. Dugaan ni, aku fikir.


Baru aku rasa nikmat dunia di tarik semula sedikit.
Sekali-sekala tak apa lah kan?
Ini baru hal DUNIA.

.
.

Terus aku cari painkiller.
Bukan dua biji, tapi setengah jam.
Layan WLIA lah! :P

kah kah kah kah kah kah kah kah kah
Lega.



tengok dulu macamana esok aku nak pegi pejabat talian telefon ke tak. Rasa nak buat kompelin 3 muka surat.




ps: The Husband, sorry untuk jiwa yang stress dan emosi yang melampau emo nya. Sorry darl.




Friday, July 24, 2009

.Bab Hidup Ni, Takde Second Chance tau.


Aku bangun.
Lampu di siling menyala.
Kacamata masih tersangkut kat batang hidung aku yang mancung.
(sempat lagi nak perasan!)


Aku toleh kiri. Toleh kanan.
Bila masa aku tidur bukak lampu?
Kacamata pun tak tanggal.

Tertidur aku rupanya.
Oh! ini mesti gara-gara baca novel cinta malam tadi.


Aku mimpi terjangkit H1N1 semalam.
Badan aku berpeluh-peluh.


Terus aku bangun, amik wudu' untuk solat Subuh yang dah dua hari aku terbabas.

.

.


Tadi terbaca di Blog Saniboey, Yasmin Ahmad koma, tetapi keadaan terbaru beliau sudah stabil.

Get Well soon Yasmin!

Industri perfileman masih perlukan anda.
Tuhan, bangunkan beliau segera. Amin.



Thursday, July 23, 2009

.Kalau.


Kalau i gemuk, you tetap sayang?
Sayang.

Kalau i buncit, you tetap sayang?
Sayang.

Kalau i tak mandi, you tetap sayang?
Sayang.



Kan i dah cakap, i sayang you bukan sebab you gemuk, you buncit atau you tak mandi. I sayang you sebab lain. Sebab yang orang lain takde.^^



Tipu! :P
Dah i nak mandi sekarang,
nanti you tak sayang :)

Wednesday, July 22, 2009

.Kenapa Kita-kita Tulis Belog?.



Kawan-kawan aku (yang tiada blog) ramai tanya aku,
"Kenapa ko blogging?"

Kadang-kadang diaorang tanya,
"Untuk apa orang-orang tulis blog?"

Secara pasifik eh bukan, secara sepesifik, aku pun tak tau jawapan apa maha terbaik boleh aku bagi. Takkan aku nak bagi jawapan klise:

"Sebab boring, sebab tulah tulis blog."

Aku tak suka benda-benda klise oke. Sebagai penghargaan pada mereka-mereka yang mengutarakan soalan, aku jawab dengan selambanya:

"Entah, sebab rasa nak ber'blog' lah."

Diaorang mesti rasa nak tampar je aku bila aku jawab camtu. ha ha. Okey, bagi memuaskan lagi hati diaorang yang panas, aku pun menjawab:

"Sebab dengan ber'blog' kau boleh share semua cerita yang kau ada, tak kira lah cerita berapa ringgit kau beli seluar dalam kau, cerita masa kaki sebelah kiri kau terjatuh dalam longkang, ataupun apa-apa sajalah yang kau boleh respon pada sekeliling contohnya macam kau terserempak dengan Timbalan Menteri yang makan kat Pelita Nasi Kandar berhampiran KLCC yang kau tak mampu ingat namanya."

Hah..panjang sikit jawapan aku. Harap-harap puaskan hati diaorang. Isi utama adalah, sharing. Perkongsian. Kita kongsi perasaan, akal fikiran dan idea-idea (kalau ada) dengan orang-orang sekeliling.

Macam aku, banyak yang aku kongsi. Dan aku tahu, ramai pembaca mode silent dalam blog aku ni. Sebab tau-tau aje, nanti diaorang bagi respon (samada di ym atau sms).

"Eh gha, bila gha pergi tempat tu? Best tak?"

"Eh gha, aku suka baca lovestory ko. Tersengih-sengih aku sorang-sorang, macam love story aku je.hehe"

"Eh gha, adik-adik lelaki gha handsome lah." (merujuk gambar di paparan side tepi) <-- tolonglah jangan diaorang baca blog aku.


Itu antara respon-responnya. Banyak lagi respon yang kadang-kadang masuk akal, kadang-kadang luar kawalan.


The Husband cakap kat aku:

"I tak kisah you nak blogging, i faham you 1 hari tak blogging boleh menggigil. I tau itu dunia you lagi satu, i takkan campur dunia maya you. Selagi tak melanggar etika-etika sebagai seorang The Wife, then it's ok. If ada yang i kena tegur, i akan tegur. I faham your interests dear. "

Thanks God! Bf aku masuk dalam kategori celik IT dan faham apa keperluan hidupan (yelah tu) dan yang menjadi kegilaan pada masa kini. Thanks sayang!


Mak kandung aku pernah sound aku:

"Kurangkanlah blog-blog ni. Semua nak cerita dengan orang termasuklah yang rahsia-rahsia. Nanti hidup terancam tau. Tak de privasi nanti."


Kadang-kadang aku fikir betul jugak. Semua benda nak bagitau orang kan. Tapi boleh kata secara total, apa yang ditulis itu benar. Melainkan ada maklumat yang terpaksa dimanipulasi bagi menjaga keselamatan sejagat.

Kadang-kadang je kita tidak jujur dalam blog. Betul kan? Tengoklah, blog kau berorientasikan apa. Eh, ada lagi yang tanya.

"Apa fungsi blog?"

Aku bagi je jawapan camni.

"Blog ni trend weh. Semua orang ada blog sekarang ni. Penjual rempeyek pun ada blog sekarang ni weh. Itulah fungsi blog. Medium memasarkan produk dan memasarkan diri."






Puas hati? Korang ber'blog' kenapa pulak?




.Cara Hilangkan Bosan Dari A sampai Z.


Aku bosannnnnnnnnn! Aku emo. Nape tah. Jadi, aku cuba menggembiarakan perasaan yang entah apa apa entah ni. So aku buat benda yang aku suka. Iaitu menjawab segala kuiz / tag dan sebagainya.
.
.

A - AVAILABLE: Yes, but not Single :)

B - BIRTHDAY: beberapa bulan sahaja lagi.

C - CRUSHING ON: Nine West Black Handbag yang saya usha di Pavillion aritu. argh!

D - DRINK YOU LAST HAD: Satu cawan air suam.

E - EASIEST PERSON TO TALK TO: Cikgu Latifah. Bukan sahaja emak, tapi penasihat peribadi saya.

F - FAVORITE SONG: Cinta Antara Kita by Duta feat Baizura Kahar. Boleh jadi main therapy saya :)

G - GUMMY BEARS OR GUMMY WORMS: Gummy bears! Saya membesar dengannya :)

H - HOMETOWN: Johor Darul Takzim. Allah peliharakan Sultan!

I - IN LOVE WITH: Blue Suzuki Swift. Sangaaaatt menghantui saya sekarang ini. wargh.

J - JUGGLE: 2 biji bola boleh lah~ 3 biji kadang-kadang je jadi. huhu.

K - KILLED SOMEONE: YES. (Dalam game, jangan salah paham :P)

L - LONGEST CAR RIDE: Around The Peninsular in 2 Days!

M- MILKSHAKE FLAVOR: Chocolate Strawberry ^.^

N - NUMBER OF SIBLINGS: Four.

O - ONE WISH: The Husband, The Wife & The Babies. God please, I beg you.

P - PERSON YOU CALLED LAST: *[The Husband]*

R - REASON TO SMILE: *[The Husband]* and [u][s]

S - SONG YOU LAST HEARD: You're Not Alone by MJ.

T - TIME YOU WOKE UP: 6.58 am.

U - UNDERWEAR COLOR/PATTERN: errr..errrrr...

V - VEGETABLE(S): Semua. Kecuali sayur2 yang macam rumput dan taugeh! :P

W - WORST HABIT: Emo tak tentu pasal. Buruk sangat lah. dem.

X - X-RAYS YOU'VE HAD: Tiap kali mahu admission ke satu-satu institusi. Paling malas!

Y – YOYOS ARE: Koleksi Budak YoYo yang aku suka baca :D

Z - ZODIAC SIGN: Yang dacing tu. Adil dan penuh pertimbangan :)



Korang pun bosan ke? Kalau bosan, buat lah. Harap-harap mampu tambahkan keje korang selain dari duduk tengok tv ngadap iklan Hai-O. kih kih.





Ps: Sayang, i'm so sorry :(


Tuesday, July 21, 2009

.Satu Hari Tidak Berblogging, Boleh Menggigil.


isk menggigil aku.
dah 3 hari tak bukak blog. (ini ayat The Husband selalu perli aku bila satu hari aku tak main internet)
aku baru balik dari KL malam tadi. Gile kentang laju bas yang aku naik tu. Dan samseng juga driver nya memandu. (diri sendiri drive samseng tak sedar. kui kui.) bertolak dekat 930 malam, sampai Yong Peng hampir 12 malam. Gile dog lah! Pakcik tu aku rasa dulu hari-hari main Daytona lah.

Aku buat apa gi KL?
eh kan aku dah bgtau kan yang aku pergi intrview semalam (20 haribulan)

Aku tau mesti korang nak tanya...
Camna interview? Cuak tak? Berapa chances nak dapat?

Okey..okey..

Interview macam biasa. Kalau DHL aku cakap "i'm doing good", tapi kali ini, up sikit. (gile yakin wehh) Masa DHL dulu aku tak cuak, tapi kali ni cuak. Selawat tak lepas dari mulut aku masa tunggu giliran (ada 2 calon je, aku dengan sorang perempuan India). Tangan aku mula sejuk macam air batu, padahal takde lah kuat sangat aircond kat situ. Dup dap. Dup dap.

Entah berapa kali aku mesej The Husband bagitahu yang aku cuak. Apesal tah dengan aku ni. Agaknya perasaan cuak ni bawak petanda baik kot (nak sedapkan hati sendirik).

Aku tak mau komen pasal chances, pasal gaji yang bakal di offer, cuma tunggu ajelah panggilan untuk tahu result. Diaorang cakap paling lambat end of this week. Or earlier than that. Badan aku tak sedap masa interview. Demam aku tak baik lagi sebenarnya. So kejap sejuk, kejap hangat. Serius tak best. Apatah lagi memerlukan aku melawan perasaan cuak tak habis-habis ni. Sangat nauseous tau. huk.

Btw, sangat terima kasih pada kawan-kawan yang tak henti wish aku luck. Mudah-mudahan doa korang berkat di bulan Rejab ni. Amin.

:

Semalam pagi, Aix mesej aku, tanya bila aku balik JB, mahu tengok 2nd match MU katanya malam nanti. Dia sudah ada kat Bukit Jalil tengahari tu, boleh tak? Dia ajak aku, but sorry dude, next time MU datang aku pergi. eheh.

Alah result 2-0. MO dengan Macheda score.
MO again?? yeahhhhhhhhh! :)

Aix cakap stadium hambar sikit. Yelah dah 2nd game, lagipun waktu orang keja. Biasalah tu. Cuba MU menentang Liverfool ke, mesti orang berkali-kali panjat Bukit Jalil tuh.


Sayang, sudah mula minat MU kah???:P

:

Pagi ni aku bangun. Badan aku dah kurang panasnya. Kepala pun dah ringan. Tapi adik aku pulak, suhu badan dia sudah melampau panas. Aku lapkan kepala dan badan dia dengan tuala basah. Terus aku call mak, cakap nak bawak dia pergi klinik. Aku kena tunggu ayah balik lah. Lagipun tenggiling aku dah masuk bengkel. So pergerakan agak terhad sekarang ni. huhu~

Kat klinik tu nak tunggu giliran, memang sangat menyabarkan hati je. Nasib baik bukan aku yang demam, kalau tak mesti aku dah tergolek kat klinik tu. huhu.

:

Tadi aku pergi Pejabat Pos. Mahu hidupkan lesen aku yang dah mati 9 haribulan aritu (ini first time aku hidupkan lesen) . hahaha. Oke, cerita ni tak kelakar oke. Bayangkan dekat 10minit aku berdiri tercanguk depan kaunter tu! (setelah no giliran aku dipanggil dan telah menyerahkan dokumen dan bayaran yang patut). Mak aih! Akak ni baru belajar menaip ke ape? Selalunya aku hidupkan lesen mak ayah aku, tak sampai 2 minit pun.

Aku mula toleh kiri kanan. Menghafal servis-servis yang pejabat pos tawarkan. Melihat koleksi-koleksi setem yang dikeluarkan. Menghafal jenis-jenis pos ekspres yang dijual. Muka aku pun sudah berubah perisa. Dan kerani lelaki selang dua kaunter dari aku sudah mula pandang-pandang aku yang melilau matanya sana sini.

Mesti dalam hati dia, "budak ni buat urusan apa jugaklah, lama sangat terpacak kat sini." Ye la weh, bayangkan lah aku berdiri lamanya kalah dengan mamat sebelah aku yang keluarkan duit ASB sampai dua ikat ni.

Tup tup aku panjangkan sikit leher aku, tengok apa ke J yang akak ni buat, rupanya dia buat keja lain. Dia macam tengah settlekan bil apa tah. pffffttt! Pastu bila dia dah tengok kening aku kerut-kerut makin kronik, baru dia buat urusan lesen aku tu. Korang tau? Tak sampai 2 minit pun hah!!

Aku malas nak sound-sound. Sebab badan aku baru nak sihat, buat tambah ion negatif je nanti. Kakak oi, lain kali kalau nak buat keje lain dulu, tak payah lah panggil no giliran saya tu. Menyusahkan orang je. Korang-korang kalau yang keje berurusan dengan pelanggan tu, tolong lah buat keje dengan efisien ok. Jangan buat customer ni macam objek pulak. Sakit hati.

:

Aku nak rehat-rehat jap. Layan Puteri Aurora Beradu kat TV3 (nampak sangat aku takde keje sekarang nih). Sambil tutup semua tingkap dan pintu, pasang aircond. Ahhhhhhhh~ Terapi sungguh. keh keh.


nampak tak muka tengah mencorak masa depan?keh keh.

(kalau gambar ekspresi serius, mesti muka aku cam tenggiling :P)

Saturday, July 18, 2009

.Kalau Penonton Lagi Over Dari Pemain.

Bergegas aku balik dari JB. (lepas tengok adik-adik aku main futsal)
Sampai rumah terus on televisyen.


Oh! Nasib baru first half.
Sanggup tu, sampai baju tak salin. Karipap pun x sempat suap kat mulut.
Argh! Dah 2-0.


Oke salin baju jap.
Gile weh! Walau tidak ke stadium, tapi rasa bahangnya.
Amri Yayah, aku bangga kau orang Melayu.
Jadik legend ko pasni.
Tak lah jatuh sangat air muka Malaysia.
3-2 beb akhirnya! *bangga

Ape-ape pun. Glory Glory Man Utd! :)
MO7 sudah tunjuk taring-kah? ^.^


Sape-sape tak minat football, abaikan aje entri ni.




Apai, rugi ko tak tengok match ni. keh keh.


Friday, July 17, 2009

.Monyet Bisnes.



Aku bukan nak cerita pasal binatang peliharaan baru aku eh.


So...

Kenapa aku letak gambar Si Monyet ni?

Takde camni, korang kan tau aku duduk kat kampung kan. Depan rumah aku ada hutan-hutan tidak kurang tebalnya.

Lately, entah nape, Si Monyet ni asik carik pasal je dengan rumah aku (bukanlah tak biasa pasal hal ni). Tapi berturut-turut asik kena 'serang' je. Daripada yang ekor pendek, sampai ekor panjang. Daripada yang takde misai, sampailah yang berjambang.

Masalahnya aku tension. Spesies diaorang ni memang kuajaq. Dah la habis semua buah-buahan tanaman mak aku kena bantai. Tak cukup tu, tong sampah pun diaorang geledah. Sungguh kurang sopan.

Tadi pagi la, sepupu aku sebelah rumah pagi-pagi kejut aku (aku tinggal sorang-sorang sebab semua orang dah pergi keje) . Mak aih!!! Bersepah sampah atas jalan depan rumah aku. Celaka punya monyet! (nada dalam filem Masam-masam Manis). Tak pasal aku dah macam pekerja Alam Flora, kutip sampah yang bertabur. Citt. Kan dah tak pasal-pasal aku membebel pagi-pagi Jumaat ni.

Aku ingat lagi, masa aku darjah 5 kalau tak silap. Masa tu adik-adik aku baru umur 7 tahun, kitaorang bertiga tinggal kat rumah. Monyet menyerang masuk sampai dalam rumah. Gila babeng betul! Dua ekor masuk. Memang betullah pepatah cakap "Macam rusa masuk kampung". Jakun betul monyet-monyet sewel tu. Aku apa lagi, menjerit-jerit sampai tak terkeluar suara.

Ceh, adik-adik aku dengan aku konon berlagak macam pasukan PowerPuff, mahu hapuskan monyet-monyet itu. Kitaorang amik kayu hoki sorang satu pastu apa lagi pakat nak bantai monyet tu. Wah!! Monyet-monyet tu pun satu, tak mo mengalah. Lagi rancak diaorang bercanda dalam rumah. Aku mula kaget, risau kalau-kalau barang berharga kesayangan mak aku tergadai nyawanya.

Sesi kejar-mengejar, buru-memburu diteruskan. Sampai masuk dalam bilik adik aku tau. Yang sekor ni dah bertenggek atas kipas. Oleh kerana aku ni bijak sikit, aku pun petiklah suis kipas tu. Kipas tu start bergerak. Monyet yang sekor ni terlinga-linga tengok 'jentera' yang dia duduk dah begerak, so dia terjun pulak pergi kat lampu. Sampai senget lampu bilik adik aku. Bila kitaorang acah-acah nak pukul, dia terus escape pergi ruang tamu pulak.

Yang sekor lagi ni, memang standby je tunggu kawan dia yang terperangkap dalam bilik tadi keluar. Kitaorang tak putus asa. Padahal masa tu aku dah nangis-nangis dah tengok rumah dah macam kena serang dengan Ah Long. Aku call atuk aku (umah atuk aku dekat dengan rumah aku je), cakap monyet serang rumah, suruh dia datang cepat.

Lepas tu aku call mak aku, nangis-nangis sampai tak keluar suara bagitau mak aku yang monyet serang rumah. Atuk aku datang sebagai penyelamat. Lepas dia dapat kejar dan hempuk kepala monyet tu sampai mengalirkan darah, baru 2 ekor makhluk tu keluar. Aku dah terduduk tepi dinding, menangis lepas tragedi huru-hara berlaku. Tak lama, mak aku balik rumah.

"Kenapa sebenarnya tadi?" mak aku tanya aku.

Aku tak boleh cakap. Masih nangis, tapi masih cuba nak explain pasal tragedi serangan yang berlaku. Last-last adik aku bukak cerita,

"Rumah kena serang dengan monyet tadi. 2 ekor masuk."

"La...ingat rumah masuk pencuri. Telefon mak nangis-nangis sampai tak keluar suara, ingatkan kenapa. Buat mak cuak aje."

Hah! Rupanya mak aku tak dapat catch up apa aku ngadu kat telefon tu sebab aku asyik dok nangis sambil bercakap. Mak aku balik sebab panik dengar aku nangis, dia ingat rumah masuk pencurik. Nauzubillah!

Okey tutup kisah.


Oleh sebab aku sangat geram dengan Si Monyet yang dah menyusahkan aku untuk kutip sampah-sampah, aku tulis lah status kat FB "Kenapa susah sangat mahu mengajar seekor monyet?" Macam-macam respon aku dapat.

Pastu ada ala seorang kawan aku invite amik kuiz "Haiwan Berdasarkan Tarikh Lahir"

dan..........

jawapan aku dapat
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Tengok! Jawapannya Si Monyet!
(Wehhhhhhhhhh, kuajaq la tu nak cakap aku macam monyet!)


Tak puas hati betullah aku. tsk.tsk.
Tapi apa yang di describe tu baik-baik saja :) Hiperaktif! hahaha~

Thursday, July 16, 2009

.Bersama Chef Najihah: Episod 1.



Hai puan puan, cik kak, cik kak, cik Temah, Cik Bibah, Cik Senah (maaf tak dapat senaraikan semua nama), bertemu lagi dalam rancangan "Mari Mengotorkan Dapur Anda" bersama Chef Najihah, setiap petang Khamis.



Baiklah, oleh kerana saya berpuasa hari ini, maka saya sendiri (sudah meleleh air liur) mahu berkongsi resepi masakan dengan anda semua. Resepi kali ini bukanlah resepi nenek moyang saya, tapi saya cuma ambil dalam gerobok masakan saya kat dapur ni.





Resepi hari ini adalah:



HOMEMADE APPLE CRUMBLE



(resepi ini sesuai untuk hidangan 4 kepala)



baiklah...



Bahan-bahan wajib yang diperlukan adalah:



3 biji epal bersaiz medium

Gula pasir 180g

Mentega atau Marjerin masakan 120g

Tepung Naik sendiri 120g



Bahan-bahan tambahan pula adalah:

3/4 sudu teh kayu manis (cinnamon)

1/2 cawan oatmeal atau cornflakes (dihancurkan)



NOTA MASAKAN:

Apabila epal sudah dikupas dan dihiris, kebiasaannya warna epal yang segar akan menjadi tidak menarik kerana sudah bertukar ‘kecoklatan’ iaitu yang kebiasaan orang sebut karat. Rasa epal tersebut tidak akan berubah, tetapi dalam masakan, ‘rupa’ itu adalah penting. Oleh itu, dinasihatkan agar mengupas dan menghiris epal tersebut last minute.



Untuk membolehkan permukaan crumble Nampak ‘brown and nice’, pastikan sentiasa menjaga timing anda. Jangan sampai hangus dan jadi ‘black and yucksss’ ya!



MARI MULA MEMASAK...



1. Pertama sekali, panaskan oven atau ketuhar anda ke suhu 180 darjah celcius atau 350F

2. Sekarang, mari sediakan campuran 'crumble'. Anda boleh menggunakan tangan, blender elektrik ataupun garfu. (Penggunaan tangan sendiri akan memberi kesan yang lebih dramatik dalam masakan anda he he.)

3. Gaulkan mentega/marjerin dengan tepung dalam mangkuk yang kering menggunakan garfu/tangan sehingga anda mendapat tekstur seperti breadcrumbs. (tidak perlu untuk mendapatkan semua tekstur seperti breadcrumbs, tapi at least dapatlah menyerupai) Proses ini akan memakan masa kira-kira 3 minit.

Nota: Jika anda mahu masukkan oatmeal atau cornflakes, sila masukkan sekarang dan gaulkan sebati.



4. Tambah 120g (bukan kesemua 180g) gula ke dalam campuran tadi dan gaulkan sebati. Ini akan membantu menjadikan campuran anda lebih menyerupai breadcrumbs. Sekarang, campuran crumble anda sudah siap tersedia.

5. Kupas epal dan potong setiap satunya kepada 4 bahagian. Buangkan biji epal seperti yang ditunjukkan. Potong epal suku bahagian. Tidak perlu hiris terlalu nipis, cukup 6 hirisan bagi setiap suku bahagian epal.



6. Letakkan hirisan epal ke dalam mangkuk casserole (lebih baik). Jika anda ingin menambahkan serbuk kayu manis, campurkan sekarang. Pastikan serbuk kayu manis ditabur rata ke seluruh bahagian epal. Taburkan baki 60g gula ke atas epal-epal beserta serbuk kulit kayu manis tadi.

7. Sekarang taburkan/tuangkan campuran crumble yang telah disediakan tadi ke atas epal-epal yang telah digaul dengan gula dan serbuk kayu manis tadi. ratakan permukaan crumble tersebut.



8. Masukkan ke dalam oven yang telah anda panaskan tadi.

TIPS: Letakkan apple crumble di bawah suhu panas 30 hingga 45 saat untuk 'mengcokelatkan' topping crumble. Pastikan anda menjaga timing betul-betul kerana jika terlebih 30 saat akan menjadikan topping crumble anda hangit! :P

9. Apabila crumble siap dimasak, biarkan ia sejuk sekurang-kurangnya untuk 15 minit.

AMARAN: Apple crumble boleh kekal menjadi panas untuk jangka masa 1 jam lebih.

10. Hidangkan bersama ais krim, krim atau kastard.

(Pilihan Chef Najihah, Vanilla Ice Cream)



Eh dah over run ni. Marah produser nanti. Oke, itu saja puan-puan. Senang je kan? Jangan lupa temujanji kita di waktu dan hari yang sama ya! Selamat Mencuba!! :)



(Chef Najihah cabut apron, terus ke kedai beli bahan-bahan kat Pasaraya Ah Huat)





.Actually....




Sayang;

Apparently, I miss you soooooooooo muchh! tsk. tsk.

.B is for Black.


Weeewittttt!

Saje je gatal-gatal tukar skin baru.

Macam gothic sangat pulak. Hitam mak aih!
(gambar header pon boleh tahan daring)

Tapi aku suka.

Korang tak suka sudah. eheh~ :P

.

.

aku tengah pikir nak makan apa bukak puasa nanti. Apa best??



Wednesday, July 15, 2009

.Lepaskan Satu, Lagi Satu Datang.


Pagi Rabu yang gelap.
(dalam bilik, memang aku tidur bergelap)

The Wife tidur semula after 'sending' The Husband to his workplace.

.

.
Panggilan 1
Dalam keadaan mamai, kira-kira jam 815 pagi.


Kring..kring..kring...
(bunyi telefon sebenar, telefon murah katakan)


"Hello, may i speak to Miss Nur Najihah?" "Yes speaking."

"Hi, I'm xxxxxx from xxxxxxxx Bank"
"Oh yes xxxxxx"

(merujuk aku memang dah cam suara dia, sebab dah 3kali dia call)


"Do you still interested on the position Call Centre Executive that you applied before?"
(merujuk jawatan sebelum ni yang sepatutnya aku diinterview aritu)

"Emm..nope. I've already got job offer from other company"
(padahal takde dapat job pun)

"Oh okay, thanks najihah. bye."


Klik. Gagang diletak. Dalam mata tertutup, aku telan air liur. Betul kah apa aku buat ni?
Terlalu beryakin akan dapat call dari company lagi satu.

.

.

Panggilan 2
Dalam keadaan tiga suku mamai, kira-kira jam 1145 pagi.


"Hello, is this Miss Nur Najihah?"
"Yes speaking."


"Hi, I'm xxxxxxxx from HR Department xxxxxxxx Bank"
"Oh hye xxxxxxxx"


"I'm calling for the interview for the application that you forward to us for CMOD"
(terus segar biji mata! inilah caller yang aku tunggu!)

"Oh ok, yes"

"The interview will be on Monday 24th July, on 2.00 pm. I will sending you the details through your email ya."

"Ok xxxxxxxx, thanks a lot." "Okay, bye"



Klik. Gagang di letak. Tapi, Monday, 24th July?Betul ke aku dengar? Nak percaya Monday ke, or 24th July? Kalay 24th July tu Friday. Tak clear sangat lah conversation tadi.

Terus aku bukak mata, tersenyum-senyum sorang. Mudah-mudahan kali ni rezeki aku. Message dari The Husband sampai, terus aku bagitau dia berita itu. keh keh.

.

.

Aku bukak Firefox. Cek email. Ahah! Ada email dari caller tadi.


Dear Najihah,

Our communication refers, and please find below details for the interview:

Date : 20 July 2009, Monday
Time : be here by 2.00 pm
(session starts at 3.00 pm after completing the forms & set of questionaires)

Venue : Bangunan xxxxxxxxxx, Kuala Lumpur.

Kindly bring along all relevant certificates (original & photocopy), 1pc passport sized photo, 1pc photocopy of NRIC and the latest payslip.

Should you have further inquiries, please call me at below number:

Warm Regards,
xxxxxxxx

.
.

Oh, Monday, 20th July rupanya! Nasib baik, kalau tak, tak pasal aku melepas interview. ha ha~
Weekend ni turun KL yawwwww! :)


Kawan-kawan, wish me luck. Kalau dapat job tu, nanti kenduri ayam penyet ramai-ramai oke ^.^






Tuesday, July 14, 2009

.Projek Pertama: The A & A 's Adoration.


Ehem..ehem..tekak sakit nih T_T

Okey, seperti sudah maklum, Najihah Abas sudah duduk diam-diam di rumah. Lepas beliau sudah bosan buat semua rutin harian, beliau akan meneruskan kerja-kerja rutin menghadap Firefox secara malar (selain melayan WLIA). Cek email, FB, FS, Twitter dan belog ini (diulang-ulang berkali-kali)

Sabtu minggu lepas, saya telah menerima request dari a so-called my very best friend. Kawan yang saya sudah kenal daripada zaman Diploma di UTMKL dulu lagi. Kawan yang termasuk dalam lingkungan "The Connectors" kerana kami boleh berkomunikasi cukup hanya menggunakan pandangan mata atau kening sahaja - sudah cukup tahu apa yang masing-masing mahu perkatakan! (terutama jika mahu mengumpat orang! :P)

Itu lah dia Cik Atie, dia mintak tolong (dia upah saya juga sebenarnya) saya ambil kan gambar dia bersama her beloved other half, Encik Lan (juga kenal dari zaman Diploma).

So, i've no sweat untuk penuhi request cik kak sorang ni walau saya telah janji untuk pulang ke rumah awal pada Sabtu itu. Kawan punya pasal, tak de hal.

Tapi mula-mula sekali saya sudah mintak maaf pada cik kak ni kalau gambar yang saya ambil tidak memuaskan hati dia. Al-maklumlah, equipment yang saya guna adalah kategori 'cikai' dan cukup basic. Dan photography-oriented saya juga masih di tahap 'tadika'.

Dulu masa di UTMKL boleh lah, zaman memang bergelumang dan bermatian dengan dunia fotografi. Boleh la macam semi-pro (three quarter pro pun boleh kot) . Tapi bila equipment takde (dulu mana mampu nak beli DSLR), bakat lama-lama terhakis. Yelah, seni ni, kena selalu asah. Kalau tak, hilang macam tu je. Tangan jadi keras, otak pun beku.


.:: f.r.i.e.n.d.s ::.


Sesi shooting telah diadakan di Muzium Sultan Abu Bakar, Johor Bahru (favourite capture place saya) pada lingkungan jam 5 petang (mula-mula jam 3 lebih, tapi tertunda pulak). Cuaca agak cloudy dan mendung. Riak-riak hujan mahu turun memang 90 peratus. Thanks pada The Husband sebab teman saya pergi shooting ni (konon-konon kami mau shooting sekali, tapi dia amat lah malu). Next time, kita pulak pose ya! :)

Ni lah antara gambar-gambar yang dapat aku upload. Ada lebih kurang 400++ keping semuanya. Ini yang sempat aku edit (edit lah sangat, padahal bakat photoshop gile lemah!). So cucilah mata anda dengan gambar-gambar yang telah di shoot dengan menggunakan equipment 'cikai' dan teknik fotografi maha lemah ini. he he~

.

.
Najihah Abas presents you....
(drum roll)


~The A & A's Adoration~


.:: we stand, still. to our future ::.



.:: we fall apart; we make up; we still together ::.


.:: and i know, you're my beloved from the start ::.



.:: though the wind, though the rain, though the storm; we stick still ::.



.:: you seek me, you get me ::.


.:: i see you, through the imperfection, i love u ::.



.:: they just made for each other ::.



.:: the stolen heart, that never fall apart (again) ::.



.:: the commitment ::.



.:: fonding in every way ::.



.:: we look our future, in our own love way ::.


.:: thanks thee; for being with me ::.



.:: pure worship ::.
(this pose macam dalam Full-House kan)



.:: Thank God I Found You hun!! ::.



.:: I'm yours, you're mine ::.


.:: ahah! i know what's inside your heart ::.


.:: i'm not a flower boy, not yet a romeo. i'm your destiny ::.


.:: as we step together, to the destiny that we already had ::.


and i like this pose very much!



.:: three words, eight letters ::.


fin.


To Atie & Alan;
May the happiness and the tenderness last forever.
.

.

oke tu je. i love to hear your comments. Do drop your comments. If korang or siapa-siapa mahu request amik gambar korang and your beloved (tak kisahlah, dengan boyfriend ke, dengan kucing ke, dengan patung barbie or kereta kesayangan ke or etcetera), just gimme a contact k. saya akan datang terus to your door step jika ada kelapangan.

Don't hesitate ya! This is not about the price tau (saya tidak kisah atau berkira pun bab ini okey!). Saya lebih kisahkan mahu mengasah bakat dan menambahkan koleksi gambar saya! (mahu penuhkan HDD saya ni) :) Komen anda amat sangat penting untuk saya. Karena saya amat mencintai fotografi dan kamera saya lebih daripada my other half!! (he he u jgn marah i tau sayang i keluarkan statement ni :P)



Oke, saya nak pergi memasak untuk makan tengahari(tipu sangat!).
Apa-apa buzz aje ye. daaaa~

Monday, July 13, 2009

.Saat Perlu Berjauh, Jauhkanlah.


Baru hari pertama yang buat aku hidup dalam erti kata keseorangan tanpa my beloved other half. Semalam (Sabtu) aku balik rumah, selesai je Photoshoot Atie dan Lan, terus punggah barang, balik rumah. Hujan lebat menggila dan berkabus waktu malam. Aku dan 'tenggiling' (as called by him) aku berusaha keras meredah hujan. Tapi still speeding. Ah, kalau bawak kereta slow confirm aku tidur time drive. keh keh.

Tapi hari ni, Irwan sudah janji mahu datang rumah. Eheh, baru je pisah tak sampai 24 jam lagi, sudah jumpa! horeeeeeeeeeeeeyyy! (melompat gedik)

Biasalah bila Irwan datang rumah, Cikgu Latifah masakkan favourite dish dia. Selepas sesi chit chat dan makan tengahari dengan Cikgu Latifah, Cikgu Abas dan barisan hadapan (Cik Betty & Encik Faiz) adik aku mula bagi-bagi hint nak ajak pergi bandar (dari semalam sebenarnya). Irwan layankan je, he he. (i know he's very damn tired!)

First spot, Summit Parade. Ini Shopping Mall yang mula-mula sekali established dan paling canggih kat Batu Pahat waktu zaman aku kena naik Bas Coastal bertambang RM 0.40 untuk makan KFC kat sini (selalu aku akan pergi dengan Ain Yusop). Sumpah takde apa-apa yang akan membuat korang rasa nak stay lama-lama kat sini melainkan lambakan kedai menjual pakaian beroriented kan Hong Kong dan China stail.




Mula-mula rasa nak tengok Transformers (untuk second time), tapi masa mungkin tak cukup. Takkan nak suruh Irwan balik tengah malam pulak. So, kitaorang main bowling aje sudah. Aku dan adik aku je yang main. Main 2 game je. Irwan tak main, penat, katanya tak larat dia nak angkat bola tu (alasan je, ceh! :P) Tak boleh blah markah aku kat score board. Confirm kena reject pada saringan awal-awal lagi untuk wakil Malaysia (wakil UTM pun tak lepas ada hati nak wakil Malaysia). ha ha.


Lepas tu, masuk karaoke. 1 jam. Aduh, leceh sungguh remote ni. Melambatkan proses pemilihan lagu je. Lagu Jason Mraz takde pulak tu. huhu. Puas aku dengan adik aku melalak. Sayang, sorry lah ye kamu terpaksa dengar suara saya yang kurang sikit saja kualitinya daripada Yuna (gile perasan!) :p

Irwan ajak adik aku layan snooker, tapi centre tu penuh pulak. So kitaorang layan Daytona. yayyyy! . Aku mula lah berlagak macam pemandu profesional. (memang selalu berlagak pun kalau kat jalan raya sebenar :P) haha. Okeh, token changed. Start your engines dude! (muka race leader poyo tak boleh blah). Mula-mula lawan 3 orang. Aku dapat tempat ketiga-lah :P :D Pastu aku lawan dengan Irwan pulak. Yess!!! saya juara, sorry sayang you kena makan asap :P

Kitaorang usha semula snooker centre, ada kosong. Aku tak pernah main snooker ni. Setakat main pool tu retilah. Tapi snooker ni, aish. Tempat agak-agak scary jugak. Aku dah mula bayangkan adegan gaduh-gaduh akan berlaku macam dalam drama Gerak Khas (suka imagin over-over!). Dengan bau asap rokok nye, pening kepala aku weh(tahan jelah). Okey, bola sudah di set. Amik kayu sorang satu (eh, aku termasuk main sekali lah). Haha ada lah dua tiga kali tonjol je, pastu aku tak main dah. Aku jadi scoreboard girl je, tukang alih-alihkan markah diaorang. Irwan cakap dia dah lama dia tak main, tangan sudah keras, tipu sungguh! Itu main dengan tangan keras, boleh tahan menggugat skill nya, kalau tangan tak keras?? huhu~

Habis je main snooker, perut sudah lapar. Kitaorang pergi makan kat kedai kawan adik aku ni. Spot tempat makan yang sedap kat Batu Pahat ni. erkkk...alhamdulillah. Kenyang :)


Saat yang paling tidak ditunggu, Irwan sudah mau balik. Sangat tidak best! hu hu~ Thanks darl sebab sanggup spend masa melayan kerenah saya dan adik saya seharian :) Saya tahu kamu penat sangat-sangat, tapi untuk saya, kamu buat juga ^.^ Dan dia sudah lega, sudah luah kan apa yang terbuku pada Cikgu Latifah dan Cikgu Abas. Semua kembali jadi normal.


Dan saat aku lihat kamu pergi, walau berat, akan aku cuba betah dengan momen yang dipanggil
[s][e][p][a][r][a][t][e][d]


i l y~

Sunday, July 12, 2009

.Beliau Sudah Pulang, Jaga-jaga.


Najihah Abas sudah balik rumah!!!



Jaga-jaga..

bahaya kalau beliau sudah balik sebab:


* dia akan tidur tak ingat dunia.

* dia akan makan, makan dan makan sehingga berat badan berubah secara mendadak.

*dia akan jadi sangat rajin untuk mengemas rumah
(semua barang kalau boleh dia nak lupuskan :p)

* dia akan punggah semua buku resepi yang ada dan mula mencipta formula masakan sendiri
(tapi confirm sedap okeyy! wekk.)

* dia akan melingkar depan tv dan layan semua siaran tv astro berulang-ulang secara konstan terutama WLIA~ yeah~

dan....

* dia akan menjadi budak yang sangat sangat baik dan tidak bersosial.
(jangan harap nak keluar, eh bukan mak ayah tak bagi, dia yang jadi malas, baik duduk rumah diam-diam putihkan warna kulit jadi kuning langsat hahahaha)

.

.

sukaaaaaaaaaanya sudah balik. heaven beb :) oke aku nak pegi cuci tandas ni.
nanti story lagi eh. huhu.

Friday, July 10, 2009

.Cerita Beliau dan Aci Cleaner.


Ini perbualan aku dengan seorang aci cleaner di kolej kediaman yang aku tumpang. 3 hari yang berlainan dan berturut-turut.

A: Aci
G: Gha

.

Perbualan Pertama
Waktu ni aku nak pergi toilet, baru lepas tengok jam, area pukul 1115 pagi.

A: "Adik, pukul berapa sekarang?"
G: "Pukul 11 suku."
A: "Oo sebelas ya, terima kasih."

.

Perbualan Kedua
Waktu ni aku baru keluar lif lepas hantar binding thesis, baru lepas tengok jam, pergi toilet, area pukul 315 petang.

A: "Adik, pukul berapa sekarang?"
G: "Pukul 3 suku."
A: "Oo tiga ya, terima kasih."

.

Perbualan Ketiga
Waktu ni aku baru balik, dekat koridor, baru nak buka pintu bilik,area pukul 315 petang.
Kali ni perbualan panjang sikit.

G: "Hai auntie, dah makan?"
A: "Sudah." (sambil tersenyum)
G: "Ok auntie, saya masuk dulu."
A: "Adik, pukul berapa sekarang?"
G: "Pukul 3 suku."
A: "Oo tiga ya, terima kasih."

.

.

Perasan tak, tiap kali auntie tu tanya aku waktu, mesti area pukul suku. Sebelas suku, tiga suku. Sekali dua aku tak perasan, dah masuk tiga kali, aku cam terfikir. Bukan, bukan saspen. Aku tengok kat pergelangan tangan auntie tu, tiada jam tangan. Rasa macam nak belikan dia jam aje.


Semalam, aku terserempak dengan auntie tu dalam toilet. Baru lepas lakukan kerja pembersihan. Aku cuma senyum, dia senyum macam biasa. Auntie tu keluar dari toilet. Aku jengah, dia berjalan, perlahan ke koridor blok sebelah. Ada simpati yang aku rasakan di situ.


Hari ni, aku tak bertegur dengan auntie tu, cuma dalam perjalanan aku pergi tandas, aku nampak, dia turun tangga, sertai rakan-rakan sejawatan beliau, berbual dengan bahasa beliau yang tidak aku fahami.


Ah, rindu pulak aku tunggu dia tanya pukul berapa waktu tu.
Pukul 915 pagi!!! See....!




Thursday, July 9, 2009

.Dengan Rasminya Saya Bukan Lagi Student UTM.


hip hip hooooreeeeeeeeeeyyyyyyyyyyy!
mari melompat bintang! (saja nak over excited)


muka senyum buatan tak boleh blah (rasa gembira) bila ingin menamatkan zaman perjuangan bermatian di UTM hari ini sambil gambar diambil oleh kekasih hati yang melayan saje karenah perempuan sorang yang tah pape tah ni (panjang sungguh quotes gambar nih :P)


Thesis sudah aku hantar tadi. yah!
Tinggal nak hantar 1 copy esok untuk penyelia.
Aku rasa dia tak mau kot simpan thesis aku. ha ha.



ha ini lah dia projek penyelidikan yang memang acap kali membuat aku rasa ingin vomit apabila sebut saja nama projek ni. sumpah!
Ni warna thesis fakulti aku, kaler Merun (macam ejaan di Kedai Binding Lily). Aku terlebih contrast ni. eheh.


effort yang aku letakkan tidaklah banyak mana, tapi sekurang-kurangnya aku telah berusaha seboleh mungkin. Dapat lah rasa tak cukup tidur. Dapatlah rasa urat-urat otak terkehel. Dapatlah rasa hati menyumpah-nyumpah hampir tidak ikhlas siapkan psm. ha ha~

satu perbualan bersama teman.

Aku: "Banyak songeh betul psm ni, kadang-kadang rasa tak ikhlas nak buat kan"

Teman: "Ada ke orang ikhlas buat PSM?" - sambil dia tergelak.

- kah kah kah, betul jugak, aku fikir. Teman lagi satu pun setuju.

.

.
Semua sudah selesai. Aku kini bukan lagi pelajar UTM :) (rasa bangga, dan tapi sebak sedikit)
Thanks kawan-kawan yang selalu buat aku bersemangat, korang memang rock!!!! ^.^


Aku teruja nih.
Mau tempuh "ALAM BARU" (word yang ex-lecturer aku cakap)
Nak jugak rasa duit kaler purple tebal dalam wallet.
Mungkin tambahkan lagi 'kad gores' untuk pertingkatkan prestasi seorang kaki shopping?


Kawan-kawan yang bakal hadap benda alah PSM ni, good luckkk! :)
(esp: amy, soraya, fairuz)
Ready lah stok red bull 2-3 kotak ke. Dan tinggalkan lah Megan Fox mahupun "Chuck Bass" itu seketika. Tapi kalau nak buat terapi sekali sekala ok :)


Selamat Tinggal UTM!!
^.^