Friday, December 31, 2010

.Selamat 2011.

Assalamualaikum.

Sekejap je sudah hari Jumaat semula. Dan sekejap je sudah sampai ke penghujung tahun. Tahun 2010 berlalu dengan bermacam-macam benda, memori dan kenangan.

Aku rasa 2010 ni tahun yang paling pantas sekali masa berlalu. Serius, rasa sekejap sangat ehh dah nak masuk 2011 dah?? -_-

Dari segi kehidupan, aku telah berganjak kepada kehidupan yang lebih membahagiakan sejak bergelar isteri.  Dan perlahan-lahan aku menukar jadual dan kegiatan aku untuk disesuaikan dengan status isteri.

Kalau ikutkan hari ni adalah plan asal untuk hari pernikahan kitaorang. Tapi masing-masing gatal sangat nak kawin cepat, so kahwin lah pada 2010. Bukanlah sebenarnya jodoh dah sampai, tak mampu mengelak :)

Bukan senang tau pegang status isteri ni. Selain kena taat pada suami, segala perbuatan, percakapan dan sikap harus terkawal agar maruah suami tidak tercalar dan hatinya tidak terusik. Memang itu pun tanggungjawab isteri kan.

Dari segi kewangan, tahun 2010 adalah tahun kegawatan ekonomi bagi aku lah. Maksud aku, bukan tahun kewangan yang baik. Dari segi kiraan astronumerologi pun, tahun 2010 bukan tahun yang baik untuk kewangan. Jadi aku harap 2011 kewangan aku akan bertambah stabil. Maklumlah perancangan untuk membesarkan keluarga memang ada :)

Dari segi kerjaya pulak, tak banyak yang berubah sangat. Aku masih bekerja pada cuti umum macam hari ini :) Cuma aku berazam untuk menambahbaik prestasi kerja aku dan aku harap dapat belajar lebih banyak benda lagi. Maklumlah kalau kerja bahagian operasi ni, paling bagus kalau dapat cover keseluruhan unit.

Azam tahun baru? Aku rasa aku tak pernah pasang azam setiap tahun. Bukan taknak set goal atau matlamat hidup, tapi aku rasa setiap hari perlu berazam, bukan kena tunggu tahun baru je kan. Cuma setiap tahun aku mengharapkan Tuhan beri aku limpahan rezeki, kesihatan yang baik dan kebahagiaan dunia dan akhirat.

Aku jugak harap agar akhlak aku sebagai sebagai seorang isteri, anak dan bakal ibu bertambah baik. Kalau boleh nak kawal kemarahan dan kurangkan mengeluarkan kata-kata kesat :P

Dan sebagai isteri, aku cuma mahu hadiahkan Irwan kebahagiaan ini.



Harap Tuhan makbulkan doa kami :)


Selamat Tahun Baru 2011 semua! Have a blast one!


Thursday, December 30, 2010

.Tahun Ini Tahun Harimau.

Tak sia-sia semalam cepat-cepat balik rumah nak tengok AFF Suzuki Cup punya pasal. Semangat nak tengok Indonesia diganyang oleh Malaysia.

Banyak jugak wajah-wajah jelita selebriti Indonesia yang berjaya dishoot oleh cameraman. Tapi aku tak nampak pulak Ariel Peterporn malam tadi.

Agaknya kalau dia datang malam tadi, mau disuruh lari bogel keliling Stadium Gelora Bung Karno. kuikui.

Alhamdulillah. Syukur Malaysia menang. Tahun ini memang Tahun Harimau :)

Alhamdulillah, esok public holiday.

Arggh! Aku kena kerja esok. grr.

Wednesday, December 29, 2010

.Edisi Dua.

Assalamualaikum.

Genap dua bulan hari ini, aku dengan Irwan berkongsi hidup.

Dan dua bulan ini lah macam-macam benda yang jadi. Yang buat aku tersenyum lebar, yang buat aku menangis bagai nak rak. Semua lah.

Dan aku amat bersyukur Tuhan masih kekalkan ikatan kami.

You know what? It's though to have a long-distance marraige. Indeed. Mulanya aku rasa macam everything can get through easily, tapi lama-lama mencabar keupayaan aku jugak. Lagi-lagi bila kita sakit, suami pulak tiada di sisi :'( Jadi perasaan harus menjadi tough itu harus sangat kuat. Dah takda masa asyik nak melalak je.

Oleh kerana kami pasangan PJJ (Pengantin Jarak Jauh), jadi bila sesekali berjumpa, pasti akan membuat pelbagai aktiviti sebanyak yang boleh untuk menghabiskan masa bersama-sama.

Nohing much, weekend lepas kitaorang cuma pergi minum Kopi keretapi (Irwan mengidam sangat), lepas tu pergi main boling and have a short karaoke session.


Aku baru tau Irwan ada bakat main boling. Serius boleh tahan terer laki aku nih :)
Aku pun terer jugak, taoi masukkan bola ke longkang lah. kah kah.

Dan Irwan ada bakat menyanyi jugak lah, sikit-sikit.Hehe.

Terima Kasih Allah kerana masih beri peluang untuk kami bersama.

Semoga semua ini berkekalan ke nafas terakhir. Amin.

I Love You So Much!

Tuesday, December 28, 2010

.Yeyeah Kawin!! (Bahagian Tiga).

Assalamualaikum.

Happy Tuesday peoples! :)

Tiba-tiba nak cakap omputih.hiks. Semalam aku cuti, jadi hari ini mood malas bekerja sangat menebal.Haih! Macam ni ke nak jadi pekerja contoh.

Baiklah baiklah jangan nak membebel panjang. Korang mesti tertunggu-tunggu entri kawin aku yang aku dah postponed hampir sebulan kan? :) Eleh kitew tau awak semua tunggu tapi taknak ngaku.

Sebelum baca pi basuh muka dulu, takut ngantuk pulak baca entri panjang berjela kang.

Sila nikmati dulu pos bermanja-manja di kebun orked :P

Ehemmmm ehemmm cerita bermula begini....

HARI PERSANDINGAN 30/10/2010

Untuk pengetahuan korang, hari pernikahan dan hari persandingan aku berlangsung pada hari berlainan. Aku nikah Jumaat malam, bersanding keesokannya pulak. Terpulang pada diri masing-masing, ada yang suka bernikah pagi, pastu tengahari hari yang sama pulak terus bersanding. Tapi aku lebih prefer bernikah dan bersanding berlainan hari. Jadi tak kelam-kabut sangat nak bersiap.Eceh.

Lepas tidur lambat malam tadi selepas majlis pernikahan selesai, pengantin sudah bangun sewal jam tujuh pagi. Ehh jangan nak ngengada dah tidur lambat lepas tu nak plan bangun lambat pulak sebab tak mau eyebag kelihatan jelas. Tak boleh okeyyy! Pengantin harus bangun awal, takkan tak malu kot tengok orang lain dah bertungkus-lumus buat persiapan awak masih nak bergelimpangan atas katil ewah-ewah banyak cantik.

Bila dah mandi wangi-wangi, sebelum tunggu makeup artist aku datang, aku pun pergi buat final-checking untuk keseluruhan majlis. Walaupun korang pengantin, tak boleh lepas tangan je, kalau nak rasa puas hati dengan majlis sendiri, better korang follow-up sendiri semuanya (mana yang terdaya lah).

Serius korang akan rasa perasaan tak lalu nak makan macam makanan tak boleh telan langsung. Tapi aku ingat tips-tips kawan-kawan aku yang dah kahwin dulu, diaorang cakap kena makan jugak walaupun sikit. So aku pun cuma jamah sikit nasi dengan lauk ayam masak marah sebelum bersiap untuk majlis. Serius tak kenyang, tapi perut rasa dah penuh je.

Make-up artist aku si Farell sangat punctual orangnya. Dia datang tepat pukul12 seperti yang telah dijanjikan. Paling tak sabar time muka nak kena makeup-lah. Kesian jugak kot Farell mesti harus berusaha keras untuk jadikan kitew cantik hari tu.

Nasib baik Farell tu terel, jadi segala jenis tompokan dan eyebag telah hilang dari pandangan mata kasar. Dan terhasil lah muka bride yang memang waaaa comelll sangat kot! hahahaha sila la muntah sekarang.

Masa waktu menunggu untuk bersanding tu u'olls memang rasa chuakk gila macam nak terkencing banyak kali, nasiblah dah pakai baju cantik rasa tak sampai hati nak kencing takut baju kotor dan berbau pulak nanti -_-

Majlis bersanding aku dijadualkan pukul dua petang. Tapi ada miscommunication dengan pasukan kompang. Jadi keadaan sedikit tegang di situ, last-last pukul2.05 petang baru orang suruh aku keluar ke pelamin.

Cewah cewah ni saat yang paling best ni. Masa tengah tunggu Irwan datang, aku kena duduk diam atas pelamin dan tunjukkan sikit sifat malu-malu tu. Muka siap kena tutup dengan kipas oleh pengapit, konon-konon tak mau bagi Irwan tengok dulu muka isteri dia yang chomell sangat nih :')

Kalau tak silap aku, Irwan kena melalui empat tol sebelum dibenarkan duduk atas pelamin. Ohh lupa nak cakap, adat tol ni memang adat orang Johor. So pada lelaki yang nak kawhin dengan orang Johor tu, kena sedia lah untuk terima adat ni. Ala untuk suka-suka jeww bukan kena letak seratus ringgit setiap sampul pun. Kecuali untuk duit bukak kipas, kena letak banyak sikit lah tapi tu pun tak sampai seratus. Tapi kalau korang memang kaya-raya dan berniat untuk sedekah apa salahnya kan letak lebih sikit.hehe

Bila korang dah duduk atas pelamin, jangan lupa untuk senyum memanjang walaupun dalam hati dan perut ada rama-rama yang tebrang banyak gila. Senyum je dengan senyuman paling manis dan ikhlas. Takkan pengantin nak muka masam kan, roak gambar sendiri nanti.

Trust me masa dah duduk atas pelamin dan acara tepung-tawar bermula, korang dah tak rasa debaran tu dah. Semua dah terbang jauh-jauh dan rasa excited berlebihan akan muncul. Masa tu akan rasa WAHH SERONOKNYA KAHWIN NI! Kalau tahu mesti dah kawin awal-awal lagi. Maklumlah Raja sehari kan, diraikan oleh semua orang dan menjadi tumpuan semua tetamu. Rasa malu ada jugak, tapi excited tu lebih lagi.

Time kahwin ni pun best sebab semua kehendak korang akan dilayan. Nak itu orang ambilkan, nak ini orang hulurkan. Best sangat ah. Tapi janganlah over mengarah itu dan ini pulak kan.

Masa makan beradab tu ececeh bestnya makan dapat suap-suapkan suami sendiri di khalayak ramai. Tapi tu la, makan tak kenyang sangat sebab kena control sikit yelah nanti orang cakap pengantin makan gelojoh pulak.

Lepas habis je majlis, kitaorang pergi outdoor photoshoot pulak kat Kluang. Siap buat aksi berbahaya melintas jalan raya yang sesak masa nak pegi satu tempat tu dengan memakai baju pengantin. Gila kau, kalau terpijak kain yang meleret tu, dah jadi tragedi. Nauzubillah!

Tempat outdoor lagi satu ada kat kawasan ladang. Gambar aku tak dapat lagi, jadi tak boleh lah nak tunjuk semuanya. Paling best, bila nak keluar dari ladang tu. Tiba-tiba Mak Guard tu tahan kitaorang. Ingatkan nak marah ke apa, sekali dia bagi aku bunga Orkid yang cantik gila kot, macam spesies kacukan siap wish SELAMAT PENGANTIN BARU lagi :) Terharu!

Secara keseluruhannya aku berpuas hati majlis perkahwinan aku berjalan lancar walaupun ada beberapa detik-detik cemas yang berlaku tapi semuanya dapat diatasi dengan baik.

Aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak pada kawan-kawan aku yang sudi datang memeriahkan majlis. Kawan-kawan SKPP, SMKAS, UTM dan officemates aku. Banyak kawan-kawan yang aku tak sangka akan datang ke majlis aku, diaorang datang. Thanks guys. Walaupun dari jauh, korang sanggup datang.

Ada jugak yang datang sehari awal semata-mata nak hantar hadiah sebab tak dapat datang masa hari sebenar. Terharu lagi! Yang tak datang tapi dah janji nak pos hadiah pun, siap pos! Lagi terharu!

Thanks guys! Tak dapat aku nak balas jasa-jasa korang :) Pada siapa yang akan berkahwin tu, korang jemputlah aku, insyaAllah aku pergi pulak majlis korang eh. Sorry jugak untuk semua kekurangan dalam majlis aku.


Haaaa rasa best kan kahwin ni?Memang best! Baik korang kawin cepat! hehe.



 


Thursday, December 23, 2010

.Hari Ini Dua Dalam Satu.

Assalamualaikum.

Hello! Hello! Selamat Hari Jumaat Khamis semua. <--TQ Amy! :D

Hari ini ada dua perkara penting berlaku di pejabat aku. Satu ialah acara Exchange Gift, satu lagi adalah...tunggu sampai habis entri, korang tau lah nanti :D

Baik, mari ke cerita pertama.
.
.
Seperti tahun lepas punya cerita, tahun ini kali kedua aku menyertai acara exchange gift ni. Agak ramai yang menyertai termasuk big boss aku. Tapi ada jugak yang tak mau join dengan bermacam alasan. Ada yang cakap exchange gift ni budaya orang Kristian sempena Krismas lah, tapi sebenarnya ramai yang kedekut kot? huhu.

Pada aku benda ni cuma for fun, sebagai release tension kerja sikit kan. At least ada lah jugak aktiviti kan?Setiap orang ambil bahagian akan dapat nama orang yang dia perlu kasi hadiah bernilai minima RM40. Jadi acara penyampaian hadiah berlaku tadi jam sepuluh pagi.

Dimulakan dengan big boss.
Dia dapat towel Liverpool oooh! Lagi satu dia dapat table clock Liverpool jugak. Kemain suka dia dapat hadiah ni. Al-maklumlah semangat "You'll Never Walk Alone" sangat tinggi! :)

Siapa lah yang bagus memahami minat bos tu kan?

Aku lah yang bagi. haha. :P


Tapi dalam banyak-banyak hadiah yang ramai orang dapat, yang dua kat bawah ini dikira unik sikit.

Ayu sungguh dapat kebaya, dan cik abang tu dah macam Jack Sparrow versi Kelantan aku tengok.hehe. (Dia memang orang Kelantan pun)


Kah kah kah! Siap ada bontot getah kat seluar pirate tu. Lucah gila gambar ni. Mampus aku kena saman. Ala for fun lagi pun kan?


Aku pulak dapat apa?


Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

Dream Unlimited Shower Gel from BodyShop.


Wangi gila kot! Rasa macam nak balut tangan pakai plastik lepas basuh tangan pakai benda ni. Macam dalam cerita Musang Berjanggut tu.hehe.

Terima kasih siapa yang bagi ini, saya suka gila ah! :)
.
.
Oke cerita kedua pulak.

Lepas dah happy happy yeayyyy dapat hadiah, tiba-tiba dikejutkan dengan loceng penggera kebakaran. Mak aihhhhh!

Terus macam panik, dah tak fikir pasal kerja, terus rembat handphone dengan dompet terus keluar berlari menyelamatkan diri. Sampai lupa nak menyelamatkan handbag tersayang.haha.

Tapi rupa-rupanya fire drill daa.

Lama wehh tak terkejut dengan fire drill ni, last masa tingkatan 5. Dah tujuh tahun kot.
Ini assembly point kitaorang.

Semua berpusu-pusu keluar sebab dah cuak. Tapi bila tau je fire drill, mula lah lenggang kangkung macam takde perasaan. Kalau terbakar betul-betul macamana?


Oke itu je ceritanya. Esok aku kena start kerja pukul7 pagi. Sebab esok Christmas Eve, so banyak international market yang half day, semua kena rush esok!

Itu esok punya cerita, yang penting hari ni Irwan datang KL.

Yeaaaaaaaaaaaaaaaaah! :)

Tuesday, December 21, 2010

.Susah Sangat Ke?.

Assalamualaikum.

Korang pernah tak berada dalam situasi bengang kalau orang buat salah dengan korang, tapi tak reti nak minta maaf? Aku memang BENGANG gila kalau jumpa jenis orang macam ni.

Macam ni. Ada satu hari aku pergi Bukit Jalil nak parking kereta sebelum menaiki bas balik kampung, tahu jelah keadaan sesak kat sana kan. Jadi jarak antara satu kereta dengan satu kereta amat rapat.

Tiba-tiba aku rasa kereta aku kena 'cium' dari belakang. Nasib baik kereta aku takde apa yang cedera. Aku tengok cermin pandang belakang, nampak driver tu dah tutup-tutup muka dan membuat reaksi bersalah. Memang kau salah kot sebab langgar kereta aku!

Aku dengan hati yang panas, keluar dari kereta, terus meluru ke belakang. Hah, kereta yang langgar aku ni kereta Kancil warna pink. Memang aku dah usha kereta ni (yang dipandu oleh budak perempuan awal 20-an bersama geng-gengnya yang penuh satu kereta) daripada traffic lights lagi, memang bawak macam orang gila!

Bila aku pergi kat tingkap kereta budak tu, dia boleh cakap macam ni.

"Mana ada langgar pun?"

WHAT THE FUCK! Kau dah langgar minta maaf lah. Tak kisah lah kereta aku rosak ke tak. Tadi bukan main kau gelabah, sekarang bila tengok kereta aku tak cedera, kau cakap kau tak langgar.

Aku terus sound agak keras dengan hati yang panas.

"Saya nampak lah awak langgar, lain kali minta maaf lah!"

Heck! Dah lah muka kau tak cun, perangai tu pun tak cun! Takde budi bahasa langsung!
.
.
Yang kedua pulak, hari Ahad hari tu, aku pergi Bukit Jalil lagi, hantar Irwan nak balik JB. Dan kereta aku kena 'cium' lagi.

Kali ni dengan seorang apek Cina yang muka busuk dan bajet macam samseng lah. Aku memang perhatikan mamat ni daripada aku nak keluar parking lagi.

Bila aku signal nak masuk depan dia, bukan main dia tak bagi. Lepas tu dia berhenti kat tepi turunkan orang, pastu dia nak menyelit belakang aku pulak.

Beria dia nak menyelit walaupun kereta belakang aku ikut rapat dengan kereta aku. Tiba-tiba.

 DANG!!!!!

Shit! Langgar lagi. Aku terus bukak hazard, berhenti tepi. Okay bumper aku tak pecah, takde kecederaan lagi.

Cina busuk tu boleh keluar lepas tu dia cakap macamni:

"Takde apa masalah lah."

Aku melawan lah.

"Lu sudah langgar, takde reti cakap sorry ke?"

Dia jawab balik dengan nada kurang ajar: "Ok Sorry"

Sebelum blah aku cakap, "GILA LA LU!!". Terus aku masuk dalam kereta dan blah.

Aku pandang dari cermin sisi, dia tak berani dah nak ikut dekat-dekat.
.
.
Aku cuma nak tekankan kat sini, kalau korang dah buat salah, tolonglah minta maaf. Jangan nak deny salah korang tu dan buat macam tak bersalah pulak.

At least, kalau kau minta maaf, sejuklah sikit hati orang tu, mungkin nak marah pun tak jadi kan.

Bukan kena bayar pun kalau minta maaf!

Bukan suruh minta maaf sampai menangis banjir pun kan.

Monday, December 20, 2010

.Gelak Guling-guling.

Assalamualaikum.

Salam Isnin semua :) Ohh saya sangat ceria hari ini walaupun mengantuk. Mana taknya, waktu hujung minggu dihabiskan dengan husband ku sayang.hehe.

Rasanya dah lama tak buat movie preview. Walaupun sebenarnya dah banyak movie tengok, tapi tiba-tiba macam rasa rajin nak buat preview hari ini.

Baiklah selain cerita 2 Alam yang agak hot tu, (ok tak tengok pun sebenarnya), ini ada dua filem Melayu yang rasanya wajib ditonton sebelum tamat 2010 ni!! *beria promote*

Mari cerita filem yang pertama dulu.

Saya tengok filem ni dua minggu sudah, dekat TGV Aeon Tebrau, Johor Bahru (bersama suamiku sayang jugak). Mula-mula sampai je TGV, macam rasa harapanku hancur, dunia jadi gelap-gelita sebab mak aih ramai tak hengat orang beratur nak membeli tiket wayang. adalah dalam satu kilometer panjangnya *tak tipu tau!*

Tapi saya dan husbandku sayang gigih jugak beratur walaupun tahu risiko untuk tidak mendapat tiket Ngangkung pada jam 1:30 tengahari (waktu tak exact sangat) sebab kat skrin tu dah tulis FULL = PENUH.

Masa tu dah putus harapanm dan mula lah bercongak-congak nak tengok cerita apa. Masa tu filem Hantu Kak Limah baru keluar *eksyen tak mau tengok, lebih rela tonton filem Cina yang tah apa-apa kononnya*

Tapi akibat perangai saya yang degil ni, bila tiba je giliran kitaorang kat kaunter, saya pun tanya cashier tu walaupun tahu status dah FULL,

"Dik, Ngangkung pukul130 ada lagi tak?"

"Ada kak, tapi seat 3 daripada skrin."


TIPS: Kalau dah nampak tulisan FULL, korang try je tanya kaunter tu. Sebenarnya dia bluffing je, tiket tu ada lagi, cuma mungkin akan dapat seat yang tidak memuaskan. Tapi kalau dah beria nak tengok, belasah jelah kan.hehe.

3 dari depan? Mak aih, mendongak jugak tu. Tapi takpe, disebabkan keghairahan untuk menonton, paksa jugak husbandku sayang beli tiket walaupun 3 dari depan. RM14 ringgit satu tiket kau. Pada aku agak mahal untuk filem Melayu. *patutlah pecah panggung 10juta -_-*

Nasib baik ceritanya tidak mendukacitakan. Memang gelak gila-gila pecah perut. Haha.

Jadi aku kasi 8/10 bintang :)
.

.
Mari ke filem kedua pula. Filem yang saya eksyen mula-mula taknak tengok. Tapi sebab dah keluar paper cakap pecah panggung 3juta, sibuk jugak untuk melibatkan diri dalam acara amal utnuk mencukupkan kutipan ke 4juta. *support filem Melayu beb!*

9/10 aku bagi bintang.

Aku rasa ni filem Mamat Khalid paling menjadi :) Jalan cerita yang bermotif dan memberi pengajaran, dan penuh dengan sindiran tajam yang memang kalau kau makan cili kau sedia lah air banyak-banyak.

Filem yang ni lagi lah gelak guling-guling lawak gila nak mampos punya gelak. Haha.

.
.
Tahniah pada kedua-dua pengarah filem Melayu komedi yang berjaya buat penonton rasa tak berbaloi beli tiket mahal-mahal semata-semata untuk tonton filem Melayu.

Memang berbaloi-baloi!!!

Korang tak tengok lagi?

Takpe nanti beli DVD yang ORIGINAL okeyyy. Takpun tunggu je tayangan kat ASTRO, mesti ada punya :) hehehehehe.

Friday, December 17, 2010

.Malam Ini.

Assalamualaikum.

Salam tengahari Jumaat. Wahh ngantuknya mata ni, lagi-lagi bila perut sudah kenyang. Lagipun malam tadi tak cukup tidur, Irwan baru sampai dari JB, jadi pukul1 pagi kena amik dia kat Bukit Jalil. Tu yang berat je mata sekarang ni.

Pejam celik, pejam celik, dah nak sampai ke penghujung tahun kan. Rasanya banyak lagi target tahun ini belum tercapai, dah nak masuk tahun baru pulak.

Wehh janji nak update story pasal kawin, tipu lah tak baik tau menghampakan pembaca. OK bukan tak nak update, tapi tak sempat nak curi masa kat opis. Sabar ye. Tengah dapatkan mood untuk bercerita ni.


Baiklah, malam ini aku dengan Irwan bercadang nak pergi i-City Shah Alam, kat Seksyen 7 tu (macam gambar kat atas ni). Siapa pernah pergi? Nampak macam romantik je tempat ni kan. Ala-ala kat Korea gitu.

Jadi sesuailah bagi pasangan lovebirds macam kami ni :) Masih segar dan masih dalam mood bermanja-manja. Geli je bermanja-manja. Haha.

Siapa pernah pergi, best tak tempat ni?

Wednesday, December 15, 2010

.Aku Nak Tapi.....

Assalamualaikum.

Hai semua.

Maaflah dah lama tak menulis. Bukan tak mahu update, aku nak. Betul, serius aku nak update, cuma masa tak cukup. masa yang ada cuma masa untuk tidur sahaja -_-

Banyak sangat hal perlu diselesaikan, perlu dikemaskini, perlu diperbaiki. Sampai dehydrated dibuatnya.

Aku rasa something wrong sikit sekarang ni. Aku cepat letih, makin malas, asyik nak tidur je :(
Macam rasa tak produktif langsung.

Dan aku suka teringin nak makan macam-macam pulak.



Ok tiba-tiba nak makan J.Co Donut sekarang ni. *telan air liur*



Tuesday, December 7, 2010

.Complicated.

Lebih kurang macam ini lah rupa aku sekarang.

Cuma aku cuba cari versi lebih baik.

Kadang-kadang kita tak tahu Tuhan turunkan dugaan sebagai peringatan untuk kita dan orang sekeliling.

Aku tahu Tuhan, Kau masih sayangkan aku, makanya diturunkan dugaan yang sebegini.
Bukan semua orang dapat tuah ini kan.

Semoga segala kejernihan akan muncul, kembali.

Salam Maal Hijrah 1432H.

Tuesday, November 30, 2010

.Yeyeah Kawin!!. (Bahagian Dua)

Assalamualaikum.

Ehemm penat tak tunggu sambungan cerita? Minta maaf, bukan sengaja berlengah, tapi tak sempat sangat nak mengupdate. Bila kereta di tow oleh DBKL Jumaat lepas, terus menipiskan semangat untuk bercerita dengan panjang lebar.

Lepas tu pulak, aku pergi berbulan-madu edisi mini ke Tanah Tinggi Cameron (Read: Cameron Highlands)bersama keluarga mertua sekali. Lepas tu pulak sekarang tengah sibuk key-in KPI, itu yang jadi bertambah sibuk. Eleh macam-macam alasan lah, cakap jelah pemalas gila nak taip kan.

Korang dah makan ke? Dah minum air? Wehh apa kena mengena makan dengan minum air pulak, inikan entri kawin. Taklah, takut korang lapar pulak baca entri yang panjang berjela ni. Maklumlah ada tips and trikcs (TRICKS?) yang aku nak bagi dalam entri ni.

Jadi seperti biasa, saya manjakan anda dengan gambar-gambar kahwin edisi terhad dahulu :)

Pastu baru kita stori mori yahhh!
Selepas majlis bersanding, gambar favourite Irwan ni :)

Oh boleh pun Irwan senyum dengan comel dan nampak gigi. Susah nak suruh Irwan senyum tau! ;)

Kawan-kawan yang saya memang sayang! Yang sebelah Irwan berkaftan pink itu cik pengapit saya, Efa dan sebelah saya itu cik Sabarina dan lelaki di kanan sekali adalah buah hati beliau.

Aku tak boleh lompat tinggi sangat, kain tu ketat, kang koyak masalah pulak!

Comel tak khemah i? Cakap comel cepat! ;p Tapi ramai cakap comel. eheh :p


Ecewahh! Malu melihat gambar sendiri yang tidak berapa kurus sewaktu hari perkahwinan. Tapi Irwan kata ok je! ;)

Nampak sangat gembirakan muka selepas SAH menjadi isteri.hehe.


One of my colleagues suka sangat gambar ni. Dia cakap ada macam muka Dynas pelakon tu. Ada ke? Jauh sungguh.hehe.

Cantik kan kening i? Terpaksa cukur sedikit untuk solekan nampak menawan, kan Irwan dah marah T_T tapi cara berhemah.hehe.


Paling favourite Irwan. Dan ramai yang vote COMEL sangat gambar ni. *perasan!*


Aku pulak suka gambar ini. Ini yang aku buat wallpaper desktop kat office aku :)

Badan i macam kembang, malu sikit.hehe.
.
.
Ok yang bawah ni pulak gambar yang ditangkap oleh photographer jemputan. Fyi, ada 3 photographer jemputan (iaitu rakan-rakan OP aku) yang sudi mengambil gambar kitaorang jugak.






ok malas nak letak caption, biarlah gambar itu bercakap sendiri kan.hehe.
.
.
Korang letih tak tengok gambar banyak-banyak? Tak letih? Masalahnya aku letih nak update ni, ngantuk sangat dah ni. next time aku cerita lagi, ok?

Tunggu tau! Tau! :)

Friday, November 26, 2010

.Terbantut.

[jari buruk pun sibuk nak tunjuk. itu cincin merisik dan cincin tunang aku, bukan cincin kahwin.]


Aku baru bersemangat nak tulis sambungan kisah hari perkahwinan aku.

Tapi bila dapat berita kereta aku baru saja di tow oleh DBKL, terus mood hilang. Mengenangkan duit gaji akan melayang hari ni. *sigh*

Sabar ghA, anggap je sedekah pada DBKL di hari Jumaat yang mulia ini kan ;)

Thursday, November 25, 2010

.Yeyeah Kawin!! (Bahagian Satu).

Assalamualaikum.

Macamana nak mula ni. Tiba-tiba macam tak reti pulak nak cakap pasal kawin. eceh. Ok ehem apa korang nak tau pasal kawin?

Kawin seronok tak? Seronok ;)

Kawin bahagia tak? Bahagia. ;)

Kawin ada gaduh-gaduh tak? Sedangkan lidah lagi tergigit ;p

Oke apa-apahal korang layan dulu gambar-gambar masa nikah ni. Ini tak full pixs lagi, sebab OP aku pun tengah sibuk. Lagi-lagi dia tengah menunggu masa isteri dia nak melahirkan anak.

Pastu aku cerita macamana keadaan waktu hari pernikahan ye :)  Korang nak tau ke tak? Ala kalo tak mo tau pun aku cerita jugak. Pedulik ;p


[memang obvious gila muka Irwan nervous. tidak dapat disembunyikan lagi ;) ]

[oke sekarang sudah boleh tenung dekat-dekat dikhalayak ramai.]

[dah HALAL barulah boleh ambil gambar peluk dan bertemu pipi kan ;p ]

[mereka yang menjadi penenang masa aku dupdap tunggu waktu nikah.]

[mereka  tidur bersama pengantin pada malam selepas nikah :) ]
[dari kiri: Sabarina, Tiara, Bad dan Effa]
.
.

Malam Nikah (29 Oktober 2010)

Lega hantaran semua dah siap pada waktunya. Cuma aku dupdapdupdap gila tak boleh blah dah. Macam tak percaya kejap lagi je nak jadi isteri orang.

Satu perkara yang buat aku sedikit sedih, bila akak dan seorang adik lelaki aku tidak dapat bersama sewaktu majlis pernikahan aku.

Akak aku terpaksa dimasukkan ke hospital pada Khamis malam (28/10/2010) akibat terlalu keletihan kerana melalui penerbangan yang panjang selama 9 jam. Fyi, akak aku baru tiba dari Aussie hari Rabu, dan beliau sedang sarat mengandung 6 bulan lebih, jadi pasti keletihan kan.

Adik aku pulak tengah berusaha keras menjalani final exam. Nak buat macamana kan, majlis harus diteruskan. Tapi tu lah, macam gundah-gulana aku dibuatnya.

Nasib baiklah kawan-kawan aku dari UTM datang. Sekurang-kurangnya bagi aku semangat kan. Baiklah majlis akan bermula selepas Isyak, iaitu kira-kira jam 8.30 pm. Bayangkan, pukul 7.20 aku masih tak mandi lagi. Haha pengantin busuk! ;p

Aku siap je mandi, kawan-kawan aku pun sampai. Terus lincah memulaka acara bermekap. Untuk pengetahuan, aku mekap sendiri ya untuk nikah. ya, makeup sendiri. Macam masa tunang hari tu lah, aku makeup sendiri.

Sebab aku rasa macam membazir je nak upah makeup artist, untuk majlis yang hanya beberapa jam je kan? Jadi apa guna aku asyik jumpa Annie dekat MAC KLCC, untuk tambah koleksi barang makeup kalau tak aplikasikan kan?

Ala mekap untuk nikah, bukan kena tebal-tebal bagai. Simple-simple sudah. Karang Irwan terperanjat pulak tengok muka aku.hehe.

Dengan bantuan kawan-kawan, kira menjadilah makeup aku, just nice! Walaupun tak pakai bulu mata palsu. Mula-mula nak pakai, dah siap beli dah. Tapi masa tu lah gam bulu mata takmau lekat. Loklaq sungguh. Last-last aku tak mau pakai, kang buat tercabut masa majlis, lagi malu kot!

Bila aku dah diinform pihak lelaki dah sampai, aku terus nak keluar. Aku degil sikit, lepas tu tak malu nak duduk terus kat luar. Bukan apa, aku tak mahu jadi macam akak aku hari tu. Dia kena duduk dalam bilik sebab the eldest tak bagi keluar, last-last tak dapat dengar masa akad nikah.

Tu part paling sedih tu. Yelah, akad nikah tu sekali dalam seumur hidup kan (InsyaAllah!) mestilah nak dengar saat korang diijabkabulkan kan.

Tunggu punya tunggu, tok kadi tak sampai lagi. Tiba-tiba Pak Uda aku buat announcement. Katanya Tok Kadi datang lambat sedikit sebab ada masalah yang hendak diselesaikan. Makin la nervous kan.

Irwan jangan cakaplah. Dia memang nervous gila. Adik aku yang bongsu tu pun cakap "Kak muka abang Iwan nerves sangat. Tapi muka berseri nampak bersemangat betul nak kawin."  Nasib baik OP aku buat-buat lawak sikit, so bertenang sekejap lah.

Bila Tok Kadi sampai je, jantung macam rasa terhenti kejap. Tok kadi tu dok bagi ceramah-ceramah yang aku sendiri tak berapa dengar. Jadi tibalah masa yang ditunggu-tungu!

Acara pernikahan akan dijalankan!

Tepat jam 10:10 malam (ni bukan waktu rekaan ye, memang tepat, aku pakai jam masa nikah.hehe), dengan dua kali lafaz, aku sah menjadi isteri kepada Encik Irwan Bin Musa dengan mas kahwinnya RMM100 tunai.

Alhamdulillah!

Kenapa dua kali lafaz? Sebab masa kali pertama tu, Iran tersedak, jadi dia terulang "Aku terima..ehh hem (tersedak) aku terima nikah Nur Najihah......". Jadi kena ulang kali kedua lah ;)

Apa perasaan lepas orang cakap SAH? Rasa macam lega sangat macam satu bebanan dan ketakutan semua hilang. Rasa macam tiba-tiba fikiran melayang dan tidak berada di dunia nyata. Betul, tak caya nanti korang rasalah.

Lagi-lagi waktu membatalkan air sembahyang. Waktu salam Irwan lepas tu dia cium dahi tu, rasa meremang bulu roma, gemuruh, tapi seronok plus terharu sebab impian kita sudah jadi kenyataan. Siapa tak suka kalau dapat kawin dengan orang yang kita cintai kan? :)

Syukur Tuhan masih bagi aku dan Irwan umur untuk merasai nikmat perkahwinan. Semoga ikatan kami kekal selama-lamanya :)

Oh ya, aku masih kekalkan panggilan 'sayang' macam dulu. Macam rasa geli nak panggil Irwan 'abang', walaupun dah kawin.Hehe. We talked about this before, but decided to stick to the old name.

Tak kesah lah panggil apa pun kan, yang penting tetap Sayang kan ;)


Dah penat baca kan? Dah pi minum air pi.


ps: Tunggu next entri, the reveal of bride's preparation :) Tunggu!

Wednesday, November 24, 2010

.Mari Tengok Gambar Pengantin, Muka Lebar Macam Pinggan, Tapi Comel Macam Powerpuff Girl!.

Tadi aku dah draft entri gambar-gambar kawin, tapi tiba-tiba hilang.

Ini percubaan dulu. Terima kasih :)

Tuesday, November 23, 2010

.Diam Lagi Baik.

Assalamualaikum.

Sejak dua menjak ni, aku tengok banyak kawan-kawan aku yang dapat gangguan daripada stalker tak bertauliah. Yang sedap-sedap buat fitnah dan meburukkan personaliti orang dengan menyerang mereka di laman blog dan laman sosial yang lain.

Aku mula rasa yang dunia ini bukan lagi tempat selamat (bak kata Rembo) untuk kita bebas bersuara. Aku mula rasa yang dunia ini sudah mula tidak enak untuk kita berkarya. Kerana manusia jenis sampah yang berhati hitam ini semakin beranak-pinak, nah ini yang jadi pada pembelog indie yang jujur mahu berkongsi kisah hidup mereka, sering di kondem oleh parasit itu.

Aku sekarang lebih banyak mendimkan diri bila benda-benda macam ni jadi. Kalau dulu aku cepat gelabah, mula lah nak berlawan-lawan dengan Anon yang berfikiran gila. Aku rasa aku bukan lagi seorang yang extrovert.

 Dulu aku seorang yang sangat outgoing. Aku gemar mencampurkan diri dengan kumpulan manusia di sekeliling aku. Dan selalunya aku menjadi jambatan sosial di kalangan teman-teman. Tapi sekarang, aku cuma mahu jalani rutin harian aku, tak mahu sibuk sangat hal manusia lain dan sekdara cakap "Hi" dan "Bye" sahaja.

Dulu aku peramah sangat. Semua orang aku tegur, semua orang aku senyum. Pemurah senyum aku ni. Sampai waktu zaman uni dulu, kalau berjalan di sekitar kampus, ramai akan menyapa aku walaupun mereka dari kursus yang berbeza. Sampai mantan kekasih cakap susah nak jaga aku sebab ramai sangat orang kenal. Terutamanya lelaki. Tapi bukan bermakna aku perempuan gedik yang nak kawan dengan lelaki saja.

Sekarang, nak tegur orang pun macam malas. Kecuali rakan-rakan baik tu aku tegur lagi lah. Tapi perangai aku yang tak berubah adalah cara aku bekerja. Cara aku menyusun benda. Itu benda yang masih kekal. Aku masih mampu mengekalkan kualiti prestasi kerja aku pada tahap markah KPI yang cemerlang untuk appraisal tahun ini.

Aku masih mampu handle ragam masalah clients. Aku masih boleh di interrupt dengan masalah luaran walau pada waktu aku bekerja. Aku masih seorang multi-tasker.

Cuma bezanya aku sekarang lebih banyak senyap. Kalau aku ada masalah, aku lebih suka pendam. Aku mula menjadi orang yang introvert. Aku sudah jadi pemendam perasaan. Kalau aku tak suka satu-satu benda atau aku tak berkenan, aku akan diam. Kalau aku tak suka dengar satu-satu perbualan, cepat-cepat aku blah, lebih baik main game dalam handphone.

Aku nak buang perangai aku yang suka bercakap, sebab aku rasa aku tak sedar masa aku bercakap aku banyak menyinggung perasaan orang. Semakin berusia, semakin aku rasa banyak lagi kesalahan yang aku belum tebus.

Lebih baik aku diam sekarang, dan cuma bergerak ikut flow. Aku dah tak mahu lagi terus-terusan nak menyakitkan hati orang. Lebih-lebih lagi orang yang aku sayang. Biar orang buat kita, jangan kita buat orang. Bunyi klise kan?

Tapi itu aku sekarang.

Hah, beremosi pulak. Dalam hal-hal emo ni, minggu lepas aku dapat berita menggembirakan! Minggu lepas hadiah contest yang aku menang sampai jugak. Bukan johan pun, dapat nombor 3 je. Tapi syukurlah, sebab aku jarang menang kalau masuk peraduan ni ;)

Cuba tengok, jeles tak? ;p



Jangan risau, original beb!


Siap ada pesanan daripada penaja.
[sila klik untuk pembacaan lebih jelas.]


Thanks Edy daun keladi, next time buat contest lagi! ;)

Monday, November 22, 2010

.Tandas Pun Penting Juga.

Assalamualaikum.

Pagi-pagi Isnin sudah suram, sebab hujan beserta angin menambahkan kemalasan untuk pergi menjalankan tugas, macam biasa.

Baiklah, mari bercakap tentang satu benda yang sedikit kotor, iaitu tandas. Tiba-tiba aku macam nak jadi wakil dari Organisasi Alam Sekitar mahu bercakap soal kebersihan. Maklumlah dulu zaman sekolah aku seorang Exco Kebersihan dan Keceriaan Asrama. Jadi jawatan tu memang kena sangatlah dengan aku yang seorang 'hygenic' ni.

Korang tahu tak yang 19 November yang lalu merupakan Hari Tandas Sedunia. Hari tersebut disambut pada setiap 19 November setiap tahun. Untuk keterangan lanjut, sila klik ini.

Kalau bercakap soal tandas, berapa banyak kali dalam hidup korang buat kerja mencuci tandas? Nak ke korang pegang berus jamban tu, sental mangkuk tandas tempat korang buang hajat?

Pada aku perkara yang mencerminkan peribadi pemilik sesebuah rumah itu adalah tandasnya. Bukan ruang tamu, bukan ruang makan mahupun dapur memasak yang dilengkapi dengan kabinet dapur yang wow.

Kalau kotor, berbau, dan hancing baunya macam tandas di stesen-stesen minyak (bukan semua stesen minyak, ada jugak yang bersih), maka memang sah-sah lah pemilik rumah tu pun pengotor orangnya. Sebabnya kau orang masuk tandas mesti paling kurang pun 5 kali sehari kan, memang tempat wajib lah senang cakap. Jadi kalau tak bersih, selera ke korang nak 'melepas' kat situ?

Memanglah dalam tandas tu banyak setan, jadi kalau tempat setan duduk biar kotor jelah? Korang pandai komplen kalau tandas kat R&R Plus kotor, tandas stesen minyak menggelikan, tandas kat shopping complex hancing, tapi cuba tengok balik tandas rumah korang. Agak-agak macam tandas hotel ke?Lebih-lebih lagi kalau rumah tu rumah sewa yang dikongsi dengan ramai penghuni. Memang aku jamin mesti ada kulat kat tandas diaorang tu.

Antara tandas di tempat awam yang paling terbersih aku pernah masuk adalah tandas di Phuket FantaSea, Phuket Thailand waktu aku berhoneymoon hari tu.

Cuba korang tengok gambar ni.

Siap ada mural yang melambangkan kecirian tradisional Thailand.

Dekat pintu tandas pun siap ada artwork.


Lagi mural pada dinding.

Untuk pengetahuan, Phuket FantaSea pasti dikunjungi beribu-ribu pengunjung dalam satu hari, jadi apabila mereka dapat mengekalkan kadar kebersihan tandas pada tahap CEMERLANG, aku memang kagum.

Serius, tiada bau yang kurang menyenangkan. Korang boleh duduk atas lantai tandas kalau korang nak. Oke aku bukan suruh duduk, tapi boleh nampak tak macamana bersihnya tandas diaorang?

Tandas di Malaysia pun apa kurangnya. Ada juga di beberapa tempat awam yang tandasnya memang terbaik.Tandas kat hotel lain ceritalah kan.

Tandas di lebuh raya juga semakin bagus dan bersih sekarang ini. Pada aku, ini semua mentaliti bangsa. Kalau kita sama-sama jaga, mesti semua dalam keadaan elok kan?

 Ini tidak, yang gatal tangan ramai sangat, lagi-lagi tukang conteng belakang pintu tandas. Kreatif betul lukis gambar-gambar tak senonoh, tak kurang yang promosi 'servis' diaorang dengan meletakkan nombor telefon.

Dulu masa aku jadi Exco Kebersihan, antara projek yang aku tinggalkan (sampai sekarang mungkin ada lagi) adalah mural yang aku dan AJK-AJK lukis pada setiap tandas dan bilik membasuh di asrama. Ada corak kulit kerang, corak bunga. Lepas siap mural tu, macam rasa semangat je bila masuk tandas, takde lah rasa macam 'seram' jebila masuk tandas asrama. hehe.

Sekarang aku dah jarang melukis. In fact, banyak hobi aku yang aku sudah lama tinggalkan. Mungkin aku semakin tua.

Tutup cerita pasal tandas. Hari ni aku asyik pergi tandas je. Penat.



ps: Dulu masa Form 1, aku selalu curik-curik nangis dalam shower waktu mandi bila aku homesick. Malu seh!

Tuesday, November 16, 2010

.Sikap Baik dan Comel Pasti Semua Sayang.

Assalamualaikum.

Maaflah tak dapat tulis belog selalu macam dulu. Agak sibuk sedikit lah. Cehh macam lah ada orang yang ternanti-nanti entri baru aku kan.

Apa kena mengena tajuk entri tentang sikap. Tak, ni bukan sesi tazkirah atau rencana motivasi, cuma aku nak kongsikan ada satu sikap manusia yang aku jumpa masa aku pergi temankan adik ipar aku beli barang kat Jusco Alpha Angle.

Di kedai Body Shop itu, of course lah masa masuk kedai tu, salesperson Cina lelaki yang berperawakan lembut tu sangat welcoming kitaorang. Sedang adik ipar aku membelek-belek perfume mana satu yang dia nak beli, salesperson tu pun memperkenalkan perfume baru keluaran Body Shop dan beri juga penerangan mengenai beberapa jenis perfume.

Kira memang dia memberikan servis baiklah walaupun jam masa tu dah nak dekat pukul 10 malam. Kedai pun dah tutup separuh. Tiba-tiba kat belakang kitaorang ni, berdiri seorang budak perempuan. Umur dalam lingkungan 20-an (macam lagi tua je daripada aku!) Dia pun di alu-alukan masuk oleh salesperson tadi.

Kitaorang masih lagi pilih-memilih jadi tak pedulikan budak perempuan tu. So as the salesperson pun tak pedulikan dia.

Tiba-tiba dia cakap macam ni.

SHIT! INGAT ORANG TAKDE DUIT KE?

Terus dia keluar dari kedai, sambil jalan menghentak-hentak kaki. Dah lah cara berpakaian tu macam minah tahapeape (bukan seksi, tapi tak semenggah). Dengan beg sandang yang melebihi paras punggung, seluar besar kat bahagian bawah kaki, t-shirt gedoboh, pakai tudung, boleh tak korang bayangkan watak pempuan ni?

Senang cakap macam ni lah, macam perempuan kampung jakun yang eksyen semacam bila masuk shopping complex. Sorry aku bukan nak kutuk perempuan kampung, aku pun asal dari kampung.

Tapi tolonglah jangan nak emosional tak tentu pasal. Behave lah kalau kat tempat awam. Paling tak bagus kau menyumpah-nyumpah salesperson tu sebab kau rasa dia tak layan kau. Sebab salesperson tu layan kitaorang :) haha.

Habis tu, kalau kau masuk dengan muka masam, lepas tu berdiri tercegat kat belakang kitaorang, takde pun nak tanya salesperson tu apa-apa macamana dia nak layan kau? Dia pun tak tau apa yang kau nak beli. At least kau belek-belek lah barang kat situ, then dia akan approach kau ye tak?

Isyy tak pasal aku dah mengomel. Orang macam ni pun ada. Kalau anda rasa diri anda tu tak menarik perhatian, do something supaya orang tertarik dengan anda. Bukan mengamalkan sikap sombong macam awak sorang je yang banyak duit.

Ok tutup cerita.

Sekarang cerita gambar bawah ni.

Aku rembat kat Nose Alpha Angle. RM10 je! The clearance stock exclusively only at Nose Alpha Angle. Oke lah buat kasut raya haji kan :) hehe. Selesa pulak tu.

.
.

Oleh kerana aku dengan Irwan mengamalkan PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh), jadi kalau rindu dengan suami tercinta aku akan buat ini.

Ber 'camwhore' sebelum pergi kerja, kemudian hantar MMS pada suami tercinta "Isteri Nak Pergi Kerja". Yelah nak 3G kat tempat Irwan line tak jelas sangat, so MMS je yang boleh. Jadi lah kan :)


Oh ya! Sekarang aku officially "Puan" dalam pangkalan data office aku. Bangga :)

Tu yang best kalau perempuan dah kahwin, dari "Cik" tukar jadi "Puan". Tapi kalau lelaki tetap "Encik" kan?

Selamat Hari Raya Aidiladha semua :)

Ini raya haji pertama bergelar isteri, excited!

Hati-hati di jalan raya ya!