Assalamualaikum.
Sekali lagi, aku mungkir janji. Kononnya tahun ini nak mula azam nak tulis lebih banyak entri, tapi nampaknya semua ke laut. Hahah. Ada sesetengah orang cakap, berbelog ni macam dah tak relevan. I think I must admit that part after several social media yang berlambak tumbuh macam cendawan, jadi berbelog sudah jadi option yang jatuh ke nombor berapa entah.
Tapi pada aku, blog tetap relevan dan sehingga sampainya nanti nafas terakhir aku di dalam dunia, inilah satu-satunya medium yang jujur merekod segala apa yang aku rasa. Facebook? Itu cuma catatan harian. Tapi blog inilah, segala suka duka tercurah dengan sejujurnya. Kadang-kadang aku bukan tak hendak menulis. Cuma aku tak suka bila apa yang aku tulis orang mudah sentap, sedangkan aku ini menulis secara random, bukan dituju pada siapa-siapa. Tapi nak buat macamana, dah itu mentaliti readers yang ada dan orang yang kenal aku tahu bagaimana cara penulisan aku daripada dulu. Bukankah orang cakap siapa makan cili dia yang terasa pedas, kan? Yang penting aku tahu niat aku, dan Tuhan tahu niat aku.
Kau tahu, saatnya kau mengetuk papan kekunci, apa yang kau tulis tu sudah ada pencatat penghitung markahnya. Iya, di bahu kanan kiri kita. Sebab itu sebelum publish apa jua cerita, kena fikir, kena timbang. Kalau tidak, sendiri dapat "bahagian". Kebelakangan ini, aku lebih senang bersikap introvert. Aku lebih senang untuk tidak ambil tahu semua benda yang jadi. Aku lebih fokus pada apa aku mahu dalam diri.
Ruang dan masa untuk bercerita pasal kesal sudah tiada. Kadang-kadang, bohong kalau aku cakap aku tak sedih langsung dengan apa yang jadi pada hidup aku. Memang aku sedih. Rasa remuk hati ni, rasa macam pundek, rasa tak bernasib baik. Selalu aku persoalkan kenapa nasib aku tak macam orang lain. Ada cinta, ada famili bahagia, ada ketawa berpanjangan, ada segala macam suka di dunia. Tapi bila aku fikir balik, siapa aku untuk persoal kerja Tuhan? DIA telah tulis skrip untuk aku, aku cuma jadi pelakonnya. Mungkin, ada cerita bahagia dalam bahagian skrip itu, yang belum sampai masanya lagi, kita tak tahu kan?
Rasa hopeless kau jangan cakaplah. Memang susah nak buang. Mujur kawan-kawan dalam lingkungan aku banyak yang positif, dan sampai mati aku berhutang jiwa positif yang mereka tiupkan.dalam roh aku. Sebab semua jiwa positif itulah, aku masih mampu kekal senyum bila orang "tikam" aku, masih mampu gelak bila aku "dibuangkan", masih mampu ketawa bila aku "diabaikan". Lama aku fikir sendiri, kalau orang sudah tidak peduli pada kita, kenapa kita mahu peduli sama orang? Di akhirnya, engkau juga yang suap makan dalam mulut engkau kan.
Secara positifnya, aku yakin bila Tuhan tarik nikmat aku yang ini, DIA akan gantikan aku dengan nikmat yang lebih baik. Aku ini, luarannya nampak tabah habis secara total, tapi dalamannya jangan cakaplah. Fragile habis. Sampai satu masa, aku menangis dah tiada suara, tiada air mata. Orang boleh judge aku macam-macam, tapi sebelum kau nak cakap macam-macam pasal aku, kau letak kaki kau dalam kasut aku, rasa segala macam palat yang aku lalui, tengok kau boleh lagi tak berdiri tegak macam aku, belum tentu tahu.
Jujur aku cakap, bila bab mencari teman hidup, duit bukan keutamaan untuk aku. Aku orangnya, asal cukup makan pakai, asal ada kereta, asal ada tempat tidur--sudah syukur pada aku. Aku cari bahagia. Aku cari hati. Aku cari cinta. Aku cari sayang. Semua itu boleh buat aku kenyang. Aku suka bila ada momen kena kongsi sebungkus maggi dalam satu mangkuk bilamana duit dalam akaun tinggal digit tunggal saja. Kenapa tidak boleh rasa susah? Memang bohong kalau aku cakap aku tak pentingkan duit langsung, hidup kena lah realistik kan. Zaman sekarang macam-macam nak kena bayar, dan kita kerja pun semata-mata nak gaji. Maksud aku hendak bermewah-mewah itu bukan satu keutamaan, tetapi satu pilihan.
Paling penting, aku nak orang yang tahu kurang-lebih aku, orang yang tahu cela aku, tapi masih boleh terima siapa aku untuk dia. Mungkin macam mustahil dan agak merepek bila aku cakap aku mahu lelaki yang wataknya serupa macam watak lelaki dalam novel yang sayangkan isterinya lebih dari dia sayang dirinya, lelaki yang memuliakan wanitanya, lelaki yang menghormatinya, lelaki yang boleh berlebih kurang, lelaki yang boleh hormat keluarga wanitanya--macam sudah PUPUS kan? Tapi aku percaya masih ada. Kalau kau dapat lelaki yang berduit, itu bonus. Yang penting HATI. Apa ada dalam hati, baik-jelik itu bezanya engkau dengan yang lain.
Aku ini ada satu kelemahan. Bila aku sudah jatuh sayang pada orang, itu yang susah. Kalau setakat level suka, bila terputus masih boleh handle. Tapi bila sudah masuk bab sayang, sampai mati susah nak buang. Kita boleh tipu diri kita bila cakap kita tak sayang orang tu lagi, boleh bohong orang sekeliling, tapi kita tak boleh bohong hati. Bila tanya hati, maka mula lah rasa sayu, rasa segala macam pilu bila kita ingatkan orang yang kita sayang. Pedih bila kau terpaksa "let go" dalam keadaan yang bukan engkau mahukan. Aku selalu percaya, semua yang berlaku ada hikmahnya. Mana tahu Tuhan cuma duga kita sebenarnya, dan dipulangkan semula kebahagiaan itu tak lama lag siapa tahu kan? Dalam pada semua kepulan awan hitam itu, mesti ada segaris warna perak yang membahagiakan, ye tak?
Haihh, bila cakap soal perasaan memang takkan habis. Sekarang aku lebih fokus pada ruang kerja. Ada sesuatu yang aku doakan. Dan aku harap ianya jadi kenyataan, sedikit masa lagi aku akan tahu samada rezeki itu berpihak pada aku atau tidak. Aku dah berusaha, sekarang masa untuk bertawakkal, dan harapnya ia menyebelahi aku. In shaa Allah ;-)
Ohh ya, hari raya Haji nanti aku balik Batu Pahat, in shaa Allah takde arala hari Isnin malam aku balik, kemudian balik KL semula esoknya. Sekarang tengah sibuk berkemas untuk pindah ke bangunan baru, mood berkemas aku belum datang (biasalah aku kan last minute person), esok lusa aku kemas lah. Hehe.
Selamat Hari Raya Aidiladha semua ;-) Semoga hari raya korban ini membawa seribu makna pada kita. Hati-hati balik kampung tau!! ^__^