Friday, May 8, 2009

.Kekacauan Sementara, Akan Berpindah Segera.

Jeng..jeng..jeng..
lihat gambar di bawah dengan teliti
inilah rupa fizikal bilik aku sekarang. Iye, bilik kat Kolej 9, UTM ni.
bukan macam tongkang karam dah, tapi macam dumping area.
bukan semua barang aku tau. ada perkongsian.
ini baru gambaran sebelah sudut sahaja. hehe~
semua ini akan rapi selepas 14haribulan nanti.
tuan bilik dan rakannya akan berpindah segera.
harap maklum.
.
.
dan tadi lagi, usaha menambahkan berat badan dalam tempoh program diet berlangsung.
makan sizzling yee mee, yang penting sedap, kan?
.
.
mahu pulang sebentar, ambil udara jernih.

.Kalau Dah Memang Orang Johor.

tengok iklan ni. kalau dah memang orang Johor tu, sampai kat pengiklanan perabot pun guna "Gerobok" . Aku dah cakap, orang Johor ni unik, kan? :P

.

Nota tatabahasa:

Gerobok - sama maksud dengan almari

.

Lokasi: Kedai Perabot tepi jalan di Muar (nama terpaksa dirahsiakan)

Masa: ketika traffic light sedang merah, waktu tenghari - panas.

.An A's for a Good Girl.

Ain’t no rhyme or reason
No complicated meaning
Ain’t no need to over think it
Let go laughing

Life don’t go quite like you planned it
We try so hard to understand it
Irrefutable, indisputable
Fact is it happens

*It Happens - Sugarland
.

.

Hah! hari yang complicated dan sangat tidak panjang akal berlaku lagi dalam hidup aku. Biasalah, dalam sebulan mesti ada hari-hari 'bertuah' nya.
Bangun je pagi-pagi, tercium bau buah 'kuini' yang Zura bawak semalam. Bauan wangian mimpi beruang dari Kedai LovelyLace yang aku bubuh malam tadi masih tidak mampu melawan semerbak bau buah itu. haih~

Hari ini mahu ambil test. Tunggu punya tunggu, dekat 50minit jugaklah, baru pensyarah itu datang. Mak Aih, dalam 6 orang tu aku sorang je beria bawak nota. Yang lain lenggang-kangkung bawak pen sebatang dua. Tau soalan apa yang kua? Soalan Final yang di recycle kembali dengan corak soalan yang ditukar perisanya.

:

Claim aku masih tak settle lagi. Sepatutnya aku dah hantar 1 haribulan aritu. Ni semua gara-gara Sistem HrFin yang macam hampeh. Kunun nak menyenangkan orang, tapi makin menambahkan kesulitan. Memang bangang.

Kau dapat tak bayangkan perasaan turun naik tingkat 4 CICT dengan tingkat 2 FSKSM yang satu bangunannya atas bukit, satu bangunannya bawah bukit yang jaraknya kalau berjalan kaki hampir setengah kilometer! dengan cuaca panas, memang berpeluh-peluh aku, semata-mata nak melayan karenah prosedur claim yang bangang tuh!
:

Langit tak selalu tunjuk tanda nak hujan. Walau dalam keadaan kelam-kabut yang maha hebat, masih ada berita mampu gembirakan aku. Result English sudah keluar! aku dapat apa? pastinya budak yang baik akan dapat result yang setimpal dengannya. Alhamdulillah. Syukur.

:
Wah! Internet memang laju. Membantutkan niat aku mahu beli broadband. Tapi rasa-rasa perlu ada broadband, sebab lepas ini aku kena pindah bilik. Aiyo! Benci lah. Aku bukan suka nak kemas2-kemas barang nih. Lagi-lagi melibatkan perpindahan blok atau tingkat. Sebab barang-barang aku bukan satu dua beg! Kena sewa container MISC 12 kaki aku rasa..ahaha~

:

Aku nekad, mahu jugak tengok cerita ini. Aku heret Zura. Nasib bakal laki dia bagik pegi.
*takpe korang kawin nanti aku bagik hadiah besar eh~ :P

Nota Kesimpulan:


Cerita ini 18PL.

Puas hati bayar tiket RM 10..serius!

Aku bangga Malaysia ada pengeluaran cerita begini.

Kalau ada orang kata ending nya tergantung, pada aku ending nya brilliant.

Aku rasa ada "Bohsia 2: Jalan Putih Harus DiPilih" *mandai-mandai aje!

Pelakon-pelakon memang daring! gile kental berlakon!

dan pastinya aku salut pengarahnya.

patutnya ada reality tv untuk produce lebih ramai pengarah yang berkualiti dan maha bijak berkarya dan pandai beremosi.

Bohsia dan Mat Rempit itu ada perasaan jugak. Harus ingat, things happen for a reason.


Kita rasa mereka jelek, tengok semula diri kita. Ada jugak cela nya. Kan?

.
.

dan sebelum pulang...

kawan-kawan, saya sudah gemuk kan??

tolong!!!!

camna nak kurus semula nih? :(
:

Thursday, May 7, 2009

.The Lovies - Kahwin Amad.

.
.

ini wedding pangkat pakcik aku masa 03 May 2009. Kat Muar. Muda lagi budak ni kawin, baru 21 tahun! Aku punya turn entah bila? kwang kwang kwang! :P
ape pun enjoy masa wedding sebab dapat jumpa semula sepupu-sepupu yang dah lama sangat aku tak jumpa. Bagus rasanya bila dapat bergelak ketawa :)
.

.


ini lah pengantinnya - Congratulations Ahmad & Intan Azura :)
(masa datang kawen aku mesti dah 2 anak korang!)


cik Betty, mommy & cik Najihah - lepas makan. kenyang~ :P

the ties.

(from left: Tiara AZ, Najihah Abas, Farhan Sulaiman, Hafizzuddin Abas, Huzaifah Sulaiman)

(front: Rayyan Sulaiman)

my uncle sewel - Farhan :p

he just back from miracle recovery - wif Ujai


me, Tiara & AdeQ on the Pelamin :P
*kami sudah rasmikan dulu!



me & Tiara - dah besar budak nih! :D



sebelum pengantin datang..haha~
jangan tanya turn saya bila :P
.
.
.
i knew it from before, the sweets still sweet :)

.The Lovies - 4th Family Day.

.
.
So long, fare thee well
The dancer and the dancing days have taken leave and fell
So turn down this bed of stone
Quench me with the deadly nightshade from the rose that you belong
.
.
hey darls! i'm back setelah penat berlari sepanjang minggu lepas. ini cherita pasal Hari Keluarga Tahun Ke-4 sebelah ayah pada 1 May 2009 aritu. Buat dekat Batu Pahat je. Everything was just fine, cuma cuaca panas sangat sangat! berpeluh2 di buatnya. The best part is aku, along, mak & adik dapat cabutan bertuah. tahun ini tahun bertuah kitaorang agaknya! haha~ enjoy the pixs! ;)
.
.
menunggu nombor bertuah! penat!

bersama sepupu-sepupu yang masih belum boleh kahwin :P
(dari kiri: alif hakimi, ain karina, nurul atikah)


touch up sikit..cair make-up mak! :P

dengan nenek saye.
(kanan: nabilah, belakang: cik Betty)

bawah banner - kepenatan adik angkut hadiah! haha~

ngade-ngade budak dua ekor nih!
(dari kiri: asip, adik, aku)

wif mommy!

same age, different track :P
(asip the cousin)

cik Betty dan encik Apis


weehuuu! majlis tamat! :D



Asip saje nak tunjuk Paul Smith dia. cit!


kehausan tetapi masih ceria!
.
.

and I go
I go
(I go : OST Talentime)
.
.

.
.
i knew that He always saved a joy for me; even little.
.
.