Kalau kita cakap pasal CINTA, berapa ramai yang akan bunga-bunga hatinya? Berapa ramai yang akan manis-manis senyumnya? Berapa ramai yang kembang-kembang hidungnya?
Tapi berapa ramai pulak yang bengkak-bengkak matanya? Berapa ramai pulak yang birat-birat hatinya? Berapa ramai pulak yang herot-herot senyumnya.
Semua pasal CINTA.
Yakin ke yang kita semua tahu pasal CINTA? Faham makna CINTA? Tahu apa itu CINTA? Ah, mungkin aku terlalu muda mahu kupas persoalan ini. Terlalu mentah mahu bersoal-jawab tentang bab hati ini. Terlalu naif untuk fahami selok-belok hubungan hati.
Dulu masa zaman aku sekolah pakai uniform baju kurung hijau muda, kain hijau gelap, dengan tudung labuh paras pinggan warna serona dengan baju, selalu terdengar ada satu lagu nasyid pasal 'Cinta 5 Perkara' - Cinta Kepada Allah, Cinta Kepada Rasul, Cinta Kepada Ibu Bapa, Cinta Kepada Ummah, Cinta Kepada Kecemerlangan.
Aku bukan ustazah muda yang mahu kupas pasal cinta kepada Allah atau Rasul, aku juga bukan contoh anak mithali mahu cerita pasal cinta kepada ibu bapa, juga aku bukan pemimpin berjiwa kental mahu bercakap cinta pada ummah. Aku bukan juga pakar motivasi pelajaran mahu bersyarah pasal cinta kepada kecemerlangan.
Aku cuma manusia biasa, seorang perempuan yang baru sahaja bernafas selama 8395 hari di atas bumi tumpangan ini, yang dikurniakan satu ketul darah yang menghimpun pelbagai rempah perasaan, yang punya naluri mahu di cinta dan mencinta. Aku perempuan normal, yang ada rasa cinta pada kaum berlawan ion badannya.
Seorang kawan aku berlawanan jantina pernah tanya aku semasa aku berkonversasi bersamanya di laman sembang.
"Kamu pernah jatuh cinta?"
Aku rasa sangat beruntung dia tanya soalan macam tu. Bukan semua orang sesuai mahu ditanyakan soalan begitu tahu. Aku jawab ringkas, "Pernah."
Mahu tahu bila sebenarnya aku kenal cinta? Secara perinci nya aku tidak pasti, tapi aku mula mengenal hubungan antara jantina yang kontra ini sejak umur 6 tahun kalau aku tidak silap. Waktu itu hari Konvokesyen Tadika aku, buat dekat sebuah dewan dan menghimpunkan tadika-tadika yang ada di kawasan tempat tinggal aku. Masa tu, aku dipilih jadi pelajar cemerlang mewakili tadika aku. Lepas turun saja dari tangga, dengan skrol sijil beserta sebuah piala setinggi dua jengkal, aku terus dapatkan mak ayah aku.
Serta-merta, aku ditarik, suruh bergambar dengan seseorang yang juga pakai mortar board yang sama macam aku, dan menerima piala yang sama macam aku. Tahulah aku, pelajar cemerlang juga. Tapi dia lelaki! Aku kenalkah? Rasanya aku tak pernah tengok dia kat tadika aku. Rupanya, anak rakan sejawatan mak ayah aku. Ini mesti kes nak kenen-kenen. Ah, apa saja yang aku tahu masa umur sebegitu. Cuma berdiri tegak, klik. Dua keping gambar di ambil.
Aku ingat lagi muka aku waktu tu. Muka kayu betul. Kening sedikit kerut. Mata tidak fokus pada kamera. Gambar secara paksalah katakan. Sampai aku sekolah menengah, cerita aku bergambar bersama si dotdot itu diperkatakan. Tahu siapa budak lelaki itu? Aku satu kelas dengan dia masa sekolah rendah, dan sampai sekarang jadi kawan aku, cuma dah lama tak jumpa. Nombor telefon pun aku takde. Aku harap-harap dia tak ingat lah yang dia pernah bergambar dengan aku. Jangan tanya aku mana gambar tu. Dah hancur kena makan anai-anai agaknya.
:
ku jatuh, bersama-sama kamu.
*Sila jangan terpengaruh dengan paparan gambar oke :P
:
Kawan aku tanya lagi,
"Dari sudut seorang wanita, apa yang menyebabkan dia jatuh cinta dengan seorang lelaki?"
Gulp! Telan air liur aku sekejap. Killer question nih! Macam jawab soalan esei Bahasa Melayu pulak. Berapa patah perkataan kena jawab ni. Ha? Korang yang sama jantina macam aku, apa jawapan bernas korang?
Kalau mengikut rasa aku yang pernah dan masih bercinta ini, aku pastinya jatuh cinta pada seseorang lelaki itu kerana kualiti yang ada pada dirinya. Kualiti pada aku, bukannya dia ada muka yang sangat mulus macam Hyung Bin, atau duit berkepok-kepok macam jutawan Internet atau mempunyai kemaskulinan tahap delta.
Kualiti pada aku adalah cara dia membawa akal fikiran dia berfikir, cara dia mendekati aku, cara dia bercakap dan berhujah, seorang yang protektif dan menunjukkan diri dia sebagai seorang lelaki (bukan sekadar boleh bagi zuriat tahu).
Aku pecahkan rahsia, aku cukup mudah jatuh cinta pada lelaki yang aku boleh berlawan untuk berhujah. Bukan berhujah merapu tak tentu pasal, cakap guna bahasa-bahasa entahapaapaentah tetapi lelaki yang boleh aku ceritakan semua perkara daripada perihal Paris Hilton sampailah kepada berapa harga satu bateri kereta bagi sebuah Proton Wira! Yang ada isi dalam kepala dia. Yang tidak bimbo. Yang cakap guna kepala otak.
Ini cuma personal preferences aku lah. Mungkin kamu-kamu wahai sahabat sama jantina aku mempunyai pandangan berbeza daripada aku, kan??
:
Soalan seterusnya,
"Apa Ciri-ciri Lelaki Idaman Seorang Wanita?"
Sumpah aku sebolehnya mahu elak soalan ini. Daripada dulu lagi, aku takde ciri-ciri spesifik. Pada aku, siapa yang datang pada aku tu, yang boleh ngam layan kepala, layan perangai aku ni, terima aku seadanya, haa tu kira jejaka idaman lah tu. boleh gitu?
Hah korang, apa ciri-ciri lelaki/perempuan idaman korang?
(yang lelaki, sila jangan cakap anda mahu ciri-ciri macam Megan Fox ke Angelina Jolie ke, aku bantai kang)
Aku nak sambung lagi entri ni. Tapi mood jiwang tak datang sangat.
Sibuk ajelah ngantuk ni. Nanti lah aku taip lagi.
ps: sekarang aku mau packing barang. Esok sampai ahad aku takde. Sibuk dating. Ops!! :D
8 comments:
My dream guy should have my dearest dad's character.He he... :)
btw,yes.I'm UTM student.
.Ariana Naziha Aris.
hehe~ single woman selalu macam tu. nak cari yang sama character cam bapak diaorg :)
Bila nak sambung entri ni?
The guy whom i admire has it. :)
kau doktor cinta..hehe
.Ariana Naziha Aris.
oh! lucky you :) apa tunggu lagi. hehe
.isroz.
tunggu mood jiwang sampai dulu :)
.fairuz.
itu lah yang orang selalu cakap. huhu.
Post a Comment