.
Assalamualaikum. ehem.ehem.
.
Hai semua. Just to inform that Najihah Abas masih hidup lagi, cuma jarang dapat update belog sekarang ni. Ini pun curi-curi masa pinjam komputer ihsan ofis punya. haha.
Tau sajalah sekarang saya sudah menjadi career woman, so hidup dan matiku cuma untuk kerja kerja dan kerja sekarang ini. <--mula mahu pasrah. hehe.
.
.
Serius, secara pendeknya, rutin pernafasan saya akan mula seawal jam 6 pagi, dan mula bersiap-siap ke ofis. Waktu cut-off time untuk berlenggang pulang ke rumah secara purata adalah pada jam selepas maghrib. Dan sila bayangkan bagaimana pada 2minggu awal saya berulang-alik dari Damansara Heights ke Port Klang setiap hari? (Takde ke orang nak hadiahkan saya kerusi urut Ogawa? tsk.tsk)
.
.
Barulah sekarang ni boleh tarik nafas sikit, boleh longgarkan tulang belakang, sebab sekarang saya sudah pindah ke kawasan kejiranan yang lebih dekat. Pintas saja highway DUKE, then cilok-cilok kat Jalan Kuching, terus sampai ofis. Skill memandu mestilah ala-ala fast & furious ya, kalau tak, mahu kejong duduk dalam kereta, jammed tak habis-habis.
.
.
Eh, saya bagitau tak kat korang saya buat kerja apa? You know lah bila sudah involve kan diri dengan dunia Investment Bank, you can predict how the workloads are. Fyi, saya duduk dalam department Regional Equities Settlement & Derivatives Operations. Saya yang memilih jalan ini, jadi saya pasti akan berusaha bersungguh-sungguh (gila semangat punya words).
.
.
Sumpah, tidak menyesal langsung saya memilih karier ni. Walaupun kerja berlambak sampai ting-tong biji mata, tapi environment kerja memang best. All colleagues TERBAIK wokkk! Dari yang pangkat atasan, kepada title yang biasa-biasa, semua merge-in macam satu family.
.
.
Okeh, time to go. Sebenarnya kena stay sampai 7.30pm sebab my partner suruh tunggu if ada trade problem untuk Indonesia Market. But, i assume everything settled. Sambung Isnin nanti lah pulak. Tahu tak, sangat rindu mahu sambut puasa di rumah. Ini first time sambut puasa di perantauan. Mak ayahku, maafkan lah anakmu sebab tak dapat balik puasa ni. Uwaaaaa sedihnya. (gediklah jiha, bukan sebelum ni tiap-tiap minggu ko balik ke). <--sila kebalkan diri dan jangan menangis apabila berbuka juadah pasar ramadhan ye jiha. tsk tsk.
.
.
Oh ya, sudah nak hampir puasa ni, satu perkara ajaib dan menakjubkan berlaku. Dan saya amat-amat bersyukur pada Tuhan kerana beri saya kebahagiaan ini. Maknanya, saya masih disayangi dan dirahmati. Alhamdulillah. (senyum lebar ke telinga). Now i'm looking forward to be a wife soon. Mari doakan saya cepat kaya dan kumpul duit dengan sangat banyak untuk kahwin nanti. keh keh.
.
.
Saya pamit dulu. Jalan jem ni. Kepada semua kawan-kawan yang bertitle Muslim, saya ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Saya minta maaf jika lidah saya terlalu laser dan secara tidak sengaja menyinggung perasaan anda semua.
.
.
.
.
ps: Sayang, i tunggu u datang. Nanti i buat reservation untuk u ok :)
.
4 comments:
:) selamat berpuasa jihaaa! kerja kuat kuat tau. tahun ni dah kena bagi duit raya kat budak budak (termasuklah sue). he he :O
ader lagi gha yer...
igtkan dah pencen dr berblog..
tertunggu2 gak entry dari dia..
huhu..
.Elsa Soraya Othman.
thanks sue. Selamat berpuasa jugak. tu lah, kena tengok bajet dulu. err sue dah exceed age limit utk dpt duit raya kan :P
.Azrie.
ehehe ada..ada..saya belum mati lagik :)
rindu gila nak berbelog tau. huhu.
Post a Comment