Friday, January 22, 2010

.Sultan Johor Gering?.

Sultan Johor mangkat atau gering?
Al-fatihah.
Semoga baginda cepat sembuh.

Thursday, January 21, 2010

.Eksperimen Pertama.

Hehe ini eksperimen yang pertama.

Tapi Irwan cakap cantik, kena dengan aku. Pastu barulah lebih konfiden ;)

Korang nak cakap tak cantik sukahati, aku tak marah, serius ni ;)

Masih tak nampak apa yang berlaku? Hah, tak lama lah tu. hehehehe.

.

.

.

ps: It's our 8th Love Bites today! Your long period record kan sayang? ;)

Tuesday, January 19, 2010

.Rasa Bagus Berhujung Minggu Bersama Teman Baik.

Ini aku mau cerita pasal cerita minggu lepas. Yeah, seperti di tajuk entri, itulah aktiviti yang aku buat weekend aritu.

Yes babe, aku dah lama tak jumpa my besties yang sorang ni. Can you imagine the life after graduation we don't meet each other. Ops silap, sebelum gradusai lagi sudah tak jumpa. Last aku jumpa dia dalam bulan April tahun lepas kalau tak silap. Masa tu jumpa kat KFC dekat dengan rumah aku, tu pun aku gosip pasal kehampehan jantan penipu yang sudah berumahtangga tetapi masih mengaku bujang. Shit.

Ok, back to the topic. Last weekend, kitaorang setuju nak jumpa. My besties ni nama dia Ain. Dia garang, oke kitaorang sama-sama garang :P Korang tau tak, ini kawan baik aku sejak umur 5 tahun okey! Sejak tadika weh. Korang ada lagi ke kawan tadika sampai sekarang? he he.

Aku mintak izin Irwan syg nak jumpa Ain. Oke dia bagi pulak. Bukan senang tau Irwan nak bagi kebenaran keluar dengan kawan-kawan. Peluang keemasan nih. Jangan sekali-kali disalahguna, kalau tidak aa lu pikir la sendiri beb. Irwan siap pesan suruh mms gambar aku dengan besties aku, nak tengok bukti kawan aku tu perempuan katanya.

Aku suruh Ain naik komuter sampai KL Sentral (dia dari Shah Alam). Kitaorang lepak Subway, dan apa lagi, mula start gosip-gosip, pok pek pok pek, sampai tak sedar dah petang. Kitaorang kena balik rumah (rumah aku) sebab nak siap-siap, malam nak attend wedding kat Putrajaya pulak.


Inilah mms bukti yang kawan aku PEREMPUAN ;)

.

.

Di Malam Hari.

Lepas solek-solek, tepek mekap sana sini di seluruh muka kitaorang mula bertolak ke Putrajaya. Dalam pukul 7 lah lebih kurang. Kalau ikut kad jemputan, majlis start dalam pukul 815. Aku dah bajet sempat ni sampai. Bukan jauh sangat.

Okey, masing-masing buta jalan nak ke Putrajaya, walaupun aku expert jalan Kl, tapi Putrajaya aku tak yakin sangat weh. Aku ikut je papan tanda ke Putrajaya, lalu Puchong rupanya. Masa tu hujan lebat nak mampus. Waktu maghrib pulak tu. Cuak gak aku, sampai tersalah masuk jalan kau!

Bila hampir sampai ke Putrajaya je, aku baru teringat aku lupa bawak kad jemputan. Aisey man, yang aku ingat wedding tu kat Kompleks Perbadanan Putrajaya je. Jangan panik, aku pun call officemate aku, Kak Zura. Minah sorang ni cakap dia bertolak pukul6 lebih, so aku expect dia dah terpacaklah kat Putrajaya kan, bila aku call masih kat rumah lagi. Laaaaaaaaa tak bertolak lagi ke. Suara sedih pulak tu. Oh oo, ini mesti kes menunggu teman-tapi-mesra dia la ni. Selalu sangat buat hal mamat tu. Janji selalu okey, tapi nanti mula la melilau pergi mana tah, alah lelaki type ni, suka sangat come-out dengan alasan bagai-bagai pastu. ceh.

Balik ke cerita asal, nasib baik Kak Zura cakap kat mana tempat tu. Presint 2 lah oi. Kat sini pun kitaorang asik salah masuk jalan je tau. Aku termasuk Presint 8 pulak sebab tersalah masuk jalan, terlepas signboard Presint 2. Oke dah nampak sign Masjid Putra tu, konon nak ikut flow lah. Kat sebelah kereta kitaorang pulak ada crane panjang lalu di jalan yang sama. Makin lama, makin tak nampak pulak masjid tadi. Aissyh, pelik ni. So kitaorang pun U-turn cari balik arah Presint 2.

Sampai kat satu simpang yang ada traffic light, kitaorang berhenti. Tahu apa yang kitaorang nampak? Tiba-tiba kren tadi tu sedap je melintas dengan bangganya. Cit! Cheh! Kitaorang gelak guling-guling, jalan tadi tu boleh tembus rupanya. Buang masa betul. Last-last jumpa jugak tempatnya.

Masuk je dalam dewan tu, mak aih. Sangaaaaaaaaaaaaaaaaat cantik dekorasi dewan tu. Macam wedding dalam taman. makin terasa nak kawin cepat je kau. Aku boleh cakap ini antara best wedding yang aku attend setakat ni. Terkejut jugak lah. Dan yang paling aku terkejut tu, kawan aku malam tu mekap cantik sangat. Lain sangat, tak macam masa dia kat ofis. Yang kawin ni anak kawan aku, bukan kawan aku yang kawin.

Kalo tak silap, pelamin dan baju dari Nas Great Idea. Patutlah cantik gila kau! Kawan aku cakap siap ada TV3 datang buat liputan. Untuk slot Nona agaknya. Patutlah aku tengok videoman banyak sangat. Dua kali diaorang shoot kat meja aku. Korang tunggulah aku masuk tv nanti. hehe.

Ok, mari menjamu mata dengan gambar-gambar yang sempat ditangkap guna hp aku yang tak canggih sangat ni.


Inilah Kak Zura, officemate aku. Muka masam je, takde mood dia cakap. huhu.


Aku dengan ain. Maybe ini gambar last kitaorang sebelum dia fly. huk.


dan ini adalah pengantin tu. Yang perempuan tu anak kawan aku.


Ini apa yang ada di meja. Orang Johor, mesti minum air bandung :)

Ini menu card. Katering by Felda D'saji. Makanan semua superb. Aku dengan rakan-rakan di meja makan sampai 3 senduk sorang. Lapar mak aih. he he.

Kitaorang balik dekat pukul 12 tengah malam. Sampai rumah terus tido, kenyang sangat beb. Esok bangun pagi, perut senak. huhu~
.
.
Hari Ahad
Kitaorang pergi The Mines, tengok Adnan Sempit. Aku bangga, kali ni aku berjaya gak cari jalan pergi The Mines tanpa sesat. hehe.

Full-house beb filem ni. Tak sangka aku filem melayu dapat sambutan. Tapi memang lawak gila-gila filem ni. Senak perut aku gelak tau. Tapi kalau siapa yang suka cerita untuk deep thinking, aku advise jangan menggatal nak tonton filem ni. Filem ni ringan tapi bermesej.

Lepas tengok movie, aku dengan Ain pergi melawat kawan sekolah kitaorang yang baru kahwin tahun lepas. Masa wedding dia dulu kitaorang tak dapat datang. So baru ni sempat datang tengok dia. Dia masih kecoh macam dulu tau. Husband dia pun sempoi gila. Dan the best part is dia dah pregnant! he he he. Excited aku nak jadik auntie. Turn aku bila pulak? jeng..jeng.jeng..

.

.

ps: I sayang u sangat.

Tuesday, January 12, 2010

.Budaya Sihat Yang Perlu Diamalkan Di Tempat Kerja.


Selamat tengahari semua! :)

Malas aku nak membebel panjang-panjang. Aku cuma nak cerita salah satu budaya bagus yang harus diamalkan di ofis-ofis. Ofis aku amalkan ni.

Okey macam ni, ofis aku menganjurkan (macam skema je word ni) acara pertuakaran hadiah atau lebih mesra disebut Exchange Gift. So pada 08/01/2010 haritu, acara kemuncak ini telah berlangsung. Acara ni dianjurkan sekaligus dengan majlis harijadi Big Boss aku dan seorang lagi staff kat department aku. Menariknya, kitaorang semua tak tahu siapa yang kitaorang dapat, dan kitaorang tak tahu siapa yang dapat kitaorang.

Kira masa cabut undian nama tu, secret-lah. Kitaorang cuma dapat nombor yang tulis sama ada M atau F (Male/Female). Contoh, macam aku dapat 29F. So aku dapat untuk orang ke 29 dan perempuan! Entah sape lah yang bertuah tu kan.he he.


Serius, takde satu klu pun yang dapat membantu beb. So beli la hadiah yang selamat, kang kalau aku beli hadiah yang gila-gila macam bra n panties ke, mana tau salah saiz?! Kang naya je orang yang dapat tu. Hadiah haruslah bernilai sekurang-kurangnya MYR 30. Okeylah kan, setiap orang gaji ribu-ribu. Setakat 30 hengget tu apa sangatlah. Amboi Najihah, macam awak tu banyak duit sangat je! keh keh.
Tak mau cita banyak, layan gambar-gambar di bawah:


Longgokan hadiah-hadiah. Hadiah aku yang mana satu?
(Clue: Yang paling besar, yang warna merah) Yang sebelah kanan sekali tu lah! :P



Hadiah untuk big boss aku. Auwwwwwwwwwww! :P
Ini hadiah aku yang punya. I wonder who's giving this.
(At last, tau jugak sape yang bagi!)

Ini kek besday bos aku. Specially made dari Ummi's Oven.
Bos aku peminat Liverpool. Sama macam Irwan. Cit! :P

Ini pulak kek besday Kak Yatie yang share besday date dengan bos aku.

Saja gedik gambar dengan hadiah.
(Thanks to Matthew tolong ambilkan pix i)

Ok majlis dah start, besday girl pakaikan rosset pada big boss aku. hehe.

Boss sedang memotong kek. Excited dia tengok cake tu tau!

My department secretary yang perempuan berbaju biru ini.
The man behind is my head unit. Sporting dia nih! ;)

What's The Boss got?
Bapak Elmo dan anak Elmo yang boleh mengeluarkan muzik kalau dipicit tangannya.
Cute sungguh. he he he.

Ini dia orang yang bagi boss aku hadiah.

Upacara penyampaian hadiah. Lama tak merasa sejak sekolah rendah dulu. huhu.

bad bersama hadiah yang dimenangi. Satu set you!!

Aku dengan besday girl. We're known each other since 2003 beb.

Me and Jane. Rakan bergosip aku :)

This is what i have got. I suka sangat. Sangat praktikal hadiah ni kan?

Logo ni di tampal di sekeliling kek boss aku. Ada banyak logo kelab bola sepak lain. Aku rembat dulu MU, yeah! ;) *muka puas hati*
.
.
.
Story end.
.
Nah, aku hadiahkan lagi satu gambar untuk korang. Nak gelak silakan.

*Di sisi suku dari saiz pelamin sebenar. Ini waktu kahwin my sister besties, Puan Nadia :)

.
.
.
.
ps: Sekarang asal petang je hujan. Dingin.

Tuesday, January 5, 2010

.Berita Baik Untuk Mereka Yang Single.

PENGUMUMAN!

Ini ada berita bagus untuk mereka yang masih berstatus Bujang.

Bagus kan?
Gambar ni aku tangkap sendiri tau. Betul, tak tipu.

Monday, January 4, 2010

.Mengisi Waktu Senggang di Hari Ahad.

Ini entri pertama aku tahun 2010. Semangat kau nak tulis blog. Cuba tengok statistik aktiviti penulisan aku pada tahun 2009, meningkat kepada 204 entri berbanding hanya 23 entri pada tahun sebelumnya. Dah macam ulasan indeks naik turun harga saham aku punya ulasan.
.
Nampak tak peningkatan yang memberansangkan? Jadi tahun ini, aku mahu berazam untuk meningkatkan statistik kepada dua kali ganda daripada entri tahun lepas. So akan mencecah 400 entri, insyaAllah. Wah, nak dua kali ganda konon. Cuba tengok sejak Ogos tahun lepas makin lama jumlah entri makin menurun, ada hati nak beratus-ratus entri. haih!
.
Aku busy lah woi. Sejak jadi wanita berkerjaya yang datang ofis waktu pagi, balik hampir senja, mana ada masa nak update setiap detik macam dulu. Zaman universiti dulu boleh lah. Hadap komputer riba 24 jam sampai tertidur-tidur depan laptop. Nasib kau je baik laptop tak maki hamun sebab membazir elektrik hostel kau biar laptop on sampai pagi.
.
Waktu tu memang ketagih nak berbelog gila babi. Kalo boleh, nak buang air besar pun nak lapor dekat belog. Sekarang ni, banyak cerita-cerita menarik pun aku tak sempat nak update okey. Well, nak buat macamana. Ini pun aku curi-curi update dekat ofis. Macamana nak jadi pekerja contoh camnih T_T
.
Haisy sudah lari tajuk entri blog aku. Itulah kau kalau di bagi can membebel, tak lepas peluang langsung. Aku nak cerita pasal semalam. Hari Ahad kan hari cuti. Bila aku dah bosan gila sebab tak tahu nak on channel apa kat Astro sebab semua rancangan sudah ulang-tayang beratus-ratus kali (lepas tu Astro nak charge macam-macam sekarang ni, macam gampang aje), aku tergerak hati nak on Facebook aku.
.
Korang kan tau aku dah tak hadap Facebook dekat sebulan lebih. Kawan-kawan FB aku pun tak tau akaun aku available lagi ke tak. So aku pun terus turun ke Kafe Siber kat tingkat bawah. Mak aih, Kafe Siber banjir. Dah lah takde air-cond, macam nak pitam aku duduk kat situ kekurangan oksigen kau. Mahal pulak tu, satu jam dua-ringgit-setengah. Cett! Servis tak memuaskan langsung.
.
Okey..okey..cerita pasal FB eh. Lepas je aku log masuk, mak aih terkejut aku tengok friend requests aku. Almost 800 kau! Friend suggestion pulak cecah 100++. Tu belum masuk other request yang dekat 400 lagi. Mampus nak clear semua benda alah ni. Dah lah speed pc kat kafe siber tu macam haram-j, bayangkanlah aku nak klik satu-satu kat semua request tu?
.
Aku tak approve pun semua friend requests tu. Banyak yang aku reject. dah kalau letak nama entahapaapaentah, gambar yang kau letak pun cukup buat aku loya, please lah memang aku reject tanpa belas ihsan. Ada tu lagi lah, tak letak gambar langsung. Memang aku reject! Walaupun request datang dengan mesej yang macam-macam, nak mintak no telefon lah, nak ajak keluar lah, eii geli lah aku. Sorry tapi amat-amat aku hargai usaha korang nak add aku jadi salah seorang kawan korang.
.
Akhirnya clear semua requests yang terbengkalai dulu. Mau haus jugaklah jari telunjuk aku mengklik mouse je. Aku dah save gambar nak tunjuk bukti kat korang. tetiba fail imej ni tak mo keluar. Siut betul lah. Irwan cakap approve je semua, buat koleksi. Koleksi saja, FAHAM. Jangan kau gatal-gatal nak mintak no telefon ke nak ajak blind-date ke apa. Ingat dah nak jadi tunang orang kau tu. hehe :)
.
Panjang pulak aku tulis kali ni. Mood membelog sudah datang kut. hehe.

Nah aku tinggalkan pose special untuk korang. Hadiah new year.
.

Bye!!