Showing posts with label I like This. Show all posts
Showing posts with label I like This. Show all posts

Friday, August 12, 2011

.Oh Baru Perasan Takde Tajuk!.

Sementara tunggu masa untuk ke bazaar Ramadhan, baik aku sudahkan tag sebelum ni.


Day 11 – A picture of your favorite memory



Semestinya saat bercamwhore! Tapi sekarang mood pun dah kureng, dengan aku yang sudah gemuk, muka berjerawat, daya penarik pun sudah hilang, what do you expect? Kamera adalah musuh ketat sekarang ni.

Day 12 – Your current relationship, if single discuss how single life is.

Ohh I'm married and currently waiting the moment to be a mommy! :) How sweet this life! Tapi biasalah rumahtangga ada turun naiknya. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Cewah!


Day 13 – A picture of your favorite band or artist

Tiada yang spesifik. Aku ambil tahu mengenai hiruk-pikuk dunia hiburan cuma sebagai mahu mengisi masa senggang je. Tiada yang istimewa pasal artis ni. Diaorang pun manusia biasa, bezanya diaorang popular, kita tidak.

Day 14 – A TV show you’re currently addicted to

Daripada dulu sehingga sekarang, The Biggest Loser! :P Tapi jarang benar mengamalkan tips-tips yang diberikan :) Mana tidaknya, tengok Biggest Loser sambil bersandar dan mulut tak berhenti mengunyah. citt.


Day 15 – Something you don’t leave the house without

Handphone, purse, kunci kereta dan tudung.


Day 16 – Short term goals for this month and why

Dapat berhari raya dengan gembira dan bahagianya bersama keluarga kedua-dua pihak. Tidak aku minta lebih daripada kebahagiaan itu.

Day 17 – How you hope your future will be like

Peningkatan dalam karier, kestabilan ekonomi dan keluarga yang sakinah wa marhabah wa rahmah sehingga ke akhir hayat. Cukuplah tu.

Day 18 – 5 things that irritate ME about opposite/same sex
  • Perempuan gedik.
  • Mereka yang tidak tahu menghargai pengorbanan seseorang.
  • Lelaki/perempuan yang tidak reti nak guna deodorant sehingga tidak sedar yang bau ketiak mereka sungguh memeritkan.
  • Mata duitan.
  • Orang yang berakap tak serupa bikin.
Day 19 – A picture of something you want to do before you die

Tiada gambar. Aku cuma berharap dapat beribadah dengan secukupnya sebagai bekalan di 'sana' nanti. Semoga aku dimatikan dalam keimanan sebagaimana sewaktu dilahirkan.



Day 20 – The meaning behind your blog name

Mula-mula blog aku namanya "This Is My Wardrobe". Maksudnya macam aku umpamakan blog ini sebagai almari yang menyimpan segala macam benda pada aku. Kira blog aku ni menyimpan segala rasa dan benda mengenai aku.

Lepas tu aku rebranding nama kepada "Suka Membebel", sebab memang secara semulajadinya aku kuat membebel :P

Sehinggalah hari ni, ia menjadi "Muda dan Merbahaya", maksudnya diri aku ini masih muda dan yang bahayanya apa? Sebenarnya aku agak 'merbahaya' lagi-lagi kalau kau 'cucuh api' pada aku. Tapi kalau kau hulurkan tangan, padang bola aku tadahkan.



Ehh penat pulak menaip waktu bulan puasa ni. Oke nanti sambung lagilah. Selamat berbuka semua!

Tuesday, July 5, 2011

.Day 2 to Day 10.

Assalamualaikum.

Rasa macam malas lah pulak nak post day to day. So mari aku jawab saja semua benda ni, jadikan seperti tag. :D

Day 2 — Your favorite movie

Secara spesifiknya, aku takde favourite movie. Cuma aku suka tengok filem "Berlari ke Langit". Yang Fasha Sandha berlakon di awal kemunculannya tu, bersama Rosyam Nor. Aku suka filem ni sebab scenery yang ditunjuk banyak yang menangkap, dan lagu-lagu latar yang mengasyikkan. Filem ni macam slow sikit, tapi pengajaran yang ditunjukkan, menggunung. Dan sejak aku tonton filem ni lah, aku tahu menghargai apa yang dinamakan kasih sayang dan cinta.

Day 3 – Your idea of the perfect first date

Aku macam perempuan tipikal lain yang berfantasi mahukan first date yang sempurna. Dijemput oleh sang kekasih - checked! Makan candle dinner - unchecked! Aku makan steamboat tepi laut, sambil disimbahi terangan lampu jalan, ok lah tu :P Dapat bunga - unchecked! Dapat bunga first time masa dia datang rumah. Kira dapatlah tu :)

Day 4 – Your favorite photograph of your best friend


HEHE dia baru upload tadi kat FB. Rindu ko Ain! sayang ko! Muahhs :)

Day 5 – What makes you different from everyone else

Nama penuh aku yang aku belum pernah jumpa lagi sama dengan orang lain :) Kalau nama Irwan kan, kat company aku, ada seorang yang exactly nama penuh sama dengan dia :)

Day 6 – A song to match your mood

Aku sukakan lagu yang slow, R&B dan ada 'jiwa'.

Day 7 – A photo of an animal you’d love to keep as pet



Binatang ada bulu-bulu aku geli! :(

Day 8 – Your dream wedding

My previous wedding day is my dream wedding. Walaupun sederhana, tapi apa yang aku rancang dan impikan dapat direalisasikan. Alhamdulillah :')

Day 9 – A photo of the item you last purchased

Karipap pusing di kafe tingkat 4 memang awesome bila dimakan panas-panas :)

Day 10 – A photo of your favorite place to eat

Tempat wajib lepak seminggu sekali sekurang-kurangnya.

Apa yang best? Kat mana? Korang discover sendiri! :)



Ok wehh, lunch hour dah habis. Nanti sambung lagi :)

Tuesday, June 28, 2011

.Hari 1 - My Favourite Song.

Lagu kegemaran yang aku takkan jemu untuk keep playing adalah:

"Sempurna"

by Andra and The Backbone.

Hoii malas gila nak amik link YouTube ke hape. Tapi aku tau ramai yang tahu lagu ni. Aku suka sangat sebab dia punya rentak dan lirik macam sangat relax dan menyentuh hati.

Mungkin ramai manusia mengharapkan diri mereka menjadi sempurna kepada orang yang mereka sayang, tapi aku, tak mengharapkan aku akan menjadi sebegitu. Sebab aku tau, walau macamana aku berusaha untuk jadi sempurna sekalipun, tak mungkin aku akan sempurna kot.

Tapi apa pun, aku cuma berharap aku akan menjadi seorang yang terbaik - isteri yang terbaik, ibu yang terbaik, anak yang terbaik, kakak yang terbaik dan yang terbaik kepada orang-orang disekeliling aku.

Amin.

Friday, June 24, 2011

.Suam-suam Kuku.

Assalamualaikum.

Hello! Blog ni dah macam suam-suam kuku je kan. Kalau ada update, adalah. Kalau takde, lantaklah :P Mood blogging aku dah tak macam masa zaman anak dara dulu :D Tiap-tiap hari mesti gatal tangan nak update. Ya, masa berubah, manusia juga berubah kan.

Baiklah, lepas aku baca blog kakak Nadia, aku pun bercadang nak buat jugak. Kira ala-ala tag lah ni. Tau jelah kan, aku kan suka buat tag :P

Jadi, untuk 30 hari berikutnya, ini yang akan aku update. Tapi mungkin akan aku selitkan cerita-cerita lain jika mood berbelog datang mencanak nanti :P

Here's the list!

Day 1 — Your favorite song


Day 2 — Your favorite movie

Day 3 – Your idea of the perfect first date

Day 4 – Your favorite photograph of your best friend

Day 5 – What makes you different from everyone else

Day 6 – A song to match your mood

Day 7 – A photo of an animal you’d love to keep as pet

Day 8 – Your dream wedding

Day 9 – A photo of the item you last purchased

Day 10 – A photo of your favorite place to eat

Day 11 – A picture of your favorite memory

Day 12 – Your current relationship, if single discuss how single life is

Day 13 – A picture of your favorite band or artist

Day 14 – A TV show you’re currently addicted to

Day 15 – Something you don’t leave the house without

Day 16 – Short term goals for this month and why

Day 17 – How you hope your future will be like

Day 18 – 5 things that irritate ME about opposite/same sex

Day 19 – A picture of something you want to do before you die

Day 20 – The meaning behind your blog name

Day 21 – A photo of something that makes you happy

Day 22 – A letter to someone who has hurt you recently

Day 23 – 15 facts about you

Day 24 – A photo of something that means a lot to you

Day 25 – Who are you?

Day 26 – A photo of somewhere you want to go

Day 27 – What kind of person attracts you?

Day 28 – In this past month, what have you learned?

Day 29 – Something you could never get tired of doing

Day 30 – A photograph of yourself today & three good things that have happened in the past 30 days
 
 
Ok kan? Mencabar jugak task ni :P
 
 
Nak sambung kerja.
 
 
 
p/s: final Maharaja Lawak malam ni, korang rasa siapa menang?

Thursday, December 23, 2010

.Hari Ini Dua Dalam Satu.

Assalamualaikum.

Hello! Hello! Selamat Hari Jumaat Khamis semua. <--TQ Amy! :D

Hari ini ada dua perkara penting berlaku di pejabat aku. Satu ialah acara Exchange Gift, satu lagi adalah...tunggu sampai habis entri, korang tau lah nanti :D

Baik, mari ke cerita pertama.
.
.
Seperti tahun lepas punya cerita, tahun ini kali kedua aku menyertai acara exchange gift ni. Agak ramai yang menyertai termasuk big boss aku. Tapi ada jugak yang tak mau join dengan bermacam alasan. Ada yang cakap exchange gift ni budaya orang Kristian sempena Krismas lah, tapi sebenarnya ramai yang kedekut kot? huhu.

Pada aku benda ni cuma for fun, sebagai release tension kerja sikit kan. At least ada lah jugak aktiviti kan?Setiap orang ambil bahagian akan dapat nama orang yang dia perlu kasi hadiah bernilai minima RM40. Jadi acara penyampaian hadiah berlaku tadi jam sepuluh pagi.

Dimulakan dengan big boss.
Dia dapat towel Liverpool oooh! Lagi satu dia dapat table clock Liverpool jugak. Kemain suka dia dapat hadiah ni. Al-maklumlah semangat "You'll Never Walk Alone" sangat tinggi! :)

Siapa lah yang bagus memahami minat bos tu kan?

Aku lah yang bagi. haha. :P


Tapi dalam banyak-banyak hadiah yang ramai orang dapat, yang dua kat bawah ini dikira unik sikit.

Ayu sungguh dapat kebaya, dan cik abang tu dah macam Jack Sparrow versi Kelantan aku tengok.hehe. (Dia memang orang Kelantan pun)


Kah kah kah! Siap ada bontot getah kat seluar pirate tu. Lucah gila gambar ni. Mampus aku kena saman. Ala for fun lagi pun kan?


Aku pulak dapat apa?


Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

Dream Unlimited Shower Gel from BodyShop.


Wangi gila kot! Rasa macam nak balut tangan pakai plastik lepas basuh tangan pakai benda ni. Macam dalam cerita Musang Berjanggut tu.hehe.

Terima kasih siapa yang bagi ini, saya suka gila ah! :)
.
.
Oke cerita kedua pulak.

Lepas dah happy happy yeayyyy dapat hadiah, tiba-tiba dikejutkan dengan loceng penggera kebakaran. Mak aihhhhh!

Terus macam panik, dah tak fikir pasal kerja, terus rembat handphone dengan dompet terus keluar berlari menyelamatkan diri. Sampai lupa nak menyelamatkan handbag tersayang.haha.

Tapi rupa-rupanya fire drill daa.

Lama wehh tak terkejut dengan fire drill ni, last masa tingkatan 5. Dah tujuh tahun kot.
Ini assembly point kitaorang.

Semua berpusu-pusu keluar sebab dah cuak. Tapi bila tau je fire drill, mula lah lenggang kangkung macam takde perasaan. Kalau terbakar betul-betul macamana?


Oke itu je ceritanya. Esok aku kena start kerja pukul7 pagi. Sebab esok Christmas Eve, so banyak international market yang half day, semua kena rush esok!

Itu esok punya cerita, yang penting hari ni Irwan datang KL.

Yeaaaaaaaaaaaaaaaaah! :)

Wednesday, July 21, 2010

.Sushi Mooshi.

Dua kali rakan sekerja di Kota Singa belanja aku makan tengahari di Sakae Sushi. Hari ini dan minggu lepas. Kali pertama pergi, aku macam cuba paksa makan. Ok, aku bukan peminat tegar sushi. Boleh dikira dengan jari berapa banyak kali aku makan dalam setahun.

Tapi hari ni, aku makan dengan banyak sekali! ;p Macam-macam aku order, sampai perut aku dah mengamuk suruh aku stop makan. :D

Okey, sushi dia memang sedap! Tak macam rasa sushi yang aku selalu beli kat Jusco masa zaman universiti dulu. Tapi Mahal T_T Jadi bila orang nak belanja aku rasa YEYEAH! ADA ORANG NAK BELANJA SUSHI TIME LUNCH!! *Gila Suka*

Mungkin kecenderungan aku kepada makanan Jepun semakin bercambah. Aku mula kenal chawanmoshi, Salmon Kanagame, Renko Chip etc etc. Mungkin juga senarai makanan kegemaran aku akan bertukar selepas ini.


Tapi my love for him, always remain and never can end! ;)

Ceh, takde kena mengena langsung dengan sushi. Okey bai.




ps: To my hemsem boy; Happy 14th Monthanisary :) I love u soooooo muchhh ♥!

Friday, July 16, 2010

Tak pernah sesaat daku meragui
Apa yang telah daku temui
Slama ini,

Tak pernah sesaat daku menyesali,
Apa yang telah aku nikmati,
Apa ku alami,

Slagi hayat di kandung badan,

Takkan ku menyerah kalah,
Walau mimpi ku musnah,
Harapan ku hancur,
Sayapku patah,

Kan ku pancarkan cahaya,
Seperti pelita ke srata dunia,
Yang gelap gelita

Sehingga hembusan nafas
Yang terakhir.

Tak pernah sesaat ku mencurigai,
Apa yg telah aku kecapi,
Stakat ini,

Tiba saatnya kan ku tangisi,
Pada yang pergi, takkan kembali
Kembali lagi,

Slagi jasadku belum terkubur!
Slagi tubuhku, belum ditimpa uzur!
Pantang datuk nenek moyangku,
Berundur!

Akan Ku Pancar Cahaya Seperti Pelita,
Ke Srata Dunia,
Seperti Cahaya…….


- Pelita, by A.P.I




Tiba-tiba aku jadi suka dengan lagu ini. It really pictures me, probably. Beberapa jam sahaja lagi, mood nak siapkan kerja pun tak ada. Biasalah mood hari Jumaat kan :)

Oh kenapa aku macam sangat tak sabar nak balik KL ni ^.^

Monday, June 28, 2010

.Terima Kasih Daun Keladi.

Selamat Hari Isnin! Ok, aku nak bayar hutang budak ini Nadia Shafiqa. Dulu aku rasa macam penah buat tag ni, tapi takpe, sebagai apresiasi pada beliau, aku buat jugak ;) *aku memang suka buat tag, sila tag aku banyak-banyak ye ;)

1) 3 nama samaran kamu..
* gha
* kakak
* miss j

2) 5 tarikh penting dalam hidup kamu
* 15/10/2010
* 08/04/1983
* 09/02/1957
* 12/07/2010
* 28/03/1983

3) 5 perkara yang buat kamu gembira
* subway setiap hari
* kik-kok banana chocolate
* mesej dari Irwan
* ros merah
* balik kampung dan bermalas-malasan


5) 5 tempat percutian idaman kamu
* Pulau Sipadan
* Manchester
* Venice, Italy
* Switzerland
* Hawaii *azam mahu pakai bikini kat sana ;p


6) 5 sebab kamu nk jawab tag ni
* aku memang suka buat tag
* compliments untuk orang yang tag

2 je cukup lah. alasan nombor 1 dah kuat kot.

7) 5 org yg anda hendak tag!
* apesal sikit sangat 5 orang. Semua yang baca blog aku ni aku tag okeyhh! *kalau sudi lah ;)

Sekian terima kasih.

Friday, June 11, 2010

.Yang Penting Kita Happy, Happy!.

Oh sudah lama aku tak buat tag. Tiba-tiba kali ni junior SMKAS aku, si Ella kiut miut tag aku. Aku suka buat tag ni, so layan jelah ;)
.
.
1.Adakah anda happy sekarang?
Ye, aku happy, tapi masih bersedih atas kehilangan pipin.
.
2.Kenapa anda Happy?
Kerana Tuhan masih lagi beri aku peluang untuk bercakap dengan mak ayah aku, meluahkan rasa cinta pada Irwan dan bersujud padaNya.
Dan aku happy semuanya masih pada laluan yang betul, masih.
.
3.Apakah benda yang boleh membuatkan anda happy?
Bila ada cokelat hazelnut dan jam donut. Bila semua cinta masih ada.
.
4.Pernahkah anda menerima tag?
Pernah dan aku suka.
.
5.Nyatakan warna yang anda suka.
Putih dan fursia pink. Warna keindahan.
.
6.Beritahu 9 orang yang anda mahu tag.
9orang? Mak aih ramainya. Ini dia 5 yang bertuah.
-EfaNina
-Intan
-Nana
-Zura
-Edy

7.Tuliskan sesuatu tentang orang yang anda tag.
.
-EfaNina
Rakan sejiwa dari zaman UTM. Penasihat cinta yang bagus ;)
.
-Intan
Budak kecik yang sekejap je dah jadi dewasa. Bakal lahirkan seorang anak buah untuk aku tak lama lagi.
.
-Nana
Kawan sama-sama Tunas Bestari zaman SMKAS. Dia suka gosip macam aku, dan tidak anti-lelaki.
.
-Zura
Dia yang paling dulu kawin dalam line besties aku. Sekarang dia tengah mengidam nak makan ayam percik Tanjung Sepat.
.
-Edy
Budak sombong yang jadi classmate aku waktu Form 3, Form 5. Suka berlagak hensem dan amat menggilai dunia fotografi. Dia janji nak ambil gambar perkahwinan aku FOC.

.
8.Adakah anda happy dengan apa yang ada?
Mesti. Harus. Takkan tak happy kalau si jantung hati mengucap cinta setiap hari, mak akan telefon sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dan bos aku cakap aku budak bijak, walaupun aku tak dapat degree first class.
.
.
.
ps: can't wait to see you! Jumpa nanti! ;) Rasa seronok bila tahu mak mertua sayang pada kita.ehe~

Tuesday, March 30, 2010

.Birthday Surprise!!.


Good Evening everyone. Ok cheh, i bukan nak buat entri dalam Bahasa Inggeris pun. Here i nak story pasal birthday surprise yang i buat kat Irwan last saturday. hehe.

Actually ini besday surprise in advanced, because on his birthday time, Irwan dah kena pergi outstation so for sure lah kitaorang tak dapat celebrate kan.

On the Saturday night, when he fetch me, I cakap Tonight naik kereta i ok. I akan drive. Ishhh degil dia nak drive kereta dia jugak tu. Nasib baik i bawak rotan, so dia tak boleh melawan. haip! duduk diam-diam eh sayang. Jangan risau i ni pemandu berhemah.


Ops, kata surprise kan. Mata harus ditutup. Irwan asyik asyik tanya i dah sampai mana ni dear. I cakap u jangan risau i takkan apa-apakan u. Tangan dia gatal asik nak bukak je penutup mata i tu. Tengok tu, siap ada bulu mata cute kan.eheh.


Ke mana i nak bawak dia pergi??


Tadaaaaa...


dah sampai pun. I park kereta kat belakang rumah kedai. I segan nak park depan-depan sebab i tak drive kereta mahal, so segan lah nak suruh jockey parkingkan. hehe.

I sebenarnya bawak Irwan ke Victoria Station. Dia rasa macam jauh sangat. Yelah, bila tutup mata u mesti rasa macam jauh sangat kan. Ada ke Irwan guess i bawak dia pergi KL Tower, hehe u silap okey, itu nanti lah :)

After being seated by the hostess (ok the hostess siap tarikkan kerusi lagi), kitaorang order drinks dulu. Yelah, mesti punya makanan sampai lambat so sementara berchit-chat nanti mesti tekak kering kan. So kitaorang pilih untuk order sparkling water.



Ini dia Patritti, sparkling water yang HALAL, betul i tak tipu. Siap ada cop halal lagi tau. Original from Australia. Ada 2 pilihan whether nak white grape or red grape. Kitaorang choose red grape. Sebab nak makan steak kan, so lebih sedap order red grape. Kalau white grape selalunya sesuai kalau nak makan ikan ke or any white meat.




Tak percaya air ni halal? Hah tengok sendiri. Kalau VS ni menipu korang boleh la nak saman oke.

So untuk mengelakkan customer jadi bengang sebab order akan sampai lambat (of course lambat, sebab steak yang bagus akan mengambil masa yang lama untuk dimasak), VS bagi dulu roti bun bersama butter. I rasa macam dalam flight pulak.hehe.

For the appertizer, kami order Crispy Cheesy Potato Skin. Sedap sangat! Harga pun oke, not bad :)

Irwan order Smokey Salmon Salad, oh he loveeee salad very much. OMG! I ni bukan peminat raw fish. Kalau makan sushi pun i tak makan yang berdaging mentah, but Irwan dah order why not i try kan?
.
Mula-mula i nak bau, masyaAllah rasa macam nak tutup hidung, but then sedap rupanya! ;) I salah menilai. The salmon very fresh, dan tak hanyir tau. Tak sia-sia mencuba.


Look at the table deco, siap ada roses lagi. Romantic you ;)

Ops soryy, muka i mesti ada lah kan :)

This wall-deco yang i suka. Sorry tak berapa terang, kamera i tak canggih sangat. But this picture show how they sell the steak berabad yang lalu. Who knows, dari gerabak buruk terus jadi restoran ekslusif. Brilliant!

On that night, VS is full house! Tak tipu. Oh ya, i jumpa pelakon malam ni. Sharifah Sofia with her husband and families. Alah yang jadi girlfriend Remy Ishak dalam Nur Kasih tu.
Now presenting the main course.....

Tadaaa! Ini VS Cheesy Mushroom Steak yang i order. Irwan order VS Victoria Steak. Rupa steak dia sama je, cuma rasa lain. You all tau lah, i memang suka benda bercheesy ni, so it's so yummy! We both choose the steaks half-cookeed, jadi memang sedap! I think better than TGI Fridays, Hard Rock etc..Betul-betul sedap!
.
I am not a meat-lover, but i boleh telan steak ni sampai 3/4 pun dah kira okay lah kan. Yang balance Irwan uruskan.hehehe.
.
What do you think a birthday without a birthday cake?
It's not a birthday yaooo!
So the final surprise for him...

Oke, bukan kek besar pun. Only a slice of walnut brownies yang gila sedap bersama sebatang lilin. But okay lah kan.
.
What makes this cake special is, sebab a few VS staff siap nyanyikan birthday song untuk Irwan. Irwan apa lagi, muka dah merah but sengih-sengih happy lah dia ;) Customer lain pun pandang-pandang kat kitaorang.hehe. Irwan tak sangka ada lagi orang nyanyikan masa birthday dia, memandangkan dia dah pun makin tua sekarang ni.hehe.
.
Oke, compliments from VS. I curik satu.hehehe.
Tengok dia punya quotes, you know what it's mean huh?
.
VS memang terbaik untuk steak. And the price was really reasonable. Cuma i tak tau nape orang ramai takut nak makan kat VS ni. You should try once in a lifetime buddies!
.
Overall, we really had a great birthday dinner. Irwan sayang sangat happy dan memang tak sangka i buat surprise untuk dia. hehehe.Dia siap dah tanya besday i nanti nak gi mana pulak. Ops! Biarlah remain surprise kan ;)
.
Happy Birthday Sayang :)
God bless you always. You dah makin tua tau, ingat-ingat sikit.hehe.

Friday, March 19, 2010

~Twilight Lovestruck Contest~

Ini peraduan kedua yang i masuk. Dulu sekali masuk, tak menang. Sebagai tanda sokongan kepada Kemma i pun dengan gigih dan tanpa jemunya join peraduan ini (i rasa sekarang banyak orang buat peraduan kat belog masing2). Gagal sekali bererti gagal selamanya, yeah~ Tapi kalau asyik gagal je, confirm i tak mau masuk lagi. hehe~

Ok, kalau semua orang nak join, sila ke laman sesawang ini. Cepat cepat cepat penyertaan tutup pada 30 April. I tak mau bebel panjang tentang contest details, nanti korang pun bukan baca.haih.

Jadi, ini gambar yang i pertandingkan.

Perincian gambar:

Gambar ini diambil di studio gambar UTM semasa konvokesyen i yang lalu.

I pakai shawl Ariani waktu ni (ini pun shawl pinjam dari akak kesayangan i sebab nak matching dengan baju), so kira menepati syarat penyertaan lah kan. Janji shawl eh :)

Yang disebelah i sudah semestinya tunang i, Irwan (waktu ni belum tunang ehem).

Jadi, i punya quotes yang selalu diucapkan kepada si jantung hati adalah (jeng..jeng..jeng). Wehhh macam malu lah pulak nak express kat sini (cheh!):

"I love u so much sayang each seconds, each days and forever until forever's gone. Thanks for the honor of being my special soulmate. I won't ask more from God. You're the most prettiest thing ever happen in my life. "

Baiklah puan penganjur, sila lah anda adili penyertaan saya ni. hehe~

Fuh! Fuh! Harap-harap rezeki kali ni.

Sent!

Thursday, March 4, 2010

.Oh My God!.

Eh eh betul ke apa yang i nampak ni? *sambil menggosok-gosok mata beberapa kali.

Macam tak percaya apa yang i nampak. Penyertaan i pada saat akhir berjaya masuk senarai pendek shortlist peraduan ~Ezma, you jump, i jump~ eh dah senarai pendek shortlist lagi eh tolong jangan melalut okeh.

Oke, kalau masih tidak percaya, silalah ke laman sesawang puan penganjur.

Tengok tu, nombor penyertaan i adalah 62. Sila klik gambar kalau penglihatan masih kurang jelas. Atau mahu gambar yang lebih jelas, tengok je entri sebelum ni.

Ok awww i excited sangat nih!! hehe. Tak boleh kawal perasaan yang sangat teruja sebab sebelum ni i kalau masuk pertandingan tak pernah di senarai pendek apatah lagi nak menang. So i rasa macam nak melompat lagi sekali je, nasib baik jelah kat pejabat sekarang ni.

Jadi, terima kasih sangat pada Cik Ezma dan Para juri yang bijaksana kerana memilih i dalam senarai pendek anda ;)

Kalau dapat nombor satu tu memang syukur alhamdulillah tak terhingga, tapi bagi saya sudah disenarai pendek itu pun sudah dikira pemenang. Eh eh macam ucapan artis Top 5 Anugerah Bintang Popular pulak.

I dah nak balik ni. Malam ni nak solat hajat, harap-harap menang. Amin. Fuh.fuh.

Tuesday, January 12, 2010

.Budaya Sihat Yang Perlu Diamalkan Di Tempat Kerja.


Selamat tengahari semua! :)

Malas aku nak membebel panjang-panjang. Aku cuma nak cerita salah satu budaya bagus yang harus diamalkan di ofis-ofis. Ofis aku amalkan ni.

Okey macam ni, ofis aku menganjurkan (macam skema je word ni) acara pertuakaran hadiah atau lebih mesra disebut Exchange Gift. So pada 08/01/2010 haritu, acara kemuncak ini telah berlangsung. Acara ni dianjurkan sekaligus dengan majlis harijadi Big Boss aku dan seorang lagi staff kat department aku. Menariknya, kitaorang semua tak tahu siapa yang kitaorang dapat, dan kitaorang tak tahu siapa yang dapat kitaorang.

Kira masa cabut undian nama tu, secret-lah. Kitaorang cuma dapat nombor yang tulis sama ada M atau F (Male/Female). Contoh, macam aku dapat 29F. So aku dapat untuk orang ke 29 dan perempuan! Entah sape lah yang bertuah tu kan.he he.


Serius, takde satu klu pun yang dapat membantu beb. So beli la hadiah yang selamat, kang kalau aku beli hadiah yang gila-gila macam bra n panties ke, mana tau salah saiz?! Kang naya je orang yang dapat tu. Hadiah haruslah bernilai sekurang-kurangnya MYR 30. Okeylah kan, setiap orang gaji ribu-ribu. Setakat 30 hengget tu apa sangatlah. Amboi Najihah, macam awak tu banyak duit sangat je! keh keh.
Tak mau cita banyak, layan gambar-gambar di bawah:


Longgokan hadiah-hadiah. Hadiah aku yang mana satu?
(Clue: Yang paling besar, yang warna merah) Yang sebelah kanan sekali tu lah! :P



Hadiah untuk big boss aku. Auwwwwwwwwwww! :P
Ini hadiah aku yang punya. I wonder who's giving this.
(At last, tau jugak sape yang bagi!)

Ini kek besday bos aku. Specially made dari Ummi's Oven.
Bos aku peminat Liverpool. Sama macam Irwan. Cit! :P

Ini pulak kek besday Kak Yatie yang share besday date dengan bos aku.

Saja gedik gambar dengan hadiah.
(Thanks to Matthew tolong ambilkan pix i)

Ok majlis dah start, besday girl pakaikan rosset pada big boss aku. hehe.

Boss sedang memotong kek. Excited dia tengok cake tu tau!

My department secretary yang perempuan berbaju biru ini.
The man behind is my head unit. Sporting dia nih! ;)

What's The Boss got?
Bapak Elmo dan anak Elmo yang boleh mengeluarkan muzik kalau dipicit tangannya.
Cute sungguh. he he he.

Ini dia orang yang bagi boss aku hadiah.

Upacara penyampaian hadiah. Lama tak merasa sejak sekolah rendah dulu. huhu.

bad bersama hadiah yang dimenangi. Satu set you!!

Aku dengan besday girl. We're known each other since 2003 beb.

Me and Jane. Rakan bergosip aku :)

This is what i have got. I suka sangat. Sangat praktikal hadiah ni kan?

Logo ni di tampal di sekeliling kek boss aku. Ada banyak logo kelab bola sepak lain. Aku rembat dulu MU, yeah! ;) *muka puas hati*
.
.
.
Story end.
.
Nah, aku hadiahkan lagi satu gambar untuk korang. Nak gelak silakan.

*Di sisi suku dari saiz pelamin sebenar. Ini waktu kahwin my sister besties, Puan Nadia :)

.
.
.
.
ps: Sekarang asal petang je hujan. Dingin.

Tuesday, December 22, 2009

.Manis Sangaaaaaaaaaaat!.

Hi, ini cerita dua minggu sudah.

Cerita 1

Tahniah, dan Selamat Menjadi Tunangan orang kepada my beloved sister di bawah ini:

Kamu sudah jadi tunangan orang akhirnya :)

Can't imagine you at secondary school. Tak boleh blah punya muka! :P hehehehe

Purple at Right side: My Parents
Green at Left side: My sister's future-in-laws.
.
.
dan it's me..

menjadi door-gift-girl pada hari tersebut.

salah satu dari beribu gambar yang ada.
This staircase is really something! ;)
.
semua manis-manis kan? Except dua yang bersongkok itu, takkan manis kot? haha
.
i love this shoot and other others shoots. Banyak sangat tak tau nak pilih lor.
(Titi jambatan tu cuma muat-muat punggung kitaorang duduk.hehe)
.
.
Cerita 2
Tahniah juga, pada my besties di bawah ini:
Pn. Aszura Ezannie yang sudah selamat membina masjid bersama cintanya, En. Harun Hadnawi. Persandingan diaorang a day after pertunangan akak aku.
.
Aku pergi majlis dia dengan Irwan. (Saje nak amik berkat) Adventure jugaklah nak cari rumah Zura kat Melaka nun. Nasib baik ada GPS. hehe.
.
I'm so happy for her! Semoga jodoh kekal selamanya ke akhir hayat korang.
After majlis Zura, aku dengan Irwan pergi ronda-ronda kat Bandar Melaka. And we buy something for our day pulak nanti. hehe ;D
.
Happy sangat. Kakakku sudah bertunang, kawan baikku sudah selamat bernikah.
Happy untuk diaorang!
.
Happy kan aku? :D ;P ;)
.
and now i'm counting for mine pulak! ehe.
.
.
.
ps: it's 7th monthanissary yesterday. I love u sayang! ;)