Ini entri pertama aku tahun 2010. Semangat kau nak tulis blog. Cuba tengok statistik aktiviti penulisan aku pada tahun 2009, meningkat kepada 204 entri berbanding hanya 23 entri pada tahun sebelumnya. Dah macam ulasan indeks naik turun harga saham aku punya ulasan.
.
Nampak tak peningkatan yang memberansangkan? Jadi tahun ini, aku mahu berazam untuk meningkatkan statistik kepada dua kali ganda daripada entri tahun lepas. So akan mencecah 400 entri, insyaAllah. Wah, nak dua kali ganda konon. Cuba tengok sejak Ogos tahun lepas makin lama jumlah entri makin menurun, ada hati nak beratus-ratus entri. haih!
.
Aku busy lah woi. Sejak jadi wanita berkerjaya yang datang ofis waktu pagi, balik hampir senja, mana ada masa nak update setiap detik macam dulu. Zaman universiti dulu boleh lah. Hadap komputer riba 24 jam sampai tertidur-tidur depan laptop. Nasib kau je baik laptop tak maki hamun sebab membazir elektrik hostel kau biar laptop on sampai pagi.
.
Waktu tu memang ketagih nak berbelog gila babi. Kalo boleh, nak buang air besar pun nak lapor dekat belog. Sekarang ni, banyak cerita-cerita menarik pun aku tak sempat nak update okey. Well, nak buat macamana. Ini pun aku curi-curi update dekat ofis. Macamana nak jadi pekerja contoh camnih T_T
.
Haisy sudah lari tajuk entri blog aku. Itulah kau kalau di bagi can membebel, tak lepas peluang langsung. Aku nak cerita pasal semalam. Hari Ahad kan hari cuti. Bila aku dah bosan gila sebab tak tahu nak on channel apa kat Astro sebab semua rancangan sudah ulang-tayang beratus-ratus kali (lepas tu Astro nak charge macam-macam sekarang ni, macam gampang aje), aku tergerak hati nak on Facebook aku.
.
Korang kan tau aku dah tak hadap Facebook dekat sebulan lebih. Kawan-kawan FB aku pun tak tau akaun aku available lagi ke tak. So aku pun terus turun ke Kafe Siber kat tingkat bawah. Mak aih, Kafe Siber banjir. Dah lah takde air-cond, macam nak pitam aku duduk kat situ kekurangan oksigen kau. Mahal pulak tu, satu jam dua-ringgit-setengah. Cett! Servis tak memuaskan langsung.
.
Okey..okey..cerita pasal FB eh. Lepas je aku log masuk, mak aih terkejut aku tengok friend requests aku. Almost 800 kau! Friend suggestion pulak cecah 100++. Tu belum masuk other request yang dekat 400 lagi. Mampus nak clear semua benda alah ni. Dah lah speed pc kat kafe siber tu macam haram-j, bayangkanlah aku nak klik satu-satu kat semua request tu?
.
Aku tak approve pun semua friend requests tu. Banyak yang aku reject. dah kalau letak nama entahapaapaentah, gambar yang kau letak pun cukup buat aku loya, please lah memang aku reject tanpa belas ihsan. Ada tu lagi lah, tak letak gambar langsung. Memang aku reject! Walaupun request datang dengan mesej yang macam-macam, nak mintak no telefon lah, nak ajak keluar lah, eii geli lah aku. Sorry tapi amat-amat aku hargai usaha korang nak add aku jadi salah seorang kawan korang.
.
Akhirnya clear semua requests yang terbengkalai dulu. Mau haus jugaklah jari telunjuk aku mengklik mouse je. Aku dah save gambar nak tunjuk bukti kat korang. tetiba fail imej ni tak mo keluar. Siut betul lah. Irwan cakap approve je semua, buat koleksi. Koleksi saja, FAHAM. Jangan kau gatal-gatal nak mintak no telefon ke nak ajak blind-date ke apa. Ingat dah nak jadi tunang orang kau tu. hehe :)
.
Panjang pulak aku tulis kali ni. Mood membelog sudah datang kut. hehe.
Nah aku tinggalkan pose special untuk korang. Hadiah new year.
.
Bye!!
16 comments:
kenapa kaki ko mcm tu??hehe
.Edy.
Cuba ko tengok model ANTM, diaorang pose camtu lah. hehe
hehe, 800 gile banyakz..
posing kau memang kelakar...hehe
.fairuz.
kan aku dah kata, pose new year.haha
.sarah.
tau takpe. sengal jari telunjukku. huhu
pose kaki ko meletopp!!
kahkahkahkah ~
Epic
>>___________<<
tgk dr atas ok..
bile tgk tang bawah..
kaki tu awat gha...
hehehe..
naper aku teringat mr. bean ??
>>____________<<
larixxxxxxxxx
mak aii ramai giler peminat.... 800 ..uish!
.Frodo.
Biasak lah aku, selalu meletop! haha
.afiq.
entah apa yang diaorang minat tak tau lah. hehe
.Azrie.
Itu baru nama posing weh. hehe
.Frodo.
Siot ko. Flying-kick satu!
kalau aku, mesti dah jatuh bila posing kaki camtu..hhuhuhuuu
.Sham.
Ko mmg lah kaki tonjang.hehe
Post a Comment