Tuesday, January 19, 2010

.Rasa Bagus Berhujung Minggu Bersama Teman Baik.

Ini aku mau cerita pasal cerita minggu lepas. Yeah, seperti di tajuk entri, itulah aktiviti yang aku buat weekend aritu.

Yes babe, aku dah lama tak jumpa my besties yang sorang ni. Can you imagine the life after graduation we don't meet each other. Ops silap, sebelum gradusai lagi sudah tak jumpa. Last aku jumpa dia dalam bulan April tahun lepas kalau tak silap. Masa tu jumpa kat KFC dekat dengan rumah aku, tu pun aku gosip pasal kehampehan jantan penipu yang sudah berumahtangga tetapi masih mengaku bujang. Shit.

Ok, back to the topic. Last weekend, kitaorang setuju nak jumpa. My besties ni nama dia Ain. Dia garang, oke kitaorang sama-sama garang :P Korang tau tak, ini kawan baik aku sejak umur 5 tahun okey! Sejak tadika weh. Korang ada lagi ke kawan tadika sampai sekarang? he he.

Aku mintak izin Irwan syg nak jumpa Ain. Oke dia bagi pulak. Bukan senang tau Irwan nak bagi kebenaran keluar dengan kawan-kawan. Peluang keemasan nih. Jangan sekali-kali disalahguna, kalau tidak aa lu pikir la sendiri beb. Irwan siap pesan suruh mms gambar aku dengan besties aku, nak tengok bukti kawan aku tu perempuan katanya.

Aku suruh Ain naik komuter sampai KL Sentral (dia dari Shah Alam). Kitaorang lepak Subway, dan apa lagi, mula start gosip-gosip, pok pek pok pek, sampai tak sedar dah petang. Kitaorang kena balik rumah (rumah aku) sebab nak siap-siap, malam nak attend wedding kat Putrajaya pulak.


Inilah mms bukti yang kawan aku PEREMPUAN ;)

.

.

Di Malam Hari.

Lepas solek-solek, tepek mekap sana sini di seluruh muka kitaorang mula bertolak ke Putrajaya. Dalam pukul 7 lah lebih kurang. Kalau ikut kad jemputan, majlis start dalam pukul 815. Aku dah bajet sempat ni sampai. Bukan jauh sangat.

Okey, masing-masing buta jalan nak ke Putrajaya, walaupun aku expert jalan Kl, tapi Putrajaya aku tak yakin sangat weh. Aku ikut je papan tanda ke Putrajaya, lalu Puchong rupanya. Masa tu hujan lebat nak mampus. Waktu maghrib pulak tu. Cuak gak aku, sampai tersalah masuk jalan kau!

Bila hampir sampai ke Putrajaya je, aku baru teringat aku lupa bawak kad jemputan. Aisey man, yang aku ingat wedding tu kat Kompleks Perbadanan Putrajaya je. Jangan panik, aku pun call officemate aku, Kak Zura. Minah sorang ni cakap dia bertolak pukul6 lebih, so aku expect dia dah terpacaklah kat Putrajaya kan, bila aku call masih kat rumah lagi. Laaaaaaaaa tak bertolak lagi ke. Suara sedih pulak tu. Oh oo, ini mesti kes menunggu teman-tapi-mesra dia la ni. Selalu sangat buat hal mamat tu. Janji selalu okey, tapi nanti mula la melilau pergi mana tah, alah lelaki type ni, suka sangat come-out dengan alasan bagai-bagai pastu. ceh.

Balik ke cerita asal, nasib baik Kak Zura cakap kat mana tempat tu. Presint 2 lah oi. Kat sini pun kitaorang asik salah masuk jalan je tau. Aku termasuk Presint 8 pulak sebab tersalah masuk jalan, terlepas signboard Presint 2. Oke dah nampak sign Masjid Putra tu, konon nak ikut flow lah. Kat sebelah kereta kitaorang pulak ada crane panjang lalu di jalan yang sama. Makin lama, makin tak nampak pulak masjid tadi. Aissyh, pelik ni. So kitaorang pun U-turn cari balik arah Presint 2.

Sampai kat satu simpang yang ada traffic light, kitaorang berhenti. Tahu apa yang kitaorang nampak? Tiba-tiba kren tadi tu sedap je melintas dengan bangganya. Cit! Cheh! Kitaorang gelak guling-guling, jalan tadi tu boleh tembus rupanya. Buang masa betul. Last-last jumpa jugak tempatnya.

Masuk je dalam dewan tu, mak aih. Sangaaaaaaaaaaaaaaaaat cantik dekorasi dewan tu. Macam wedding dalam taman. makin terasa nak kawin cepat je kau. Aku boleh cakap ini antara best wedding yang aku attend setakat ni. Terkejut jugak lah. Dan yang paling aku terkejut tu, kawan aku malam tu mekap cantik sangat. Lain sangat, tak macam masa dia kat ofis. Yang kawin ni anak kawan aku, bukan kawan aku yang kawin.

Kalo tak silap, pelamin dan baju dari Nas Great Idea. Patutlah cantik gila kau! Kawan aku cakap siap ada TV3 datang buat liputan. Untuk slot Nona agaknya. Patutlah aku tengok videoman banyak sangat. Dua kali diaorang shoot kat meja aku. Korang tunggulah aku masuk tv nanti. hehe.

Ok, mari menjamu mata dengan gambar-gambar yang sempat ditangkap guna hp aku yang tak canggih sangat ni.


Inilah Kak Zura, officemate aku. Muka masam je, takde mood dia cakap. huhu.


Aku dengan ain. Maybe ini gambar last kitaorang sebelum dia fly. huk.


dan ini adalah pengantin tu. Yang perempuan tu anak kawan aku.


Ini apa yang ada di meja. Orang Johor, mesti minum air bandung :)

Ini menu card. Katering by Felda D'saji. Makanan semua superb. Aku dengan rakan-rakan di meja makan sampai 3 senduk sorang. Lapar mak aih. he he.

Kitaorang balik dekat pukul 12 tengah malam. Sampai rumah terus tido, kenyang sangat beb. Esok bangun pagi, perut senak. huhu~
.
.
Hari Ahad
Kitaorang pergi The Mines, tengok Adnan Sempit. Aku bangga, kali ni aku berjaya gak cari jalan pergi The Mines tanpa sesat. hehe.

Full-house beb filem ni. Tak sangka aku filem melayu dapat sambutan. Tapi memang lawak gila-gila filem ni. Senak perut aku gelak tau. Tapi kalau siapa yang suka cerita untuk deep thinking, aku advise jangan menggatal nak tonton filem ni. Filem ni ringan tapi bermesej.

Lepas tengok movie, aku dengan Ain pergi melawat kawan sekolah kitaorang yang baru kahwin tahun lepas. Masa wedding dia dulu kitaorang tak dapat datang. So baru ni sempat datang tengok dia. Dia masih kecoh macam dulu tau. Husband dia pun sempoi gila. Dan the best part is dia dah pregnant! he he he. Excited aku nak jadik auntie. Turn aku bila pulak? jeng..jeng.jeng..

.

.

ps: I sayang u sangat.

6 comments:

Frodo Baggins said...

mms sebagai bukti tuh!

agagaggagagaga


>>___<<

E.d.Y said...

eh ain..

fairuz said...

auntie eh...hehe... bila nak jadi mak plak? rasanya soalan tu lagi best kot...hehe

SiGedikDariScotland said...

.fairuz.

best! tapi kena tunggu turn lah. hehe

SiGedikDariScotland said...

.edy.

haah ain. ko je sombong takmo jumpa kawan.

SiGedikDariScotland said...

.Frodo.

Of course bukti aku tak curang. hehe.