Monday, May 3, 2010

.Memerhati Gelagat Anak Adam Di Tengah Kesesakan Malam.

Melalui hujung minggu yang sangat indah.

Pixs from Google.

.

.

Sabtu malam di Danau Kota, aku duduk di atas tembok, sambil menunggu Irwan selesai sesi urutan refleksologinya bersama OKU Penglihatan. Kalau bukan kesakitan kaki yang teramat sangat, jangan haraplah Irwan nak urut di tengah-tengah kesesakan manusia.

.

Macam kesian pulak aku tengok Irwan tahan sakit. Aku tahu sakit ya amat, kalau aku mesti dah terjerit-jerit. Ok, macam biasa di Danau Kota, selain daripada gerai jualan, ada juga booth karaoke yang disediakan untuk pengunjung yang berminat mahu pamerkan bakat terpendam menyanyi mereka.
.
Sambil aku meniup-niup semangat pada Irwan, aku perhatikan seorang demi seorang peserta yang ambil bahagian berkaraoke. Mula-mula sekali juruacara pada malam itu, berkaraoke dan berjoget sakan dengan rakannya yang cuma memakai kemeja dan seluar bermuda sambil bergelek menghayun punggung. Umur lingkungan sebaya dengan pakcik aku, dalam hati aku berkata, "Bagus, tahap keyakinannya sangat tinggi".
.
Ehh bukan senang tau nak berjoget, bergelek depan ratusan penonton. Kalau aku buat macam tu, mahu malu seribu hari agaknya. Aku khusyuk mendengar nyanyian kedua-dua pakcik tu sambil mata melilau memerhati gelagat anak-anak Adam yang melintas depan tempat mengurut.
.
Macam-macam gelagat ada, yang Melayu macam tak sedar diri paling ramai. Bangsa lain aku tak nampak ramai sangat,ah aku bukan kesah pasal bangsa lain, aku cuma kesahkan bangsa Melayu. Apa lah nak jadi budak-budak Melayu zaman sekarang. Unsur kebaratannya makin tebal. Kadang-kadang aku rasa geli tau tengok cara diaorang berpakaian. Ok fine, bukan aku nak cakap aku punya dress-up baik sangat, aku tau aku bukan pandai begaya sangat, orang kampung lah katakan. Tapi aku tau, diaorang ada reason tersendiri mahu berpakaian macam tu.
.
Peserta karaoke seterusnya, tiga orang kanak-kanak perempuan yang aku kira dalam lingkungan umur sebelas tahun. Wahhh berpakaian ala-ala kumpulan penyanyi Ratu. Diaorang nyanyi 3 buah lagu sambil berjoget-joget mempamerkan bakat masing-masing. Difahamkan mereka akan ada membuat persembahan pada pagi esoknya di sebuah sekolah, sebagai memenuhi undangan. Wah, kecil-kecil sudah ada jadual nyanyian yang padat. Bila pulak masanya dia menelaah buku? Mungkin mereka pelajar yang bijak kot yang arif membahagi masa.
.
Pakaian mereka aku tak nak komen. Kalau kecil-kecil dah pandai dress-up macam tu, dah besar nanti macamana? Kalau kejadian merogol atau mencabul kanak-kanak makin meningkat, jangan hanya salahkan perogol. Kanak-kanak zaman sekarang sudah pandai berpakaian menjolok mata, sudah pandai berpakaian mempamerkan tarikan seks mereka. Kan dashyat tu.
.
Irwan cakap kat aku, "Mak bapak diaorang tak kesah ke anak-anak diaorang kecik-kecik dah pakai macam tu?"
.
Aku jawab je " Mak bapak moden, biasalah kan."
.
Ibu bapa moden, atau kurang ilmu?
.
Minta dijauhkan pada bakal zuriat aku. Nauzubillah.
.
.
Sesi mengurut selama setengah jam selesai. Sebelum pulang, kami pekena steamboat kereta tolak tepi jalan untuk alas perut. Letih oo lepas kena urut. Dan kami tinggalkan Danau Kota bersama 1001 lagi gelagat anak Adam.

6 comments:

s a y a said...

darl..
u kena tag dlm contest senyuman plg menawan.. hee..
pat2 wat..
tarikh tutup contest 20/5 ni..
:D

melon. said...

hey, just want to let u know. ive already moved to www.headplug.tk

=) , melon.

aN | Nor Arlina Amirah said...

get your awards at my blog now! :p

SiGedikDariScotland said...

.aN.

another awards? thanks :)

SiGedikDariScotland said...

.melon.

ok noted, will cekidaud soon ;)

SiGedikDariScotland said...

.Sabarina.

yeke..tengoklah senyuman i menawan ke tak.hehe