Friday, December 13, 2013

.Untuk Kita.

Saat engkau lamar, mahu peristerikan aku; selangit syukur aku panjatkan pada Ya Rabb, kerana DIA dengar doa aku.

Bukan harta segunung, bukan intan berlian berbukit mahunya aku; cuma cukup ikhlasnya sayang; dalamnya cinta; dan dimuliakan aku sebagai wanita engkau--cukup.

Ini "nyawa" terakhir aku ada. Mana bisa aku jadikan sia-sia. Mahu aku, engkau percaya--walau betapa gampangnya engkau suatu masa dulu, aku mula percaya, engkau kini pelindung tegar aku; engkau bisa bimbing aku ke jannah; restu engkau aku perlu; dan teratasnya sekali tempat engkau dalam diri aku, saat selepas kita diakad nanti.

Dengan nama Tuhan, akan aku beri segala terbaik untuk engkau, untuk kita; wallahi cuma engkau seorang dalam hati--dari zaman aku budak hingusan, hingga aku kini, dan hingga akhir hayat nanti.

Semoga dosa aku terampunkan oleh Tuhan. Semoga silap aku termaafkan oleh engkau. Semoga segala dosa jangan diungkit. Semoga segala silap jangan dibangkit. Semoga segala aib jangan dibogel. Semoga segala--disimpankan kemas, jangan perlu di"hidup"kan lagi.

Ini langkah baru aku. Perlunya restu engkau, perlunya rahmat Tuhan, perlunya redha keluarga--semoga segala baik-baik dalam hubungan kita. Dan aku janji, walau bagaimana kejam sekali dunia ini akan seksa aku, mahu aku engkau tahu, sayang dan cinta aku takkan tercarik walau sezarah.

Hari Jumaat barakah sebagai saksi. Jika apa aku tuliskan ini dusta dari hati aku, biarlah dikeji DIA aku ini.

irwaNajihahNoah tak pernah mati; ini lambang agungnya cinta kita. untuk ini, walau nyawa aku sebagai galang ganti, aku sanggup. Kepada Ya Rabb, aku serahkan segala.

Irwan bin Musa, 830328******--aku cinta engkau, cuma engkau; hanya engkau. Janji aku--akan aku baja cinta ini; akan aku pastikan engkau tidak kecewa lagi.akan aku jadi zaujah terbaik untuk engkau nanti, biiznillah.

semoga engkau rasa yang sama dengan aku--semoga.

*senyum*

2 comments:

Malique Kurt said...

Aku bukan Malaikat Kecil. Aku juga bukan Iblis bertopengkan malaikat yang hanya mengambil kesempatan atas kelemahan. Aku adalah aku yang sentiasa berfikir di dunia terang berhibur di dalam kegelapan.

.Gha A. said...

Semoga segala, semua kita --dilindung Tuhan.