Sunday, January 10, 2016

TIPS EXAM PTD PALING SEMPOI!!

Sejak dari tahun lepas (dan tahun ni juga), beberapa orang kawan pm aku tanya if aku boleh share tips untuk exam PTD online. Katanya exam tu 19 Januari ni. Nak kata aku bagi tips tu tidaklah juga, tapi ini mungkin boleh bantu korang imagine macamana rupa bentuk soalan tu.

Sebab masa zaman aku amik exam, masih exam bertulis (jawab dalam borang OMR kau!), bukan boleh Google pun. Pakai kalkulator pun tak boleh! Nak menjeling orang sebelah pun jangan haraplah. Kira nasiblah kau "tembak" kena ke tak bila dah buntu tu.

Online exam ni ada pro & cons. Korang ada advantage boleh Google (atau mintak orang sebelah tolong Google), cuma kekangan masa jelah & server kadang-kadang bengong sebab ujian dijalankan serentak di seluruh negara. Jadi bertabahlah.

Baiklah (panjangnya mukadimah!), antara tips yang aku boleh kongsi (berdasarkan pengalaman aku) adalah:

1. Korang TAK PAYAH lah beli segala jenis buku-buku yang kononnya ada tips dan soalan-soalan exam PTD tu. Beda'ah je orang kata. Membazir duit oii. Soalan-soalan tu pun banyak dah lapuk. Kalau tak caya cuba tanya para PTD yang lain :P
grin emoticon
2. Soalan exam PTD bukan macam soalan target PMR (sekarang PT3), SPM yang kau boleh beli buku kat kedai tu, pastu pulun siapkan semua soalan mudah-mudahan 70% akan keluar dalam exam. TIDAK SAMA SEKALI. Range soalan exam PTD sangat meluas, terutama bab pengetahuan Am tu. Banyak yang boleh ditanya. Kalau tak silap aku, semua soalan adalah berbentuk Objektif. Jadinya kalau tak tau, tembak jelah. hehe
tongue emoticon
3. Bagi Soalan berkaitan Pengetahuan Am, jalan paling singkat adalah dengan banyakkan baca SURAT KHABAR Nasional (Berita Harian, Utusan, NST, The Star) walaupun ada antara korang tak suka nak baca. Ada yang suggest baca buku Pengajian Am STPM tu, kalau korang banyak masa boleh lah baca, lagi bagus.

4. Mula AMBIL TAHU perkembangan semasa negara--e.g: Pelan Transformasi Kerajaan, RMK, ASEAN dan sebagainya. Jangan tengok bahagian hiburan pulak, dalam exam takde tanya siapa artis yang telah mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa pun.huhu.

5. Lagi satu, JANGAN baca surat khabar parti berhaluan kiri pulak. Yelah, kau nak exam PTD maknanya kau ada hati lah nak kerja Kerajaan, jadi kena ambil tahu pasal kerajaan lah. Kalau kau asik ikut perkembangan pihak lagi satu, macam mana nak celik hal-hal pasal kerajaan, ye tak?

6. Buat RESEARCH sikit pasal kerajaan--e.g.: Kabinet, Kementerian-kementerian, Menteri-menteri dan sebagainya. Kiranya semua istilah berkaitan Kerajaan dah kena "mesra" dalam diri korang. Alah, Wikipedia kan ada. Klik klik jelah :D
grin emoticon
7. Soalan PENGETAHUAN AM (masa zaman aku) termasuklah hal-hal berkaitan IT, Kewangan, Sukan, Sejarah dan banyaklah lagi. Aku pun tak ingat sangat dah. Tapi 80% memang pasal KERAJAAN MALAYSIA lah.

8. Bagi Soalan Daya Menyelesaikan Masalah (masa zaman aku ramai yang kantoi sebab tak cukup masa nak kira, yelah tak boleh guna kalkulator kot!), pada aku dia lebih kurang macam soalan Matematik sekolah menengah je.

Korang takyah risau, takkan ada soalan kalkulus, sin kos tangen tu semua takde. Soalan dia nampak basic, tapi mencabar minda. Okay nak contoh?

9. Bayangan soalannya lebih kurang macam ni:

"Ali lebih tinggi daripada Abu. Abu pula lebih tinggi dari Ahmad tetapi lebih rendah daripada Halimah. Halimah pula lebih rendah daripada Salim. Siapa yang paling rendah?"

10. Haa senang je kan? Okay aku bagi contoh lagi satu:

"Siti Nurhaliza menaiki kapal terbang dari London untuk pulang ke Malaysia selepas tamat konsert beliau pada jam 0620 (waktu London). Beliau kemudian transit di Dubai pada jam 0930 (waktu London). Pesawat beliau dijadualkan berlepas lewat satu jam setengah. Pukul berapa Siti Nurhaliza akan tiba di Kuala Lumpur pada waktu Malaysia?"

Jangan risau, semua jawapan dah ada, korang tinggal pilih je A,B,C atau D. Hewhew
 grin emoticon
Aku rasa cukuplah tu, aku harap sedikit sebanyak dapat membantu calon-calon exam PTD ni. Korang jangan nervous sangat, pastikan dapat tidur yang cukup (baru sel-sel otak cergas dan berhubung dengan baik).

Pastu kalau korang lulus exam ni, nanti korang kena buat esei dalam BM dan BI pulak masa interview. Bila interview tu, niatkan kalau korang dapat kerja ini nanti adalah kerana Allah dan untuk membantu negara menjadi lebih baik dan sejahtera.

Jangan pulak fikir aku nak kerja gomen sebab bila jadi pegawai senang aku nak korek rahsia-rahsia kerajaan so bolehlah aku viralkan nanti dan senanglah nak gulingkan pemimpin yang aku tak suka.

Ataupun ada niat nak kerja gomen sebab nak habiskan duit gomen, selama ni aku tak dapat apa pun daripada gomen. Isyy jangan sesekali fikir cenggitu! Ingat, Allah tu tahu niat kita. Mudah-mudahan kalau niat kita baik, segalanya akan jadi lebih mudah. Yang penting cuba yang terbaik okay.

Selamat berjaya kepada semua calon! Mungkin anda "Cream of the Cream" yang seterusnya? ;)

smile emoticon
Ikhlas, kerana negara.
Najihah
Kakak PTD yang masih hijau ;)

Saturday, January 9, 2016

Holla 2016!

Assalamualaikum.

Good morning everybody! (macam lah ada lagi orang baca blog ko :P)

Selamat tahun baru. Bila aku scroll balik, last aku post dalam ni Disember 2014! Maksudnya tahun 2015 aku tak post apa-apa. Lama sungguh bersawang. haha!'

Seriously, semakin umur meningkat (tapi masih kekal awet muda), dan komitmen makin banyak (esp. kerja), semakin kuranglah masa untuk diri sendiri. Aku rasa "me time" yang ada, lebih rela aku tido kot! Kekadang dah sampai tahap nak berjalan shopping pun malas! Nasiblah banyak kedai-kedai online so at least sambil duduk kat sofa bersilang kaki dapatlah beli barang apa yang perlu. kiki.

2016 aku sifatkan sebagai tahun yang agak baik untuk kembangkan kerjaya, luaskan networking and sedikit sebanyak I've a good instinct that this year will be a good year for our financial (walaupun currency jatuh merudum etc), insyaAllah.

2016 ni juga jadual outstation aku dah menunggu sampailah hujung tahun. So nak cuti pun kena pandai-pandailah cari masa kan. Well, aku harap our winter holiday plan dapat dilaksanakan, On top of that, we're planning to do umrah if ada rezeki tahun ni. Mudah-mudahan ameen.

Nampaknya semakin menuju ke tahun baru, teknologi baru--dah makin kurang (macam takde dah!) orang update blog sangat. How I miss masa zaman mostly orang blogging, rasa mojo nak berbelog tu pun datang membuak-buak. Kekadang ada orang post 2 ayat je kat blog. Tapi kita baca pun seronok. hehe. Sekarang zaman dah berubah. Blog ni macam dah tak trend kot. Update kat FB lagi cepat ye tak.

Oklah semoga berjumpa lagi. Gigi geraham bongsu baru nak tumbuh (for the first time), sakitnya boleh tahan jugak. Tabahlah T__T

Nanti ada free aku tulis lagi, Bye semua! Selamat berhujung minggu! ;)