Assalamualaikum.
Good morning everybody! (macam lah ada lagi orang baca blog ko :P)
Selamat tahun baru. Bila aku scroll balik, last aku post dalam ni Disember 2014! Maksudnya tahun 2015 aku tak post apa-apa. Lama sungguh bersawang. haha!'
Seriously, semakin umur meningkat (tapi masih kekal awet muda), dan komitmen makin banyak (esp. kerja), semakin kuranglah masa untuk diri sendiri. Aku rasa "me time" yang ada, lebih rela aku tido kot! Kekadang dah sampai tahap nak berjalan shopping pun malas! Nasiblah banyak kedai-kedai online so at least sambil duduk kat sofa bersilang kaki dapatlah beli barang apa yang perlu. kiki.
2016 aku sifatkan sebagai tahun yang agak baik untuk kembangkan kerjaya, luaskan networking and sedikit sebanyak I've a good instinct that this year will be a good year for our financial (walaupun currency jatuh merudum etc), insyaAllah.
2016 ni juga jadual outstation aku dah menunggu sampailah hujung tahun. So nak cuti pun kena pandai-pandailah cari masa kan. Well, aku harap our winter holiday plan dapat dilaksanakan, On top of that, we're planning to do umrah if ada rezeki tahun ni. Mudah-mudahan ameen.
Nampaknya semakin menuju ke tahun baru, teknologi baru--dah makin kurang (macam takde dah!) orang update blog sangat. How I miss masa zaman mostly orang blogging, rasa mojo nak berbelog tu pun datang membuak-buak. Kekadang ada orang post 2 ayat je kat blog. Tapi kita baca pun seronok. hehe. Sekarang zaman dah berubah. Blog ni macam dah tak trend kot. Update kat FB lagi cepat ye tak.
Oklah semoga berjumpa lagi. Gigi geraham bongsu baru nak tumbuh (for the first time), sakitnya boleh tahan jugak. Tabahlah T__T
Nanti ada free aku tulis lagi, Bye semua! Selamat berhujung minggu! ;)
No comments:
Post a Comment