Thursday, May 21, 2009
.Syukur.
Kerana mendengar doa saya :)
Alhamdulillah.
Wednesday, May 20, 2009
.Tentang Nyawa.
Tahu rasa macam mana? Rasa macam dah selamatkan dunia dari bencana.
Setelah melalui perbincangan tidak formal dengan seseorang malam tadi, aku nekad mahu melaksanakan impian aku yang satu ini.
menjadi Penderma Organ.
Sungguh aku mahu buat perkara ini sejak tahun 2004. Aku sudah fikirkannya.
Tapi masa dulu, semangat rapuh.
Persoalan bertimpa-timpa. Bolehkah orang-orang terdekat menerima?
Lagi-lagi famili aku. Tapi kali ini aku pasti. Nekad.
Terima Kasih Encik Pemberi Semangat. Juga pada Cik PencintaTulip yang temankan aku pegi HSA tadi.

Niat aku cuma satu, mahu berbakti dan memberi harapan hidup pada mereka yang memerlukan. Aku fikir, bila aku sudah pergi, daripada organ-organ aku mereput, lebih baik aku dermakan. Sekurang-kurangnya aku bantu orang lain untuk bernyawa. Aku dapat kongsi hidup dengan mereka. Kalau aku kawen, suami aku sekurang-kurangya rasa aku akan 'hidup' sentiasa walau pada jasad berbeza.
Dan dengan rasminya aku telah berdaftar sebagai Penderma Organ hari ni.
Aku belum bagitahu famili aku lagi.
Along, kalau kau baca blog aku ni, kau senyap-senyap dulu lah.
Nanti baru aku bagitau mak dan ayah.
Kamu-kamu bila lagi? Mari sokong kempen reben hijau :) Ayuh berbakti!
Masih ragu-ragu? Klik sini.
Tuesday, May 19, 2009
.Maaf Untuk Debu Masa Lalu.
kalau saya tahu, saya tidak tipu.
tapi saya sudah ajar kamu satu perkataan hari ini kan?
bengong :)
.Saya Sudah Pulang.
hey there! i'm just back from long hiatus blogging mode. macam aku cakap dalam entri sebelum ni, aku terbang sekejap ke KL, aku makan lebih banyak smarties. Dan aku sangat-sangat menghargai percutian ini, walau sekejap.
Dipendekkan cerita, aku ke KL cuma mahu hirup udara jernih. Walau aMy cakap udara JB lebih segar. Aku setuju. Perkara terbaik berlaku bila aku dapat kumpul dengan adik-beradik aku. Bukan senang mahu cari masa ini. Itu pun sebab adik aku yang dekat UiTM Arau, Faiz sudah cuti sem, stay KL jugak, duduk dekat rumah kembar dia lagi satu, Hafiz. Dan kak long aku, sangatlah busy dengan kerja-kerja dia yang mengalahkan tokei kapal tuh :P
13 Mei hari tu birthday adik-adik aku. So cik Betty @ kak long aku belanja kitaorang makan. Kat satu restoran thai. Just small celebration je. Yet still fun and thoughtful :)
Ok then, enjoy the pixs....



















