Sunday, May 31, 2009

.Wardrobe 1: Mengaku Salah.

yuhuuuuuuuuuuuuu! Baru pulang. Banyak cerita mahu kongsi. Ini ceritanya sejak Khamis lalu. Sila selongkar almari saya satu persatu.
.

.

Khamis, 28 Mei



Ye..ye..aku tahu, MU kalah. 2-0. Takde la malu sangat. Tak kesah. MU dah biasa juara. Bagi can Barca. Kepada yang bukan penyokong Barca, terima kasih. Aku tahu korang MU haters sebenarnya. Kah kah. Ada tu bukan kaki bola, poser je lebih! :P

Nampak tu, sanggup aku sengkang mata untuk heret Irwan pegi MC'D. Demi MU punya pasal. huhu~ Thanx sayang. :) *rokok tu bukan saya punya ye.Harap maklum.

Weh..tak puas hati sebenarnya! Rasa ni kuasa Tuhan. Cuba kalau MU menang malam tadi. Tak pasal je Irwan kena balik jalan kaki. Ha ha~ Kitaorang deal sebelum game. Tuhan kesiankan kamu malam ni sayang. eheh~

Saturday, May 30, 2009

.Dalam Diam.


luka
mahu dibasuh terus;

curiga
mahu diusir terus;

sedih
mahu dipulih terus;

cinta
mahu dikasih terus;

hati
mahu dicantum satu
jangan robek
jangan rapuh
jangan koyak

sakit
kalau berdua itu
bukan kita.

kamu, itu aku;
aku, pasti kamu;
yang tetap
yang tegar
baja cinta.
.

.

najihah.abas
6:57 pm
UTM Skudai.


ps: mahu pergi siram pelangi, mahu warnakan matahari, sebentar :)

Wednesday, May 27, 2009

.Siapa Gigit Jari Kaki Sendiri.

Malam ini..



mari tengok Barca tersungkur.
Tak ramai Barca supporters, tapi ramai MU haters.
Kita tengok sape gigit jari kaki sendiri.

Glory! Glory! MU! yeah~
.
.

Dah..aku mau pegi gaduh dgn bf aku. Dia jeles Liverpool tak masuk final. Terpaksa la sokong Barca. He he~

.Udara JB Lebih Nyaman kot.

Selamat Pagi semua! :)
Saya amat-amat ceria hari ini.
Walau amat-amat malas mahu bangun. *hari-hari malas sebenarnya.

Apa mahu buat hari ini? Kejap aku fikir.
PSM sudah 80% siap. Mungkin hanya tunggu anggukan supervisor sahaja samada dia setuju atau tak apa yang aku buat. Harap-harap peratus terus naik 100% lah.

Macam biasa, aku akan dapat mesej selamat pagi mandatori dari dia. Dan seperti selalu, ubat pelali disertakan sekali. Aku mungkin tidak boleh bertahan tanpa ubat dari dia ini.
.
.
Cerita Aku dan Cik Rama-rama hari ini.



Fikir-fikir mahu pegi lunch di mana? Cadangan pertama Sabarina:
"Makan kat Meranti lah".
"Tak mau lah, aku tak berapa suka." aku protes.
"Arked K9 ajelah". Cadangan ke-2.
"Kalo camtu, ko gi makan sendirik jelah, tapau untuk aku." ha ha.

Cerewet aku bila sampai bab makan. Memilih. Kalau tempat tak sedap aku tak mau makan. So apa lagi, ke Restoran Pak Ali lah jawabnya. Sampai abang tukang bancuh air tu sudah cam muka aku ni. Lantaklah! Yang penting aku dapat makan cendawan goreng hari-hari. huk huk.
.
.
Dia risau aku keluar makan. Jangan risau eh kamu, saya tidak nakal. Kalau kamu masih tak percaya yang saya sudah macam orang gila tersenyum-senyum pasal kamu, kamu boleh tanya pengawal kecik ini. Saya takde rasuah dia langsung! he he~ :)


Saya sedang tengok kamu. Saya tau kamu tengah serabut sekarang. Saya tahu kamu belum makan. Tengok Sabarina, dia tengok sape lah tu. Jeng jeng jeng! :P
.
.
Aku singgah RMC lagi. Bengang!!! Dah 20 hari lebih, tapi cek aku tak siap-siap. Aku dah tak mau menyumpah, buat tambah dosa je. Malas dah nak fikir pasal cek tu. Kalau rasa nak bagi, bagi jelah pakcik. Kalau tak saya halalkan pakcik tak bayar claim saya. Padahal otak serabut tengah buat kira-kira mahu pegi interview ni. Tensen la camni. Cool gha, cool. Nanti muka cepat kedut, ingat tuh :)
.
.
Lepas makan ngantuk. Arini aku rasa nak pegi gym lah. Lama tak hentak-hentak kaki atas treadmill. Lama tak sakitkan peha kayuh basikal. Lama tak ajar lengan aku angkat besi-besi pemberat. Tapi hari mahu hujan. Mendung. Angin tiup-tiup. Sudahnya, aku gym atas katil. ha ha. Aku cair tengok Sabarina tidur. Aku sudah jangkit. Dekat pukul7 baru bangun. Itu pun nasib baik dia mesej. Kalo tak mesti terbabas sampai esok. huhu~
.
.
Masa makan malam.

Aku: "Dik, ko nak makan tak?"
Sab: "Nak. Rasa nak makan burger kat Sri Putri."
Aku: "Ok, aku ikut je".
Sab: "Eh, tapi makan burger tak kenyang. Makan nasik lah."
Aku: "Ok, aku ikut je."

siap-siap. Ke Stulang akhirnya.

Aku: "Dik, aku nak pergi Stulang. Ko tak kesahkan?"
Sab: "Ok, aku ikut je."

.
.
Hello, kamu di mana? Masih di ofis kah? Rupanya kamu sudah balik. Baru je nak ajak makan sama. Aku cakap kat dia, aku mahu datang rumah dia. Aku tau dia tak percaya. Tunggu jelah nanti. Tahu jelah aku, kalau aku kata mahu buat satu benda, aku akan usahakan sampai dapat.




Aku hantar Sabarina balik. Terus aku pergi jumpa dia. Konon nak berdikari, cari sendiri nombor rumah dengan jalan dia. Bajet aku macam terer sangat nak redah Bandar Putra tu. Takpe, takpe aku akan cuba cari sampai dapat. Sudahnya, dekat setengah jam aku pusing-pusing dalam pelbagai jenis jalan yang bernama burung yang buat aku keliru. Sudahnya, dia telefon. Aku mengalah. Tak mampu mahu main pusing-pusing lagi. Aku tunggu kat Petronas aje. Lepas ni aku janji, memang aku tak lupa jalan rumah dia! Sekurang-kurangnya hari ini aku belajar cara mengingat arah dengan betul.
.
.
Sampai kat Petronas, dia parking kereta, mahu naik kereta aku.

"I duduk belakang eh?" dia tanya aku.
"Eh?? Nape pulak." tidak faham.
"I duduk belakang eh?" dia tanya lagi.
"Ewah ewah, u ingat i driver ke". aku jawab main-main.

Hoho! baru aku faham. Lambat pickup! dush. Bukan ke ko punya seat depan kereta tu pakai baju M.U cik ghA oi. lol. Kan aku dengan dia musuh ketat bila bab bola sepak. Maaflah sayang, harap kamu tak dapat alergi masa naik kereta saya tadi. he he.
.
.
Memang dia terkejut aku datang. Dia tak expect aku akan datang. Saya akan buat apa saja untuk kamu tahu. Walau saya sibuk macamana sekalipun, masa untuk kamu tetap ada. Aku lega, isu nombor antara aku dengan dia sudah selesai. Aku tidak mahu ada lagi akar-akar kecurigaan antara kami. Tidak mahu ada lagi ranting-ranting gelisah yang tumbuh. Nanti boleh jadi penyakit. Tidak mahu aku.

Thanks for tonight dear. Saya janji, lepas ini saya bawak kamu ke mana saja.

Dan sekarang, saya rasa saya mahu carik keja kat Johor ajelah. Sini udara lebih nyaman rasanya. He he. ;)



ps: tidak sabar mahu gaduh sama kamu. Final Liga Juara-juara. eheh~

Tuesday, May 26, 2009

.Mari Berkebun Strawberi.


Kring..kring..kring..kring..
sehingga dua puluh kali deringan.
Bukan bunyi telefon. Tapi bunyi alarm aku dengan cik Sabarina @ roomate aku yang berlumba untuk memekakkan diri.

Hari sudah siang. Liat kami nak bangun. Aku sedar sekarang ini. Aku sudah tidak macam dulu. Ada perubahan ketara. Aku mula bangun awal. Aku mula mandi sebelum matahari bangkit.
Aku rasa segar sekarang. Seperti jam biologikal badan aku sudah kembali normal.
Semua kerana dia. Sebelum dia pergi kerja, pasti dia tidak lupa bagi suntikan tahan kesakitan, agar aku senyum sentiasa.

"Hari ni nak buat apa dik?" *merujuk pada Sabarina.

"Entahlah..psm macam biasa."

Macam mahu muntah aku bila dengar pasal PSM tu. Cepatlah semester singkat ini pergi. Nyah dari kalendar aku segera.

Kami berlumba bangun. Mandi dan siap-siap. Aku mahu ke RMC dulu. Mahu ambil cek. Kecewa!!! Cek aku tak siap lagi. Siot betul lah. Dah lebih dua minggu kot aku hantar claim aku. Inilah orang-orang gomen buat keja, konon nak guna sistem pembayaran baru. Sudahnya servis tidak efisien. Dah lah karenah nak hantar claim sangat mengarut, tapi bila time buat keje cam orang tak dibayar gaji je. Aku sabar. Malas mahu hangin satu badan, nanti muka aku cepat kedut.
.
.
Ke Restoran Mesra Pak Ali. Macam biasalah. Makan tengahari. Aku mula makan nasi dengan teratur sekarang ini. Dulu aku cakap nak diet kan? Dah tu, semua orang bagi feedback aku tak gemuk, so malas aku nak diet separa kritikal. Huhu.
.
.
Singgah Shell kejap, beli minyak Silinder kereta. Budak cashier lelaki kat situ tegur:

" Akak taknak beli cokelat ni? Nanti tambah 10 points BonusLink lagi."

"Takpela dik."

"Ouh, nak kurangkan kolestrol eh?"

"Taklah, akak dah gemuk dah ni."

"Mana ada gemuk, dah oke la ni kak."

Keluar pintu kedai, muka jadi merah jambu. Aku tak gemuklah. Yeah!
.
.
Aku ajak Sabarina pegi Angsana. Mahu survey kamera. Along mintak tolong kat aku. Dan aku mula buat kira-kira, jika aku dapat kerja yang akan aku interview Jumaat ini, aku akan angkat D90. Chewahh! Macam banyak sangat duit ko Najihah oi. Sudah lah janji dengan Along mahu sponsor Fotografi untuk majlis tunang dia nanti. Mati aku! :P
.
.
Dia risau. Bimbang kalau-kalau aku dating dengan orang lain. Sungguh kiut mesej peringatan yang kamu hantar tu sayang. =) Jangan bimbang, saya tetap kamu punya.
.
.
Ke Jusco Tebrau. Niat, mahu survey baju untuk aku pakai pergi interview nanti. Kalau ikutkan mahu beli, tapi duit takde. So cuci mata jelah dulu. Ada satu baju stripes putih pink. Chomel. Aku nak beli nanti. Mahu carik heels. Apa ni? Design old fashion lah. Phuitt! Kan bagus kalau Pavillion depan mata.

Dan apabila mahu habiskan masa, ini yang kami buat...


bersuka-sukaan dalam tandas Jusco. Ada kawan aku cakap kitaorang pengotor. Kitaorang pedulik ape. Tandas Jusco bersih la weh. Tak caya sudah. Boleh bentang karpet dalam tu tau.
Huk huk.
.
.
Jalan punya jalan. Handphone bunyi. Ada satu alert. "1 MMS is ready to be retrieved".
Dari dia.


Sangat comel perbuatan kamu menghantar mms terbalik ini sayang.
Dan ayat kamu itu, buat saya mahu jerit satu Jusco Tebrau! :)
Saya tahu kamu sedang letih. Kerja kamu yang sentiasa dikelilingi nombor dan dokumen-dokumen yang tidak mungkin saya fahami.
Tapi kamu tetap tidak lupa saya.
Sangat manis.
.
.
Sabarina perasan ekspresi aku. Yang mula senyum macam orang gila. Yang sudah mula jalan bengkang-bengkok. Dia pun dah ikut macam aku. He he.

Sebagai balasan, aku pun mms dia jugak. Gambar seperti ini.


"Sayang, ini date saya. Handsome tak? Hehe. Sayang kamu :)"

Sebagai menyatakan dia tidak perlu ragu-ragu sama aku lagi.
Tidak perlu was-was dengan siapa aku menapak kini.
.
.
Sabarina cakap. "Weh, ada mamat chomel tadi. 2 orang."
"Ouh yeke..abis kenapa ko tak tegur?Lain kali kejar lah." aku bagi cadangan.
Tiada rezeki di situ.

Aku dan Sabarina jalan terus. Sudah kira-kira mahu ke mesin Autopay.
Sudah ke tangga bawah tanah laman dalam taman.
Tiba-tiba "Weh, lupa nak beli tomato tadi". Sambil ekpresi dia mula mahu panjat kembali eskalator.
"Oh! Eleh, aku tahu niat ko dik." :P kah kah.

Tomato Denmark tiada. Mamat-mamat chomel juga tiada.
Tiada rezeki Sabarina hari itu.

Yang pasti untuk aku, mula mengidam strawberi cokelat.
Sabarina? mungkin berkira-kira mahu tanam tulip sekarang ni.