Showing posts with label Emotional Goes Nothing. Show all posts
Showing posts with label Emotional Goes Nothing. Show all posts

Wednesday, October 19, 2011

.Down.

Aku betul-betul sedih hari ni. Tapi aku tak boleh nak luah macamana. Cuma mampu menangis dalam hati. Sudahlah Irwan jauh, memang tiada pilihan selain tanggung semua seorang. Rasa nak pergi dari 'semua' ni. Kalaulah aku ada pilihan untuk berhijrah ke benua lain.

Tu lah, kadang-kadang dunia ni tak adil. Bila kita sudah dieksploitasi, segala ilmu dan tenaga kita sudah dikerah, senang-senang kita disingkir, tanpa ada sekelumit perbincangan sekalipun.

Betul cakap orang-orang tua, habis madu sepah dibuang,

Dunia oh dunia.

Wednesday, October 12, 2011

.Dear Daddy.

Assalamualaikum.

Dear Daddy,
Hari ni dah masuk hari ke-4 daddy pergi outstation. Baru sekali baby dapat dengar suara daddy. Mummy kata tak boleh cakap dengan daddy selalu sebab nak call mahal kan. Takpelah, dapat tengok daddy update gambar-gambar and story daddy kat FB pun dah kira okey.

Daddy tahu tak, walau dah empat hari daddy pergi, tapi mummy still sedih. Lepas je balik dari hantar daddy kat KLIA tu kan, mummy dah start nangis semula. Nasib baik malam tu tok mak & tok ayah tido rumah temankan mummy, terpaksalah mummy cover line. Mummy buat-buat tabah and tak kesah kononnya daddy dah terbang.

Esoknya pagi-pagi tok ayah dengan tok mak dah balik Batu Pahat, sebabnya tok ayah ada mesyuarat tengahari tu. Tok ayah pun tak berapa sihat, dia asyik batuk-batuk je. Tapi diaorang datang jugak nak hantar daddy sebab diaorang cakap risau daddy nak pergi jauh. Bagus jugak diaorang datang, at least ada la orang temankan mummy malam tu kan.

Bila tok mak & tok ayah balik je, mummy dah mula menangis. Mummy cakap dia rindu sangat kat daddy. Dia rasa lain sangat daddy takde. Yelah selalu kan weekend mesti mummy pergi jalan-jalan dengan daddy. Daddy tahu tak, mummy kan dia masuk bilik baju daddy, pastu mummy amik baju Melayu yang daddy selalu pakai tu, dia cium baju daddy. Baby tau mummy rindu sangat kat daddy sebab tu dia macam tu.

Tengahari tu mummy pergi rumah mak long. Mummy ajak mak long pergi Carrefour sebab mummy kata dia nak beli barang sikit, sebab masa daddy takde mummy malas nak keluar rumah, dia nak makan roti and cereal je. Lagipun perut mummy dah makin besar, dah makin penuh, tak boleh makan banyak sangat.

Daddy nak tahu tak, mummy demam dengan batuk tak baik-baik since daddy pergi. Demam rindu kat daddy pun iye kot. Kesian baby tengok mummy, tiap-tiap malam mummy tak boleh tidur sebab batuk kuat sangat, sampai sakit perut mummy. Tapi baby tahu mummy tu kuat, dia tahan sakit sorang-sorang. Baby pun tak nak nakal-nakal dengan mummy sebab kesian nanti kalau mummy sakit takde orang dengan dia.

Mummy selalu cakap dengan baby, taknak baby nakal-nakal masa daddy takde. Mummy cakap daddy pergi kerja, daddy nak cari duit untuk baby. Sebab tu mummy cakap baby kena kuat, kena jadi anak yang baik. Mummy suruh doa supaya daddy balik dengan selamat nanti.

Dear Daddy,
Baby dengan mummy akan tunggu daddy balik. Minggu ni mummy nak balik Batu Pahat dengan mak long sebab tok mak nak buat kenduri doa selamat untuk mummy sempena mummy nak bersalin nanti. At least takdelah mummy boring sangat weekend ni kan.

Mummy cakap dia tulis-tulis kat FB bukan nak bagi daddy risau, mummy cuma nak express perasaan dia rindu sangat kat daddy je. Mummy tu luar je nampak kuat, tapi kat dalam dia fragile habis. Yelah, perut mummy makin besar, dia buat kerja pun cepat je penat, emosi pun asyik terganggu je, sebab tu mummy cepat emosi.

Dulu masa baru-baru kahwin mummy memang tak kesah duduk sorang-sorang sebab mummy dah biasa independent, tapi kali ni mummy sedih sangat sebab pembawakan budak kot. Baby tau, macam-macam yang mummy fikir, especially pasal daddy kat sana, tapi mummy tak tunjuk depan orang.

Malam tadi kan mummy tunjuk gambar kahwin dia dengan daddy. Daddy nampak hensem sangat masa tu, so baby harap bila baby besar nanti jadi hensem macam daddy lah jugak. Lama mummy peluk album tu tau, pastu mummy nangis. Kesian mummy, rindu sangat kat daddy. Mummy cakap dia sayang daddy sangat, sampai akhir hayat. Sayang ribu-ribu lemon mummy cakap.

Oklah daddy, dah panjang sangat ni. Mummy cakap tak boleh tulis panjang-panjang. Nanti kalau daddy terbaca daddy jadi makin risau. Mummy cakap dia tak kesah pun daddy pergi outstation, cuma dia emosi sangat sekarang ni sebab keadaan dia tengah macam ni. Lagipun ni first time daddy gi outstation jauh sejak kahwin kan. Mungkin pasni kalau daddy outstation lagi, mummy dah biasalah kot.

Mummy taknak daddy risau. Dia cakap dia akan jaga diri baik-baik. Mummy pun tak lupa minum susu and makan ubat macam yang daddy pesan. Mummy suruh daddy fokus pada kerja je. Mummy cakap dia mintak maaf sebab buat daddy risau, dia takde niat nak buat daddy risau.

Daddy take care tau kat sana. Jaga kesihatan daddy ok. Baby and mummy doakan daddy selalu sihat dan selamat balik nanti.

Bye daddy!


Always love you;
Baby & Mummy.

Tuesday, August 23, 2011

.Terfikir.

Ada satu ketika aku terfikir untuk kembali mempublickan semula blog aku. Yelah, sekurang-kurangnya aku dapat kongsi cerita aku dengan lebih ramai orang, sebab itulah tujuan asalnya aku berblog.

Mungkin masanya belum tiba, sebab aku masih melihat masih wujud lagi faktor-faktor yang buat aku rasa kurang selamat.

Ya, perasaan insecure yang masih menebal. Tepat lagi disebut trauma oleh dengan kejadian lepas. Tak mahu aku pisang berbuah dua tiga kali. Nanti jiwa aku jugak tergadai.

Wednesday, August 17, 2011

.Dugaan Yang Bawa Rahmat.

Assalamualaikum.

Kira punya kira, kurang dua minggu lagi bulan Syawal akan tiba. Kalau nak dikira daripada waktu sebelum puasa, sehinggalah dah nak raya ni, macam-macam dugaan, rintangan dan cobaan yang datang melanda aku dan Irwan.

Bukan calang-calang punya dugaan, tapi diujinya sampai kadang-kadang kitaorang hampir tergelincir daripada landasan yang betul. Mungkin ini semua hendak menguji setinggi mana iman kitaorang, seteguh mana berpegang pada janji dan yang pasti, Allah amat amat sayangkan kami, maka itu ditimpakannya cabaran pada kami. Alhamdulillah.

Kalau hendak kira give up, merungut, mustahil tak ada kan. Tapi bila kita fikirkan yang kita ni bertuah sebab diuji, semangat tu datang semula dengan ampuhnya.

Bayangkan, sepanjang 9 bulan lebih kitaorang kahwin, dugaan dalam perhubungan datang tak pernah surut. Mujur sifat sabar masih menebal, dan berkat doa yang tidak pernah putus (doa oleh orang-orang sekeliling juga), maka semuanya dapat kembali ke asal. Alhamdulillah, syukur ya Tuhan.

Cukuplah dengan dugaan perhubungan, didatangkan pula dugaan material yang menguji sejauh mana akal mampu bertahan untuk menghadapi situasi yang sulit.

Kereta Irwan yang hilang, kereta akak dia yang dipinjam pula rosak, mujur kereta aku masih ada walaupun kadang-kadang keadaannya tidak menentu. Jadi segalanya jadi sangat mencabar.

Almaklumlah, dengan bulan puasa, tak lama lagi pulak nak raya. Duit pun dah tentu banyak nak pakai kan. Memang pening kepala jugak dibuatnya. Kalau orang yang cuma lihat keadaan kami dari luaran je, dia akan nampak macam kitaorang ni bernasib malang je sebab dapat musibah tak berhenti. Tapi. alhamdulillah semuanya dapat diselesaikan.

Buku baru sudah dibuka. Kitaorang harapkan selepas ini, akan muncul pelangi rezeki dan tuah yang menyimbah hidup kami. Aku tetap percaya, apa yang berlaku ada hikmahnya. Tuhan itu sudah aturkan kesemuanya dengan elok. Bila masanya perlu diuji, bila masanya perlu bahagia, semua skrip DIA sudah siap tulis.

Tuhan itu uji kita sebab DIA masih nak bagi perhatian pada kita. Tapi kalau DIA sudah tidak pedulikan kita, hidup kita akan kosong tanpa ada sebarang halangan, dugaan. Lantak kau lah kan!

Jadinya aku dengan Irwan tidak nampak ini semua satu musibah. Ini semua adalah tuah dan hikmah. Yelah, nak bahagia bukan senang. Kalau hidup semua lancar dan aman, tak adventurelah kan :)

Mana tahu, bila si kaki kecil ini keluar nanti, melimpah ruah rezeki dan kebahagiaan untuk kami kan :) InsyaAllah. Amin!

Semoga hari-hari yang akan datang lebih bahagia dan bersinar. Aku pun dah tak sabar nak beli baju raya ni, semangat raya terus datang semula lepas semua benda dapat diatasi.

Terima kasih kawan-kawan yang banyak mendoakan kami.


p/s: Kereta Irwan dah jumpa. Next entri aku cerita eh.

Friday, August 5, 2011

.Tak Faham.

Aku tak faham. Betul-betul tak faham. Dengan sesetengah orang yang status hidupnya sudah bertukar kepada "Berkahwin", tetapi masih menyimpan "kekasih gelap", skandal dan sewaktu dengannya.

Untuk apa weh?

Seronok ke dapat berlaku curang dengan isteri sendiri? Seronok ke dapat bodoh-bodohkan suami sendiri? Rasa bangga ke mampu pasang dua atau tiga skandal? Rasa hebak sangat la kot.

Sebenarnya kau yang berskandal tu yang bodoh. Sebab dosa kau dapat berganda-ganda. Sudahlah asyik menipu je, itu belum kira kalau buat benda-benda tak senonoh lagi kan. Lagi banyak 'token' kau dapat nanti.

Haih, apa nak jadi dengan dunia. Aku masih ingat Irwan pernah cakap dekat aku sebelum kahwin lagi:

"Semua kesalahan yang you buat, I boleh maafkan kecuali satu. Curang."

Dan aku masih pegang pesanan tu. Bukan sebab takut tidak dimaafkan, tapi sebab sayang dan cinta aku yang melimpah-limpah pada dia sejak hari pertama sampai lah sekarang, perut aku pun dah membuncit.

Aku bukan kategori pengkhianat cinta. Pada aku takde faedah kalau kau sudah menjalin hubungan dan komitmen (kahwin apatah lagi!), tapi kau masih nak ada spare-part lain, masih nak makan luar!

Kenapa nak macam tu? Sebab pasangan kau tu dah tak menarik? Dah tak mampu nak penuhi selera dan nafsu kau? Bullshits lah.

Kenapa aku emo sangat?

Sebab lately aku asyik dengar kat radio, banyak caller macam bangga nak bagitau yang diaorang bercinta 2-in-1, bangga bercerita yang diaorang berskandal.

Fikirlah sendiri weh. Dosa kau dapat sebab menyakiti hati pihak yang tidak bersalah macamana pulak?

Dah orang puasa tak elok emo-emo :)


Selamat Berpuasa & Berhujung minggu!

Monday, July 25, 2011

.Kekuatan Hati.

Assalamualaikum.

Semalam sudah genap 20 minggu aku pregnant. Yes baby, 20 weeks! Sudah separuh perjalanan kandungan, dan insyaAllah jika umur aku panjang dan diizinkan Tuhan, kelahiran akan berlaku 20 minggu dari sekarang.



Beginilah kira-kiranya rupa benih dalam rahim aku sekarang. Ya, dia sudah cukup sifat. Organ-organ dia sudah mula berfungsi. Mungkin juga sudah dititpkan perasaan dalam kalbu dia. Sedari minggu lepas, dia sudah boleh mendengar dan minggu ini pula dia mula belajar mengunyah makanan dengan lebih aktif.

Bila mengenangkan hari bakal aku lahirkan dia nanti, kadang-kadang aku jadi cemas, jadi takut. Tapi aku sudah berjanji dengan nama Tuhan, demi anak ini, apa jua rintangan yang melanda, akan aku cuba hadapai seboleh mungkin, Ya, dia lah kekuatan aku sekarang, untuk melawan keadaan yang kadang-kadang menyesakkan.

Naluri keibuan aku pun dirasakan semakin menebal. Lagi-lagi kan bila sekarang aku dah boleh dengar dengan jelas degupan jantung dia, dan oh ya, dia sudah mula menendang sedikit :) Itu saat paling bahagia kau tahu! Undescribed moment yang tidak boleh dijelaskan dengan kata-kata!

Aku selalu jugak cakap dengan dia. Sekurang-kurangnya dalam satu hari aku mesti cakap dengan dia, "Mummy sayang baby tau, walau apa pun yang jadi." Aku rasa dia boleh dengar. InsyaAllah satu hari nanti dia menjadi seorang anak yang baik dan mentaati ibu bapanya.

Aku rasa dia memang memahami aku. Ada masanya aku balik kampung naik bas (bila Irwan tak berkesempatan untuk balik sama), aku cakap dengan dia, "Baby, kita nak balik rumah atok naik bas tau. Tahan sikit eh, kalau mummy asik nak terkencing je susah nanti, bas tak nak berhenti." Dan dia macam faham apa aku cakap, sepanjang 3 jam lebih dalam bas, tak sikit pun aku rasa nak terkencing. Kalau tak, setengah jam sekali mesti melawat tandas punya lah.

Jumaat malam aritu aku dapat satu mimpi. Macam pelik, tapi aku rasa indah sangat. Aku mimpi aku dah nak beranak masa tu. Tapi aku tak rasa sakit. Aku sorang-sorang je. Takde Irwan yang temankan T_T Bila doktor dan nurse suruh aku baring atas katil kat labour room tu, aku baring macam biasa jelah. Diaorang cakap belum masanya aku nak melahirkan. Lama lagi waktunya. Tiba-tiba aku rasa ada benda menolak nak keluar dari perut aku. Tapi aku tak rasa sakit.

Tau-tau je, pulppp! Baby aku dah keluar sendiri. Aku tak rasa sakit langsung! Dan dia tak menangis, macam kelahiran Rasulullah dulu. Bila doktor dan nurse sampai untuk bersihkan baby aku, baru dia menangis.

Subhanallah, comelnya dia. Muka bulat macam ayah dia, pipi montel pun macam ayah dia. Cuma mata dia, hidung dia dan mulut dia ikut aku. Masa tu aku rasa indah betul dunia ni :)

Tapi itu cuma mimpi. Saat sebenar untuk melahirkan nanti tak dapat aku bayangkan macamana. Mungkin terbalik dengan mimpi aku. Cuma kebelakangan ni kan, aku macam rasa yang aku akan mati waktu melahirkan nanti. Nauzubillah.

Aku harap semua akan berjalan lancar, dan yang utama aku pohon kekuatan daripada Allah untuk hadapi semua keadaan ni.

Untuk my husband yang sangat sangat aku cintai dari hari pertama aku jumpa dia, aku mohon ampun dan maaf kalau selama ni aku culas menjadi isteri yang solehah dan lalai dengan tanggungjawab aku. Aku harapkan keampunan dia, sebab aku tau, kalau antara kesenangan waktu melahirkan datang dari keredhaan suami.

Untuk mak ayah aku, mak ayah mertua aku, aku mohon ampun maaf sebab mungkin selama ni aku tak menjadi anak dan menantu yang baik dan sempurna. Aku tau sikap aku kadang-kadang mengguris perasaan mereka.

Untuk adik-beradik aku dan ipar duai, aku mohon ampun maaf sebab aku tau selama ni aku tak menjadi adik dan kakak yang baik, juga ipar yang baik yang memahami korang semua.

Ya Allah, Kau ampunilah dosa hambaMu ini, hamba yang banyak berdosa denganMu, berdosa dengan suaminya, dengan keluarganya serta berdosa dengan orang-orang di sekelililngnya.

Friday, May 6, 2011

.Terfikir.

Ada waktu bila kau duduk sorang-sorang dan fikir semula tentang nasib dan perjalanan hidup, dan mengeluh untuk semua itu, kadang-kadang kau terlupa yang masih ada lagi berjuta manusia yang nasibnya sama macam kau.

Itulah benda yang kita selalu tak sedar, sebagai hamba yang tidak selalu taat pada pencipta.

Sebab itu kadang-kadang perlu balik semula, ke tempat mana kau mula dulu.





Selamat Hujung Minggu! :)

Tuesday, April 19, 2011

.Kalau.

Kalau ada satu-satunya benda yang dapat digantikan dengan seluruh keluargaku, itu dia nyawa aku.



ps: minta maaf menyepi lama. tak berapa sihat lah.

Wednesday, March 9, 2011

.Atas Jalan Tuhan.

Kadang-kadang, Tuhan memang sengaja timpakan badai,
untuk tengok kau tahan atau tidak bila dilambung kuat.
untuk tengok tahap tinggi mana keimanan kau pada Dia.
untuk tengok tebal mana sabar kau bila diuji.

Dan aku sebagai manusia tipikal,
kadang-kadang melatah jua,
kadang-kadang lupa jua,
kadang-kadang mengalah terus.

Tapi bila bangkit, bila fikir dalam-dalam,
aku sebenarnya masih untung,
masih dikelilingi mereka-mereka yang penuh sayang aku,
mereka-mereka yang pasti sama berjuang dengan aku.

Ya Allah Yang Maha Terhebat,
Aku bersyukur atas segala ujianMu.
Tandanya Kau masih sayang aku,
Tandanya Kau masih sudi pandang aku.
Walau kadang-kadang aku khilaf,
InsyaAllah akan aku kekal istiqamah pada suruhanMu.

Cuma aku minta, jangan Kau terus-terusan jatuhkan ujian berat,
yang mungkin satu hari nanti,
tak mampu aku hadapi.

Dan aku tetap percaya,
Tuhan tak datangkan ujian yang tak mampu dihadapi oleh makhlukNya.

Friday, March 4, 2011

.Ayah Saya Bukan Superman.

Assalamualaikum.

Ayah saya bukan Superman,
tetapi seorang guru, yang ajar saya ilmu, bagaimana mahu jadi manusia yang sebenarnya.

Ayah saya bukan Superman,
tetapi seorang mekanik, yang mana bila saya tanya pasal kereta, dari A to Z dia boleh cerita.

Ayah saya bukan Superman,
tetapi seorang peguam, yang mana bila saya habis bicara, dia tolong bela.

Ayah saya bukan Superman,
tetapi seorang polis, yang mana bila saya salah, saya di tangkapnya.

Ayah saya bukan Superman,
tetapi seorang hakim, yang mana bila perkara perlu bicara, hukuman diberi seadilnya.

Ayah saya bukan Superman,
tetapi seorang doktor, yang mana bila saya sakit tak berdaya, sepenuhnya dia menjaga.

Ayah saya bukan Superman,
tetapi seorang pemandu, yang mana ke mana-mana sahaja dia sanggup membawa saya.

Ayah saya bukan Superman,
Ayah saya cuma seorang manusia.

Walaupun ayah saya bukan Superman,
dia tetap superhero saya.
.
.

Rasa lama sungguh aku tak menulis. Memang lama pun kan. Sampai tak sempat aku cakap bye pada Februari, tahu-tahu saja sudah Mac.

Minggu lepas masa aku pulang ke kampung, aku dikejutkan berita seorang kawan ayah aku yang hubungannya sangat rapat dengan keluarga aku dimasukkan ke ICU akibat pendarahan di otak selepas beliau jatuh dari bumbung rumahnya setinggi 16 kaki!

Beliau bukan seorang tukang rumah, tetapi cuba mahu membetulkan bumbung, sebab musim hujan di kampung aku setiap petang, tapi malang tidak berbau, kuasa Allah mengatasi segalanya.

Terkejutnya aku bukan kepalang. Pak cik Sanip, pada aku seorang yang sangat baik hatinya. Oh lupa aku nak beritahu, pak cik Sanip merupakan tukang masak sewaktu majlis perkahwinan aku dan kakak aku. Bukan sahaja majlis perkahwinan, malahan setiap kali majlis yang ada kat rumah aku, dialah tukang masaknya. Pada aku dia seorang tukang masak yang punya deria rasa yang cemerlang.

Jasanya pada keluarga aku memang banyak. Dia tak berkira orangnya, selalu membantu tak mintak bayaran dan akan beri pertolongan selagi masanya terluang.

Jadi malam Sabtu lepas, aku pergi melawatnya di Hospital Sultanah Aminah (HSA) bersama mak, ayah dan atuk aku. Mulanya dia ditempatkan di Hospital Batu Pahat, tapi bila keadaannya semakin kritikal, dia dikejarkan ke HSA.

Sampai di hospital, bertambah sedih bila aku berjumpa anaknya yang masih muda, paling tua pun baru awal 20-an masih menuntut di universiti. Aku sampai kat hospital lewat, tapi dengan kebenaran makcik guard, kami dibenarkan masuk.

Aku masuk ke ICU dengan atuk aku. Sedihnya bila aku tengok keadaan pak cik Sanip, tak dapat aku cakap. Aku bukan nak berdrama kat hospital, tapi ikhlas air mata aku bergenang dan setitis-setitis jatuh.

Besarnya dugaan Allah pada hambaMu yang seorang ini. Aku tak sangka melihat orang yang aku kenal selama ini sihat-walafiat, kuat semangat dan sentiasa bantu orang keadaannya kritikal.

Darah mengalir ke setiap rongga otak dan organnya, sehingga meleleh keluar dari telinga dan mula masuk ke dalam mata. Tapi apa yang menakjubkan aku, pakcik Sanip tidak mengalami sebarang kecederaan tulang. maksud aku, tulangnya tidak patah atau retak walaupun sudah jatuh dari bumbung! Kuasa Allah.

Aku tak dapat bayangkan kalau ayah aku yang ada atas katil hospital tu. Aku cuma mampu doakan semoga Allah menyelamatkan pakcik Sanip kerana jasanya pada keluarga aku dan orang-orang kampung banyak sekali.

Hari ini aku dengar keadaannya semakin pulih selepas pembedahan dilakukan. Aku berharap pakcik Sanip lekas sembuh.

Bila memikirkan seorang sahabat baik aku kehilangan ayahnya tahun lepas, aku turut bersedih. Aku dapat rasakan macamana gelapnya dunia dia bila ayah dia pergi selamanya. Tapi bila aku melihat kecekalan dia, aku selalu ambil semangat tu untuk teruskan hidup.

Nasib kita, umur kita di dunia ini cuma Allah yang Maha Mengetahui. Aku cuma tak mahu jadi anak dan anak menantu derhaka, yang tak sempat memohon ampun maaf jika satu hari nanti ayah atau emak kandung dan mertua aku pergi buat selamanya. Nauzubillah.

"Ya Allah Kau sembuhkanlah pakcik Sanip dengan segera. Kasihanilah keluarganya,aku tidak mahu mereka hilang tempat bergantung. Sesungguhnya jasanya pada keluargaku dan orang kampung banyak sekali. Semoga Kau lindungi dirinya dan keluarganya, Amin".

Thursday, February 10, 2011

.Diluah susah, Ditelan payah.

Assalamualaikum.

*Sigh*

Belum apa-apa dah mengeluh. Macamana aku tak mengeluh, bila tersepit dalam dua keputusan. Kadang-kadang sampai tak tahu nak decide macam mana.


Benda macam ni selalu jadi pada aku. Bila aku dah betul-betul agree pada satu benda, then akan datang lagi satu option, yang mana akan membuat aku perlu memilih.

I hate making a decision.

Serius.

Betul-betul tak suka. Bukan maksudnya aku ni lembik atau takde pendirian yang tegas, cuma aku rasa insecure bila aku buat sesuatu keputusan dan keputusan tu akan makan diri aku balik.

Kadang aku terpaksa menyesakkan kepala otak orang lain, minta tolong diaorang fikirkan keputusan yang terbaik untuk aku. Selalunya Irwan yang jadi mangsa -_- Aku ni macam orang takde pendirian kadang-kadang. Sejak bila tah sikap firm hilang dalam diri aku, aku pun tak tau.

*Sigh*

Aku lebih prefer kalau keputusan tu dah ditetapkan, dan datangkan je arahan aku perlu buat ini dan itu, then I should be more happy dengan apa yang telah diarahkan. Cuma perlu start your engine, and go! Ikut je arahan habis cerita, otak pun tak sesak.

Tapi dah nama pun hidup kan. Selagi kita hidup, selagi itulah situasi macam ni akan muncul dalam diri kita. Dan selagi itulah kita perlu membuat keputusan.

Cuma yang paling utama kat sini, perlu gunakan akal dengan sebaiknya, perlu bijak pertimbangkan semua aspek kan.

Hmmm diluah mati emak, ditelan mati bapak.

Semoga Allah permudahkan segalanya. Amin.

Tuesday, January 25, 2011

.Itu Kan Orang Punya, Buat Apa Nak Kacau.

Assalamualaikum.

Ehem. Tadi pagi masa on the way pergi ofis, aku dengar topik pagi sebuah stesen radio swasta. Topik pagi tadi - "I Love You, tapi orang punya. Salah ke?" (lebih kurang lah bunyinya) ; buat aku rasa macam banyak gila point nak elaborate! Situasinya macam ni, ada seorang budak perempuan ni sudah jatuh cinta dengan seorang lelaki, tapi lelaki tu adalah tunangan orang!

Kalau tanya jawapan aku sebagai orang yang sudah berumahtangga ini, definitely aku cakap SALAH!

Hello! memang salah kot kalau kau bercinta dengan tunangan orang. Orang tu lagi selangkah je nak membina masjid, takkan kau tergamak nak jadi peruntuhnya?



Dalam konteks ini, lelaki mungkin tak berapa nampak apa masalahnya menjalin hubungan dengan dua orang wanita sekaligus. Tapi bagi perempuan, perkataan BERKONGSI atau BERMADU itu sangat sensitif dan sangat alergik kot.

Betul, lelaki memang ada hak nak memilih yang terbaik untuk dijadikan isteri. Tapi sampai bila korang kaum Adam asyik nak cari yang lebih baik daripada apa yang korang ada?

Katalah korang dah kawin 2 tahun, lepas tu dah nampak baik buruk isteri yang sebelum ni korang tak nampak, pastu satu hari korang jalan-jalan terserempak dengan sorang awek yang hot, pastu korang jatuh cinta dan pakat nak pasang lagi satu sebab korang rasa awek tu lagi baik dari isteri korang.

Kena ingat yang zaman bercinta memang akan rasa semuanya manis belaka. Tapi bila dah menghadap hari-hari, korang pun mula jemu. Mula lah nampak buruk itu, buruk kat sini. So akan berlaku satu kitaran yang kaum lelaki akan sentiasa mencari dan mencari yang terbaik sebab dia rasa isterinya dah tak baik, dah berubah, tak macam dulu.

Lelaki banyak tak faham yang perempuan selalu berubah mood, bergantung pada persekitaran mereka. Jadi lelaki kena lah faham mood perempuan yang tak tentu hala ni. Ada pepatah cakap,

"Kalau lelaki diberi 1000 tahun sekalipun, takkan dapat lelaki memahami wanita. Wanita tak mintak difahami, tapi minta dimanjai."

Maksudnya kalau tengok isteri tu macam bad mood, sekali sekala manjakan lah dia. Janganlah time bercinta manjakan bagai nak rak, bila dah kawin buat dek je kan. Mau tak bengang bini tu.

Tapi aku tak salahkan lelaki 100%. Perempuan yang gatal nak skandal dengan laki/tunang orang tu pun salah. Kalau tepuk sebelah tangan mana berbunyi ye tak?

Cuma kalau boleh carilah lelaki yang bujang, bersepah lagi dalam dunia ni. Unless kalau kau dah takda hati sebagai seorang perempuan, tergamak nak hancurkan kebahagiaan orang lain, maka silalah teruskan skandal anda itu.

Kalau tanya pendapat personal aku, memang aku tak berminat untuk melibatkan diri dalam hal-hal perkongsian suami ni. Kalau suami kita minta izin nak kahwin lain pada aku maksudnya dia dah tak sayangkan kita macam apa yang diucapkan sebelum ni. Kiranya sayang dia dah berpaling pada wanita lain.

Memang betul dalam Islam cakap kalau redha, merelakan suami beristeri lain dapat payung emas, tapi pada aku kita cuma manusia biasa yang tiada sifat kesempurnaan. Walau kita redha macamana sekalipun, mesti satu hari nanti ada terdetik dalam hati perasaan cemburu dan sebagainya.

Jadi apa yang kita boleh buat adalah cermin diri dan muhasabah diri apa yang kurang pada diri kita. Adakah kita membahagiakan suami kita? Adakah kita menghargai suami kita?

Dan kaum lelaki pun perlu muhasabah diri, belajar memahami dan menerima ketidaksempurnaan wanita. Sebab itu lelaki dikurniakan 9 akalnya, dan wanita itu satu akalnya untuk dibimbing oleh kaum lelaki menjadi seorang yang lebih baik.

Pesanan aku pada sesiapa yang sedang bercinta atau baru mula berniat untuk mengadakan skandal dengan suami/tunang orang, hentikanlah.

Tak kiralah anda ambil suami/tunang orang itu dengan cara yang mulia atau terhina, percayalah bahagia yang korang dapat tu sekejap je, tapi pahitnya kekal berpanjangan. Takkan berkat hubungan dibina atas kesedihan dan keseksaan orang lain.

Anda buat orang sekarang, satu hari nasib anda sama juga. Zaman sekarang bayar cash oi!

Wallahualam.


Ehh panjang gila membebel. Dah lama tak membebel, sekali update panjang mak aih! :P


ps: aku jenis yang setia, kalau dah sayang orang, sayang sangat - sampai akhir hayat! :)

Tuesday, December 21, 2010

.Susah Sangat Ke?.

Assalamualaikum.

Korang pernah tak berada dalam situasi bengang kalau orang buat salah dengan korang, tapi tak reti nak minta maaf? Aku memang BENGANG gila kalau jumpa jenis orang macam ni.

Macam ni. Ada satu hari aku pergi Bukit Jalil nak parking kereta sebelum menaiki bas balik kampung, tahu jelah keadaan sesak kat sana kan. Jadi jarak antara satu kereta dengan satu kereta amat rapat.

Tiba-tiba aku rasa kereta aku kena 'cium' dari belakang. Nasib baik kereta aku takde apa yang cedera. Aku tengok cermin pandang belakang, nampak driver tu dah tutup-tutup muka dan membuat reaksi bersalah. Memang kau salah kot sebab langgar kereta aku!

Aku dengan hati yang panas, keluar dari kereta, terus meluru ke belakang. Hah, kereta yang langgar aku ni kereta Kancil warna pink. Memang aku dah usha kereta ni (yang dipandu oleh budak perempuan awal 20-an bersama geng-gengnya yang penuh satu kereta) daripada traffic lights lagi, memang bawak macam orang gila!

Bila aku pergi kat tingkap kereta budak tu, dia boleh cakap macam ni.

"Mana ada langgar pun?"

WHAT THE FUCK! Kau dah langgar minta maaf lah. Tak kisah lah kereta aku rosak ke tak. Tadi bukan main kau gelabah, sekarang bila tengok kereta aku tak cedera, kau cakap kau tak langgar.

Aku terus sound agak keras dengan hati yang panas.

"Saya nampak lah awak langgar, lain kali minta maaf lah!"

Heck! Dah lah muka kau tak cun, perangai tu pun tak cun! Takde budi bahasa langsung!
.
.
Yang kedua pulak, hari Ahad hari tu, aku pergi Bukit Jalil lagi, hantar Irwan nak balik JB. Dan kereta aku kena 'cium' lagi.

Kali ni dengan seorang apek Cina yang muka busuk dan bajet macam samseng lah. Aku memang perhatikan mamat ni daripada aku nak keluar parking lagi.

Bila aku signal nak masuk depan dia, bukan main dia tak bagi. Lepas tu dia berhenti kat tepi turunkan orang, pastu dia nak menyelit belakang aku pulak.

Beria dia nak menyelit walaupun kereta belakang aku ikut rapat dengan kereta aku. Tiba-tiba.

 DANG!!!!!

Shit! Langgar lagi. Aku terus bukak hazard, berhenti tepi. Okay bumper aku tak pecah, takde kecederaan lagi.

Cina busuk tu boleh keluar lepas tu dia cakap macamni:

"Takde apa masalah lah."

Aku melawan lah.

"Lu sudah langgar, takde reti cakap sorry ke?"

Dia jawab balik dengan nada kurang ajar: "Ok Sorry"

Sebelum blah aku cakap, "GILA LA LU!!". Terus aku masuk dalam kereta dan blah.

Aku pandang dari cermin sisi, dia tak berani dah nak ikut dekat-dekat.
.
.
Aku cuma nak tekankan kat sini, kalau korang dah buat salah, tolonglah minta maaf. Jangan nak deny salah korang tu dan buat macam tak bersalah pulak.

At least, kalau kau minta maaf, sejuklah sikit hati orang tu, mungkin nak marah pun tak jadi kan.

Bukan kena bayar pun kalau minta maaf!

Bukan suruh minta maaf sampai menangis banjir pun kan.

Wednesday, December 15, 2010

.Aku Nak Tapi.....

Assalamualaikum.

Hai semua.

Maaflah dah lama tak menulis. Bukan tak mahu update, aku nak. Betul, serius aku nak update, cuma masa tak cukup. masa yang ada cuma masa untuk tidur sahaja -_-

Banyak sangat hal perlu diselesaikan, perlu dikemaskini, perlu diperbaiki. Sampai dehydrated dibuatnya.

Aku rasa something wrong sikit sekarang ni. Aku cepat letih, makin malas, asyik nak tidur je :(
Macam rasa tak produktif langsung.

Dan aku suka teringin nak makan macam-macam pulak.



Ok tiba-tiba nak makan J.Co Donut sekarang ni. *telan air liur*



Tuesday, December 7, 2010

.Complicated.

Lebih kurang macam ini lah rupa aku sekarang.

Cuma aku cuba cari versi lebih baik.

Kadang-kadang kita tak tahu Tuhan turunkan dugaan sebagai peringatan untuk kita dan orang sekeliling.

Aku tahu Tuhan, Kau masih sayangkan aku, makanya diturunkan dugaan yang sebegini.
Bukan semua orang dapat tuah ini kan.

Semoga segala kejernihan akan muncul, kembali.

Salam Maal Hijrah 1432H.

Tuesday, November 23, 2010

.Diam Lagi Baik.

Assalamualaikum.

Sejak dua menjak ni, aku tengok banyak kawan-kawan aku yang dapat gangguan daripada stalker tak bertauliah. Yang sedap-sedap buat fitnah dan meburukkan personaliti orang dengan menyerang mereka di laman blog dan laman sosial yang lain.

Aku mula rasa yang dunia ini bukan lagi tempat selamat (bak kata Rembo) untuk kita bebas bersuara. Aku mula rasa yang dunia ini sudah mula tidak enak untuk kita berkarya. Kerana manusia jenis sampah yang berhati hitam ini semakin beranak-pinak, nah ini yang jadi pada pembelog indie yang jujur mahu berkongsi kisah hidup mereka, sering di kondem oleh parasit itu.

Aku sekarang lebih banyak mendimkan diri bila benda-benda macam ni jadi. Kalau dulu aku cepat gelabah, mula lah nak berlawan-lawan dengan Anon yang berfikiran gila. Aku rasa aku bukan lagi seorang yang extrovert.

 Dulu aku seorang yang sangat outgoing. Aku gemar mencampurkan diri dengan kumpulan manusia di sekeliling aku. Dan selalunya aku menjadi jambatan sosial di kalangan teman-teman. Tapi sekarang, aku cuma mahu jalani rutin harian aku, tak mahu sibuk sangat hal manusia lain dan sekdara cakap "Hi" dan "Bye" sahaja.

Dulu aku peramah sangat. Semua orang aku tegur, semua orang aku senyum. Pemurah senyum aku ni. Sampai waktu zaman uni dulu, kalau berjalan di sekitar kampus, ramai akan menyapa aku walaupun mereka dari kursus yang berbeza. Sampai mantan kekasih cakap susah nak jaga aku sebab ramai sangat orang kenal. Terutamanya lelaki. Tapi bukan bermakna aku perempuan gedik yang nak kawan dengan lelaki saja.

Sekarang, nak tegur orang pun macam malas. Kecuali rakan-rakan baik tu aku tegur lagi lah. Tapi perangai aku yang tak berubah adalah cara aku bekerja. Cara aku menyusun benda. Itu benda yang masih kekal. Aku masih mampu mengekalkan kualiti prestasi kerja aku pada tahap markah KPI yang cemerlang untuk appraisal tahun ini.

Aku masih mampu handle ragam masalah clients. Aku masih boleh di interrupt dengan masalah luaran walau pada waktu aku bekerja. Aku masih seorang multi-tasker.

Cuma bezanya aku sekarang lebih banyak senyap. Kalau aku ada masalah, aku lebih suka pendam. Aku mula menjadi orang yang introvert. Aku sudah jadi pemendam perasaan. Kalau aku tak suka satu-satu benda atau aku tak berkenan, aku akan diam. Kalau aku tak suka dengar satu-satu perbualan, cepat-cepat aku blah, lebih baik main game dalam handphone.

Aku nak buang perangai aku yang suka bercakap, sebab aku rasa aku tak sedar masa aku bercakap aku banyak menyinggung perasaan orang. Semakin berusia, semakin aku rasa banyak lagi kesalahan yang aku belum tebus.

Lebih baik aku diam sekarang, dan cuma bergerak ikut flow. Aku dah tak mahu lagi terus-terusan nak menyakitkan hati orang. Lebih-lebih lagi orang yang aku sayang. Biar orang buat kita, jangan kita buat orang. Bunyi klise kan?

Tapi itu aku sekarang.

Hah, beremosi pulak. Dalam hal-hal emo ni, minggu lepas aku dapat berita menggembirakan! Minggu lepas hadiah contest yang aku menang sampai jugak. Bukan johan pun, dapat nombor 3 je. Tapi syukurlah, sebab aku jarang menang kalau masuk peraduan ni ;)

Cuba tengok, jeles tak? ;p



Jangan risau, original beb!


Siap ada pesanan daripada penaja.
[sila klik untuk pembacaan lebih jelas.]


Thanks Edy daun keladi, next time buat contest lagi! ;)

Friday, August 27, 2010

.Cinta Gunakan Akal.

Assalamualaikum. Hai semua, salam hari Jumaat yang berkat :)

Hari ini aku kerja macam biasa, KL tak cuti Nuzul Quran, KL cuti untuk perayaan moden-moden je, jadi pagi tadi aku pergi kerja dengan senang hati, jalan pun tak jammed.

Tapi bila aku pasang radio Era, aku jadi sedih masa dengar segmen 'Merisik Khabar'.

Aku tertarik pada cerita seorang akak ni, kasihan, insaf aku dengar cerita dia. Malang sungguh dia apabila diabaikan oleh suami yang tinggal sebumbung dengannya, tapi tidak langsung ambil berat keadaan dia setelah dia menderita sakit sendi!

Bayangkan seorang isteri yang sedang sakit, hatta ketika duduk di kerusi roda pun dia tak mampu untuk bergerak, makan minumm pakaiannya terabai. Si suami pulak cuma tahu buat hal sendiri, pagi-pagi sudah keluar bekerja, tengah malam baru pulang. Kebajikan isteri yang sedang sakit langsung tidak diambil kesah.

Aku berfikir, kenapakah si suami begitu kejam? Kenapa harus diperlakukan sang isteri sebegitu rupa?

Bukankah waktu kau mahu memperisterikannya kau melamarnya dengan sempurna, dengan penuh adat. Kenapa pula selepas dia jatuh sakit, dia sudah tidak berupaya, kau berlaku kejam begitu?

Mana tanggungjawab kau? Mana kasih sayang dan cinta yang kau canang dulu? Mana janji kau yang kau cakap akan jaga dia sehingga ke akhir hayat?

Bastard lah.

Kalau kau dah tak mahu dia, lepaskan dia dengan cara baik. Jangan seksa dia macam tu. Cukuplah dia sudah menderita sakit fizikal, jangan lagi pulak kau dera mental dia.

Kasihan si isteri. Aku doakan beliau tabah hadapi ujian Tuhan. Pada sang suami, insaflah. Jangan bila si isteri sudah dikapankan baru nak sesal.

Dunia sekarang semakin hari semakin pelik. Semakin hari semakin penuh dengan manusia yang berhati busuk. Semakin penuh dengan manusia berperangai kejam.

Dunia sekarang sudah jadi sampah. Cuma yang tahu gunakan akal boleh terselamat. Aku berdoa agar dunia jangan lagi mual melihat perangai kita.

Sebab itu orang cakap cinta gunakan akal, jangan nafsu yang diikut.

Tahniah pada Era dan Revive Isotonik yang sudi menghulurkan bantuan. walaupun cuma 6000, tapi sekurang-kurangnya mampu meringankan penderitaan akak tu.

Jadi renung-renungkan, selamat menambah amal! ;)




ps: hari minggu yang paling sibuk, minggu ini.

Thursday, August 12, 2010

.Dia Menangis.

Pagi tadi selepas sahur, Irwan sms aku.

"I mimpi malam tadi u paksa i kahwin dengan kawan u. I bangun tidur basah pipi i. I jarang dapat mimipi."

Irwan memang jarang mimpi. Apatah lagi mimpi dan menangis.
Orang tua-tua cakap mimpi tu terbalik kan. Maksudnya aku takda lah paksa dia kawin kan kan.

.
.

Aku telefon Irwan masa sampai di pejabat pagi tadi.

Tak lama lepas tu, sms masuk. Irwan sms aku.

"I tengah marah tadi. Bila dengar suara u, sejuk hati I."

*wink *wink *wink

SUKANYA SAYA BILA SUARA SAYA YANG CUTE SIKIT DARI DORAEMON NI MENJADI PENEYEJUK HATI BAKAL SUAMI. ahaks!

Thursday, July 22, 2010

.RM 18.64.

Aku rasa uneasy sangat sekarang ni. Biasalah masalah perempuan bila datang sebulan sekali. Rasa badan macam tak sihat je.

Bila aku rasa tak selesa, aku cepat nak mengamuk. Lagi-lagi kalau orang buat banyak benda yang menjengkelkan. Tapi time aku period pain ni lah, banyak yang cari pasal dengan aku. Tolong lah faham, susah sangat ke.

Aku tak suka nak marah bila time macam ni, nanti last-last aku jugak yang nangis sendiri. Buruh dowh nangis bila dah tua ni. Nasib baik aku kalau nangis mata tak bengkak sangat.

Lelaki susah nak faham @ buat-buat tak faham @ sengaja tak faham bila perempuan datang bulan. Selalu dipersoalkan, EH KALAU PERIOD JE MESTI NAK PMS KE? MESTI NAK MOODY KE? PMS TU KAN BOLEH CONTROL, SAJE JE LA TU NAK MOODY. Haih T_T

Oh, kalau lah lelaki boleh faham situasi ini. Perasaannya sungguh tidak enak tahu. Kalaulah lelaki tahu yang perempuan bukan suka sangat setiap bulan ada perasaan begini, bukan suka sangat nak marah tak tentu pasal, bukan suka sangat nak membebel. FAHAM KAN.

Apatah lagi macam aku yang telah mengorbankan SGD8.00 untuk membeli ehem ehem (membazir sungguh!) malam tadi. cit.

Benda paling berat, kena kawal emosi dengan mental dan fikiran. Ahh serabut lah.

Bila aku rasa uneasy, aku takde mood. Bila aku takde mood, aku kena tulis belog. Tapi aku masih takde mood. Jadi aku main fesbuk, ah lagi takde mood.

Tuesday, July 20, 2010

.Aku Mahu Akan Kamu, Selamanya.

Aku demam di Kota Singa. Tapi semangat bekerja mcam tiba-tiba datang. Tak sabar aku mahu 'nyah' dari hutan konkrit yang pantas ini.

Mahunya aku pada Irwan, sentiasa dan selamanya.
Oh macam Si Bella cakap pakai Edward,

"I want you more than everything."

Fikiran tentang itu, tetap; pasti; tak pernah berubah.
Tapi dunia sentiasa mahu uji perasaan ini.

Bila sekejap kita leka pada Dia, bencana datang sedikit.
Bukankah apa yang dijanji memang pasti?

Dan aku yakin, dengan langkah aku,
dengan masa depan yang aku dan dia corakkan.