Thursday, July 30, 2009

.Surprise #1.



Dia buat lagi dahhhhhhhhhhh!


APA dia?

Tu, perangai chomel dia.


SIAPA dia tu?

The Husband lah :)


KENAPA dengan dia?

Malam tadi, lepas je pening kepala dengan kerja-kerja dia, dia datang rumah. Pergi makan-makan, lepas tu patah balik JB (sebab esok mau kerja semula).

Semata-mata mahu jumpa aku! ehe.

Tiba-tiba dia je dia nak datang. Bukan aku paksa ok.

Mula-mula tak percaya, bila tengok dia sudah terpacak depan rumah, baru aku tampar pipi, eh eh aku tak mimpilah :P


Sangaaaaaaaaaaat chomel apa kamu buat ni sayang. Thanks sangaaaaaat! :) Luv ya!





ps: pesanan tiada kena mengena. Saya sudah buat medical check up.

Wednesday, July 29, 2009

.Syukur Alhamdulillah - Eh, Bukan Iklan Bio Aura Tau.


Weeeeeeeeeeeeeeeehuuuuuuu!

Ehem..ehem..ehemm..(cukup okey)

Hari semalam hari Selasa kan, mula-mula aku ingat mendung. Rupanya keluar pelangi! hehe

Ini entri pasal kajicuaca kah? Oh, lari niat pulak. Takde, sebenarnya nak bagitau pasal ni ha:

Hah, tengok sendiri.
.

.

.

.


Alhamdulillah, syukur. Akan bergraduasi lagi lah aku.
Tapi tengok sesi aku tu, PAGI.

Sudah boleh bayangkan, muka mesti sembab macam beruang panda tak dapat tidur 2 hari. Walau guna teknik mekap canggih camna pun. Aduh. Liat aku nak bangun ni. T_T


Dan..


Yang kedua, pasal ini.


Ingat tak aku pergi interview minggu lepas?

Pukul 6.30 petang semalam aku dapat panggilan.
I'M HIRED!


Syukur, alhamdulilah.


Sekurang-kurangnya, tiada lagi cap PENGANGGUR dekat dahi aku. eheh :P
(Rekod menganggur cuma sebulan dari tarikh meninggalkan UTM, pheuuu!)


Tuhan, terima kasih.
Masih simpankan rezeki untuk aku.





ps: okey, sekarang sedang korek duit tabung, mahu beli apa yang patut.

pss: darl, instinct kamu tepat kali ini :)


Tuesday, July 28, 2009

.Saya Cakap Pasal saya-lah.


ahaks! (gelak mesti gedik capslock dulu)
Okey oke, kan saya ni penganggur kan. (tetiba je nak guna saya)
So bila dah takde keje, amat lah rajin nak buat segala macam kuiz mahupun tag.

:

Syarat-syarat :
Jawablah soklan dibawah sesuka hati anda.
Dah jawab, tag lagi orang yea.


1. Apakah yang anda sedang lakukan 30 minit yang lalu?

- Bersama tetikus, mengklik laman-laman yang sudah hampir jemu aku lihat.

2. 2 jam yang lalu?

- Baru terhegeh-hegeh nak mandi :)


3. Minggu lepas?

- Masih bertafakur di rumah sambil melakukan training hoki secara tidak tauliah.
Hectic sungguh!

4. Tiga lagu yang boleh anda dengar berulang-ulang kali?

i) Sempurna - Andra & The Backbone
ii) That's When I Love You - Aslyn
iii) You're Not Alone - MJ

5. 3 binatang yang anda tak suka?

i) Monyet - Please lah, dah penat aku berperang tau. Okey, aku angkat dua tangan sekarang!!
ii) Tikus - Ini lagi satu yang menguji kesabaran aku. T_T
iii) Nyamuk - Oh! Sila buat sendiri boleh tak?

6. 5 fakta tentang anda?

i) hampir pasti tidak akan menggunakan akal di kala waktu Shopping~ what i see is what i bought.. jangan harap saya akan tawaf survey satu bangunan itu dan kembali hanya untuk mendapatkan sehelai baju!

ii) seorang yg teliti, perfectionist dan hygenic~

iii) pasti memerlukan tangan seseorang untuk melintas jalan.

iv) elergi pada figura atau corak berbentuk bulat-bulat..biar saya perincikan: corak bulat2 yang rapat macam kat telur katak, biji terung dan sebagainya...sungguh..rasa merayap kat 1 badan..eiii~

v) 100% perempuan, belum diijabkabulkan, dan masih di bawah jagaan ibu bapa.


7. Tahun depan mungkin anda?

- Menjadi wedding planner paling sibuk kat Malaysia (perasan betul) :)
- Dapat "new baby"? (sila jangan bermimpi lebih-lebih)

8. Saya tak reti sangat…

- menghuru-harakan hidup orang. Bukan kepakaran saya.
- terlalu bersopan-santun macam perempuan Melayu yang dua ratus peratus.
- menampar lalat.
- buat kek lapis Sarawak.
- bawak kereta manual. GAGAL!


9. Saya pandai …

- tidur tanpa henti selama 24 jam
- main futsal, bola padang, pool, badminton, hoki, baseball, bola keranjang, chess dan dam ular.
- melaburkan duit-duit saya secara tidak berhemah.
- bawa kereta melebihi had laju secara melampau.
- hormat orang tua.

10. Kawan saya…

- sangat fabulos, gorgeous, wonderful. Siapa kawan saya, diaorang faham sendiri lah.

11. Saya ada…

- sepuluh ringgit enam puluh lima sen dalam akaun bank. T_T (sangat bankrap)
- seekor tenggiling yang sangat chomel.
- seorang rakan kongsi jiwa.
- dua orang penyuntik semangat.
- tiga orang askar baris hadapan.
- koleksi rakan-rakan yang tidak ternilai.

12. Saya seorang…

- yang gilakan kasut tumit tinggi, handbag dan photography.
- yang tidak ada album nyanyiannya sendiri.
- yang tidak pandai berjimat-cermat.

13. Adik saya…

- seperti yang ada di side bar sebelah. Itu rakan-rakan untuk ber'wrestling'.

14. Saya tak pernah bosan dengan (senaraikan 3)…

- puding jagung.
- kamera dan foto
- teh o suam

15. Bilakah pertama kali bercinta?

- tahun dua ribu empat. Umur mangsa pada ketika itu baru lapan belas tahun.

16. Perkara yang selalu orang tak percaya tentang anda?

- saya tiada pertalian darah langsung dengan Yuna.
(sila jangan menangis lihat statement ini :P)

- "Eh, kamu bukan anak bongsu ya?"


17. Saya rindu…

- The Husband.

- zaman menekan kalkulator.
- zaman baring melentang depan KLCC bersama rakan-rakan menembak saya.

18. Saya tak sabar…

- mahu beli tenggiling baru.
- mahu ke Jakarta akhir tahun ini.
- apabila lihat orang bawak kereta yang syok sendiri. (ini hilang sabar kan?)

19. 5 laman yang anda slalu layari?

- Facebook
- Belog
- Yahoo!
- Google
- Laman web rasmi UTM


20. Anda mahu tag?

Kawan-kawan saya yang saya suka membuli mereka. keh keh.

- Elsa Soraya
- Syed Azman
- Sham
- Kemma
- Atie
- Azri Azlan
- Farayha
- Azrn
- Ayenxz

sila tambahkan kerja anda ya :) Mucho Gracias! Luv ya~

.Gila Betul!.


Patut tergelak kah?

Ok Patut.

kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah

Lagi?

kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah
kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah

Ok dah.


Ni hah, aku buat kuiz kat Facebook. My future spouse. Tengoklah result dia, gila betul!

Teringat Eima cakap yang kuiz ni perosak rumah tangga orang. ha ha.


Okeh, kenali calon2 my future spouse capslockwth.

1. Hakimi Aiman - Sangat sangat tidak logik. Kawan sama-sama tergolek kat UTMKL ni. gila ke apa.

2. Rauf: mak aih!! Ni ex my besties. N current kawan i punya bf. Jue, i'm sorry. Marah kuiz ni, jangan marah aku.

3. Zulhilmi: ahah! ini lagi lag tidak logik. Baru kenal sem lepas je. Dia dah ada gf woiii. Kang mampus gf dia tibai aku.

4. Zahir: Entah siapa ni. Datang dari mana entah.

5. Are Pez: Ini lagi lah, identiti tidak dapat dikenal pasti. hoho.


hahahaha gelak lah sorang-sorang. Nampak sangat aku takde keje kat umah ni, sampai layan benda-benda alah macam ni. ho ho.


Korang nak try? Try lah. Ada berani??? :P

Monday, July 27, 2009

.Semalam di Bandaraya.



Lepas je dapat tahu berita Yasmin Ahmad sudah ke rahmatullah, aku mula bersiap-siap.
Mahu ke bandaraya, berjumpa The Husband.


.: I love you, and that’s all I really know :.


Agak lama tak jumpa, seminggu kot. (Lama lah sangat kan :P)
Thanks for yesterday darling!

Walau cuma beberapa ratus minit jumpa, saya suka sangat!
Alhamdulillah, syukur Tuhan bagi lagi peluang jumpa kamu.

:

Tapi kan..

Saya amat tak puas hati dengan pegawai JPJ yang mungkin umurnya sebaya saya yang ngada-ngada nak tahan kereta saya masa buat pemeriksaan. Muka saya macam budak sekolah menengah kah yang tiada kartu lesen memandu? Road-tax kereta hidup lagi. Saya pandu ikut had laju.

Bila saya tanya kenapa, dia cakap prosedur. Kalau prosedur, apasal tak tahan semua kereta yang lalu? Entah apa-apa tah! Alah sebenarnya yang tukang tahan tu memang dah usha dari jauh dah. saya dah perasan dah. Mata melilau macam apa. Yang tukang check pun sama. Gatai! Itu Irwan ada kat sebelah tu macam tu. Kalau takde, mau saya kena tahan entah berapa lama tah. Sabar ajelah.

Korang pernah tak kena tahan tak tentu pasal camtu?

:

Eh, eh semalam special tau.
Sebab saya bukan dating dengan Irwan saja, tapi dengan beliau juga


Cikgu Latifah @ PA saya


.: akan bergraduasi, lagi :.


Sekarang kalau pergi mana-mana kena bawak PA, Irwan sudah upah beliau untuk ikat kaki saya. Tak boleh nak kelentong tau :)