Tuesday, October 27, 2009

.Aku Ingin Menjadi Sesuatu Yang Mungkin Bisa Kau Sentuh.


Hello semua.
.
Sepatutnya I dah balik rumah dah. tapi ada sikit trade problem. So, sementara tunggu my colleague siapkan fail utnuk dihantar ke Finance side, I pun update lah. *updatelah sangat!
.
Bukan ada cita yang hot atau vogue-de-vast ke. I cuma nak bagi korang tengok gambar konvo versi studio i. Ok ok i tau ini cerita sudah lapuk, tapi i peduli ape, aritu i tak sempat nak update. Kalau korang tak mau tengok pun i tak heran. hehehe.
.
Ok, enjoy the pixs. ;)

.

Me & Familia
(my other half pun termasuk sekali. haha)

.



me & parents.
(i x setujulah dengan susun-atur yang budak-budak foto buat.
Macam skema je parents i duduk tau.huhu)
.



Ini i.
(Irwan cakap, perfect photo. yelah tu.i tau saja je nak amik hati i.)
.
Me & Irwan.
(Kalu u all zoom kat kasut Irwan, ada tanah sikit tau. Kesian dia berlari-lari dari site semata-mata nak fulfill my studio session sebab i dah macam nak merajuk dan mengamuk kalau dia tak sampai untuk studio shoot. hehehe)
.
.
.
Esok i kena pergi orientation. Di tengah-tengah bandaraya. I guess it's a boring day. sebab kena dengar ceramah yang bagai-bagai. But oleh kerana ketrujaan mahu berjumpa my CEO secara live, i akan mula buat-buat bersemangat.
.
Siapa my CEO?
.
I bagi clue, u all teka lah.
.
Hint 1: No. 40th Richest Person in Malaysia
Hint 2: No.3 of Stylish & Successful Man in Malaysia (as stated by Maskulin)
.
Tekalah.
.
Kalo nasib baik, nanti i post gambar dia. hehehehe. :D
.
Bye. I belum nak balik. Nak sambung menyibukkan diri. Tata.
.







Friday, October 23, 2009

.Hari Jumaat Yang Sangat HOT.

.

Assalamualaikum.
.
Ehem..ehem..hari Jumaat arini. So i start tulis belog dengan bagi salam supaya nampak lebih bersopan dan ala ala perempuan Melayu gitu. :P
.
Hot kan tajuk belog i.hehe. Bukan ada cerita hot sangat pun. I cuma nak cakap yang hari ni cuaca sangaaaaaaaaaaaaaaaat HOT. I ulang. HOT snagat. Tengok sampai salah taip i. Tadi i kua makan kat Hartamas, walau duduk bawah atap, tapi masih bahang. I minum teh 'o' ais limau pun takde kesan. Hari ni i tak makan lauk pedas. And i'm avoiding daripada mengunyah ayam dan daging. Doktor suruh i jadi vegetarian. Takut penyakit i berlarutan jadi makin teruk.
.
.Malam ini i dengan my sister mahu balik rumah. We're driving. Pasti sangat penat. Dan air-cond kereta i pun tengah buat hal meragam yang mengada-ngada. So pasti hot malam ni! dush.
.
.
.
.
ps: tak sabar i nak survey wedding boutique! semangat nih! :P

Wednesday, October 21, 2009

.Saya Mencari Direktori Engagement.

.
Sekarang lunch hour time.
I kena duty kat counter. ('_')
(Ini memang duty rooster yang harus digilir saban hari)
.
Kat luar mak aih, masyaAllah panasnya!
Tadi i kua jap gi bank, macam nak pitam i masa berjalan. huhu.
.
I kan macam mati kutu duduk kat counter ni, tunggu customer or remisier datang. So i pun sangat relaaaaaaaaax membrowse Internet.
.
Sekarang ni mood i lebih pada browsing web-web berkaitan hal-ehwal perkahwinan. I tengah survey-survey stuffs untuk engagement nanti. Rasa macam banyak benda nak kena buat. And preparation pun kena la start mulai bulan depan sekurang-kurangnya walau tarikh masih dibincangkan.
.
Irwan lah ni, suruh i buat list bajet tunang. Dia cakap ngeri kalo tengok i wat list. So dia akan filter my list dulu, pastu mesti dia akan cantas bajet i nanti. huhu~
.
I siap buat list dalam Excel lagi kan. Konon nak apply pengetahuan masa kat uni dulu lah. cheh.
Dah naik mabuk i ngadap Excel kat opis tau.
.
ohoh lunch hour dah nak tamat. I nak balik kat kerusi empuk i semula. Petang ni, i nak gi klinik jap, tu pun suruh Jane teman. Lately i ada problem sakit dotdotdot lah (T_T). weh bukan lucah, maksud i berkaitan usus.
.
Ok, gtg, jumpa lagi nanti. I doa hari Isnin next wik cepatlah datang sebab wallet i sudah berlubang sangat. hehehe :P
.
.
.
.
ps: where are you?
.

Thursday, October 15, 2009

.God Bless Me Today.

.
Nisfu Oktober muncul lagi.
Kali ini dia datang dalam tahun Dua Ribu Sembilan.
.
Tandanya, nafas aku diizinkan Yang Maha Pencipta untuk berdenyut lagi buat tahun yang ke dua-puluh-tiga. Angka, yang kalau dihitung, belum pun cecah suku abad hayat dalam dunia.
.

Masih mentah. Masih rawak. Masih dasar.

Perjalanan aku masih panjang, masih banyak tali perlu dipaut, masih banyak ilmu perlu dikaut, masih banyak nasihat perlu dipuput.

.

Mujur, aku tidak keseorangan menikmati indah hari ini.

.

Untuk 'nyawa separuh badan' aku; thanks Sayang.
I promise, I will remember what you've said on last a.m!
Dan bersama kita berjalan, bersaing ya ;)
.
Thanks ma familia!
I'm waiting for yours treats! hehehe.
.
Dan pada rakan-rakan kongsi minda, rakan-rakan kongsi peta jalanan, rakan-rakan kongsi pengalaman membukit, thanks! thanks!
I am very appreciate all your wishes for me. Amin. Amin.
.
Specially for my Facebook friends;
Aku tak dapat nak sebut nama seorang-seorang.
Tapi aku dapat baca semua wish korang yang membanjiri inbox email aku.
Hundreds millions thanks darlings! ;)
.
InsyaAllah, nanti kalo sempat aku reply semua writing korang kat 'wall' eh.
(Kat ofis FB kena blocked, so aku dapat baca from email je. sedih.huhu )
.
I'm waiting for mommy n daddy coming here tonite! ;) celebrates, perhaps? (baik jangan mengharap. hahaha)
.
till then...
.
"Happy Birthday to Me! :)"
.

ps: I wish I could buy this world! Tunggu sikit masa lagi ;)

Wednesday, October 14, 2009

.Kau Terindah Masih Ada Yang Tercantik Itu Kamu.

.

Holla!
Hey all! Waduhhhh sangat hectic kebelakangan ini. Kerja-kerja cukup sangat untuk membuat urat-urat dalaman sedikit tercedera. Tapi, disebabkan sesuatu, semua jadi lega!

Jeng! Jeng! Jeng!

Kerana apa?
.
.
.
Sebab benda alah ni!


.






Kawan-kawan belog aku yang bijak pandai mesti dapat teka apa benda alah ni kan? Kan? Kan? Hehe.
.
As the tickers tick-tock each time, lalu sepulu-haribulan-sepuluh itu muncul jua.
Ya, Sabtu yang lalu.


.
The date of promising.


.
Aku resah sikit. Mula membilang ketikan jarum saat. The Husband masih belum muncul.
Janjinya dia akan muncul jam 2. Jam mula langgar angka 3. Belum muncul bayang.

Aku pun terus hantar pesanan yang berbaur kebimbangan (tapi cuba berpura-pura menjadi sangat cool)


.
“Syg, u dah kat mana?”
.
“Dah sampai.” He replied.


.
OMG! OMG! It’s the time. Dia datang bersama semua ahli keluarga kecuali adik bongsu dia.


.
Oh itu mak ayah dia. (Sudah beberapa pertemuan sebelum ini).
.
Dan itu Kak Long dia, itu Kak Ngah dia, itu adik dia dan abang-abang ipar dia.
Kelibat bakal-bakal anak buah aku pun turut muncul. Ada 5 orang semuanya!
Chomel sangaaaaaaaaaaaaaat diaorang tau! Rasa berkobar-kobar je nak jadi makcik diaorang. Hehe.


.
Tentatif (selalu guna words ni bila buat minit mesyuarat) bermula bila diaorang makan tengahari dulu. Yelah, diaorang sampai pun dekat 330 petang. So consider makan tengahari lah.
.
Ops!!! Aku dengan Irwan tak boleh cakap-cakap sangat masa makan. Cukup komunikasi guna bahasa mata je. Cuba kontrol malu lah konon. Bwekkk! :P
.
Okay, it’s the time. Semua orang-orang dewasa sudah ambil tempat untuk mulakan perbincangan penting. Aku dah tak senang duduk. Nasib baik ada anak-anak buah yang sangat peramah.
.
Aku layan je diaorang main hamster, tengok saluran 611 di Astro. Diaorang petah sangat cakap tau. Baru umur 3 tahun dah pandai cakap pasal kawin!
.
Tau diaorang cakap apa?
.
“Uda kan nak kawin dengan akak.” *Uda tu merujuk panggilan anak-anak buah pada Irwan.
.
Maluuuuuuuuuuuuuuuu! Budak-budak pun tau apa yag sedang berlaku. Irwan dah cabut lepas makan. Dia cakap dia tak boleh dengar perbincangan. Hehe.
.
Setelah perbincangan disepakati, bakal ‘mak-men’ aku panggil. (Mak-men tu Mak mentua lah).
Nak sarung cincin katanya.
.
Aku duduk. Dup dap. Dup dap. Rasa macam nak pengsan. Sempat aku melawak untuk hilangkan gemuruh diri sendiri. Sampai tergelak-gelak semua orang kat situ. Mesti diaorang cakap, betul ke ni budak yang nak jadi wife Irwan nanti. Tak tau malu kan. hahahhahaha.
.


.
Pengalaman yang tidak dapat saya lupakan. (Macam ada sikit bunyi esei masa darjah 5). Syukur, merasa jugak aku momen ini dalam hidup itu. Momen di risik oleh bakal mak mentua. Tandanya, mereka restu! Alhamdulillah :)
.
.
Rasa sebak tau waktu mak Irwan peluk-cium satu-satunya bakal menantu perempuan dia ni. Macam-macam dia pesan tau. Cuma aku je yang tau apa mak-men aku pesan. Hehehe :D
.
Yang boleh diketahui, mak dia cakap:
.
“Jangan tanggal tau cincin ni Jiha”. Hee~
.
.
I SWEAR! This love will last forever sayang! InsyaAllah. Amin. Amin. Amin.
.

He also coming with this thing. My advance birthday cake.
Yelah, I will turn 23rd soon!
.
Umur makin besar, tanggungjawab makin besar, badan pun makin besaaaaaaaaaaaaaar! Hahahaha.
.
Sekian, itu saja cerita saya mengenai majlis merisik saya. Akan disusuli dengan majlis seterusnya. Bila? Saya belum ada jawapannya. Hehehe.
.
.
.
.
Ps: Cincin itu aku dan Irwan dah beli dulu. Aku yang pilih. Irwan setuju, “Perfect” ring katanya.
Mak Irwan suruh beli cincin batu, aku cakap tak payah, cincin belah rotan dah cukup. Nanti kalo merisik dah cincin batu, then tunang kena cincin batu-batu, and kawin cincin batu-batu-batu pulak kan, betul tak? hehehhe
.
.





Wednesday, October 7, 2009

.Dam Dam Dum, Bunyi Mercun.

Haluuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!
.
Seperti yang sudah di uar-uarkan, nahhhh gambar raya yang sempat aku 'capture' tahun ini.
.
Sangat banyak posez yang perasan sendiri, dan korang akan muntah bila melihat. So,untuk tidak menimbulkan rasa geli nak muntah hijau, di bawah adalah bahan yang sudah ditapis. hahah.
.
Ini namanya usaha keras untuk men'touch-up' baju raya yang tidak siap. Tengok tangan tu, keluar semua urat-urat. (Bukan tangan aku, tangan akak aku :P)
.
*dan kerana terlalu ingin menunjuk-nunjuk skill menjahit yang sangat lemah, aku tercucuk gunting kat kaki sendiri. Nampak sangat takde talent jadi tailor! :P
.

Mommy & daddy's with their sons!
.
Dua ekor budak yang selalu menggedik dan asyik mintak diskaun bila nak mengecek mak ayah belikan diaorang barang-barang mahal. Benci i! (Dengki ni. haha)
.
Anak-anak dara yang sangat kurang jelitanya.
(sama seperti di atas = gedik + mengada-ngada * maintenance tinggi = aduh!)
.
semakin lama semakin tidak sama muka mereka.
suka sangat buat pose yang konon-konon macam majalah maskulin. (Tapi versi reject!)
.
They always fight. Budak-budak laki biasalah suka bercekau.
.
Nampak tak adik bawah aku yang kiri sekali (dari arah tangan aku menaip) terhimpit.
Tipu! sebenarnya tak masuk fokus kamera. :P
.
Eiiii..iskk..pose apa ni?! Patut tak lepas tapisan ni. Tengok muka aku, versi kontrol tah apa-apa. Aku sendiri nak muntah tengok. huhu.
.
I like this pose!
.
Pose ni keluar bila hari raya sahaja!
.
Lagi pos hari raya limited versi.
.

Muka budak gedik wtf kat hujung sana tu.
.
Dan lagi. (Mak dah bising sebenarnya,bila nak abis pose ni.hehe)
.
The ending. I suka sangaaaaaaaaaaaaaaaat! :)
.
.
Korang, banyak tak duit raya korang? Nak mintak sikit. Duit aku dah kopak, banyak unexpected budget raya ni. aduhhh!
.
Mari berpuasa 30hari di bulan Syawal! *puasa 6 pon liat. piirahhh! :P
.