
Ini poster PSM II- penghasilan yang sungguh bidan terjun.
Semata-mata mahu mengejar waktu tutup kedai print.
Alah, bukan ada markah pun. kui kui.
.
.
Perjuangan paling akhir. Dan lepas ini, lepaslah 'seksaan'.
Jumaat, mudahan bawa kaf-ba-ra-kaf-alif-ta-nun (keberkatan)
Jadual Pembentangan PSM II
Jabatan Kejuruteraan Perisian,
Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat, UTM
Semester 20082009/3
Nama: Nur Najihah Binti Md Abas
Tajuk: Analisis Corak Hotspot Jenayah Menggunakan Teknik SOM
Tempat: Makmal Teknologi Pintar
Masa: 10.00 pagi
Penilai 1: Dr Siti Zaiton Mohd Hashim
Penilai 2: Dr Mohd Yazid Idris
.
.
Sesungguhnya, aku telah meletakkan usaha aku yang sedaya mungkin untuk tempuhi semester pendek yang agak terneraka ini. Sumpah. Macam-macam jadi. Dan aku telah menjadikan diri aku sebagai salah satu kes di fakulti. ha ha. Isu berbangkit timbul di kalangan Senat.
"Mengapa pelajar-pelajar yang CGPA-nya berada pada tahap terbagus boleh extend bagi semester pendek?" - Dan ini termasuk aku dan rakan-rakan aku se'diploma' dahulu yang sama terheret dalam semester pendek. Kami tiada masalah. Kami bukan bodoh. Jadi kenapa kami extend?
Jawapan paling adil -
"Kami mahu rasa macamana rasa extend tu". ha ha~
Seriusnya, memang amat sangat takde
mood untuk buat PSM. Iya weh. Entah kenapa, nak mulakan buat kerja cam berat sangat. Aduh. Tak macam PSM 1 dulu, kobar-kobar bagai nak gila buat PSM. Sekarang, semua pada tahap
hopeless. Aku yang dungu tidak mencapai tahap kah? Atau Penyelia Maha Bijak Pandai yang keterlaluan meng
expect tahap keupayaan pelajar? Ini yang jadi masalah, sehingga menyebabkan pertalian aku dan penyelia aku yang satu dulu macam kulit kacang dengan isinya telah tercincang. Penyek, telah hancur.
Aku tidak salahkan dia, aku tahu salah aku juga. Aku cuma minta dia fahami aku sebagai seorang pelajar yang baru merangkak untuk ambil ijazah yang cuma punya otak dan hati sebagai seorang manusia. Bukan sebagai komputer riba. Bukan juga sebagai algoritma pengaturcaraan. Hah! Sudah mahu muntah, sudah jelak, sudah muak aku untuk hadap benda-benda yang memang aku yakin tidak masuk otak aku secara beratus peratusnya.
Salah aku agaknya sebab ambil kos ni. Patutnya aku amik
art dulu, sebab jiwa aku seni. Tapi pada zaman sekolah dulu, sebab terlalu membontoti doktrin dan pengaruh yang kursus Sains itu dapat menjamin masa depan, aku ambil aliran Sains Ikhtisas.
*menyesal kemudian hari tidak mengubah keadaan T_TAku punya tajuk research ni, boleh di luaskan skopnya pada masa akan datang - cari hotspot jenayah dalam kawasan UTM pulak kan? Relevan dengan kes baru-baru ini. Siapa berminat, sila teruskan. he heh~
Eh, dah dekat pukul 12 am. Aku nak tido kejap.
Slide tak buat lagi. Esok ajelah, pukul 5 aku bangun. Harap-harap Penilai aku bua
t dunno je sok. Tak banyak songeh untuk tanya soalan yang takde kena mengena. haha.
Wish me luck! Kawan-kawan doakan saya :)
Selamat malam seluruh alam ^.^