Thursday, November 5, 2009

.When It Was Me.

Huaaaaaaaaaaaargh!!

I ngantuk sangaaaaaaaaaaaaaaat kebelakangan ni tau. Ni semua gara-gara kerja pejabat yang sering menduga akal dan ketahanan imun badan i.

Sudah beberapa hari i balik ofis waktu orang semua sudah tidur dan sudah mimpi-mimpi indah-indah dan manis-manis. Kelmarin i keluar ofis pukul 00:45. Semalam pulak keluar awal sikit, pukul 11:45 pm (ini pun consider awal sebab i nak gi team-building).

I nak cita ni. Sepatutnya hari ini sampai esok i kena pergi team-building dekat Klana Resort, Seremban. So i pun bangun lah pukul 5.30 pagi tadi semata-mata nak kemas baju segala bagai. Training ini sangat diwajibkan bagi semua staff kat ofis i. Yang paling buat i tak sabar adalah, di includekan aktiviti berenang sekali.

So memanglah i sudah berangan tak sabar nak menyelam main telan-telan air kolam renang nanti. (Walau i tak pandai berenang dan fobia sikit pada air!). I siap dah ready swimming suit tau! Excuse me, bukan bikini atau two-piece ya. Tapi swimming suit untuk para muslimah!

Lepas je naik coach yang di provide oleh company dan sudah pun masuk highway, i dapat call dari my big boss.

OMG! Apa pulak bos i ni nak kan.

I kena balik ofis semula. Duh. Angan-angan mahu berlibur-libur lebur. T_T Sampai je kat resort, i dengan kawan i, budak Private Banking naik semula coach tadi.

Aduhhhhhhhhhhh! Malas sangat nak masuk ofis tau. Mood sudah kureng gila. Coach tu pulak berhentikan kitaorang kat Petronas after tol Sg. Besi tu. Kira ok lah daripada i naik teksi dari Seremban seperti yang bos i cadangkan. Entah berapa pulak kena caj nanti kan.

I dengan kawan i tu, Fifie breakfast dulu kat Mc'D then baru kitaorang amik teksi. Lepas 5 teksi kitaorang tahan, baru ada 1 teksi nak hantar pegi ofis kitaorang. I terkejut gila babi sebab baru jarak 200 meter teksi tu jalan (eh, i rasa tak sampai pun), meter dah cecah 6.80! Sangat gila mahal ok!

I sampai je ofis, tepat RM 15.00! Rekod i naik teksi paling mahal tau. So, i pun masuk ofis dengan pakaian berlibur hari ini ya. Dengan skinny jeans i selamba masuk dan sila jangan tegur saya kenapa i pakai casual wear arini. Takde mood. huhu.

I ingat nak balik kampung lah malam ni. Tulang belakang i ni dah sakit sangat lah. tak tahan. dan i amaaaaaaaaaaaaaaaat rindu dengan Irwan sekarang ni. T_T

Ok lunch hour end. Tau tak kenapa i kena stay-back balik lambat nak gila tu? Sebab projek maxis ni lah. kan u all tau kan Maxis dah masuk listing semula kat Bursa Malaysia. So it's IPO project lah yang buat kitaorang berjaga siang-malam ni. Best kan. ehehe Best sebab tengok duit orang yang maha juta-juta tuh. huhu.

Ok bye! mari buat-buat buat kerja. ekekeke :)

.

4 comments:

Ries Lee said...

persetankan maxis...

armouris said...

info tentang sakit tulang belakang kat sini - Masalah Cakera Tulang Belakang

SiGedikDariScotland said...

.armouris.

Thanks! :)

SiGedikDariScotland said...

.Azrie.

Eh, Maxis ex-staff jangan emo huh? :P ahahaha