Thursday, December 31, 2009

.Selamat 2010!.

Hari ini hari terakhir dalam kalendar masihi.

Azam semuanya sudah tercapai kot.

Kejap lagi aku dah nak balik rumah. Keja kat ofis semua dah settle.

Bos aku bagi balik awal, tak payah apply half-day pulak tu! yeah!~

Ni kan New Year's Eve beb!

Oleh yang demikian, aku ucapkan:

Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua pengikut, pembaca, pengendap dan penskodeng 'This Is My Wardrobe'.

Tahun Baru, Azam Baru. Apesal bila nak masuk tahun baru mesti ada azam baru? Tak relevan lah. Patutnya hari-hari mesti berazam kan? Wahh...nak berceramah pulak kau.

Selamat menyambut 2010 dengan penuh afdhal. Berhati-hati di mana jua anda berada.

Selamat Tinggal 2009!

Assalamualaikum

.

.

ps: Tahun depan tahun 'TIGER'. Mungkin tahun aku mengaum.

Wednesday, December 30, 2009

.When The Illness Comes, The Happiness Arrives.

Tuan empunya belog baru sahaja kebah dari demam.

MC dua hari weh. Tak best langsung duduk rumah sorang-sorang dalam keadaan demam.huhu~

Baru semalam petang dapat keluar peluh.

Hari ni baru masuk ofis, takde mood langsung, serius.

I rasa next year mood orang kahwin & bertunang sudah mula 'on' lah kan? kan? :)

(merujuk pada banyaknya invitation di FB yg saya dapat)

.

.

ps: It's almost comingggg! Tak sabar. What? You lah.


Tuesday, December 22, 2009

.Manis Sangaaaaaaaaaaat!.

Hi, ini cerita dua minggu sudah.

Cerita 1

Tahniah, dan Selamat Menjadi Tunangan orang kepada my beloved sister di bawah ini:

Kamu sudah jadi tunangan orang akhirnya :)

Can't imagine you at secondary school. Tak boleh blah punya muka! :P hehehehe

Purple at Right side: My Parents
Green at Left side: My sister's future-in-laws.
.
.
dan it's me..

menjadi door-gift-girl pada hari tersebut.

salah satu dari beribu gambar yang ada.
This staircase is really something! ;)
.
semua manis-manis kan? Except dua yang bersongkok itu, takkan manis kot? haha
.
i love this shoot and other others shoots. Banyak sangat tak tau nak pilih lor.
(Titi jambatan tu cuma muat-muat punggung kitaorang duduk.hehe)
.
.
Cerita 2
Tahniah juga, pada my besties di bawah ini:
Pn. Aszura Ezannie yang sudah selamat membina masjid bersama cintanya, En. Harun Hadnawi. Persandingan diaorang a day after pertunangan akak aku.
.
Aku pergi majlis dia dengan Irwan. (Saje nak amik berkat) Adventure jugaklah nak cari rumah Zura kat Melaka nun. Nasib baik ada GPS. hehe.
.
I'm so happy for her! Semoga jodoh kekal selamanya ke akhir hayat korang.
After majlis Zura, aku dengan Irwan pergi ronda-ronda kat Bandar Melaka. And we buy something for our day pulak nanti. hehe ;D
.
Happy sangat. Kakakku sudah bertunang, kawan baikku sudah selamat bernikah.
Happy untuk diaorang!
.
Happy kan aku? :D ;P ;)
.
and now i'm counting for mine pulak! ehe.
.
.
.
ps: it's 7th monthanissary yesterday. I love u sayang! ;)

Friday, December 11, 2009

.Kebaya dan SEX Dress.

Hello. Hari ini hari Jumaat. Thank God It's Friday! Nampaknya macam aku akan update secara berkala setiap Jumaat aje. hehe.

Tajuk entri aku macam agak xxx je. Lagi-lagi bila perkataan itu ditulis sebagai SEX, bukan sex. Ceh saje nak bagi signifikan. Aku cuma nak kongsi gambar ni je. Ha sila tengok.

Kebaya+Sex Dress??? APAKAH?
Apa itu Sex Dress? Sex Dress itu apa?
Sila sesiapa eksplain pada aku. Aku bingung banget nih!

.

.
Next story takde kaitan dengan sex dress ataupun sex adjustment, ok.
Hari Ahad minggu lepas, my besties efa datang lepak dekat rumah baru aku. Maksud aku rumah aku baru sewa.
.
Dia ajak aku pergi tengok Twilight Saga: Newmoon. Ok, Twilight yang baru tu. Sumpah aku memang tak boleh in dengan cerita ini. Walaupun adik aku yang bongsu bawak balik dvd Twilight season lepas, dan asik keluar masuk bilik panggil aku banyak kali suruh tengok cite tu, langsung tak de selera aku nak tengok cite ni.
.
Oleh sebab efa nak belanja, aku pun setuju nak pergi layan cite ni. (A night before, aku dengan Irwan dah burn tiket wayang cite MySpy, dah dua-dua ngantuk, balik tido lah :P)
.
Cite yang orang dok sibuk sangat cakap ni. Ape kebende yang best sangat tah. Alah setakat ada Robbert Pattinson tu. Dulu yang berlakon Harry Potter & The Goblet of Fire tu, takdelah handsome mana pun kan?
.
Kitaorang pergi OU. Wayang dah start. Starting filem ni mak aih bosan nak mampus. Ape kebende lah cite ni. Sepuluh minit, dua puluh minit, Ok aku mula cairrrrrr. Kalau bukan sebab keinginan meluap-luap nak tengok muka Edward Cullen, jangan haraplah mata nak celik. Tadi bukan main mengunderestimate cite nih. haha.

Muka macam ni tak handsome ke?? :P

Ada part yang bergenang air mata aku tau. Part yang menyentuh hati. Aduh. Dari 5 bintang, aku bagi 3.8 je. Cerita dia takde klimaks sangat. Cuma naratifnya boleh diberi markah. Dan markah tambahan untuk muka innocent si puntianak ni.
.
After movie, melilau kitaorang cari parking kereta. After midnight, semua pintu dekat OU tutup. So kena pusing keluar dan masuk semula ke basement untuk ke parking. What the fishhhh! Management office kena ambil tahu pasal benda ni ok. Sangat menyusahkan orang.
.
I just miss this pose with my besties. Unlucky, lagi sorang takde.
.
There she is..
.

Cik Zura on the right side. Lepas ni sudah jadi 'Puan Zura'. OPsSsS!

Untuk hari minggu yang panjang ini: (harap-haraplah)

  • Happy Engagement Day to my sister, Betty.
  • Selamat Berbahagia Zura dan cintanya, Harun.

.

.

dan untuk nyawa aku;

I can't live in a world that you don't exist. Yes, I CAN'T.

.

.

Kesimpulannya, aku memang tak boleh in dengan Twilight. Tapi malam tadi aku layan MTV Special: Twilight (segala macam pasal Twilight di sini). Jadi?

Ok bye. Selamat membeli-belah :)

Friday, December 4, 2009

.ROMANTIK habis!.

Aku tak bermaksud nak menyelitkan unsur XXX. Lagi-lagi hari Jumaat ni.

Cuma nak berkongsi aje.

ROMANTIK tak? ROMANTIS kan.

Pasangan ni baru je kawin ni. Gila romantik siap mandi sama-sama dalam tong drum. Aku rasa rumah diaorang takde bath tub, so tong drum pun jadik le!

Paling aku puji, cameraman yang candid gambar ni. Mesti tumbuh bisul mata dia pasni, sebab ngendap orang mandi. kui kui kui.

He's comingggg today! :) *suke! *suke! *suke!