Kuih raya dah siap? Baju raya dah siap? Kasut raya dah beli? Duit raya dah ready?
Wahh macam cik Kiah kepoh je semua benda nak amik tahu kan. Okay lah oleh sebab awak taknak jawab soalan saya, jadi saya tak kira saya nak cerita jugak persiapan raya saya. Eh kenapa tiba-tiba macam budak baik ber'saya-awak' pulak ni.
Kuih raya saya semua dah siap, semua saya tunjuk je tau. Saya wanita berkerjaya jadi tiada masa nak main-main uli tepung, bancuh adunan dan tunggu tepi oven sampai bunyi tingggggg kuih dah masak, lepas tu susun elok-elok cantik-cantik dalam bekas kuih dan jangan bagi lemau sampai menjelang syawal kelak.
Tahun ini saya beli kuih banyak. Saya beli untuk rumah mak saya dan rumah bakal mak mentua saya. Hati ibu dan hati ibu mertua harus dijaga tau. Lebih-lebih lagi di musim perayaan begini. Saya cuma beli dari Aunty Nani dan beli dari rakan sepejabat je sebab terjamin kualiti biskut mereka. Saya tak beli kat pasaraya atau pasar ramadhan sebab saya tak tahu rasa kuih mereka kena tak dengan tekak saya.
Okay mari ke bab baju pulak. Tahun ini adalah tahun yang saya paling tak kesah pasal baju raya. Sebabnya tahun ni saya sibuk buat persiapan kawin je. Saya dah tak sabar,
Jadi emak saya yang cantik dan baik hati dah belikan saya kain untuk buat baju yang sedondon dengan dia. Nasib dia beli ikut citarasa saya, kalau tak pasti aura emak-emak akan terpancar pada wajah saya masa hari raya nanti -_-'
Lagi nak tunjuk emak saya baik hati, dia siap tolong pergi hantar tempah lagi kat tukang jahit kegemaran saya. Baikkan emak saya. Sayang emak selalu. Emak awak macam mak kita tak? :P
Ok saya tahu banyak sangat kedai tengah sale kasut raya. Tapi lepas je saya akil baligh saya rasa saya tak pernah beli kasut khas untuk beraya. Saya pakai je kasut yang ada ataupun kasut yang saya baru beli sebelum raya. Ala kan raya sekejap je. Lagipun kasut cuma untuk nak pakai masa turun-naik kereta, pastu masuk rumah orang tak pakai kasut.
Membazir kalau beli kasut raya beria-ia nanti kalau pergi raya ramai-ramai kena pijak-pijak je. Nanti terus mood raya saya hilang tau.
Tahun ni tahun kedua saya beraya sebagai orang bekerja. Jadi faham-fahamlah kena hulur duit raya jugak walau tak seberapa T_T Sampul duit raya saya dapat banyak sangat tahun ini. Yang company saya punya ada, dari kumpulan perbankan lain pun ada.
Emak saya awal-awal dah pesan suruh bawak balik sampul duit raya company saya banyak-banyak. Sebab dia cakap dia malas nak pergi mintak dekat bank nanti penat je beratur lepas tu dapat sikit je.
Esok insyaAllah saya akan pulang ke kampung halaman tercinta. Tak sabar saya nak balik ni. Maklumlah tahun ni tahun terakhir saya beraya sebagai orang bujang :)
Tahun ini saya beraya macam biasa dengan keluarga, cuma berbeza dengan tahun lepas, kakak saya je yang takde. Sebab lepas dia kawin, dia pindah ke negara omputih, jadi dia sibuk nak beraya cara mat saleh, jadi dia tak nak balik ke Malaysia T_T
Dia tak tau yang raya kat Malaysia adalah raya yang paling best di dunia ini :)
Terima kasih awak sebab sudi baca entri kita yang panjang ini. Walaupun awak penat berpuasa awak tak penat baca belog kita ni.
Ehh penat lah cakap 'saya-awak' ni. Jadi dikesempatan ini aku ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN kepada semua pembaca setia blog aku yang kesian tak seberapa ini.
Mohon ampun maaf kalau ada kata-kata kesat yang aku tulis menyakitkan hati atau membuatkan kamu semua tersinggung. Sesungguhnya aku tiada niat untuk menyakiti hati sesiapa.
Selamat bergembira. Ingat tau berhati-hati ketika memandu, jangan suka sangat dengar lagu raya sampai tak sedar meter dah cecah 180km/j!
Okay bai.
Eh lupa, selamat balik kampung. Ingat 120km/j speed trap menanti anda! :)
Bai.
ps: phh ya, bunga api warna-warni pun saya dah beli tau. Gian nak main bunnga api.hehe.
12 comments:
120 tu siang. malam belasah je 180.
.Rembo.
wehh, ingat orang tersayang bo ;)
Take care gha,,bwak kete lelok..kem salam org bp hahahaha..
gaji bulan depan lah sediakan utk bayar speed trap.boleh? hahahaha
kerajaan suruh bawak kete laju2 bila balik kampung. mujur2 kerajaan dapat duit raya dari anda. hahaha..
wah..dah balik kampung...
ko jgn main bunga api or mercun...jaga badan tu..karang bukan xdpt raya je...xdpt kawen kang..nauzubillahiminzalik...
yunk oi~ tuka link da ke..? tak habaq pong!!
nway slamat raya :D n slamat prepare utk wedding :D
aku dlu blk mlm2 pon belasah jer 10...
weih..aku nak blk..tp x le....sob sob...thn ni aku mkn kuih sambil pkai baju tdo jer la gamaknya...Hilmi kje :(
tp next year sure aku nak blk...selain nk tunjuk baby skali..hikssss :D jd next year anak aku kne dpt duit raya paling bnyk skali...
.Edy.
Main bunga api takpe kan? ;) thanks beb ingatkan aku.
.Robot.
Kerajaan tak suruh, tapi rakyat yang memandai bawak kete laju :P
.Amy.
Yesss kali ni bebas speed trap! :)
.Betty.
Ada ke keje time raya. isk.
haha silap2 ko pun kena bagi anak aku duit raya taun depan.hehe.
.Intan.
udah bagitau lah makcik. awak tu yang tak bukak belog sampai berhabuk.huhu.
Post a Comment