Wednesday, January 12, 2011

.Duit Itu Segalanya?.

Assalamualaikum.

Hye everyone :) Rasa macam lama sangat aku tak update belog ni. Bukan tak nak update, bukan busy tapi aku sekarang tengah juggling dengan life aku; more to stabilize our life (me+Irwan).

Macam biasa, dengan perkahwinan jarak jauh yang sudah 2 bulan plus ni, banyak benda kena justifikasi kan. Dan sekarang aku tengah memikirkan sedalm-dalamnya mengenai keputusan yang aku perlu buat yang mungkin akan merobah seluruh kehidupan aku.

Korang rasa kan, zaman sekarang ni kalau diberi pilihan mana satau yang korang akan pilih? A) Kerja senang+gaji so-so je. Ataupun pilihan B) Kerja yang moderate, gaji tinggi.

Mana satu?

Aku sebenarnya dapat offer sekali lagi, untuk bekerja di seberang laut, tetapi kali ini dengan pakej yang lebih baik, dengan gaji yang lebih WOW. Yang mana bila aku congak-congakkan lepas ini aku dah tak payah risau pasal macamana nak survive every month untuk expenses dan membayar hutang-piutang. Senang cakap boleh hidup dengan nafas yang lega lah.

Cuma ada beebrapa pengorbanan yang aku kena buat, yang mana melibatkan fizikal dan mental aku. Samada aku betul-betul bersedia untuk menghadapi cabaran baru, di tempat kerja yang baru dan berjumpa rakan-rakan sekerja yang baru yang mana rata-ratanya bukan bangsa Melayu!

Aku orang yang senang adapt dengan changes, tapi aku cuma tak pasti adakah perekitaran yang baru itu sama macam persekitaran asal aku? Maksud aku adakah rakan sekerja aku baik-baik belaka macam yang ada sekarang ini,

Ah, semua kena difikirkan dengan mendalam bukan?

Aku tak kuasa nak bertekak dengan Irwan, mak ayah aku pasal pro dan kontranya lagi. Cuma bagi aku sekarang ini, aku cuma perlu ikut gerak hati sendiri. Lagipun sekarang zaman duit kan. Zaman ekonomi kapitalis yang mana kadang-kadang kita rasa nak tercekik kalau tak cukup duit bila harga semua benda semakin tidak munasabah.

Ada tak orang yang boleh buktikan pada aku yang dia boleh hidup cuma dengan cinta, duit tak banyak pun takpe? Memang ada yang bahagia, tapi yang sengsara lebih banyak bukan? Aku bukan fikirkan atau tamakkan duit sangat, cuma aku memikirkan perjalanan masa hadapan aku yang panjang lagi ni.

Sekarang hidup berdua mungkin cukup makan, tapi bila dah bertiga? Berempat? Berlima? Tipu kalau korang cakap nak bagi yang biasa-biasa je untuk anak-anak masing-masing. Mesti korang nak bagi yang terbaik kan? Daripada susu, ke stroller, ke pakaian, ke education semua nak the best betul tak? Cuma kena ukur baju kat badan sendiri lah samada kita mampu atau tak.

Duit berkepok-kepok siapa taknak?


So, should or shouldn't aku berhijrah?

Ini peluang kedua, dan orang cakap peluang tak datang selalu kan?

Maybe I should give a try di tempat baru tu kan, so agak-agak dah tak boleh blah nanti, dalam setahun dua tahun aku angkat kaki lah ye tak?

Semoga keputusan yang aku buat ini mendapat rahmat daripada Allah dan dipermudahkan semuanya. Amin :)




ps: macam down bila bos aku cakap bonus tahun ini tak berapa memberangsangkan T_T


10 comments:

Ari said...

Yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang.

:)

amy said...

kalau aku, i will try my luck dekat tempat keje baru :)

SiSagaPutih said...

Jangan takut utk mencuba. Fears are nothing more than a state of mind bak kata Napoleon Hill. Go for it. Itu rezeki kau dan irwan setelah mendirikan masjid yang suci. Allah akan uji hambaNya bukan untuk seksa, tapi untuk beri ganjaran.

Kalau aku, aku tgk long term and berdasarkan apa yang ko share, aku akan berani amik risiko tu.

Tahniah btw.

FareedSairi said...

mulalah melabur untuk masa depan. jika tak sekarang bila lagi :)

E.d.Y said...

try la tempat baru...cari pengalaman...

.Najihah A. said...

.Ari.

You're so TRUE sis! :)

.Najihah A. said...

.amy.

lebih cabaran. lebih pulangan kan? hehe

.Najihah A. said...

.Azman.

Thanks fren! Akan difikirkan sedalam-dalamnya.

.Najihah A. said...

.Fareed.

Betul, setuju sangat. Zaman sekarang semua benda mahal.aih.

.Najihah A. said...

.Edy.

Pengalaman itu lebih penting dari segulung ijazah kan :)