Friday, December 13, 2013

.Untuk Kita.

Saat engkau lamar, mahu peristerikan aku; selangit syukur aku panjatkan pada Ya Rabb, kerana DIA dengar doa aku.

Bukan harta segunung, bukan intan berlian berbukit mahunya aku; cuma cukup ikhlasnya sayang; dalamnya cinta; dan dimuliakan aku sebagai wanita engkau--cukup.

Ini "nyawa" terakhir aku ada. Mana bisa aku jadikan sia-sia. Mahu aku, engkau percaya--walau betapa gampangnya engkau suatu masa dulu, aku mula percaya, engkau kini pelindung tegar aku; engkau bisa bimbing aku ke jannah; restu engkau aku perlu; dan teratasnya sekali tempat engkau dalam diri aku, saat selepas kita diakad nanti.

Dengan nama Tuhan, akan aku beri segala terbaik untuk engkau, untuk kita; wallahi cuma engkau seorang dalam hati--dari zaman aku budak hingusan, hingga aku kini, dan hingga akhir hayat nanti.

Semoga dosa aku terampunkan oleh Tuhan. Semoga silap aku termaafkan oleh engkau. Semoga segala dosa jangan diungkit. Semoga segala silap jangan dibangkit. Semoga segala aib jangan dibogel. Semoga segala--disimpankan kemas, jangan perlu di"hidup"kan lagi.

Ini langkah baru aku. Perlunya restu engkau, perlunya rahmat Tuhan, perlunya redha keluarga--semoga segala baik-baik dalam hubungan kita. Dan aku janji, walau bagaimana kejam sekali dunia ini akan seksa aku, mahu aku engkau tahu, sayang dan cinta aku takkan tercarik walau sezarah.

Hari Jumaat barakah sebagai saksi. Jika apa aku tuliskan ini dusta dari hati aku, biarlah dikeji DIA aku ini.

irwaNajihahNoah tak pernah mati; ini lambang agungnya cinta kita. untuk ini, walau nyawa aku sebagai galang ganti, aku sanggup. Kepada Ya Rabb, aku serahkan segala.

Irwan bin Musa, 830328******--aku cinta engkau, cuma engkau; hanya engkau. Janji aku--akan aku baja cinta ini; akan aku pastikan engkau tidak kecewa lagi.akan aku jadi zaujah terbaik untuk engkau nanti, biiznillah.

semoga engkau rasa yang sama dengan aku--semoga.

*senyum*

Saturday, October 12, 2013

Tak Tahu.

Assalamualaikum.

Sekali lagi, aku mungkir janji. Kononnya tahun ini nak mula azam nak tulis lebih banyak entri, tapi nampaknya semua ke laut. Hahah. Ada sesetengah orang cakap, berbelog ni macam dah tak relevan. I think I must admit that part after several social media yang berlambak tumbuh macam cendawan, jadi berbelog sudah jadi option yang jatuh ke nombor berapa entah.

Tapi pada aku, blog tetap relevan dan sehingga sampainya nanti nafas terakhir aku di dalam dunia, inilah satu-satunya medium yang jujur merekod segala apa yang aku rasa. Facebook? Itu cuma catatan harian. Tapi blog inilah, segala suka duka tercurah dengan sejujurnya. Kadang-kadang aku bukan tak hendak menulis. Cuma aku tak suka bila apa yang aku tulis orang mudah sentap, sedangkan aku ini menulis secara random, bukan dituju pada siapa-siapa. Tapi nak buat macamana, dah itu mentaliti readers yang ada dan orang yang kenal aku tahu bagaimana cara penulisan aku daripada dulu. Bukankah orang cakap siapa makan cili dia yang terasa pedas, kan? Yang penting aku tahu niat aku, dan Tuhan tahu niat aku.

Kau tahu, saatnya kau mengetuk papan kekunci, apa yang kau tulis tu sudah ada pencatat penghitung markahnya. Iya, di bahu kanan kiri kita. Sebab itu sebelum publish apa jua cerita, kena fikir, kena timbang. Kalau tidak, sendiri dapat "bahagian". Kebelakangan ini, aku lebih senang bersikap introvert. Aku lebih senang untuk tidak ambil tahu semua benda yang jadi. Aku lebih fokus pada apa aku mahu dalam diri.

Ruang dan masa untuk bercerita pasal kesal sudah tiada. Kadang-kadang, bohong kalau aku cakap aku tak sedih langsung dengan apa yang jadi pada hidup aku. Memang aku sedih. Rasa remuk hati ni, rasa macam pundek, rasa tak bernasib baik. Selalu aku persoalkan kenapa nasib aku tak macam orang lain. Ada cinta, ada famili bahagia, ada ketawa berpanjangan, ada segala macam suka di dunia. Tapi bila aku fikir balik, siapa aku untuk persoal kerja Tuhan? DIA telah tulis skrip untuk aku, aku cuma jadi pelakonnya. Mungkin, ada cerita bahagia dalam bahagian skrip itu, yang belum sampai masanya lagi, kita tak tahu kan?

Rasa hopeless kau jangan cakaplah. Memang susah nak buang. Mujur kawan-kawan dalam lingkungan aku banyak yang positif, dan sampai mati aku berhutang jiwa positif yang mereka tiupkan.dalam roh aku. Sebab semua jiwa positif itulah, aku masih mampu kekal senyum bila orang "tikam" aku, masih mampu gelak bila aku "dibuangkan", masih mampu ketawa bila aku "diabaikan". Lama aku fikir sendiri, kalau orang sudah tidak peduli pada kita, kenapa kita mahu peduli sama orang? Di akhirnya, engkau juga yang suap makan dalam mulut engkau kan.

Secara positifnya, aku yakin bila Tuhan tarik nikmat aku yang ini, DIA akan gantikan aku dengan nikmat yang lebih baik. Aku ini, luarannya nampak tabah habis secara total, tapi dalamannya jangan cakaplah. Fragile habis. Sampai satu masa, aku menangis dah tiada suara, tiada air mata. Orang boleh judge aku macam-macam, tapi sebelum kau nak cakap macam-macam pasal aku, kau letak kaki kau dalam kasut aku, rasa segala macam palat yang aku lalui, tengok kau boleh lagi tak berdiri tegak macam aku, belum tentu tahu.

Jujur aku cakap, bila bab mencari teman hidup, duit bukan keutamaan untuk aku. Aku orangnya, asal cukup makan pakai, asal ada kereta, asal ada tempat tidur--sudah syukur pada aku. Aku cari bahagia. Aku cari hati. Aku cari cinta. Aku cari sayang. Semua itu boleh buat aku kenyang. Aku suka bila ada momen kena kongsi sebungkus maggi dalam satu mangkuk bilamana duit dalam akaun tinggal digit tunggal saja. Kenapa tidak boleh rasa susah? Memang bohong kalau aku cakap aku tak pentingkan duit langsung, hidup kena lah realistik kan. Zaman sekarang macam-macam nak kena bayar, dan kita kerja pun semata-mata nak gaji. Maksud aku hendak bermewah-mewah itu bukan satu keutamaan, tetapi satu pilihan.

Paling penting, aku nak orang yang tahu kurang-lebih aku, orang yang tahu cela aku, tapi masih boleh terima siapa aku untuk dia. Mungkin macam mustahil dan agak merepek bila aku cakap aku mahu lelaki yang wataknya serupa macam watak lelaki dalam novel yang sayangkan isterinya lebih dari dia sayang dirinya, lelaki yang memuliakan wanitanya, lelaki yang menghormatinya, lelaki yang boleh berlebih kurang, lelaki yang boleh hormat keluarga wanitanya--macam sudah PUPUS kan? Tapi aku percaya masih ada. Kalau kau dapat lelaki yang berduit, itu bonus. Yang penting HATI. Apa ada dalam hati, baik-jelik itu bezanya engkau dengan yang lain.

Aku ini ada satu kelemahan. Bila aku sudah jatuh sayang pada orang, itu yang susah. Kalau setakat level suka, bila terputus masih boleh handle. Tapi bila sudah masuk bab sayang, sampai mati susah nak buang. Kita boleh tipu diri kita bila cakap kita tak sayang orang tu lagi, boleh bohong orang sekeliling, tapi kita tak boleh bohong hati. Bila tanya hati, maka mula lah rasa sayu, rasa segala macam pilu bila kita ingatkan orang yang kita sayang. Pedih bila kau terpaksa "let go" dalam keadaan yang bukan engkau mahukan. Aku selalu percaya, semua yang berlaku ada hikmahnya. Mana tahu Tuhan cuma duga kita sebenarnya, dan dipulangkan semula kebahagiaan itu tak lama lag siapa tahu kan? Dalam pada semua kepulan awan hitam itu, mesti ada segaris warna perak yang membahagiakan, ye tak?

Haihh, bila cakap soal perasaan memang takkan habis. Sekarang aku lebih fokus pada ruang kerja. Ada sesuatu yang aku doakan. Dan aku harap ianya jadi kenyataan, sedikit masa lagi aku akan tahu samada rezeki itu berpihak pada aku atau tidak. Aku dah berusaha, sekarang masa untuk bertawakkal, dan harapnya ia menyebelahi aku. In shaa Allah ;-)

Ohh ya, hari raya Haji nanti aku balik Batu Pahat, in shaa Allah takde arala hari Isnin malam aku balik, kemudian balik KL semula esoknya. Sekarang tengah sibuk berkemas untuk pindah ke bangunan baru, mood berkemas aku belum datang (biasalah aku kan last minute person), esok lusa aku kemas lah. Hehe.

Selamat Hari Raya Aidiladha semua ;-) Semoga hari raya korban ini membawa seribu makna pada kita. Hati-hati balik kampung tau!! ^__^

Sunday, August 4, 2013

It's Been A While.

Assalamualaikum.

Salam 26 Ramadhan.

It's been a while, since sejak aku mula semula menulis belog, dan seperti yang sudah dijangka, blogging mojo aku susah nak datang macam masa zaman uni dulu. Mungkin faktor usia kot! Ahahaha takde kena mengena langsung okayyy! Cuma aku rasa, masa makin kurang untuk aku berbelog macam dulu. Makin kita dewasa, makin banyak komitmen, makin tak cukup rehat, makin tak cukup masa. How I wish, kalaulah ada lebih 24 jam dalam sehari, pun mungkin takkan cukup iye tak?

Sebenarnya, there's a lot of things happened these days. Banyak urusan kena diselesaikan. Sejak dari awal Ramadhan, sampailah sekarang. Sampai aku rasa "flat" kadang-kadang tu. Did I tell you all aku pindah rumah seminggu selepas Ramadhan datang? Takde eh? Iye, aku pindah rumah lagi! Hahaha. Dah macam mak kucing aku rasa. Kira ni dah masuk kali ketujuh lah aku pindah, sejak mula-mula sekali aku jejak kaki kat KL untuk masuk dalam alam pekerjaan. To be exact, sejak 2009.

Everything berlaku tersangat pantas. Pindah rumah ni pun kena ada mojo dia jugak. Bayangkan, aku start cari rumah since pertengahan Jun, but almost end of July baru aku jumpa yang betul-betul aku rasa nak duduk. And of cos lah kena ambil kira banyak faktor - sewa, easy access (since office aku akan berpindah ke area LRT friendly pertengahan September nanti), close to amenities etc etc etc. On top of that, sebenarnya aku ada suka satu serviced apartment tu. A bit pricey, but that house sangat cozy. Memang feel like home bila kau mula-mula masuk rumah tu. Then ada nursery kat bawah blok, Security yang tip-top, swimming pool etc etc lah. Tapi sebab ada issue dengan owner rumah yang deal secara sangat tidak profesional, takde rezeki aku duduk rumah tu.

After kes tu, aku rasa macam susah nya nak dapat rumah sewa alahai! Memang lah berlambak condo semua, tapi dah kalau sewa sampai 3000 tu acaner? T_T  So kira dah macam hopeless habis jugaklah tau. Finally, rezeki aku dekat rumah yang sekarang ni. Rumah ni partly furnished je. Memang simple sangat (macam tak padan dengan harga sewa), but aku jenis tak cerewet sangat. Asal ada tempat untuk tidur, makan dan solat, cukuplah. Rumah ni takde aircond, takde water heater, takde satu pun electrical appliances. Tapi takpe sebab aku memang jenis tak suka tidur pakai aircond, tak suka juga mandi pakai heater, and most of electrical appliances aku dah ada. So memang takde masalah lah.

Rumah ni memang 'win', sebab aku suka sangat kitchen cabinet dia yang warna merah & glossy type tu! Then, dining sets leather warna putih dengan glass table adalah sangat sexaaayyyy! Feature wall rumah ni warna merah hati so impact dia bila balik rumah je, kau bukak lampu (cahaya warna kuning), nampak sangatlah romantic dan tenang je, terus rasa nak tidur! Hahaha tidur jelah yang aku fikir okayy. And should I tell you the wardrobe dalam bilik tu warna putih jugak? Sexay sexayyyy lagi! :P :D

Biasalah, bila pindah rumah kau ingat boleh siap kemas semua dalam satu hari? Tu pun aku ambil masa 2 hari untuk cuci rumah sebelum pindah masuk. Almaklumlah, aku bukan profesional cleaners, so buat mana yang larat jelah. Tapi sekarang tinggal sikit-sikit je lagi yang aku nak kena susun. Katil kat second room pun aku tak pasang lagi and few things kena dikeluarkan dari kotak and disusun especially kasut-kasut aku dalam kotak yang aku tak taulah macamana nak organize, biar jelah dulu. ehe.

Wahhhh cerita pindah rumah je dah makan berapa perenggan! Takpelah since aku update pun macam sebulan sekali, so aku cerita sekaligus senang, iye tak?

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Pejam celik, Ramadhan dah nak sampai ke penghujung dah. Ramadhan tahun ni aku rasa sekejap sangat berlalu. Tahu-tahu je dah nak raya. Tapi aku tetap rileks. Baju raya pun baru beli Jumaat lepas. Haha sempoi habis. Tahun ni paling rekod sebab untuk pertama kalinya aku tak tempah baju raya. Aku ni bab makan tak cerewet, tapi bab pilih baju kurung memang aku cerewet. Aku kurang suka beli baju siap sebab kadang-kadang saiz dia tak ngam dengan ukuran badan kita. Sebab tu aku memang tak pernah fail untuk tempah baju raya tiap-tiap tahun. Sepanjang aku hidup ni, adalah 2 kali je aku pernah beli baju siap. Tu pun akan end up dengan baju tu aku tak akan pakai sangat, pakai sekali dua pastu terbiar je sampailah dia buruk sendiri. Pembaziran sungguh kan?

Masa pergi Bandung hari tu bukan main lagi beli kain untuk tempah baju, sudahnya bila masa dah suntuk, aku takde pilihan dah. Terpaksa beli baju siap. Baju untuk Noah pun aku tak beli lagi. Aku buat-buat cool je bila orang tanya dah beli baju raya ke? Padahal dalam hati dah macam nervous jugak dah ni bila raya makin dekat. Mana tau nanti takde color yang aku nak ke, takde saiz ke. Nanti takut tak matching baju aku dengan Noah. Ehhh yelah, walaupun aku beraya dua beranak je, tapi kena matching gitewwww!

At last, Jumaat lepas, mission accomplished untuk baju raya aku & Noah. Yang paling aku tak sangka, rezeki untuk cari baju raya tu dipermudahkan. Aku cuma ambil masa 15 minit je untuk beli baju aku masa lunch hour, aku keluar mengular biasalah kan :P Lepas berbuka pulak, aku terus pergi Omar Ali kat Wisma Yakin, Jalan Masjid India untuk cari baju Noah pulak. Masuk-masuk je, terus aku cakap dekat salesgirl tu warna apa aku nak, then terus dapat! Lepas bayar, aku terpandang pulak lagi sepasang baju yang matching dengan baju aku (Fyi, baju aku ada dua tone, so baju Noah dapat 2 pasang matching dengan color aku baju). Apa lagi, aku terus rembat, 10 minit je shopping baju Noah dan selesai masalah boleh tidur nyenyak tak payah fikir lagi nak beli baju raya. Phewwww!

Macam biasa, tahun ni aku akan beraya di kampung tercinta di Johor, Harimau Selatan Luaskan Kuasamu, ehh? Aku balik Rabu nanti, amik half-day dari office aku terus gerak balik woo woo woo balik kampung!! Tapi aku cuti lama, seminggu sampai lah 19hb baru masuk kerja balik, horayyyyy! Makin dah dewasa, bila dah ada anak especially, raya ni lebih kepada kegembiraan untuk budak-budak. Bila tengok diaorang happy, kita bahagia. Untuk kita ini apa saja lah yang nak diseronokkan. Pada aku yang penting, dapat bermaafan sesama keluarga dan makan juadah yang sedap-sedap! amboiiii dah terliur wehh.

Tahun ni, buat pertama kalinya aku bayar zakat. Tahun lepas, walaupun aku sudah tidak bersuami, ayah aku bayarkan untuk aku. Tapi tahun ni, aku bayar sendiri. Rasa sayu dalam hati masa berakad dengan amil, sebab aku tak pernah experience benda ni. Iyalah, bagi orang-orang lain yang punya suami, itu semua jadi tanggungjawab suami kan? Untuk orang-orang macam aku, yang duduk dalam kapal yang sama, semua kena buat sendiri. Kadang-kadang rasa penat, tapi ini sudah takdir kami. Harus kuat, dan cuba mempositifkan diri sebolehnya untuk kita tidak rasa kurangnya kasih sayang tu. Sebab itu aku selalu percaya, kita punya sesama kita :)

Bila hari raya nanti, benda yang paling akan aku rindu adalah momen bermaafan dan cium tangan suami di pagi raya. Kau tahu perasaannya? Bila tengok sesama keluarga yang lain bermaafan sesama suami isteri, minta diampunkan segala keterlanjuran, minta dihalakan segala yang termakan, minta diredhakan segala perbuatan - - mesti akan terbit rasa sayu dan sebak dalam hati aku. Aku tiada itu semua. Aku subjek singular. Tapi aku bersyukur, aku masih ada ibu bapa dan adik-beradik, dan yang penting aku ada Noah. Sekurang-kurangnya terubat sedikit perasaan tu. Hari raya kan untuk bergembira, so aku cuba untuk tidak touching sangat. Hahaha

Aku cuma mahu pesan, pada mereka yang mungkin rasa kurang perlunya untuk berada bersama keluarga di hari raya (atau hari bila-bila pun), kau kena ingat. Walau macamana baiknya sesoerang kawan itu kau jumpa dalam dunia ini sekalipun, hatta pasangan kita sendiri, nothing can beat family's love, darah daging kita. Sebab darah yang mengalir dalam badan kita sama. Walau apa yang kau buat dalam dunia ini benda paling terkeji sekalipun, walau macamana tidak bersahsiahnya akhlak kau sekalipun, percayalah cuma darah daging kau sendiri boleh terima kau yang dah macam "kain buruk" umpamanya, dan mereka jugalah akan ada pada saat bila satu dunia mengasingkan kau sekalipun.

Jadi, pada yang rasa macam asyik kira bajet je nak balik kampung ke tak, percayalah setiap sesen yang kau keluarkan bila niatnya ikhlas nak berziarah sesama ahli keluarga, in shaa Allah dibalikkan semula rezeki kau berganda nanti. Sama juga bila kita bersedekah, regardless kita rasa itu sindiket apa pun lah, itu antara mereka dengan Tuhan, kita yang lihat mereka ini pada fizikalnya, apa salahnya kongsikan sedikit rezeki kita kan? Takkan miskin kita.

Lepas raya, jadual aku pack. Currently I am juggling with few things yang akan tentukan masa depan aku. Things yang perlu aku gunakan otak aku dengan sebaiknya. Aku harap segala urusan aku dipermudahkan, segala apa yang aku harap ditunaikan, in sha Allah.

Aku rasa ni entri terkahir aku sebelum aku cuti panjang. Jadi, dengan rasa rendah diri, dari hati yang ikhlas, aku mohon maaf pada semua followers, readers, strangers dan semua yang kenal aku, kalau-kalau ada kata-kata, perbuatan atau apa sahaja yang telah menyinggung hati korang, aku minta ampun maaf. Harap dimaafkan ya.

Selamat balik kampung. Hati-hati dijalan raya. Aku tahu jalan jammed nanti, jangan guna hon banyak sangat, sabar ok sabar :)


Jumpa lagi nanti, in shaa Allah. Selamat Hari Raya semua :) Sama-sama kita cari bahagia di hari mulia nanti ;)


Wednesday, July 10, 2013

.Ramadhan Datang Lagi.

Assalamualaikum.

Salam Ramadhan 1434H to all readers. Alhamdulillah, sekali lagi kita semua masih diberikan peluang untuk menikmati rahmat & keindahan bulan mulia ini. Semoga semua amalan-amalan kebaikan kita diterima, inshaAllah.

Ramadhan kali ini adalah Ramadhan kedua aku sambut keseorangan. Bermula dari tahun lepas, dan masuk tahun ini, rutin Ramadhan aku tetap sama. Iya lah, bila berpuasa sorang-sorang, apa yang kau nak expect? Tiada rutin bangun pagi untuk memasak juadah sahur untuk keluarga. Tiada perasaan hendak berkejar mahu pulang ke rumah sebelum waktu berbuka. Tiada rasa untuk beriya-iya pergi bazar Ramadhan atau memikirkan menu-menu untuk berbuka.

Aku cuba jalani ibadah puasa seringkas yang boleh. Bersahur pun cukup sekadar cukup. Tak perlu lauk-pauk pelbagai, aku cukup dengan segelas susu panas dan beberapa biji kurma. Itu sudah nikmat. Berbuka puasa? Memang tiga perempat daripada satu bulan, aku banyak berbuka di pejabat, sama macam tahun sebelumnya. Mulanya rasa janggal, tapi bila memikirkan kalau aku berbuka kat rumah pun aku akan berbuka depan tv je, jadi lebih elok berkongsi nikmat berbuka sesama rakan pejabat iye tak?

Memandangkan aku ni masuk dalam kategori "small eater", jadi bab-bab juadah berbuka memang aku tak cerewet. Aku akan beli apa saja yang ada kat kafe tingkat 4 tu. Tapi aku tak reti nak makan nasi campur/berlauk time waktu berbuka. Entah kenapa tah. Tekak aku macam tak boleh masuk. Tapi kalau macam Nasi Arab ke, Nasi Ayam ke boleh pulak. Janji jangan nasi campur. haha. Biasanya aku lebih senang makan mee/mihun. Tak kisah lah mihun goreng ke, mee kari ke, mee rebus ke, janji mee. Hehe

Then, mesti kena ada air manis dan beberapa jenis kuih (biasanya 2 jenis dah cukup). Cukuplah tu. Lepas maghrib baru aku balik kebiasaannya dan seterusnya Solat Tarawih.

Tapi hari ni, macam-macam pulak makanan yang aku mengidam dalam kepala otak aku ni. Aku terasa nak taufu fah la, nak murtabak Singapore lah, nak popia goreng lah (Wehhh popia pun terliur ke??), nak Domino's Pizza Pepperoni Chicken Thin Crust lah, nak kuih seri muka lah, nak air tebu (ini favourite aku!) dan macam-macam lah, aduhai mengadanya tekak aku ni. Haha. Korang pulak apa favourite korang time berbuka? Ala, cakap jelah korang pun sama macam aku kan, mesti teringin macam-macam kan. Hahaha!

Tu belum kira bila aku balik kampung, lagi lah macam-macam request aku mintak mak aku masak. Patutnya anak yang masak untuk mak, ni terbalik. Nak buat macamana mak aku masak lebih sedap dari aku kan. Haha. Sorry mak, anak mak ni memang mengada-ngada nak makan itu ini main order je hoiii kau ingat kedai mamak ke. haha.

Aku harap Ramadhan kali ini akan membawa seribu rahmat dan kebahagiaan untuk aku. Dan aku doakan untuk kamu semua juga ya. Kita sama-sama cuba jadi yang terbaik. Kita sama-sama kumpul pahala ya. Tak apalah, kalau dalam sebulan ini je pun kau cuba jadi orang baik, tak apalah kalau dalam sebulan ini je pun kau tutup aurat, tak apalah kalau dalam sebulan ini je pun kau buat segala macam amal, tak apalah. Sekurang-kurangnya, ada jugak amalan kita kan. Kita semua jangan terlalu judgemental. Jangan mentang-mentang si polan itu kurang amalnya, cepat sahaja kita "cop" dia.

Siapa kita untuk adili orang? Sedangkan kita semua sama tarafnya di sisi DIA. InshaAllah, mungkin apa yang si polan itu amalkan dalam masa sebulan itu akan mengubah dia menjadi orang yang lebih baik untuk selamanya, siapa tahu kan? Mungkin juga lebih baik daripada kita-kita ini kan? Amboii pandainya cakap kalah Prof Dr Muhaya. Hehe.

Okay guys, lagi berapa minit lagi nak berbuka ni. Akak nak buat preparation apa yang patut kejap. Hoiii!! Tak payah tanya lah aku buka kat mana, lempang kang. Hahaha.

Selamat berbuka semua. Ingat, jangan membazir. NO NO NO! Hehe




Sunday, July 7, 2013

.After The Long Hiatus.

Assalamualaikum.

Err hai.

Like seriously, I don't know how start. It's been a while (almost a year) since I abandoned this blog and see my great achievement, last year I managed to write 3 entries only!! GREAT! Hahaha.

Yeah, nak cakap Melayu ke speaking English? Ahh sukati aku lah, belog aku kot. Sorry to all my followers (if still exist) for not updating for such quite long time. I can tell, some of you being one of a reason why I think I should start to blog again. After few questions like "Bila kau nak start blogging again gha? Rindu nak baca blog kau.", then I made this BIG decison (BIG lah sangat) to re-blog again. Hip hip horayyy!

Ok, siapa-siapa yang follow belog aku from the start (reading my immature entry and writings, kelakar gila tak matured punya penggunaan bahasa), you all must know how my life journey start till now. From Student>Being Single>Married>Being Mummy and hell now yeah, I'm a Young Single Mother. Wehh tak malu ke nak mengaku? I don' think it could be an issue, well as it's a fate from Allah, I accepted that and now I'm totally different from what you all have known me all this while.

Aku betul-betul beda daripada zaman dahulu. Aku pegang tiga benda sekarang; "Keep positive, Have faith & Spread Love". Masa aku sudah tiada untuk menanam rasa benci, sudah mati untuk ada rasa dengki. Aku cuma mahu cuba sebarkan seberapa banyak positiviti dan kasih sayang yang boleh, aku mahu kita satu dunia berkasih-kasihan sesama kita, sebab aku rasa rugi bila kita habiskan terlalu banyak masa untuk melayan rasa benci yang ada dalam diri. Hidup kita sekali je, jangan biarkan ia dirugikan.

Someone that close to my heart ever said to me "Don't wish for the moment, Feel the moment", and yeah, I'm currently enjoying my life. I'm trying to not put so much stress in life because I think I had so much in the past. It's time to change. Time to allow only positive vibe to come into your life. Then only you will feel that you're worthy of happiness.

Alhamdulillah, aku bersyukur dengan segala dugaan dan nikmat yang Allah bagi pada aku yang menjadikan aku orang yang lebih baik, lebih positif dan redha. Kalau dulu banyak yang aku persoalkan, banyak yang aku tangiskan, banyak yang aku kesalkan. Bertanya aku pada Tuhan kenapa diujinya aku sebegini rupa, kenapa tak habis-habis diseksanya kekuatan mental dan hati aku, sampai satu tahap aku bertanya hina sangatkah aku di mata Tuhan, sampaikan seminit kebahagiaan pun aku tak dapat rasa. Aku semacam salahkan takdir.

Perlahan-lahan, aku muhasabah diri. Banyaknya dosa aku dengan DIA. Mungkin, DIA rindukan aku; mahukan aku merayu, mahukan aku meratap, mahukan aku meminta, mahukan aku menangis, mahukan aku sedar ---sebabnya itulah aku ditimpakan ujian, supaya aku kekal istiqamah dalam usaha menjadi hambaNya yang baik. Yang sebenarnya DIA cukup kasihkan aku. Cuma aku leka, aku terlupa bahagian itu.

Walau apa pun yang berlaku, aku nak semua tahu, tidak ada sedikit pun apa yang terjadi dalam hidup aku yang aku kesalkan. To all new readers, welcome to my blog. You can read all my stories from the start and get to know me and my life journey, kerana tidak ada satu entri pun yang aku padamkan, walau pada garis masa sekarang, entri-entri lepas sudah patut aku sampahkan. Aku jenis pengingat. Aku jenis menghargai. Apa pun yang datang dalam hidup aku--semua itu ada hikmah, semua itu ada jalan cerita, semua itu ada uniknya. Semua itu, menjadikan aku siapa pada hari ini. Biar semua jadi memori, biar nanti dapat orang baca bila aku sudah tiada, dan yang utama, biar Noah tahu bagaimana turun naik perjalanan hidup mummy dia.

On top of all, aku hendak minta maaf, pada semua--yang pernah aku sakitkan hatinya, yang mungkin terasa dengan lancangnya mulut aku, samada dalam realiti atau dalam dunia maya ini, aku minta maaf. Ikhlas. Aku tak mahu ada dendam, ada benci, ada hina--tak mahu lagi. Let we build a world with full of love & happiness--no hatred, no grudge, no violence ;)

Kawan-kawan, aku hendak pesan. Jika ada satu hari, bila kamu ditimpa ujian, dan sampai satu tahap kamu tak tahu untuk pergi ke mana, sentiasa ingat, untuk balik semula pada DIA. InsyaAllah, cuma DIA boleh tolong kita. Kun fayakun. Ingat tu. Dan aku boleh juga jadi orang yang sudi meminjamkan bahu untuk kamu menangis, sudi meminjamkan telinga untuk dengar apa sahaja yang mahu kamu ceritakan. Ingat, kita punya sesama kita ya?

I guess it's too long for an introduction. Till then. Don't forget, "Spread Love" ;)