Assalamualaikum.
Salam 26 Ramadhan.
It's been a while, since sejak aku mula semula menulis belog, dan seperti yang sudah dijangka, blogging mojo aku susah nak datang macam masa zaman uni dulu. Mungkin faktor usia kot! Ahahaha takde kena mengena langsung okayyy! Cuma aku rasa, masa makin kurang untuk aku berbelog macam dulu. Makin kita dewasa, makin banyak komitmen, makin tak cukup rehat, makin tak cukup masa. How I wish, kalaulah ada lebih 24 jam dalam sehari, pun mungkin takkan cukup iye tak?
Sebenarnya, there's a lot of things happened these days. Banyak urusan kena diselesaikan. Sejak dari awal Ramadhan, sampailah sekarang. Sampai aku rasa "flat" kadang-kadang tu. Did I tell you all aku pindah rumah seminggu selepas Ramadhan datang? Takde eh? Iye, aku pindah rumah lagi! Hahaha. Dah macam mak kucing aku rasa. Kira ni dah masuk kali ketujuh lah aku pindah, sejak mula-mula sekali aku jejak kaki kat KL untuk masuk dalam alam pekerjaan. To be exact, sejak 2009.
Everything berlaku tersangat pantas. Pindah rumah ni pun kena ada mojo dia jugak. Bayangkan, aku start cari rumah since pertengahan Jun, but almost end of July baru aku jumpa yang betul-betul aku rasa nak duduk. And of cos lah kena ambil kira banyak faktor - sewa, easy access (since office aku akan berpindah ke area LRT friendly pertengahan September nanti), close to amenities etc etc etc. On top of that, sebenarnya aku ada suka satu serviced apartment tu. A bit pricey, but that house sangat cozy. Memang feel like home bila kau mula-mula masuk rumah tu. Then ada nursery kat bawah blok, Security yang tip-top, swimming pool etc etc lah. Tapi sebab ada issue dengan owner rumah yang deal secara sangat tidak profesional, takde rezeki aku duduk rumah tu.
After kes tu, aku rasa macam susah nya nak dapat rumah sewa alahai! Memang lah berlambak condo semua, tapi dah kalau sewa sampai 3000 tu acaner? T_T So kira dah macam hopeless habis jugaklah tau. Finally, rezeki aku dekat rumah yang sekarang ni. Rumah ni partly furnished je. Memang simple sangat (macam tak padan dengan harga sewa), but aku jenis tak cerewet sangat. Asal ada tempat untuk tidur, makan dan solat, cukuplah. Rumah ni takde aircond, takde water heater, takde satu pun electrical appliances. Tapi takpe sebab aku memang jenis tak suka tidur pakai aircond, tak suka juga mandi pakai heater, and most of electrical appliances aku dah ada. So memang takde masalah lah.
Rumah ni memang 'win', sebab aku suka sangat kitchen cabinet dia yang warna merah & glossy type tu! Then, dining sets leather warna putih dengan glass table adalah sangat sexaaayyyy! Feature wall rumah ni warna merah hati so impact dia bila balik rumah je, kau bukak lampu (cahaya warna kuning), nampak sangatlah romantic dan tenang je, terus rasa nak tidur! Hahaha tidur jelah yang aku fikir okayy. And should I tell you the wardrobe dalam bilik tu warna putih jugak? Sexay sexayyyy lagi! :P :D
Biasalah, bila pindah rumah kau ingat boleh siap kemas semua dalam satu hari? Tu pun aku ambil masa 2 hari untuk cuci rumah sebelum pindah masuk. Almaklumlah, aku bukan profesional cleaners, so buat mana yang larat jelah. Tapi sekarang tinggal sikit-sikit je lagi yang aku nak kena susun. Katil kat second room pun aku tak pasang lagi and few things kena dikeluarkan dari kotak and disusun especially kasut-kasut aku dalam kotak yang aku tak taulah macamana nak organize, biar jelah dulu. ehe.
Wahhhh cerita pindah rumah je dah makan berapa perenggan! Takpelah since aku update pun macam sebulan sekali, so aku cerita sekaligus senang, iye tak?
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Pejam celik, Ramadhan dah nak sampai ke penghujung dah. Ramadhan tahun ni aku rasa sekejap sangat berlalu. Tahu-tahu je dah nak raya. Tapi aku tetap rileks. Baju raya pun baru beli Jumaat lepas. Haha sempoi habis. Tahun ni paling rekod sebab untuk pertama kalinya aku tak tempah baju raya. Aku ni bab makan tak cerewet, tapi bab pilih baju kurung memang aku cerewet. Aku kurang suka beli baju siap sebab kadang-kadang saiz dia tak ngam dengan ukuran badan kita. Sebab tu aku memang tak pernah fail untuk tempah baju raya tiap-tiap tahun. Sepanjang aku hidup ni, adalah 2 kali je aku pernah beli baju siap. Tu pun akan end up dengan baju tu aku tak akan pakai sangat, pakai sekali dua pastu terbiar je sampailah dia buruk sendiri. Pembaziran sungguh kan?
Masa pergi Bandung hari tu bukan main lagi beli kain untuk tempah baju, sudahnya bila masa dah suntuk, aku takde pilihan dah. Terpaksa beli baju siap. Baju untuk Noah pun aku tak beli lagi. Aku buat-buat cool je bila orang tanya dah beli baju raya ke? Padahal dalam hati dah macam nervous jugak dah ni bila raya makin dekat. Mana tau nanti takde color yang aku nak ke, takde saiz ke. Nanti takut tak matching baju aku dengan Noah. Ehhh yelah, walaupun aku beraya dua beranak je, tapi kena matching gitewwww!
At last, Jumaat lepas, mission accomplished untuk baju raya aku & Noah. Yang paling aku tak sangka, rezeki untuk cari baju raya tu dipermudahkan. Aku cuma ambil masa 15 minit je untuk beli baju aku masa lunch hour, aku keluar mengular biasalah kan :P Lepas berbuka pulak, aku terus pergi Omar Ali kat Wisma Yakin, Jalan Masjid India untuk cari baju Noah pulak. Masuk-masuk je, terus aku cakap dekat salesgirl tu warna apa aku nak, then terus dapat! Lepas bayar, aku terpandang pulak lagi sepasang baju yang matching dengan baju aku (Fyi, baju aku ada dua tone, so baju Noah dapat 2 pasang matching dengan color aku baju). Apa lagi, aku terus rembat, 10 minit je shopping baju Noah dan selesai masalah boleh tidur nyenyak tak payah fikir lagi nak beli baju raya. Phewwww!
Macam biasa, tahun ni aku akan beraya di kampung tercinta di Johor, Harimau Selatan Luaskan Kuasamu, ehh? Aku balik Rabu nanti, amik half-day dari office aku terus gerak balik woo woo woo balik kampung!! Tapi aku cuti lama, seminggu sampai lah 19hb baru masuk kerja balik, horayyyyy! Makin dah dewasa, bila dah ada anak especially, raya ni lebih kepada kegembiraan untuk budak-budak. Bila tengok diaorang happy, kita bahagia. Untuk kita ini apa saja lah yang nak diseronokkan. Pada aku yang penting, dapat bermaafan sesama keluarga dan makan juadah yang sedap-sedap! amboiiii dah terliur wehh.
Tahun ni, buat pertama kalinya aku bayar zakat. Tahun lepas, walaupun aku sudah tidak bersuami, ayah aku bayarkan untuk aku. Tapi tahun ni, aku bayar sendiri. Rasa sayu dalam hati masa berakad dengan amil, sebab aku tak pernah experience benda ni. Iyalah, bagi orang-orang lain yang punya suami, itu semua jadi tanggungjawab suami kan? Untuk orang-orang macam aku, yang duduk dalam kapal yang sama, semua kena buat sendiri. Kadang-kadang rasa penat, tapi ini sudah takdir kami. Harus kuat, dan cuba mempositifkan diri sebolehnya untuk kita tidak rasa kurangnya kasih sayang tu. Sebab itu aku selalu percaya, kita punya sesama kita :)
Bila hari raya nanti, benda yang paling akan aku rindu adalah momen bermaafan dan cium tangan suami di pagi raya. Kau tahu perasaannya? Bila tengok sesama keluarga yang lain bermaafan sesama suami isteri, minta diampunkan segala keterlanjuran, minta dihalakan segala yang termakan, minta diredhakan segala perbuatan - - mesti akan terbit rasa sayu dan sebak dalam hati aku. Aku tiada itu semua. Aku subjek singular. Tapi aku bersyukur, aku masih ada ibu bapa dan adik-beradik, dan yang penting aku ada Noah. Sekurang-kurangnya terubat sedikit perasaan tu. Hari raya kan untuk bergembira, so aku cuba untuk tidak touching sangat. Hahaha
Aku cuma mahu pesan, pada mereka yang mungkin rasa kurang perlunya untuk berada bersama keluarga di hari raya (atau hari bila-bila pun), kau kena ingat. Walau macamana baiknya sesoerang kawan itu kau jumpa dalam dunia ini sekalipun, hatta pasangan kita sendiri, nothing can beat family's love, darah daging kita. Sebab darah yang mengalir dalam badan kita sama. Walau apa yang kau buat dalam dunia ini benda paling terkeji sekalipun, walau macamana tidak bersahsiahnya akhlak kau sekalipun, percayalah cuma darah daging kau sendiri boleh terima kau yang dah macam "kain buruk" umpamanya, dan mereka jugalah akan ada pada saat bila satu dunia mengasingkan kau sekalipun.
Jadi, pada yang rasa macam asyik kira bajet je nak balik kampung ke tak, percayalah setiap sesen yang kau keluarkan bila niatnya ikhlas nak berziarah sesama ahli keluarga, in shaa Allah dibalikkan semula rezeki kau berganda nanti. Sama juga bila kita bersedekah, regardless kita rasa itu sindiket apa pun lah, itu antara mereka dengan Tuhan, kita yang lihat mereka ini pada fizikalnya, apa salahnya kongsikan sedikit rezeki kita kan? Takkan miskin kita.
Lepas raya, jadual aku pack. Currently I am juggling with few things yang akan tentukan masa depan aku. Things yang perlu aku gunakan otak aku dengan sebaiknya. Aku harap segala urusan aku dipermudahkan, segala apa yang aku harap ditunaikan, in sha Allah.
Aku rasa ni entri terkahir aku sebelum aku cuti panjang. Jadi, dengan rasa rendah diri, dari hati yang ikhlas, aku mohon maaf pada semua followers, readers, strangers dan semua yang kenal aku, kalau-kalau ada kata-kata, perbuatan atau apa sahaja yang telah menyinggung hati korang, aku minta ampun maaf. Harap dimaafkan ya.
Selamat balik kampung. Hati-hati dijalan raya. Aku tahu jalan jammed nanti, jangan guna hon banyak sangat, sabar ok sabar :)
Jumpa lagi nanti, in shaa Allah. Selamat Hari Raya semua :) Sama-sama kita cari bahagia di hari mulia nanti ;)
1 comment:
babe~! selamat hari raya! :)
Post a Comment