Tuesday, March 31, 2009

.Stay Close, Don't Go.

Selamat tidur..

JackJack yang sememang chumel
Cik Rama-rama yang makin jelita
CR7 yang sentiasa aku sayang
Mak & Ayah, minggu ini saya pulang!
Along yang menahan 2 April
Abang & Adik yang hari-hari degil
aMy yang bersama HBO
Efa & Zura yang berjinak dengan PSM

dan 860921 yang tiba-tiba sepi
:

310309 - penghujung Mac.

Maksudnya, hanya tinggal sebulan lebih berapa hari saja untuk mengakhiri semester. Walau hakikat aku ada baki untuk semester pendek sehingga Julai. Tapi inilah masa untuk aku menikmati dan mempelajari sebanyak boleh ilmu-ilmu kehidupan kampus bersama kawan-kawan sedia ada atau baru jumpa.


Hari ini aku kecewa. Kelas POI dibatalkan. Bukan kerana aku pelajar terbaik yang memang mahukan ilmu tersebut, tapi maksudnya tarikh untuk aku ambil quiz semakin beranjak. Leceh.
:
Sempat aku YM dengan along, memikirkan apakah pakaian paling sesuai untuk kami pakai masa Family Day Mei nanti? Temanya kuning. Top atau blouse kuning? Pemikiran untuk membeli jaket kulit hitam juga masuk dalam perbincangan. Haih!~ ataupun membeli gladiator ALDO yang mahu dipakai bersama legging dan skinny jeans? Itu kena tunggu 50%! Dan sehelai jeans boot cut juga harus masuk dalam senarai! Ruginya along tolak AMEX Gold! *sebab dah tau akan bawak bencana! Help! Help! Mau duit!
:
Aku tolong memenuhi permintaan 860921 untuk bawak dia pergi tempat kurier. Settled! sekurang-kurangnya, aku mampu jadi kawan disaat dia perlukan pertolongan. Tengahari aku menjamah suku mee goreng masin dari Kedai Ayub. argh!

:

Aku layan "Aku, Rhapsody dan Biru's". Betapa aku tahu sen itu amat berharga dan janganlah sampai kau bawak diri kau sehingga tahap nak balik rumah pun terpaksa jalan kaki! Dan yang pasti, tidak akan aku warnakan rambut aku dengan kaler Merah Jambu!
:
Aku bangun, kejang semua urat-urat perut aku. Ah, Period Cramp! Dan tidak semena-mena aku teringatkan entri ElsaSoraya. Tidaklah aku tahu cara mana aku mahu guna untuk 'membelasah period cramp' (meminjam ayat cik Elsa) aku ini.

Aku boring. Mujur aMy ade, tak fikir panjang aku terus pegi Starbucks JJ. Sempat la lepak dalam 45minit. Chocolate Chip Caramel Frappucino legakan aku. *Sepatutnya minum benda suam, bukan melantak ice blended!

Aku bersetuju:"Laughter is the best medicine". Period Cramp aku hilang sekejap. For aMy, i really cherished this precious moment. (Gambar adalah seperti entri sebelum ini)


This is the Best Medicine for Period Cramp *tipu!

:

Aku bawak kawan-kawan aku pegi tempat makan yang aku pegi dengan Zul aritu. Tapi kali ini lain. Abang pelayan itu penuh dengan elemen ngada-ngada. Geli-geleman pun ada! Tapi apabila aku memikirkan yang kami datang untuk makan, just ignored him! Ada kelebihan di situ apabila aku cuma bayar sepuluh ringgit sahaja untuk Mihun Goreng Pedas, Kuey Teow Ladna, Carrot Susu, teh O suam dan air suam. Zura cakap abang tu syok kat aku, yelah dia bagi baki duit Zura pun kat aku! Tersengih-sengih pastu banyak pulak cekadak tanya itu ini. Aku malas mahu tunjuk muka kerek, senyum ajelah. Orang cakap, orang berbudi, kita berbahasa :)

Elemen karaoke menjadi elemen terpenting setiap kali kami keluar. Malam ini, Zura cemerlang dengan Salam Sejahtera nya. Efa terbaik dengan Kaulah Segalanya. Aku? Bolehlah dengan Isabella, Akan ku Tunggu. Kali ini aku suka sebab aku dapat nyanyi lagu Ini Rindu (aku memang carik lagu ini!). Paling hancur Warisan Wanita Terakhir! I'm not good in singing the low notes okay!

For Display only =)

:

and i'm saying Good Nite here..

with the loneliness that almost gone..with the joys that almost comes..

Monday, March 30, 2009

.Pain-less.

Bayu mencumbui sang langit
Hening.Nyaman.Indah

Aku kerut
Tidak cemburukan mereka
Cuma menahan sakit si bendera merah

Urat perut berlawan sesama sendiri
Tunjuk pemberontakan
Mahu aku sesah saja keperitan ini

Chocolate chip caramel frappucino jadi penyelamat
Secawan gelak tawa ditambah
Lega
Setidaknya ada yang membahagiakan


20:12
UA2 2082, K9, UTM
:

ps: thanx amy! aku sangat menghargai momen ini :)

.Ikut Sahaja.

sang bintang merajuk malam ini
cuma si embun makin hilang

sunyi sepi tafakkur
kerabat neon rancak bercanda.
menanti penghujung hayat
bila mentari bangkit esok

aku selak diari
terdampar pensil, catatan zero
ilham bukan tiada
perasaan yang sembunyi
aku biarkan

kalendar aku sisip
tiba masanya
langkah harus terus
walau tidak pasti
mana aliran aku cari



3:46 a.m
UA2 2082, Kolej 9, UTM Skudai


p/s: daouz, wake up call has just coming! Morning! :)

.I Wish I Could.

ting..ting..tangan gatal arini, mau kira duit tabung akuarium..

wah! sudah ada 49.50! mungkin tidaklah banyak nilainya pada korang.

tapi, pada aku itu pencapaian peribadi paling membanggakan!

aku susah mahu menabung, atau simpan duit.

seingat aku, paling akhir aku menabung dalam Akaun Tabung Nuri Bank Rakyat masa aku umur 6 tahun! cecah lah seratus jugak! hehe.

tak pe, yang penting semangat aku kuat sekarang ini! *Jangan Korek tabung ko Najihah!

teruskan usaha, lagi seratus sembilan ribu tujuh ratus lima puluh ringgit lima puluh sen aje nak cukup untuk beli Honda Jazz kau! haha~ yeah! akan aku usahakan! *dapat second pun jadik le..

Saturday, March 28, 2009

.Guna Jari Pun Boleh.

Saya Nur Najihah Binti Md Abas akan menjayakan kempen
:
EARTH HOUR 2009
:
28 March 2009, 830 p.m
:
Kasihani Bumi Kita!
:
Hanya 1 Jam. Lihatlah dunia kita dengan cahaya yang baru.
:
Jari anda memberi sumbangan yang amat amat besar. Lakukan.