Saturday, March 21, 2009
.Travelog Seorang Loveholic.
jangan gusar jika kau terjatuh, kerna kau tidak selamanya keseorangan
Hey Diary! I am just back. Miss u so very much. Ok then, less talk read more yah!
13/03/2009 - JUMAAT
It’s the day! Sesudah segala kerja terlangsai, perjalanan pulang ke rumah diteruskan. Kali ini aku tidak keseorangan melayani karenah pemandu di lebuh raya. Zul ikut aku. Biar aku perjelaskan. Dia cuma mahu aku tumpangkannya sehingga ke Batu Pahat. Sudah jalan itu lurus sehala, tidak salah lah aku yang cuma menolong.
After the arrival, setelah sesi orientasi pendek dengan mak ayah, aku & adik bawak Zul pergi jalan-jalan. Mai tengok BP sat! Kami memilih untuk ke Summit Parade. Kau tahu lah, BP sekarang ini bukan seperti zaman aku masih pakai baju Mickey Mouse dulu, sekarang Shopping Mall mencanak-canak tumbuh, sama naiknya dengan orang-orang yang jual goreng pisang.
Ok, kami nonton movie, memilih cerita WATCHMEN yang dihebahkan sebagai cerita yang harus ditonton oleh sesetengah penonton setia cerita orang putih. Baiklah selepas itu, bagi mengisi masa senggang adik aku yang bijaksana (terutama dalam bab pau-mengepau) mencadangkan agar kami ke restoran Encik Jamaludin Md Ali. Biar aku perjelaskan di sini, Encik Jamaludin Md Ali itu adalah Pengarah Urusan KFC Holdings Malaysia.Senang cerita CEO lah. Anak dia kawan adik aku. Adik aku sudah terlalu biasa makan percuma. Maksud adik aku tu samada ke KFC atau Pizza Hut.
Oleh kerana mood aku dalam keadaan terbaik, aku mengutarakan tawaran supaya kami ke Pizza. Tidak tersangka, pekerja terbaik restoran itu, Ashiq (dia ini dari Bangladesh) attend meja kami. Dia ini kamceng dengan adik aku. Katanya dia mengagumi keunikan nama aku (eh, unik ke?) lalu dia dengan rela hatinya membelanjakan aku pencuci mulut. Aku pun apa lagi, yes lah! Makasih ya!
Selepas itu, kitaorang main bowling pulak. Dan akhirnya aku juara dengan perbezaan 4 mata saja. Ahaha~ ok, movie time. Pokok utama semasa menonton itu adalah perasaan paling menjengkelkan. What The… Kalau kitaorang tahu begitu jalan ceritanya, pastinya kitaorang nonton cerita Jin Hutan! Sumpah!
Ini puncak paling penting pada hari ini. Iaitu acara “Mari Mempraktikkan Pengetahuan Geografi Bagi Daerah Batu Pahat”. Kekeliruan menerjah ruang otak. Plus perasaan yang amat beryakin dengan peta yang ada dalam kepala. Sudahnya, tiga kali berulang tempat yang sunyi lagi maha seram itu! Erti kata yang lebih mudah, kami sesat. Dan yang paling dashyat adalah tempat yang sepatutnya aku hantar Zul itu cuma 5minit aje dari Summit, tapi kau tahu berapa lama kitaorang perlukan masa?1 jam setengah okay! Kau bayangkan! Hah~
Aku tiada kata-kata mahu disebutkan. Begitu juga adik aku. Dan akhirnya kami sama-sama bersetuju untuk melakukan ulangkaji yang terdalam mengenai Peta Daerah Batu Pahat.
.
.
14/03/2009 - SABTU
Sabtu ini. Aku bangun lalu melakukan house checking. Mak tiada. Ayah tidak diketahui lokasi. Yang pasti adik aku dalam biliknya melangsaikan hutang tidurannya. Ah! Dia biasalah. Sesuatu normal apabila balik rumah, i am doing the laundries. Apabila Taylor Swift menyanyi tak berhenti, aku berkejaran. Siapa pulak yang meninggalkan pesanan ni.si Zul rupanya. Mengadu kebosanan. Diajaknya aku keluar. Aku tak banyak soal, infact tak payah fikir kritikal, Yes Man!
Aku bawak dia pergi makan Beriani Gam. Then ke BP Mall, nonton movie lagi – kali ini DRAGONBALL EVOLUTION. Dan aku mula jatuh cinta padanya. Jangan salah faham, maksud aku Si Goku itu a.k.a Justin Chatwin yang memainkan peranan itu. Argh! Mengapa sungguh ideal wajahnya pada mata aku. Kalau kamu-kamu kata sebaliknya, aku sudah tidak peduli. Hehe.
Petang menjelang, lepak sekejap kat Kopitiam kesukaan aku dan family. Dan di situ kami bercherita..bercherita sehingga guruh menyarankan kami supaya pulang. Kau faham kan.
Malam itu, hati berbelah bahagi. Antara MU Vs Liverpool dan Konsert AF7! Nampaknya aku lebih sayangkan Setan Merah, dan AF aku korbankan. Nasib tidak menyebelahi. Kesialan malam itu berterusan. Sudahlah MU kena belasah 4-1, tengah-tengah syok memaki-hamun player MU yang bermain setengah waras, tiba-tiba black-out! Kau cuba bayangkan?
.
.
15/03/2009 - AHAD
“Jiha, bangun. Dah pagi ni.” – itu suara mak kejut aku.
Alah, baru 730. Awal lagi ni. Janjinya nak pergi pukul 830. Tapi sebagai anak yang baik, aku bangun tanpa banyak soal. Bukan nak ke mana, mau pergi kenduri kahwen dua pupu aku di Segamat yang berani menggunakan usia 21 tahunnya untuk memegang status isteri! Aku masa umur itu, baru terkedek-kedek nak habiskan diploma! Ah, hidup ini siapa yang tahu.
Belum sempat melegakan ketegangan perut selepas makan nasi minyak pengantin, aku sudah berkemas-kemas untuk memulakan percutían. Yeah! Dalam soal ini, aku sering menjadi yang terakhir sekali mengemas. Bukan apa, aku ini orang minit akhir, aku tidak kerasan buat kerja di awal masa. Aduh.
Tiada apa-apa istimewa sepanjang perjalanan melainkan menikmati simbahan lampu tiang highway di beberapa perhentian. Sudahnya, target untuk sampai di Arau waktu Subuh tersasar! Kau tahu, kami sampai dekat Alor Star pukul 1 pagi. Dari AS ke Arau bukanlah jauh sangat, sekadar 45minit. Dan apa lagi, kami pun terus check-in. Sudah tidak fikir apa-apa, tidur sajalah. Ayah cakap mahu gerak pukul 630 pagi esok. Aku mesej dia. Rupanya dia tunggu aku. Yelah, 1 hari aku tak mahu kacau dia. Bukan apa, orang sibuk wedding katakan. Malas mahu ganggu konsentrasi! Dan Selamat Malam Kamu! =)
.
.
16/03/009 - ISNIN
Perancangan mahu bergerak selepas Subuh benar-benar terjadi. Aku dan adik biasalah, liat nak bangun. Dengan mata separuh terbukak, kaki longlai aje gi bilik air. Oke, siap! Sempatlah kitaorang tengok scenery AS waktu Subuh. Lengang Chek!
di subuh hari - cuba tersenyum. =)
kami
Kitaorang amik Abang (adik bawah aku tu) dalam pukul 8 lah gitu. Leceh punya budak, orang dah siap-siap call, rupanya dia tak bangun lagi. Then, kitaorang sarapan kat Bandar Arau. Dekat sini aje aku masih jumpa nasi lemak 50 sen! Kuih 4 seringgit. Tak murah pulak kan. Maksud aku, murah gila! Kitaorang buat muka tak malu apabila memulakan acara bergambar di waktu kesiangan. Aku tahu dalam hati pengunjung-pengunjung setia kedai itu mesti cakap “Pelancong sesat manalah ni”. Haha~
i only need them
me & abang
never lose
tak terganti
me & adeq
similirity of the vainess
u cannot cut it out
On the way pergi Padang Besar, ayah singgah kat satu masjid. Panggilan alam katanya. Kami pun apa lagi, terus mengimarahkan penggunaan persekitaran masjid tersebut, lalu sesi fotografi macam nak gila berlaku. Memang seronok sangat! Gila! Then, kitaorang proceed ke Padang Besar. Aku tak beli apa-apa pun melainkan dua pasang brooch. Aku sebenarnya lebih gila untuk bergambar kali ini. Bukan mengambil gambar ya, harap maklum. Alah, dah ada dua orang photographer amatur ni, boleh la diharapkan.haha~
terbanglah
me: the flyer
the ties
the good fights
sampai bila-bila
the bintang
me : the brooch stall
me : the picker
i pick, u pay
watching over me
after the buying
undead ties
Kitaorang meninggalkan Arau pada waktu tengahari. Walaupun dapat jumpa adik aku kejap aje, tapi aku seronok. Hm, sebenarnya lagi seronok kalau kami 4 beradik dapat jumpa semua. Tapi, waktu itu susah mahu kembali pada masa ini. Tak apalah. Cadangan ayah mahu naik ke Cameron disambut dengan anggukan laju berkali-kali oleh semua orang. Dah lama sangat aku tak pergi. Seingat aku sudah 6 tahun kot!
Cuaca kat Cameron, aku tidak tahu mahu mendeskripsikannya. Sejuk! Sehingga memaksa aku menahan diri untuk membuang air kecil di sepanjang perjalanan naik. Takkan kau nak aku ‘buang’ tepi jalan pulak kan. Dia mesej aku. Kesian dia, keseorangan kat sana. Itulah aku ajak pergi tak mahu (sekadar ayat menyedapkan hati hehe~).
Aku dengan mak menyusur ke pasar malam Brinchang.
Ayah dengan adik tak mahu pergi. Mahu rest katanya. Aku cuma tertarik mahu membeli sekaki payung bercorak strawberry. Tahu ajelah, aku ini umbrellaholic. Haha. Aku sedikit jengkel dan kecewa, kerana hasrat untuk makan kuey teow kerang goreng tidak kesampaian. Bukan apa, tidak tegar aku mahu makan masakan bangsa mata sepet itu. Dan aku mula terbayangkan kalau-kalau aku bukak gerai jual kuey teow kerang, mesti sambutan macam nak gila. Sudahnya, gerai kebab makcik tudung ikin itu mendapat sambutan. Makan ajelah~
Kesejukan yang menggila walau bilik hotel tiada alat pendingin hawa membuat mata aku mudah rapat setelah menonton Diari AF yang habis pukul 10. Sumpah aku ngantuk! Dengan perut yang masih kenyang, aku sudah tidak peduli kalau perut aku buncit! Aku terjaga bila dia mesej aku dalam pukul 12.
Dan di situ sedikit ketegangan dan gangguan emosi berlaku antara aku dan dia. Benarkah rindu dia itu?Air mata aku bergenang atas sebab yang aku sendiri tidak mengerti. Aku tak mampu nak tahan. Aku sumpah aku tidak menyukai kedaan seperti ini. Tidak lena aku tidur, benci! Dan malam itu berlalu dengan perasaan yang tidak dapat ditafsirkan.
.
.
17/03/2009 - SELASA
Sudahlah, aku tidak mahu merosakkan emosi kesegaran pagi akibat pergeseran malam tadi. Dia mesej aku, minta maaf tujuannya. Dan aku tersenyum. Aku sudah tidak marah pun. Aku ini jenis yang bila bangun pagi saja, terus lupakan semua kekusutan. Tidak berbaloi lah nak semakkan kepala aku dengan hal-hal begitu. Lebih baik selesaikan cepat betul tak?
Dan kerana itu, mahu saja aku terbang balik ke JB secepat mungkin. Ah! Tak mungkin. Yang hanya aku boleh buat cuma bersabar dan mengharapkan jarum masa pantas bertindak. Perkara biasa kalau kau pergi Cameron tentulah melawat kawasan tanaman strawberi, sayuran, teh dan sebagainya yang aku rasa aku tidak perlu jelaskannya. Apa yang aku beli pun aku tidak perlulah mahu bagitahu. Kau boleh agak kan.
i dunno what the hell i am doing is
welcome babes!
the gardens
me is that flowers
i won't bite!
ngapp!
too shy to tell
the tree
from the far
Aku tidur saja dalam perjalanan balik sehingga sampai Shah Alam untuk tinggalkan adik aku di situ. Dalam keadaan mamai, aku disuruh drive. Dan laju aje aku jawab “Boleh”. Dan hasilnya, cuma 3 jam dari Shah Alam ke Batu Pahat! Bukan apa, aku cuma mempraktikkan skil aku ketika main Need For Speed di jalan raya. Tapi dalam keadaan selamat dan berhemah. Maafkan aku ya, bukan tidak mahu penuhi permintaan dia untuk balik JB arini, tapi aku amatlah penat.
Tidur malam aku dipenuhi dengan senyuman mengenangkan aku akan jumpa dia esok. walaupun aku sedikit keliru dengan krisis perasaan ini, tapi biarlah. Just follow the flow, itu kata dia.
.
.
18/03/2009 - RABU
Akhirnya, aku sampai jugak UTM! Dan misi penting terlaksana. Haha. Aku keluar dengan dia untuk pergi HSA terlebih dahulu. Itu yang utama. Then, kitaorang pergi makan ABC Majidee yang aku mengidam hari tu. Fuh, lepas hajat aku. Aku tahu dia lapar sangat, berselera aje dia makan. Baguslah, suka aku tengok.=)
Lepas tu, kitaorang gi Tebrau beli tiket movie untuk malam ini. Aku sudah janji dengan dia mahu habiskan masa dengan dia untuk satu hari ini. Kami nonton cerita RACE TO WITCH MOUNTAIN. Aku klasifikasikannya sebagai cerita yang aku tidak sedar durasinya sudah habis. Kau fahamkan maksud aku.
Dan malam itu berlalu dengan pelbagai cerita yang tidak tertafsir. Cuma perkataan ini, INDAH.
Terima kasih kamu! =)
.
.
Aku hentikan siri ini di sini. Aku kira ini catatan terpanjang.
Dan aku mula membuat permintaan kepada Sang Bintang~
(^_^)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment