Friday, March 13, 2009

.Mari Pergi Bercuti Sambil Menutup Mata.

Najihah Abas is on her way for the long holidays! yeehaaa~

ayat di atas merupakan status aku di Facebook..kau baca sahaja tentu sudah faham kan?
aku mahu pergi bercuti, mulai hari ini sehingga Rabu depan.yes!

aku tensi. ini kerana aku mengalami masalah tahap kemengantukan yang amat serius. aku pasti sebab-musabab nya iaitu kerana aku mengambil ubat sinus dari Pusat Kesihatan Universiti semalam, tapi bukan itu yang aku persoalkan. Cuma aku ragui apakah bahan medikal yang terkandung dalam ubat itu. betulkah preskripsi nya?aish~
mungkin betul telahan aku bahawa dos ubat itu melampau kerana aku sebenarnya bukanlah dalam kategori orang yang pasti mengantuk jika makan ubat yang berkaitan tersebut. maksud aku contohnya ubat batuk, ubat selsema dan lain-lain.

dan kerana itu, aku macam orang yang diberi dos dadah berlebihan setelah keluar dengan Zul petang semalam. NGANTUK TAHAP MEMBAHAYAKAN! aku tidur dan sudah tidak peduli apa yang berlaku di sekeliling.

Maaf kepada Zul kerana aku memungkiri janji pada malam semalam.

Maaf kepada daOuz kerana aku tidak mampu membalas mesej kamu.

dan sedar-sedar sahaja, pagi ini aku perlu menjalani sesi temuduga untuk Subjek English For Career Search! tapi kau tahu?aku masih ngantuk tau! mujur aku masih mampu mendengar dan menjawab soalan-soalan dengan baik. untuk itu, alhamdulilah.

...

oke, sekejap sahaja lagi aku mahu balik rumah. jika di amati daripada entri aku tiga minggu lepas pun, aku masih bercerita hal yang sama. iya, nak buat macam mana..memang tiap-tiap minggu aku balik rumah. rumah sejengkal je dengan universiti kata kan..hehe~

kau tahu, aku amat tidak sabar mahu bercuti. aku mahu ke Arau, Perlis. mahu jumpa adik kembar yang bawah aku tu. dari tahun lepas aku tak jumpa dia. Budak Sport Science katakan, sibuk memanjang. dan yang paling best, dia offer aku pergi KL SUNBURST'09 sebab dia menang tiket yang nilainya RM 203! siapa tak nak kan? tapi yang jadi masalah adalah bagaimana mahu mengutip tiket tersebut di Menara Celcom! Along masih belum dapat dihubungi. sudah najihah, jangan berharap sangat. kalau ada rezeki kau, adalah.



rasanya itu sahaja..mungkin minggu hadapan baru aku jumpa kamu-kamu semua. aktiviti berblogging terpaksa ditangguhkan seketika. Bye kawan-kawan! gonna miss y'all! daaa~

mmmuuuaaaahhxs! :XoXo


NOTA PERASAAN:
Minta Perhatian kepada Pemilik Toyota Avanza yang warnanya Perak (silver) dengan nombor pendaftaran JJU ***7, lain kali bawak kereta itu guna akal, bukan nafsu! memang B la kau!

lagi 2CM aje kau nak libas aku! mujur aku tidak panik dan sempat bertindak untuk menyelamatkan diri. kalau tidak, lu pikirlah sendiri! kawan-kawan aku turut sama cuak. Perasaan aku? masih terkujat dengan kejadian tadi. iya.

No comments: