Tuesday, May 26, 2009

.Mari Berkebun Strawberi.


Kring..kring..kring..kring..
sehingga dua puluh kali deringan.
Bukan bunyi telefon. Tapi bunyi alarm aku dengan cik Sabarina @ roomate aku yang berlumba untuk memekakkan diri.

Hari sudah siang. Liat kami nak bangun. Aku sedar sekarang ini. Aku sudah tidak macam dulu. Ada perubahan ketara. Aku mula bangun awal. Aku mula mandi sebelum matahari bangkit.
Aku rasa segar sekarang. Seperti jam biologikal badan aku sudah kembali normal.
Semua kerana dia. Sebelum dia pergi kerja, pasti dia tidak lupa bagi suntikan tahan kesakitan, agar aku senyum sentiasa.

"Hari ni nak buat apa dik?" *merujuk pada Sabarina.

"Entahlah..psm macam biasa."

Macam mahu muntah aku bila dengar pasal PSM tu. Cepatlah semester singkat ini pergi. Nyah dari kalendar aku segera.

Kami berlumba bangun. Mandi dan siap-siap. Aku mahu ke RMC dulu. Mahu ambil cek. Kecewa!!! Cek aku tak siap lagi. Siot betul lah. Dah lebih dua minggu kot aku hantar claim aku. Inilah orang-orang gomen buat keja, konon nak guna sistem pembayaran baru. Sudahnya servis tidak efisien. Dah lah karenah nak hantar claim sangat mengarut, tapi bila time buat keje cam orang tak dibayar gaji je. Aku sabar. Malas mahu hangin satu badan, nanti muka aku cepat kedut.
.
.
Ke Restoran Mesra Pak Ali. Macam biasalah. Makan tengahari. Aku mula makan nasi dengan teratur sekarang ini. Dulu aku cakap nak diet kan? Dah tu, semua orang bagi feedback aku tak gemuk, so malas aku nak diet separa kritikal. Huhu.
.
.
Singgah Shell kejap, beli minyak Silinder kereta. Budak cashier lelaki kat situ tegur:

" Akak taknak beli cokelat ni? Nanti tambah 10 points BonusLink lagi."

"Takpela dik."

"Ouh, nak kurangkan kolestrol eh?"

"Taklah, akak dah gemuk dah ni."

"Mana ada gemuk, dah oke la ni kak."

Keluar pintu kedai, muka jadi merah jambu. Aku tak gemuklah. Yeah!
.
.
Aku ajak Sabarina pegi Angsana. Mahu survey kamera. Along mintak tolong kat aku. Dan aku mula buat kira-kira, jika aku dapat kerja yang akan aku interview Jumaat ini, aku akan angkat D90. Chewahh! Macam banyak sangat duit ko Najihah oi. Sudah lah janji dengan Along mahu sponsor Fotografi untuk majlis tunang dia nanti. Mati aku! :P
.
.
Dia risau. Bimbang kalau-kalau aku dating dengan orang lain. Sungguh kiut mesej peringatan yang kamu hantar tu sayang. =) Jangan bimbang, saya tetap kamu punya.
.
.
Ke Jusco Tebrau. Niat, mahu survey baju untuk aku pakai pergi interview nanti. Kalau ikutkan mahu beli, tapi duit takde. So cuci mata jelah dulu. Ada satu baju stripes putih pink. Chomel. Aku nak beli nanti. Mahu carik heels. Apa ni? Design old fashion lah. Phuitt! Kan bagus kalau Pavillion depan mata.

Dan apabila mahu habiskan masa, ini yang kami buat...


bersuka-sukaan dalam tandas Jusco. Ada kawan aku cakap kitaorang pengotor. Kitaorang pedulik ape. Tandas Jusco bersih la weh. Tak caya sudah. Boleh bentang karpet dalam tu tau.
Huk huk.
.
.
Jalan punya jalan. Handphone bunyi. Ada satu alert. "1 MMS is ready to be retrieved".
Dari dia.


Sangat comel perbuatan kamu menghantar mms terbalik ini sayang.
Dan ayat kamu itu, buat saya mahu jerit satu Jusco Tebrau! :)
Saya tahu kamu sedang letih. Kerja kamu yang sentiasa dikelilingi nombor dan dokumen-dokumen yang tidak mungkin saya fahami.
Tapi kamu tetap tidak lupa saya.
Sangat manis.
.
.
Sabarina perasan ekspresi aku. Yang mula senyum macam orang gila. Yang sudah mula jalan bengkang-bengkok. Dia pun dah ikut macam aku. He he.

Sebagai balasan, aku pun mms dia jugak. Gambar seperti ini.


"Sayang, ini date saya. Handsome tak? Hehe. Sayang kamu :)"

Sebagai menyatakan dia tidak perlu ragu-ragu sama aku lagi.
Tidak perlu was-was dengan siapa aku menapak kini.
.
.
Sabarina cakap. "Weh, ada mamat chomel tadi. 2 orang."
"Ouh yeke..abis kenapa ko tak tegur?Lain kali kejar lah." aku bagi cadangan.
Tiada rezeki di situ.

Aku dan Sabarina jalan terus. Sudah kira-kira mahu ke mesin Autopay.
Sudah ke tangga bawah tanah laman dalam taman.
Tiba-tiba "Weh, lupa nak beli tomato tadi". Sambil ekpresi dia mula mahu panjat kembali eskalator.
"Oh! Eleh, aku tahu niat ko dik." :P kah kah.

Tomato Denmark tiada. Mamat-mamat chomel juga tiada.
Tiada rezeki Sabarina hari itu.

Yang pasti untuk aku, mula mengidam strawberi cokelat.
Sabarina? mungkin berkira-kira mahu tanam tulip sekarang ni.

8 comments:

Kembara Fazly said...

Ayat2 ku ko masukkan juga kedalam blog... Ape bnyk syg2 neyh... Geli geleman aku... Ehem... Cik sabarina... :P

s a y a said...

uikss..
psl tomatoman ak pon ko mskkan?
hehe..mmg tade rezeki la nk mkn denmark tomato yg fresh 2..penat jer kite g jusco tmn u kan beb...alih2 tomato die pon kureenngggg...huhu..
layaan jer la

SiGedikDariScotland said...

.s a y a.

haha tomato itu boleh buat jiwa tenang. sama dengan strawberi cokelat yang manis-manis aje. ehehe :)

SiGedikDariScotland said...

.Kembara Fazly.

ahaha ayat yg ko komen kan bernas semuanya. :P

eleh, biarlah! ko jeles. dulu masa ko sakan bercinta aku tak muntah pun dengar 'baby' ko..lalalalala~

ehem..ahem..

melati indah said...

g ha..sape pakcik tu???ble nk tunjuk muka ye..hehhehhehee..

SiGedikDariScotland said...

.melati indah.

sabo ye..nanti one day ko tau jugak. he he~

aZRi aZLaN said...

sy pinjam MARA. lambat juga mcm siput. dekat sethn tunggu. ni baru spt duit. hehehe...

tgh survey kamera jgk ke? bgs!!! nape xangkat lumix fs15? cantik oh. lagi2 kaler biru. hehehe...

Kembara Fazly said...

Ahh... ko neyh...