Jumaat, 29 Mei.
Sepatutnya aku balik malam ni. Tapi tiket takde. Kaki lenguh. Kepala pening. Tekak mual. Mungkin karena simptom tidak cukup tidur.
Along mahu pergi AKAR (dulu dikenali sebagai Layar Tanchap). Aku malas mahu pergi. Aku mahu duduk rumah sahaja. Tapi bila fikir-fikir nanti aku tinggal sorang-sorang, pastu takde makanan kat rumah. Aku ikut jugaklah.
Aku tak tahu event ini pasal apa. Aku hanya tahu ia berkaitan seni sahaja. Sebelum ini masa zaman diploma, ada kawan-kawan fotografi aku ajak pergi Layar Tanchap ni. Tapi masa tu aku tak berminat. Sekarang sudah tukar nama jadi AKAR.
Apa ada pada AKAR?
Takde apa-apa yang vast! Tiada bunga api. Tiada jamuan koktail. Tiada dress code maha elegan. Tiada artis popular. Tiada cabutan bertuah.
Cuma ada jiwa. Cuma ada rasa. Cuma ada semangat. Cuma ada nilai seni. Cuma ada akal sastera.
Aku kagum dengan usaha murni penggiat seni bebas bergerak yang menganjurkan acara seperti ini. Tanpa perlu ada kerisauan tiada sponsor, tiada publisiti. Yang mereka perlukan cuma sokongan dan keikhlasan penonton yang pandai menjiwai jiwa. *Yuna juga mula mengetengahkan bakat dia melalui Layar Tanchap ya! Sehinggalah dia jadi fenomena.
Aku rasa tenang seketika. Rasa seperti balik pada basics. Aku suka acara seperti ini. Dapat jadi terapi jiwa. Sedang dalam kepala cuma ada dia sahaja! :) Macam-macam persembahan ada. Malam ini semua aktivis bebas tunjukkan bakat. Berkongsi buah akal. Berkongsi sensitiviti hati.
Dari pejuang muzik bebas, pejuang filem ringkas sehinggalah kepada pejuang yang bertinta pena. Karya mereka kalau dibukukan, layak masuk Arkib Negara rasanya.
Masuk sahaja kawasan AKAR anda harus ingat rumpun asal usul. Sepatutnya pakai baju berciri kebangsaan, yang berciri kekampungan. Duduk atas tikar mengkuang. Kasut mahal-mahal tidak diperlukan di sini. Rokok tidak dibenarkan di kawasan AKAR. Kalau ditangkap, denda RM 1. Di AKAR, anda tidak boleh guna bahasa-bahasa kesat. Bahasa-bahasa kurang ajar. Bahasa-bahasa kurang moral. Nanti kamu didenda RM 2 satu perkataan kalau ditangkap oleh Kerajaan AKAR.
Memang kamu dididik agar pekerti kan moral kamu. Sanjung budi bahasa sendiri.
Ini antara persembahan yang sempat di tangkap...
Ashraf Ishak - pemuisi Melayu Moden yang pandang ke bumi. Minimalis namun moralis.
*Beliau adalah adik kepada Joe Flizzow, penyanyi Too Phat tu.
Gaya freestyle Pulau Perhentian.
Dari kiri: Syai (Si Penghulu AKAR), Otam (Suara dia unik, macam penyanyi Kumpulan Blues Gang, Ito), dan Amylea. Kenal kan?
Amylea AF3 @ OIAM. Bakat dia boleh jauh lagi, sampai Pulau Carribean mungkin.
Kumpulan Sound of Acoustic. Mengikut Along dan Kak Lynn, sepatutnya penyanyi kumpulan ini bukan perempuan itu. Ada perempuan lagi satu yang rambutnya kembang yang menyanyi lagi cool. Dia ni suara sedap jugak, cuma ad-lib dia terlebih sikit. Gaya menyanyi memang markah penuh! Penuh ekspresi. Bravo bravo!
AKAR tamat jam dua belas. tengah malam. Di sini, aku turut sama bergotong-royong mengemas tempat acara. Yelah, dah penganjur AKAR ni kawan-kawan Along. Takkan aku nak jadik patung je kan. Haruslah bagi dua-dua tangan membantu. Sudah tidak kisah kekotoran. Sudah tidak kisah kepanasan malam tu. sudah tidak kisah kepenatan badan. Semua kerja ini sukarela. Seronok, pengalaman macam ni takde jual kat Chow Kit tahu.
Cik Betty dan Cik Lynn (dia orang kuat Mix FM).
Cik Najihah dan Cik Lynn. Eheh :)
Layankan aje karenah mereka ini. Gila-gila semua.
Dari kiri: Cik Betty, Encik Amy Souldinero, Encik Pojan.
Belakang: Cik Lynn
Pekan Frinjan 2.0 lepas AKAR. Aku tak pergi. Hanya ambil flyers je. hu hu~
Atas timbunan tikar. Sempat lagi aku landing. Ehe~
.
.
Kepala serabut lepas AKAR. Ada yang tidak kena. Antara aku dan dia. Komunikasi tercantas. Mesej tidak jelas. Kecurigaan saling bersimpul. Resah mula bersarang. Kaget. Hilang punca seketika. Tapi masih mampu makan. Hanya tidur lena tidak boleh. Pada Tuhan aku mengadu, sebelum mata dipaksa untuk pejam. Argh!
No comments:
Post a Comment