Sunday, May 24, 2009

.Musim Menyemai Orkid.

Ok..tarik nafas. Saya sedar saya sudah mahu masuk 23 tahun. phew!!
*saya tidaklah mempunyai fobia berkaitan peningkatan umur.

Cuma saya mula memikirkan macam-macam perkara. Kadang-kadang perkara ridikulus yang tidak masuk akal juga. Contohnya bagaimana mahu lakukan survival diri untuk melancong ke Itali? Atau bagaimana kacukkan bunga ros merah dan putih untuk menjadi sekuntum?

Sudah, sila berhenti merepek. Saya mahu cerita ini sebenarnya. Kan dalam entri sebelum ni saya ada cerita yang saya pergi Majlis Tunang kawan saya kan.

Haa..ini lah dia..Cik Maisarah Tajuddin.

Oke, tengok dulu gambar, nanti saya cerita kejap lagi.


nampak tak muka bahagia dia? :)



6 tahun tak jumpa. Still standing.
(Dari kir: Icak, Along, Myzs, ghA, Nisa)


Cik Maisarah dan Encik Zaki.


Myzs malu-mau bersama ibu mertua (cokelat) dan ibunya (biru)


T.A.K.E.N. ;)
.
.

Saya sudah janji sama Icak mau roger-roger kalau nak pegi tunang Myzs. Oke, jadik pegi. Along, Nisa Hamdan pun pegi. Saya macam biasa, jadi penyebar berita bunga-bunga cinta kawan-kawan dan penyampai salam bagi mereka yang tidak dapat hadir.

Tahu tak saya ngantuk sebenarnya masa drive? Serius. Banyak makan nasi minyak agaknya. Maklumlah 3 kenduri kahwin saya pergi arini. Lepas tu, ada pulak driver kereta Kia Optima yang bawak kereta macam sengal. Kejap laju, kejap perlahan. Nak konker lorong pun agak-agak lah. Amik lesen kat mana pakcik oi.

Hujan lebat sekejap. Hujan Rahmat agaknya. Masa kitaorang sampai, kedua-dua famili sedang berbincang. Kitaorang buat muka tak malu lalu, terus masuk bilik Myzs. "Myzs! lainnya ko." Ekspresi pertama. Cantik dia. Hari bahagia dia kan.

Seronok sangat kitaorang duduk borak-borak dengan dia. Bayangkan 6 tahun tak jumpa! Myzs masih macam dulu. Mulut laser. Selamba. Becok. Sama macam aku. He he.

Tahu tak ramai cakap muka kitaorang hampir serupa. Ada yang cakap kembar. Huhu. Tapi sah-sah la tak. Muka dia kecik sikit dari aku. :p

Aku dengan Myzs banyak kongsi citarasa. Aku Rumah Biru, dia pun. Aku masuk kawad kaki, dia pun. Aku suka melukis, dia pun. Aku suka buat kad, dia pun. Kitaorang nakal dulu. Suka conteng meja budak-budak laki yang perasan bagus. Tidur waktu prep. Melepak kat tangga. Pastu ukur satu bangunan sekolah. Ha ha.

Myzs cite tadi, dia ada kena 'sound' dengan abang Form 6 sebab abang tu ingat dia aku. Kesian tak pasal-pasal je kena warning. Sorry Myzs. Aku memang nakal! :P
.
.

Tapi itu dulu. Sekarang Myzs dah nak masuk fasa baru. Aku? Tunggu lah. Nanti aku menyusul. Sedang dalam perbincangan. He he. Aku teringat ada makcik tadi tu, lagaknya seperti Ahli Tilikan Jodoh Bersekutu aje. Lepas bersalaman nak balik, dia tetiba tunjuk jari telunjuk dia kat aku. "Haa, kamu ni dah ada ni. Kamu lepas dia ni". *merujuk aku kawen selepas myzs. aduh! Pastu dia tunjuk Nisa pulak. Pastu bila sampai kat Along & Icak, dia tunjuk tapi diam. Maksudnya radar dia cakap mereka tak de boipren lah! kah kah. Lawak makcik ni, tapi aku harap masin mulut dia :)

Memang kitaorang gelak je, dan buat muka yang sangat tak malu. Biarkan, dah lama sangat tak jumpa myzs. Banyak cerita mahu kongsi. Kitaorang korek rahsia dia. Korek kisah cinta dia. Dan macam-macam lagi lah. Aku macam biasalah, macam wartawan Melodi :P Dan paling aku ingat, perkataan "KK" yang myzs sebut. Ha ha. Memang famouslah word tu. Tapi ada cara mahu sebutnya. Hampir tersembur air sarsi saya minum tadi bila diaorang mengajuk. Ha ha.

.

.

Tahniah Myzs! Kawin jangan lupa aku dengan yang lain.
.
.
Aku balik. Mula fikir macam-macam. Mula bayang bagai-bagai.
Senyum sendiri.
.
.
Tekan "New Message", terus kongsi cerita sama dia.
Dan perkataan yang dia kongsikan, cukup buat aku terus senyum lagi.
Macam beruk dapat makan durian je :P
Dan terus meter sahsiah dia meningkat ke tahap maksimum :)
.
.

.

Sayang, saya tunggu kamu. Saya sayang kamu. Dan masa depan kita. ^.^

.

12 comments:

aZRi aZLaN said...

hahaha, tp muka kamu berdua mmg ada sikit persamaan. siyes!
nape gambar last tu dikaburkan?
tak syok la...
hahaha

SiGedikDariScotland said...

.aZRi aZLaN.

yeke?he he itu lah, ramai yang cakap. even tunang dia pun cakap muka kitaorang ada iras-iras :)

he he..untuk saspens! jeng3! :P

Kang 2807 said...

t you sbb up load.aku bukan nak tgk gmbr mai tunang.

aku nak tgk stail gha shoot gambar jer.kata semi pro...

firstly tahinah kat mai.nak kwin...setan pun akan nangis uweek uwekk sat lagi.

kdunya.. tahniah lah kat org yg last dlm pic tu ( muka mamat muka dicoreng2xkan).sesungguhnya dia pling bahagia sbb dapat menawan hati Gha - aku dgn nada pasrah.

hehehe.

aku ada satu benda nak ckp pasal gmbr ko diri sama mai tuh..tpi nanti2xlah.

aku rasa ko faham gha.he~

aZRi aZLaN said...

hahaha, jeng2x!!!
jgn tertukar sudah la ye?
hahaha, kang lain plak yg jadi...

aizam said...

post pasni msti pic clear punyeee..hahahha

SiGedikDariScotland said...

.topect.

maaflah, kamera slr takde pada aku. ini guna kamera handphone je.

aku tak pernah kata aku semi pro. harap maklum.

nak cakap silakan. aku tak paham.

SiGedikDariScotland said...

.aizam.

he he. mungkin tetap kabur kot. sampai masa mahu kawen baru ditunjukkan. eheh

SiGedikDariScotland said...

.aZRi aZLaN.

haha takde maknanye tertukar. jangan risau. bahaya je kalau tertukar! :P

iechak said...

eh..takkan nk kawen,baru introduce kan..

mase tunang pon bleyh kan..kan..kan..

hehehe

SiGedikDariScotland said...

.iechak.

boleh..boleh..korang punya pasal..masa tunang aku tunjuk..he he~

doakan aku twu.. :)

iechak said...

aku arap ape yg mkcik tu tilik,betul la..

after mai kan??
tahun depan ek?

hahaha

SiGedikDariScotland said...

.iechak.

harap-haraplah :p

taun depan?err..kena tunggu akak aku dulu lah..karang langkah bendul pulak.. hu hu~