Monday, May 25, 2009

.Rasa Manis.

24 Mei 2009.







Kamu tahu sakit ini? Rasanya manis.

Bagai kulit durian jatuh atas kaki, tapi tidak menjerit sakit.

.



.



Satu bintang dari Planet Marikh jatuh lagi. Tepat kena kepala aku. Pening berpinar-pinar. Tekak mula tidak lalu makan. Mata mula tidak lena pejam. Mandi sudah tidak rasa air yang mengalir. Hati mula goncang. Jantung tidak lagi berdegup normal. Tapi aku enak menikmati perasaan ini.

Dapat jugak jumpa kamu hari ini sayang. Setelah penat mengira detik jam sejak Khamis lalu. Sungguh perasaan begini tidak dapat dibendung. Saya sudah lemah-lutut untuk buat apa-apa kerja. Tik tok. Tik tok. Secepat mungkin saya mahu pulang ke JB. Dan saya tahu kamu juga tidak sabar-sabar mahu jumpa saya kan.

Segalanya cukup ringkas hari itu. Awan seolah-olah faham apa yang berlaku. Matahari juga bagai mengerti. Jalan yang sesak dirasakan lurus sahaja. Aku dan dia menghabiskan masa dengan menonton wayang. Cerita Night at Museum 2. Aku yang beria-ia mahu tengok. Dia layankan aje kerenah aku. He he. Kamu sabar ye, dapat saya yang kebudak-budakan ini. Kami sependapat, rasanya Night at Museum 1 lagi best kot. Tapi kali ini tetap jugak gelak pecah perut. Yang pasti, panggung full-house.

Lepas tu, aku ajak dia makan kat Noodle House tempat aku selalu lepak kat Danga Bay. Mula-mula dia macam was-was dengan kesedapan mee kat situ. Tapi lepas makan, baru dia angguk. Sedap. Kalau tak, kamu mesti masuk dalam kategori orang yang mempunyai citarasa lidah yang pelik sayang. He he.

Tidak banyak yang kami lakukan, melainkan banyak bercerita mengenali diri masing-masing. Biasalah first date. Dalam pada kami bermusuhan antara puak Manchester United dan Liverpool, rupa-rupanya kami mempunyai banyak persamaan. Terutama dari segi sikap dan tatacara bagaimana mahu uruskan kehidupan. Hati rasa senang. Banyak benda aku boleh cerita dengan dia.

Pemikiran kami sealiran setidak-tidaknya. Mahu berkongsi pendapat pun tidak banyak yang bercanggah. Aku ingat lagi Sabarina cakap, mengikut apa yang ditonton di Astro Oasis dalam rancangan Dr. Fadzillah Kamsah, walau macamana berbeza pun pasangan tu, sekurang-kurangnya harus mempunyai 12 persamaan untuk membentuk hubungan yang harmoni. Aku dan dia mula buat kira-kira. Sudah lebih rasanya. Bab-bab nombor ini aku serah kat dia. Dia genius nombor, bukan macam aku. Baru tengok nombor sudah mula mual.

Dan masa sangatlah pantas berlari kan. Kalau boleh mahu minta waktu kecemasan je. Kalau tidak pasal mengejar waktu masuk UTM pukul 12 tengah malam, mesti aku tak mahu balik. Tidak mengapalah, esok ada lagi.

Sempat dia cakap pada aku: “Kenapa kita tak jumpa dari dulu?”

“Kalau kita jumpa waktu dulu, mungkin kita tak macam ni.” Aku jawab.

“Tapi kalau kita jumpa dari dulu, mungkin kita dah kahwin sekarang ni kan?”

Gulp! Aku telan air liur. Mungkin betul apa yang kamu cakap sayang. Dan saat ini, rasa kesal dalam hati aku bertapak. Kenapa aku cari pasal dulu. Dan kini perkataan “Jodoh” itu betul-betul aku faham maksudnya sejak waktu aku mula-mula bukak Kamus Dewan. Ini kan kerja Tuhan. Dia tahu apa yang berlaku. Dia juga tahu siapa yang boleh jaga aku. Yang boleh bimbing aku.

Syukur pada Tuhan, akhirnya dijatuhkan seseorang untuk aku. Aku tidak mahu minta apa-apa lagi melainkan hubungan ini diberkati dan kekal selamanya sampai tiada lagi selamanya. Untuk kamu, terima kasih sangat-sangat kerana masih percaya pada saya walau ada debu yang saya tiup pada masa lalu. Saya sayang kamu tahu. Senyum lagi.

mahu terbang lagi, kali ini ke Itali. Harap-harap suhu normal :)

6 comments:

iechak said...

hehehe..
kenapa kita tak jumpa dari dulu???

cute gle soalan ye..

bile mau introduce kpd ku wahai najihah??

huhuhu

SiGedikDariScotland said...

.iechak.

he he. itulah, walau dia tua 3 taun dari kita-kita, tapi dia suka buat benda yang cute. eheh~

nanti ye, sampai satu masa. akan aku introduce kan. he he.

s a y a said...

hehehehe..
tersengeh2 ak bce entri ko kali nih :D..
cute jer...ahakz..
may Allah keep blessing u,my dear rumet... eh2..may Allah keep blessing me 2...hehe

SiGedikDariScotland said...

.s a y a.

hehe~ aku tau, nampak ko tersengih-sengih je :P

cute kan :) Thanx darl..i hope kamu jumpa org yang bagus utk kamu nanti. Amiin. ^.^

aZRi aZLaN said...

sy suka dgn cara sis expresikan setiap bait kata yg sis ucapkan. nampak mcm real wlpn melalui bacaan...

SiGedikDariScotland said...

.aZRi aZLaN.

thanx bro :) saya hanya menulis ikut gerak hati. apa yang saya rasa, itulah yang keluar.. huhu~