Tuesday, May 12, 2009

.Terus Bertahan, Walaupun Cemas.

Selamat siang...
ucap pada cik Rama-rama yang makin cantik..
CR7 yg dibawa ke mana saja..
anak-anak tiri pelbagai saiz yang sedang lena tidur..
bilik-mate yang sudah sampai di Uganda..
dan kesejukan yang setia di sebelah..
:
Hari penting sudah mula ditempuhi. Macam-macam rasa ada. Resah. Gelabah. Berpeluh-peluh. Tidak enak. Waterless. Homeless. Tetapi tidak painless.
Pagi dimulakan dengan azam baru. Hasil nasihat dan galakan kawan-kawan yang menyuntik air semangat dengan dos separa tinggi menjadikan aku kembali energetik. Walau pagi aku dikejutkan dengan bunyi tukangan dan ketukan yang datang dari lantai atas bilik lama, aku cuma merungut dalam hati. *kuang ajar! org nak tido la tau tak?
.
Aku bangun. Mula merencana perjalanan. Perjumpaan dengan Dr. Ito jam lapan setengah. Untuk hal ini, jangan sekali-sekali aku lewat. Nanti makan dalam. Tapi aku sampai hampir lapan empat puluh lima. haha. Mahu tahu apa yang penting sangat sampai Dr.Ito sms aku pukul sebelas kelmarin? Sampaikan tidak boleh beritahu lalu emel. Cuma mahu suruh aku lihat format jurnal, dan tolong alihkan jurnal yang ditulis ke format yang betul. Hah! perjumpaan cuma 5minit! aduh! keluar bilik Dr. Ito, ketap gigi.
:
Aku nekad, mahu drop kursus 3P. Bukan tidak menghargai peluang, tapi aku rasa aku tidak mampu. Maklumlah, stamina aku agak lembik untuk melakukan banyak sangat perkara. Akhir-akhir ini. Mak aih, muka kakak kat Project Office tu garang semacam. Dr. Asri lagi gamble, mujur senang dapat tandatangan dia. Berkat aku tiup-tiup sikit. haha~ Nama berjaya digugurkan.
:
Ini yang mencemaskan aku hari ini. Buat aku naik darah pun ye. Mana tak nya. Semalam aku dah amik kunci bilik baru, bila aku nak usha mahu pindah barang, tengok-tengok ada dua orang bangsa mata sepet dalam bilik tu. Siap letak surat sewaan bilik dekat pintu. Camna opis boleh buat keje camni? Pertindanan bilik. Aku malas nak bertarik-rambut dengan diaorang. Aku cool.
Aku pegi opis pagi lepas balik dari fakulti. Hish, boleh pulak buat muka tak bersalah para-para pekerja di situ. Walau apapun, aku salute Kak L, muka tetap senyum kat aku. Yang kakak lagi sorang tak yah la cakap, asik buat muka tension, pastu buat tak tau aje, padahal aku sewa bilik semalam dia yang bagik! Oh! baling batu sembunyi tangan ye! tak pasal-pasal aku kena pindah tau tak? tingkat 3 pulak tu. Memang bagus, aku boleh excersise, tapi hasilnya, tapak kaki aku hampir haus kini. Aduh!
:
Dan setelah acara-acara pemunggahan barang-barang dilakukan dengan diiringi ribut taufan kehujanan yang agak dasyat serta petir yang buat aku kaget ini hasilnya...di bilik baru aku..aku tunjuk bilik yang sudah rapi dikemas secara ekslusif di sini:
Nota:
Terima kasih pada Cik Chiez kerana meminjamkan tulang anda :)

Kenapa ada tilam kat bawah? Itu untuk bilik-mate aku. Ini bilik single, tapi duduk 2 orang. Jimat kos! :P syyyy...!

Tengok tu, mana pun aku pindah, aku tetap heret CR7 ke mana saja.
(Nota: jam tu mati, sebenarnya baru pukul 3 lebih time tu)

Katil tuan punya bilik. Nampak tak cik Rama-rama kat situ? Juga ada penjana diet di situ. Juga para-para pemberi suntikan keberanian untuk hidup turut di situ.

:
dan ini, aku sempat rakamkan gambar ini...

satu-per-seratus sampah yang berlambakan di K9..dasyat!

dan lagi..makcik-makcik pembersihan boleh buat overtime minggu ni.

:
malam pulak, aku pegi makan dengan bilik-mate, dan Cik Chiez ke kedai yang aku bawak Zura, Efa dan Zul makan dulu. Abang miang tu tetap ada.
ini yang sempat aku capture. tengok anak panah merah.

ini kejadian yang pertama kali aku lihat. budak kecik mandi manda dalam sinki dapur kedai makan sambil emaknya siram dia pakai koleh yang orang selalu guna untuk bancuh milo. Bayangkan!
.
dan ini..

air milo ais shake yang membuatkan bilik-mate aku pening dan mamai. tapi habis jugak!
.
.
itu saja. mata aku sudah berpinar nih. baru lepas edit jurnal 16 page! T_T
.
.
ps: i'm leaving for KL again! kali ni lama sikit :) mahu siramkan bunga, mahu warnakan langit ^.^

6 comments:

s a y a said...

name saye xde pon cik writer..
huhuhuhuhu

SiGedikDariScotland said...

eh..kan ada tu..
bilik-mate itu kamu lah hehe~

Kang 2807 said...

gha..

ada bantal busk lebih tak?

cam byk jer yg nak dibuang tuh.jikalu ada..pos satu sini.

ada sponge box lgi bgus...hehe

SiGedikDariScotland said...

.topect.

takde lah, bantal gha sume wangi-wangi je..hehe~ sponge box tu apa?adik beradik sponge bob heh?

ف wildchild ۞ said...

photobomb! bagus sungguh budak tu..

SiGedikDariScotland said...

ف wildchild ۞

eheh~ budak mana yg photobomb nih? :D