Friday, June 5, 2009

.Ini Bukan Mengelamun.

*wink *wink



Aku tengah fikir masa depan. Secara serius ya.
Semalam, banyak perkara yang dijustifikasikan sama-sama dengan Irwan.
Pasal kerja aku. Pasal kerja dia. Pasal hati aku. Pasal hati dia.
Pasal nak beli rumah. Pasal nak beli peti ais apa. ha ha~

Malam tadi pergi makan seafood kat Senibong, tak berani kitaorang nak makan ketam. Yelah, Irwan baru je recover dengan penyakit alergi misteri yang di suspek berpunca dari dua batang crabstick dalam Mee Hoon Tomyam dari Old Town. Old Town tak salah, yang salah Sistem Imunisasi Penahan Alergi badan dia yang tidak bekerja dengan kuat. eheh~

.
.

Mr Edwin call lagi. Ya, orang dari DHL Cyberjaya tu. Kali ini dia tawar-menawar dengan aku. Boleh tak kalau aku keje start 1st July? Aku jawab YES! Dia cakap, 1 minggu dari sekarang dia akan call, confirmkan jawapan. Harap-harap dapatlah. Amin :) Walau aku kena jauh dengan Irwan, tapi aku tahu aku kerja untuk masa depan aku dengan dia. Aku memang nak kerja sangat-sangat, sebab nak kumpul duit cepat, mau kawen cepat. Itu matlamat terdekat! Dah tak kesah dah berapa pointer aku dapat untuk PSM. ha ha~
.
.

Esok tengahari, Irwan mau jumpa Cikgu Abas dan Cikgu Latifah (kali kedua). Dia cakap dia cuak. Takpe sayang, saya akan ada kat tepi seluar kamu dari awal sesi interview sampai tamat. Tidak akan saya bergerak walau 0.1 inci pun. Jangan risau ye. Soalan bocor saya dah bagi kan? kui kui. Yang penting kamu ingat nama penuh saya waktu salam dengan tok kadi. lalalala~


Dah, saya mau balik umah ni. Mak sudah bising. Saya kena pergi pasar esok, mahu beli tangkapan-tangkapan laut. Nak masak untuk sambut bakal menantu, dan bakal adik ipar cik Betty.



Sayang, saya beli ketam mau? :P


*nana, aku ikhlas kan nak tunjuk. ehehee~

12 comments:

melati indah said...

huuuh..mr. irwan nak berkunjung ke rumah ko ke???huuuh....

gud luck mr.irwan...

Elsa Soraya Othman said...

ohhhhh sudah nampak muke kekasih hati jiha :D padan padan, mcm pinang dibelah dua. cepat cepat tau kawin. nak gi nyebok nyebok, ngeee :D

happy for u dear, da abis belajar da leh kaaaaaaaaaaawin.

Eima Jer said...

hyeeeppp...
my 1st time..
i link u ea..
utm kan?
slalu nmpk tp xpenah bertegur sapa..
=)

- Ms. Izyan - said...

anda kelihatan amat bahagia~~~~~~~~~~~
aku tumpang gembira~ :D

Kembara Fazly said...

Ui Soraya... Bukan pinang dibelah dualah la... Klu dibelah kesian mati pinang tu... Gua sudah nampak lu punye bf... Ni yg gua jeles ni... Gua pun nak kawen tp tadak jodoh... Huaaa.....

SiGedikDariScotland said...

.melati indah.

haah esok tengahari. dup dap dia. huhu~

aku dah sampaikan gud luck ko dah..bila turn ko? :D

SiGedikDariScotland said...

.Elsa Soraya Othman.

buat pertama kalinya didedahkan. he he~ padan ke?harap-harap lah :P pasti saya jemput kamu, suro gubah hantaran boley? eheh~

gha tunggu sue pulak pasni. lalalala~

SiGedikDariScotland said...

- iNtaN @ kEcHik -

ye saye..harap lah bahagia sampai mati. he he~ doakan aku kechik! :)

SiGedikDariScotland said...

.Eima Jer.

link lah. haah UTM gak. sori saye selalu tak perasan org. eheh~ saye link kamu jugak tau.

SiGedikDariScotland said...

.Kembara Fazly.

betul lah, pinang di belah-belah. ha ha~ memang gua nak kasi lu tengok bf gua, mau kasi lu jeles. lalalala~

weh, jodoh kat tangan Tuhan. baik amik orang yang hargai dan sayang kita daripada kita yang beria. kan?

Diyana Azman said...

huhuhu...gha...ko mmg ikhlas...
tp sedikit lagi la...tu macm nak tunjuk kelumomor jer...ahaksss...

SiGedikDariScotland said...

.Nanabaik.

kelemumur, takde eh. ko boleh cek kulit kepala dia, bersih :)

hehe~ sabar ye, ini baru intro. ngeh3! :P