Wednesday, July 1, 2009

.Di sini, Aku Muntahkan Segalanya.


Saat, yang kita sebut persahabatan itu,
INDAH



Aku alhamdulillah, raup muka. Punya kamu-kamu sebagai teman, jadi nadi saat nyawa aku hampir mati.

Tempat aku belahakkan semua emosi.
Kedukaan, kejanggalan, kemarahan, keketawaan dan;
aku kongsi;
semua impian-impian ridikulus itu
semua doktrin-doktrin merapu
semua nasihat yang betulnya belum tentu
semua amarah yang tidak betah
semua gelak-gelak galak itu.

Bersama juga, aku belajar;
wang bukan nilai cinta
dan sukatan itu harus ada, hatta mahu masak satu tin sardin.


Masa jadi pemutus, mujur juga teknologi jadi penyelamat.
Kau-kau tetap aku, semat dalam hati,
sebagai aspirin paling over dos buat aku.


Antara teman, rakan, kawan dan sahabat;
Kamu aku label;
Rakan Kongsi Muntahan Jiwa Yang Paling Unggul.



Oh Tuhan, aku benar merindui saat-saat ini. Ulangkanlah hatta satu saat.

No comments: