Monday, July 13, 2009

.Saat Perlu Berjauh, Jauhkanlah.


Baru hari pertama yang buat aku hidup dalam erti kata keseorangan tanpa my beloved other half. Semalam (Sabtu) aku balik rumah, selesai je Photoshoot Atie dan Lan, terus punggah barang, balik rumah. Hujan lebat menggila dan berkabus waktu malam. Aku dan 'tenggiling' (as called by him) aku berusaha keras meredah hujan. Tapi still speeding. Ah, kalau bawak kereta slow confirm aku tidur time drive. keh keh.

Tapi hari ni, Irwan sudah janji mahu datang rumah. Eheh, baru je pisah tak sampai 24 jam lagi, sudah jumpa! horeeeeeeeeeeeeyyy! (melompat gedik)

Biasalah bila Irwan datang rumah, Cikgu Latifah masakkan favourite dish dia. Selepas sesi chit chat dan makan tengahari dengan Cikgu Latifah, Cikgu Abas dan barisan hadapan (Cik Betty & Encik Faiz) adik aku mula bagi-bagi hint nak ajak pergi bandar (dari semalam sebenarnya). Irwan layankan je, he he. (i know he's very damn tired!)

First spot, Summit Parade. Ini Shopping Mall yang mula-mula sekali established dan paling canggih kat Batu Pahat waktu zaman aku kena naik Bas Coastal bertambang RM 0.40 untuk makan KFC kat sini (selalu aku akan pergi dengan Ain Yusop). Sumpah takde apa-apa yang akan membuat korang rasa nak stay lama-lama kat sini melainkan lambakan kedai menjual pakaian beroriented kan Hong Kong dan China stail.




Mula-mula rasa nak tengok Transformers (untuk second time), tapi masa mungkin tak cukup. Takkan nak suruh Irwan balik tengah malam pulak. So, kitaorang main bowling aje sudah. Aku dan adik aku je yang main. Main 2 game je. Irwan tak main, penat, katanya tak larat dia nak angkat bola tu (alasan je, ceh! :P) Tak boleh blah markah aku kat score board. Confirm kena reject pada saringan awal-awal lagi untuk wakil Malaysia (wakil UTM pun tak lepas ada hati nak wakil Malaysia). ha ha.


Lepas tu, masuk karaoke. 1 jam. Aduh, leceh sungguh remote ni. Melambatkan proses pemilihan lagu je. Lagu Jason Mraz takde pulak tu. huhu. Puas aku dengan adik aku melalak. Sayang, sorry lah ye kamu terpaksa dengar suara saya yang kurang sikit saja kualitinya daripada Yuna (gile perasan!) :p

Irwan ajak adik aku layan snooker, tapi centre tu penuh pulak. So kitaorang layan Daytona. yayyyy! . Aku mula lah berlagak macam pemandu profesional. (memang selalu berlagak pun kalau kat jalan raya sebenar :P) haha. Okeh, token changed. Start your engines dude! (muka race leader poyo tak boleh blah). Mula-mula lawan 3 orang. Aku dapat tempat ketiga-lah :P :D Pastu aku lawan dengan Irwan pulak. Yess!!! saya juara, sorry sayang you kena makan asap :P

Kitaorang usha semula snooker centre, ada kosong. Aku tak pernah main snooker ni. Setakat main pool tu retilah. Tapi snooker ni, aish. Tempat agak-agak scary jugak. Aku dah mula bayangkan adegan gaduh-gaduh akan berlaku macam dalam drama Gerak Khas (suka imagin over-over!). Dengan bau asap rokok nye, pening kepala aku weh(tahan jelah). Okey, bola sudah di set. Amik kayu sorang satu (eh, aku termasuk main sekali lah). Haha ada lah dua tiga kali tonjol je, pastu aku tak main dah. Aku jadi scoreboard girl je, tukang alih-alihkan markah diaorang. Irwan cakap dia dah lama dia tak main, tangan sudah keras, tipu sungguh! Itu main dengan tangan keras, boleh tahan menggugat skill nya, kalau tangan tak keras?? huhu~

Habis je main snooker, perut sudah lapar. Kitaorang pergi makan kat kedai kawan adik aku ni. Spot tempat makan yang sedap kat Batu Pahat ni. erkkk...alhamdulillah. Kenyang :)


Saat yang paling tidak ditunggu, Irwan sudah mau balik. Sangat tidak best! hu hu~ Thanks darl sebab sanggup spend masa melayan kerenah saya dan adik saya seharian :) Saya tahu kamu penat sangat-sangat, tapi untuk saya, kamu buat juga ^.^ Dan dia sudah lega, sudah luah kan apa yang terbuku pada Cikgu Latifah dan Cikgu Abas. Semua kembali jadi normal.


Dan saat aku lihat kamu pergi, walau berat, akan aku cuba betah dengan momen yang dipanggil
[s][e][p][a][r][a][t][e][d]


i l y~

4 comments:

aZRi aZLaN said...

hah, sis. summit mmg mcm tu kan? bnyk c*** drpd melayu. tu yg xsuke. tmpt2 nk sonok pun dorg nk konker(snooker+games). tp ni jela. mcm tmpt boling+karaoke tu melayu pnye port...

SiGedikDariScotland said...

.aZRi aZLaN.

tau takpe. rimas kadang-kadang. tapi sekarang 'alien' ramai jugak kan. hoho.

Eima Jer said...

pssst pssst..
hasrat ape yg irwan luahkan tu..
nak masuk meminang ke?
=p

SiGedikDariScotland said...

.Eima Jer.

eh tidaklah! :) cuma perbetulkan keadaan yang berselirat. hu hu.