Thursday, November 26, 2009

.Eid Al-Adha.

Selamat Hari Raya Aidiladha kawan-kawan.
Berhati-hati pada sang pemandu.
Jangan korbankan diri dan jangan jadi mangsa korban. (Nauzubillah!)
.
I nak bertolak balik rumah malam ni dengan adik bongsu i.
Semoga selamat di perjalanan. Amin.

Wednesday, November 25, 2009

.Kisah ATM Pecah.

Mari lihat apa yang menyumbang kepada kisah ATM pecah.

1) 2 buah beg plastik hitam yang macam rupa plastik sampah tu, adalah beg plastik Parkson OU. Nilai item yang dibeli cukup untuk melayakkan anda apply for Parkson Elite Card!

2) Yang kuning tu, rasanya semua girls tau. Store which always make us feel 21! :)
.
3) Lagi satu, macam plastik sampah gak, Padini concept store. Semua orang tau.
4) Beg yang kilat-kilat warna pink itu from D&G. Sangat wangi :)
.
5) I paling suka yang ini! Beg Nokia ini. Actually ada 2 beg. Satu Irwan dah bawak balik. Dan sekarang kami betul-betul 1! Semua nak beli sama :) Loveeeee sangat.hehehe.
.
Will be going for the Shopping Part II pulak next week. Yelah, minggu ini balik raya. Dan i akan pindah rumah jugak :) So, tak perlu lagi nak mengadap housemate i yang minah Penang yang capslock loghat + capslock watafak.
.
I nak balik. Hari ni letih call client banyak sangat. Bye.

Tuesday, November 24, 2009

.Thank God We're 6th!.

.
Alhamdulillah,
the Love still grow, still spark, still shine.
.
Thanks to Irwan Syg for coming on last weekend!
For celebrating our half-year of breathing together.
Best sgt sgt sgt sgt!!!!
.
Paling best, we going shop shop shop shop. Kali ni betul2 nak tercabut kaki tau! ;)
.
Oh yes, we shoping for several tunang things.
Suka. Suka :)
.
ps: Later i post, apa kebende yang buat our wallet bocor :P
pss: gmbr takde kene mengena dgn entry. i saje letak. just love the pixs :P

Thursday, November 19, 2009

.Cool Tak?.

.
Agak-agak cool tak kalau aku jadik make-up artist?
auwwwwwwwwwwwwwwwwwwww!
Kelas gitu! :)
.

Monday, November 16, 2009

.Sick.

.
Hey peeps.
.
I'm sick :(
Badan panas dari Jumaat sebenarnya.
Rasa nauseous sangat.
Hari ni, I feel macam susah nak bernafas.
Plus tak dapat tidur yang berkualiti. Damn.
.
.
I buat kerja pun takde mood ni.
.
But kerja tetap kerja kan.
Alangkah baiknya kalau berada di rumah :-
.

Thursday, November 12, 2009

.Saya Cuma Menyukai Benda-benda Yang Menyelerakan.

.
I'm looking for perfume yang ada bau sangaaaaat best dan menyelerakan!
For hantaran tunang. My prferences is bau-bauan bunga-bunga yang calm dan soft.
I tak suka bau manis sangat. Nanti i senang muntah.
.
And for Him, i tak tau perfume apa sesuai.
Definitely is, he's a heavy smoker.
So haruslah cari yang tahan bau berjam-jam kan?
.
.
Any Suggestion?
.
ps: The Christmas sales are about to start! Macam nak gila i ni. weeeeehu!
.

Thursday, November 5, 2009

.When It Was Me.

Huaaaaaaaaaaaargh!!

I ngantuk sangaaaaaaaaaaaaaaat kebelakangan ni tau. Ni semua gara-gara kerja pejabat yang sering menduga akal dan ketahanan imun badan i.

Sudah beberapa hari i balik ofis waktu orang semua sudah tidur dan sudah mimpi-mimpi indah-indah dan manis-manis. Kelmarin i keluar ofis pukul 00:45. Semalam pulak keluar awal sikit, pukul 11:45 pm (ini pun consider awal sebab i nak gi team-building).

I nak cita ni. Sepatutnya hari ini sampai esok i kena pergi team-building dekat Klana Resort, Seremban. So i pun bangun lah pukul 5.30 pagi tadi semata-mata nak kemas baju segala bagai. Training ini sangat diwajibkan bagi semua staff kat ofis i. Yang paling buat i tak sabar adalah, di includekan aktiviti berenang sekali.

So memanglah i sudah berangan tak sabar nak menyelam main telan-telan air kolam renang nanti. (Walau i tak pandai berenang dan fobia sikit pada air!). I siap dah ready swimming suit tau! Excuse me, bukan bikini atau two-piece ya. Tapi swimming suit untuk para muslimah!

Lepas je naik coach yang di provide oleh company dan sudah pun masuk highway, i dapat call dari my big boss.

OMG! Apa pulak bos i ni nak kan.

I kena balik ofis semula. Duh. Angan-angan mahu berlibur-libur lebur. T_T Sampai je kat resort, i dengan kawan i, budak Private Banking naik semula coach tadi.

Aduhhhhhhhhhhh! Malas sangat nak masuk ofis tau. Mood sudah kureng gila. Coach tu pulak berhentikan kitaorang kat Petronas after tol Sg. Besi tu. Kira ok lah daripada i naik teksi dari Seremban seperti yang bos i cadangkan. Entah berapa pulak kena caj nanti kan.

I dengan kawan i tu, Fifie breakfast dulu kat Mc'D then baru kitaorang amik teksi. Lepas 5 teksi kitaorang tahan, baru ada 1 teksi nak hantar pegi ofis kitaorang. I terkejut gila babi sebab baru jarak 200 meter teksi tu jalan (eh, i rasa tak sampai pun), meter dah cecah 6.80! Sangat gila mahal ok!

I sampai je ofis, tepat RM 15.00! Rekod i naik teksi paling mahal tau. So, i pun masuk ofis dengan pakaian berlibur hari ini ya. Dengan skinny jeans i selamba masuk dan sila jangan tegur saya kenapa i pakai casual wear arini. Takde mood. huhu.

I ingat nak balik kampung lah malam ni. Tulang belakang i ni dah sakit sangat lah. tak tahan. dan i amaaaaaaaaaaaaaaaat rindu dengan Irwan sekarang ni. T_T

Ok lunch hour end. Tau tak kenapa i kena stay-back balik lambat nak gila tu? Sebab projek maxis ni lah. kan u all tau kan Maxis dah masuk listing semula kat Bursa Malaysia. So it's IPO project lah yang buat kitaorang berjaga siang-malam ni. Best kan. ehehe Best sebab tengok duit orang yang maha juta-juta tuh. huhu.

Ok bye! mari buat-buat buat kerja. ekekeke :)

.

Wednesday, November 4, 2009

.Aku Ingin Engkau Selalu Hadir dan Temani Aku.

.
sungguh,
hanyalah dirimu yang aku cintai.
.
dan sungguh,
ku kan di sisimu hingga ku mati.
.
.
.
ps: i think i need a blackberry to get out from this chaos. duh.